Epilepsi ialah nama bagi sejenis penyakit disebabkan gangguan dalam bahagian otak yang boleh berulang dalam bentuk serangan sawan. Ia boleh menyebabkan penderitaan yang serius , melibatkan lebih kurang 50 juta orang dari semua peringkat umur, terutamanya dalam peringkat kanak-kanak, remaja dan warga tua.
Sekurang-kurangnya 100 juta orang akan melalui pengalaman epilepsi sekali dalam seumur hidup mereka. Lebih kurang 2 juta kes baharu berlaku dalam setiap tahun. Epilepsi terdapat dimana jua di dunia dan ia merupakan gangguan sistem urat saraf (neurologikal) tidak menentu yang serius yang paling kerap ditemui.
Sawan adalah disebabkan oleh pelepasan elektrik dari otak yang berlebihan dalam sekumpulan sel-sel otak secara mengejut, selalunya dalam jangka yang amat pendek. Sewaktu sawan, neuron di dalam bahagian otak (‘topi’ sel-sel saraf menghasilkan pelepasan elektrik) boleh melepaskan sebanyak 500 kali sesaat, yang mana mengganggu aktiviti-aktiviti normal saraf, kelenjar dan otot.
Lain-lain bahagian otak boleh terpengaruh dan bentuk gangguan epilepsi akan berbeza, bergantung pada sel otak yang khususnya terlibat.
Ada sawan yang mempengaruhi seluruh tubuh disebabkan oleh pelepasan elektrikal yang tersibar secara meluas diseluruh bahagian otak. Ini digelar sawan tonik-klonik.
Lain-lain sawan mungkin lebih tertumpu pada satu bentuk gangguan bila mana pelepasan elektrik hanya melibatkan sebahagian kecil dalam otak. Ini dikenali sebagai sawan fokal/partial dan pesakit mungkin mengalami pengalaman berlainan yang subjektif, perlakuan gerakan tidak sengaja atau kombinasi dari kedua-dua tersebut di atas, samada dalam keadaan sedar atau tidak sedar.
Kadang kala sawan bermula secara fokal kemudian melarat ke seluruh bahagian otak, menjadi sawan tonik-klonik.
Serangan sawan mungkin tidak melibatkan goncangan/konvulsi sebenar atau gerakan mengejut. Pesakit mungkin mengalami tidak sedar diri buat sementara waktu, perubahan pandangan atau mungkin juga ada rasa anih dibahagian perut.
Tanda-tandanya bergantung pada jenis epilepsi. Ada juga pengalaman pesakit sewaktu gangguan seolah-olah sedang bermimpi, yang lain pula mungkin mengalami perasaan teramat gembira atau sedih yang tidak dapat dijelaskan dan ada juga yang mungkin hanya didapati membuat pergerakan anih seperti mata berkedip atau mengerenyut. Sawan boleh berlaku beberapa kali dalam sehari juga beberapa bulan sekali.
Kes kebanyakannya, tiada punca sebenar ditemui.
Bagi setengah orang, puncanya diketahui. Ini termasuklah:
*Jangkitan atau infeksi otak (ensifilatis, meninjitis, cacing pipih, skistosomiasis dan malaria adalah beberapa contoh jangkitan biasa yang menyebabkan epilepsi) muncul pada bila-bila waktu sahaja dalam kehidupan seseorang.
*Kekurangan oksigen, atau pendarahan dalam otak sewaktu trauma kelahiran.
*Komplikasi akibat mengalami penyakit lain seperti sakit buah pinggang atau hati.
*Penyakit keturunan dan keadaan jenetik tertentu seperti tuberos sclerosis.
*Kecedaraan parah di otak.
*Ketumbuhan di otak, saluran darah luarbiasa atau kecacatan saluran darah dalam otak.
*Penyakit degenerasi otak, seperti Penyakit Alzheimer’s atau Penyakit Creutzfeld-Jacob
*Akibat komplikasi selepas strok.
*Kerosakan otak akibat jangkitan kuman, parasit, alkohol atau bahan toksik.
*Tisu berparut pada otak (seperti hippocampal sclerosis), ketumbuhan luarbiasa di otak atau kecacatan semulajadi pada otak (sperti bayi yang dilahirkan dengan otak lurabiasa).
Apakah anggapan palsu mengenai epilepsi?
