KAWAN BAIK
Amin datang menemui dua orang sahabat baiknya Bakar dan Husin yang sedang melepak dengan kaki yang berbalut simen. Ini kerana dia baru sahaja mengalami kemalangan motosikal
Bakar: (Sambil ketawa tanpa simpati). Amin, lawanya ’stokin’ kau. Beli kat mana? Hahaha…
Husin: (Turut ketawakan Amin). Yela, Besar lak tuh. Boleh masuk 2 kaki sekali. Kahkahkah…
Amin: (Dengan muka sedih). Aku jatuh motor lah.
Bakar: Tu la… Kalau dah tahu kaki tu pendek tak payah lah gatal nak bawa motor.. Hahaha… (Masih lagi gelakkan Amin)
Amin: Tapi, aku jatuh pakai motor kau, Bakar…
Bakar: Tidak!!!.. TZM aku.. Kau kejam, Amin. (Dah menangis..)
Melihat kan keadaan itu semakin kuat pula si Husin ketawakan kedua-duanya.
Amin: Lepas tu pulak kan…
Husin: Ha ah.. ( sambil gelak…)
Amin: Aku terlanggar pulak awek kau, Rosnah. Sekarang tengah ICU kat hospital.
Husin: Tidak!!!… Awek aku..( Kali ini dia ni pula menangis..)
Moral: Jangan gelakkan orang.
SAKIT MENTAL
Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.
Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia dan melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih. Dan Dr buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk pemeriksaan terakhir.
“Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau Ahmad jawab elok saya benarkan Ahmad pulang..kalau tidak Ahmad akan tunggu sini sedikit masa lagi” Terang Doktor pada Ahmad.
“Baik Doktor Ahmad sedia menjawab” jawab Ahmad dengan tenang.
Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke dinding.. (cahaya lampu tersebut berbentuk bulat di dinding bilik Doktor).
“Awak nampak cahaya tu” tanya Doktor
“Nampak Doktor” jawab Ahmad tersenyum.
“Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad” arah Doktor tu pada Ahmad.
“Kat Dinding tu?” tanya Ahmad tersenyum.
“Ye laaa” jawab Doktor.
“Hi hi hi saya tak gila lah Doktor……tak nak lah saya buat..” jawab Ahmad
“mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini…awak lulus ujian saya..” Doktorberpuas hati.
Ahmad pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu gate.
“Tunggu tunggu Ahmad” Doktor memanggil balik Ahmad.
“Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?” tanya Doktor tu sebagai soalan terakhir.
“Hi hi hi…Doktor ingat saya bodoh ker Doktor…..kalau sayapanjat…..saya pegang cahaya tu….Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentusaya akan terjatuh…” jawab Ahmad selamba
“mm..Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad” kata Doktor pada Ahmad.
“Baik nya doktor…..” sukanya hati Ahmad.
KAYA VS MISKIN
Seorang kaya bersiar siar dalam sebuah kampung. Lalu tersempak laa dengan sekeluarga miskin yang sedang memakan rumput…
Org Kaya : Kenapa kau makan rumput ?
Org Miskin : Aku makan rumput kerana aku terlalu lapar.
Org Kaya : Sedap ke makan rumput ni ?
Org Miskin : Setelah tak makan seminggu, rumput inilah makanan paling sedap.
Org Kaya : Apa kata kalau kamu ikut aku ke rumahku. Aku belanja kamu makan besar.
Org Miskin : Betul ke ni Org Kaya ? Boleh ke aku bawa keluarga aku bersama ?
Org Kaya : Boleh. Lagi ramai lagi bagus !
Org Miskin : Terima kasih wahai Org Kaya. Tapi makanan cukup ke untuk kami sekeluarga yang ramai ni ?
Org Kaya : Gerenti cukup ! Rumput lalang kat rumah aku tu lebih dua meter tinggi nye !
SURAT PUTUS CINTA
Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan boyfriend orang putihnya…
Dia tak sanggup bertemu muka, Lalu dia pun mengutus surat…surat tu macam ni bunyinya…. hehehehe
Hi,my motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook. I know i clap one hand only.Correctly, i have see you and she together at town with my eyes self. You always request apology back back. I don’t trust you again!!!My friend speak you play three wood.
Now i know you correct correct play three wood. so, i break off to pull my body from this love triangle.I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. so, i break off to go far from here. But i always love where also i live….Safe live……
-tijah-
0 comments:
Post a Comment