Ada orang yang salah anggap dan merujuk gangguan ini sebagai “penyakit gila babi”. Lain-lain nama yang disalah gunakan ialah sawan babi atau sakit gila babi, lalu menghasilkan ertikata yang negatif terhadap penyakit ini.
Lain-lain budaya mempunyai nama yang tersendiri bagi epilepsi: seperti "kaka elupa" (‘tarikan gagak’ bagi orang Tamil) dan "ding-YANG" (kambing-gila bagi orang Cina).
Kehadiran epilepsi bukan petanda buruk dalam hidup anda. Ia juga bukanlah hukuman dari Tuhan, dan ia BUKANlah sesuatu yang memalukan. Ia adalah keadaan gangguan dibahagian otak, yang boleh dikawal dengan perubatan.
Epilepsi tidak berjangkit. Seseorang itu tidak akan menghidap epilepsi sekiranya ia duduk berhampiran atau bekerja dengan pesakit epilepsi.
Epilepsi tidak akan mendatangkan masalah mental atau melakukan jenayah. Rujukan seseorang ‘bersifat epileptik’ sebenarnya tidak wujud. Orang yang ada gangguan epilepsi boleh mengalami masalah psikiatrik, seperti orang lain.
Epilepsi dengan sendirinya tidak memburukkan keadaan mental. Selalunya sulaman penyakit-penyakit lain yang dialami dengan epilepsi, yang selalunya memburukkan keadaan mental. Ini tidak terjadi dalam kumpulan minoriti dikalangan manusia.
Epilepsi akan mengubah hidup anda, tetapi selalunya, ia adalah penghidupan yang terkawal. Yang penting ialah pengetahuan, tentang apa yang patut dan tak patut dilakukan.
Pandangan asal tentang epilepsi diselubungi oleh keadaan takut dan ilmu tarikat. Zaman Purba Babylon menyangkakan gangguan terjadi bila seseorang dirasuk hantu. Ia menekankan keadaan epilepsi ada kena-mengena dengan kuasa ghaib, dengan setiap jenis sawan dikaitkan dengan nama jin atau tuhan – biasanya jahat. Oleh sebab itu, cara perubatan mereka adalah melalui ilmu kebatinan.
Orang Yunani berkepercayaan jika seseorang itu diserang sawan ini bermakna ia telah melakukan kesilapan dengan tuhannya. Pada tahun 400 S.M., tabib Yunani Hippocrates adalah orang yang pertama membuktikan teori epilepsinya, waktu itu dikenali sebagai “penyakit keramat”, akibat sumpahan hantu atau tuhan-tuhan mereka. Dia mengesyorkan perubatan secara jasmani/fizikal dan memaklumkan bahawa sekiranya penyakit bertambah teruk, ia tidak dapat diubati lagi.
Malangnya, pandangan ini tidak diterima ramai dan dalam tahun 1494, kejadian penderaan perempuan-perempuan sihir menyemarak menyebabkan kematian ke atas 200,000 wanita. Gangguan ini dipercayai merupakan salah satu sifat yang ada pada perempuan sihir.
Apakan daya bukti yang diberikan oleh Hippocrates tidak dapat menjiwai kefahaman mereka, pengertian sebenar epilepsi tidak dapat diterima sehinggalah abad yang ke 18 dan 19 Masihi.
Dalam waktu perantraan 2000 tahun ini, orang-orang yang mengalami epilepsi dianggap menakutkan, mencurigakan dan disalah fahamkan dan nasibnya terdedah pada celaan sosial. Orang berepilepsi dianggap orang terbuang dan dihukum. Walau bagaimanapun, ada juga yang berjaya menjadi orang yang masyhur di seluruh dunia. Antaranya adalah Socrates, Napoleon, Julius Caesar, Czar Peter the Great dari Rusia, Pope Pius IX, penulis Fedor Dostoevsky, penyajak Lord Byron dan beberapa ahli sukan Olimpik.
Dalam abad yang ke 19, apabila muncul neurologi sebagai satu disiplin baru dalam psikiatri, penerangan konsep epilepsi sebagai satu keadaan gangguan di dalam otak semakin diterima ramai, terutama sekali di Eropah dan Amerika Syarikat (USA). Ini banyak membantu pencelaan yang bersangkutan dengan gangguan serupa ini. Bromid, ubat anti-epileptik yang pertama mujarab diperkenalkan dalam tahun 1857, begitu meluas digunakan di Eropah dan di Amerika Syarikat dalam separuh abad yang lalu.
Hans Berger, seorang pakar jiwa (psikiatris) bekerja di Jerman dalam tahun 1920an, menghasilkan elektroensefalograf manusia (EEG – gelombang otak). Pengunaan utamanya bermula dari tahun 1930an iaitu dibidang epilepsi. EEG mendedahkan kehadiran pelepasan elektrikal dalam otak dan ini kemudiannya menghasilkan suatu harapan yang memungkinkan rawatan bedahan neuro, yang kemudiannya dalam tahun 1950an, mudah diperolehi di London, Montreal dan Paris.
Selama beberapa dekad yang lalu perhatian yang lebih besar diberikan pada penghidupan berkualiti, contohnya, isu kejiwaan (psikolojikal) dan sosial, bagi orang yang mengalami gangguan epilepsi, walaupun perkembangannya agak lembap dan khidmatnya masih lemah.
Hari ini, masih ada lagi orang yang fikir bahawa gangguan epileptik adalah akibat ‘buatan orang’ atau ‘kena sumpah’. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang yang tidak tahu perihal epilepsi lebih gemar menyamakan ia dengan gila atau cacat otak. Ini tidak benar, kerana kebanyakan pesakit epilepsi mempunyai kecerdasan otak yang normal atau melebihi purata normal. Epilepsi tidak mengenal bezantara satu dengan yang lain. Ia menyerang kedua-dua perempuan dan lelaki, tidak kira umur, bangsa dan tahap sosioekonomi.
Sawan ‘absens’ (Absence seizure atau Epilepsi Petit Mal)
*Ini banyak terjadi di antara penuntut-penuntut sekolah rendah, dan pesakit akan berada dalam keadaan tidak sedar diri dalam masa yang agak singkat (dalam masa 30 saat), tidak melibatkan jatuh atau goncangan badan (konvulsi). Mungkin matanya kerap berkedipan atau anak mata pandang ke atas buat seketika, dan kemungkinan setengah bahagian badan atau mukanya akan mengerenyut.
*Selalunya orang tidak perasan serangan yang agak singkat ini berlaku, atau disalah anggap seperti pesakit sedang berangan-angan atau tidak mengambil perhatian sepenuhnya. Terdapat kes-kes bilamana pesakit diserang berkali-kali sehari dan boleh menganggu waktu pelajaran di dalam bilik darjah.
*Separuh dari kanak-kanak yang mengalami epilepsi jenis ini beransur pulih apabila mereka semakin dewasa. Walau bagaimanapun, sangatlah penting bagi mereka menerima perubatan untuk mengawal dan mengelakkan dari mendapat jenis sawan yang lain.
*Inilah yang patut anda lakukan sekiranya pesakit diserang sawan jenis ini:
Kanak-kanak nampaknya biasa sahaja, tetapi dalam masa yang singkat dia mula tidak sedar di mana dia berada. Jika ini berlaku, temani pesakit sehingga sawan berhenti, dan kemudian beritahu apa yang terjadi padanya sebentar tadi. Ini dapat membantunya untuk meneruskan apa yang sedang ia lakukan sebelum diserang tadi.
*Kebanyakan sawan mengambil masa satu atau 2 minit, dan kemudian orang itu balik seperti sediakala. Sekiranya sawan mengambil masa 2 minit, atau pesakit mengalami kecederaan atau pernafasan terhenti, hubungilah ambulans. Jika pesakit tidak dapat bernafas dengan betul, hubungi ambulans dan mulakan bantuan resasitasi mulut ke mulut.
Gangguan Temporal Lobe (juga dikenali sebagai Sawan fokal/partial kompleks atau Gangguan Psikomotor)
*Sawan jenis ini terjadi bila ada tambahan akitiviti elektrikal yang terjadi secara tiba-tiba di bahagian otak di sebelah belakang pelipis. Serangan boleh mengakibatkan pesakit berada dalam keadaan tersangat bingung, perbuatan yang kerap diulangi dan perbuatan yang tidak menyenangkan. Pesakit selalunya tidak mengecam persekitarannya dan tidak sedar apa yang sedang dilakukannya.
*Tanda-tanda biasa bagi serangan sawan jenis ini ialah perbuatan ganjil di luar kawalan, seperti menampar bibir, mengunyah, menarik pakaian, berlari dalam satu bulatan, dengan wajah yang selamba dan tidak berupaya untuk mengikut arahan.
*Sewaktu serangan sawan Forkal kompleks ini, pesakit nampaknya dalam keadaan sedar diri, tetapi tidak dapat menjawab sekiranya disoal. Pesakit akan bercakap yang bukan-bukan, pandangannya kosong, bertanya soalan yang merapu, menampar bibirnya, atau sentiasa gelisah dengan pakaiannya. Dia mungkin marah atau berkasar sekiranya anda cuba memberhentikan perbuatannya.
*Apa yang anda perlu lakukan apabila pesakit diserang sawan jenis ini:
Jangan cuba menahan pesakit dari merayap kecuali ketempat yang merbahayakan bagi dirinya.
Jauhkan objek yang membahayakan yang ada berhampiran.
Jangan menenangkan pesakit dengan mengoncang badannya atau menjerit padanya.
Temankan pesakit sehingga dia benar-benar pulih.
jenis sawan paling biasa..
Sawan Menyeluruh/generalise (melibatkan keseluruhan otak, kadangkala dipanggil “Grand Mal” ATAU Sawan Tonik-Klonik).
*Sawan jenis ini akan menyebabkan pesakit kaku, rebah dan tidak sedarkan diri, dan mungking badan akan mula bergoncang, atau mengalami konvulsi, meronta-ronta dengan kekuatan otot seperti biasa. Air ludah mungkin berbuih, dan mungkin terdapat darah di mulut sekiranya lidah atau bibirnya tergigit.
*Kadangkala pada peringkat permulaan serangan sawan, sewaktu otot kekejangan kedengaran satu teriakan akibat hembusan nafas yang dilepaskan oleh paru-paru, sebab itu juga pelepasan air kencing mungkin akan berlaku.
*Serangan biasanya berlaku dalam lingkungan 5 minit, tetapi kebanyakan pesakit kemudiannya akan tertidur buat setengah jam atau lebih dan bila terjaga seolah-olah termenung dan bingung buat seketika.
*Apabila pesakit diserang sawan tonik-klonik, dia mungkin akan terjatuh dan menjadi kejang, menyentak, pernafasannya tak menentu dan tidak dapat mengawal buangan air kecil dan besar. Pesakit tidak mengecam siapa orang disekelilingnya dan persikatarannya.
*Apa anda perlu lakukan terhadap pesakit yang diserang sawan tonik-klonik.
-Jangan panik
-Baringkan pesakit tersebut ditempat yang selamat dan alaskan sesuatu yang lembut dibawah kepalanya.
-Jangan biarkan orang mengerumuni pesakit: ini menyebabkan pesakit mendapat kurang oksigen.
-Tanggalkan cermin mata, longgarkan pakaiannya.
-Jauhkan objek-objek tajam yang ada berhampiran.
-Jangan meletakkan apa-apa objek dalam mulut pesakit (termasuklah jari anda). Ini boleh mencederakan anda, gigi pesakit boleh patah dan objek itu boleh menghalang saluran pernafasan. Adalah mustahil untuk pesakit menggigit putus lidahnya. Lidah merupakan otot yang kuat dan ia mudah sembuh.
-Jangan cuba menahan atau mengikatnya dari begerak.
-Apabila sawan sudah berakhir, baringkan pesakit lalu mengiringkan badannya, supaya saluran pernafasannya lapang.
-Jika pesakit berasa keliru atau ketakutan, berikan ia keyakinan yang semuanya adalah seperti sediakala.
-Elakkan dari memberi apa-apa makanan atau minuman sehingga pesakit sedar seperti biasa.
-Temani pesakit sehingga dia betul-betul pulih.
sumber:http://www.epilepsy.org.my/bm/types.htm
hmmm..tb2 terlintas nk publish tajuk ni..walaupun ber"sumber" luar lantaran ilmu yg masih kurang.. papun.. buat yang mampunyai ahli keluarga yang diuji dgn sakit ni..banyakkan sabar..paling penting..JANGAN TINGGALKAN MEREKA SENDIRI..supportlah mereka..bantula mereka..sayangilah mereka..sebab..mereka juga MANUSIA yang ada hak untuk disayangi seperti kita.
-TABAHlah wahai sekeping HATI-
0 comments:
Post a Comment