CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

my CORNER

siapa SAYA?

My photo
"feel the heart of everyone.. see through our differences"

Thursday, April 30, 2009

petang yang indah..

assalamua'laikum..

alhamdulillah..ptg semalam saya cuba menyempatkan diri dalam kesibukan untuk pergi ke satu tempat yang saya kira saya telah jatuh cinta pandang pertama saat pertama kali berkunjung lewat 2 minggu lalu bersama seorang 'sahabat'.. walau agak tersorok tapi cukup mengujakan.. teringat kenangan bersama 'sahabat' xsampai 2 minggu lalu.. makan2 sambil dia bercerita.. sesuatu yang telah terjangkau dalam fikiran saya selama ni.. (hehe).. papun.. thanks for the story.. insyaallah.. 'you have my word'.. Dan untuk kesekian kalinya, ketenangan menyelinap ke segenap urat saraf dan subhanallah.. tempat tu betul2 mampu menggamit saya keluar sekejap dari semua tembok permasalahan yang membelenggu saya.. tambah2 berpeluang menyaksikan pemandangan matahari terbenam.. sangat2 cantik..


tgh asyik2 menjamu mata memandng laut saujana mata memandang.. tb2 disapa oleh sekumpulan pelajar.. dr mana??dr KELANTAN.. waaa.... ap diorg buat di si sini ya?.. oh.. rupanya mereka datang utk membuat kerja kursus.. jauh benar datang buat kerja kursus ye dik.. hehe.. xpa2.. 2 dlm 1.. seronok mempraktikkan bahasa kebanggaan saya dengan adik2.. tq adik2.. alhamdulillah.. usai solat maghrib di situ.. saya mula angkat kaki.. ke mana?? jalan2 cari makan.. hehehe.. sepanjang hari xmakan apa2.. jom makan.... bismillahirrahmanirrahiim..

Wednesday, April 29, 2009

konvensyen berakhirnya agenda zionis


Objektif:

1. Memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat khususnya golonganbelia terhadap agenda Zionis yang paling utama untuk menguasai dunia sudah berakhir.
2. Membangkitkan kesedaran tentang bahaya projek Zionis untuk menguasai dunia dan sejauh manakah kesan kewujudan mereka kepada dunia sejagat.
3. Membuat pendedahan kepada masyarakat terhadap propaganda Zionis di dalam mendirikan Israel Raya.
4. Memberikan persepsi yang sebenar kepada masyarakat terhadap status terkini agenda Zionis.
5. Memberikan kesedaran tentang langkah-langkah yang boleh dimainkan oleh masyarakat bagi menghadapi agenda Zionis.
 
Hari/Tarikh:
Sabtu/9 Mei 2009

Masa:
 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat:
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
 
Yuran Penyertaan:
RM 10.00
(yuran penyertaan boleh dibayar pada hari konvensyen tersebut di kaunter pendaftaran)

* Untuk pengesahan kehadiran, sila hantarkan nama dan nombor IC pada 019-6077372.

PEMBENTANG:
1. Dr. Mohsen Saleh
Pengarah Institute of Islamic Political Thought (IIPT), London
2. Dr. Azzam al-Tamimi
Pengarah Besar, Pusat Penyelidikan dan Pengajian Az-Zaytouna, Lubnan
3. Dr. Roslan b Mohd Nor
Penerima Anugerah Akademik Institut Al-Makhtoum 2003 & 2006
PhD in ‘Islamic Jerusalem Studies’, Aberdeen University Scotland

ATURCARA KONVESYEN:
 
8.00 - 8.30 PAGI:
Pendaftaran Peserta

8.30 - 9.30 PAGI:
PEMBENTANGAN 1 - Dr. Roslan bin Mohd Nor
(Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel)

9.30 - 10.00 PAGI:
Kehadiran VVIP dan VIP
Ucapan Alu-aluan - Ustaz Abdullah Zaik b Abd Rahman
(Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Sdn Bhd)
Ucapan Perasmian - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
 
10.45 - 11.00 PAGI:
Jamuan VVIP dan VIP dan jamuan ringan peserta
 
11.00 - 12.00 TGH:
Pembentangan 2 - Dr. Azzam al-Tamimi
(Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis pada Dunia Sejagat)
 
12.00 - 1.00 TGH:
Pembentangan 3 - Dr. Mohsen Saleh
(Hakikat Zionis dan Agenda yang Dipropagandakan)
 
1.00 - 2.00 PTG:
Rehat, makan dan solat

2.00 - 3.00 PTG:
Pembentangan 4 - Dr. Azzam al-Tamimi
(Peranan Seorang Muslim dalam Menghadapi Musuh Zionis)

3.00 - 4.00 PTG:
Pembentangan 5 - Dr. Mohsen Saleh
(Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini)
 
4.00 - 5.00 PTG:
Majlis Penutup
Ucapan Penangguhan - Dr. Kamil Azmi Tohiran

Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

source: http://www.iumelaka.com/v1/2009/04/29/konvensyen-berakhirnya-agenda-zionis/

pasrah segalanya_De Hearty


Pasrah Segalanya
Munsyid : DeHearty


Pernah hati ini terguris 
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui 
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci



Tuesday, April 28, 2009

wanita dan air mata


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepadaibunya "Mengapa engkaumenangis?"

"Karena aku seorang wanita", kata sang ibukepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya ituyang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadiseorang laki-laki dewasa,tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Tuhan berkata:"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun,harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untukmampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganyadengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminyauntuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untukmengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannyadan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila mana pun ia diperlukan."
 
Kecantikan seorang wanita BUKANLAH dari PaKaIaNyang DiKeNaKaNnYa, LUARAN yang dia TaMpIlKaN,atau bagaimana ia MeNyIsIr rAmBuTnYa."

"KECANTIKAN seorang wanita harus DiLihAt DaRimAtAnYa, kerana itulah PINTUHATINYA - tempat dimana CINTA itu ada."


-setiap wanita itu cantik-


BETUL JUGAK atau MEMANG BETUL??


ORANG KATA... enjoy sana sini sementara muda, hidup panjang lagi, bergaul bebas la lelaki pompuan, dah tua nanti tobatlah.

ATUK KATA.....orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.Innalillah....

AKU RASA...betul jugak tu tuk..

 
ORANG KATA.. exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study... past year papers.. etc.. etc..etc..

ATUK KATA... exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada silibus untuk diikut, kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu, banyak pula tu peringkat ujiannya, Mungkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide...

AKU RASA... betul jugak tu tuk..

 

ORANG KATA... have fun on your birthday, panggil kekawan dan sedara mara,berpartilah sepanjang malam, make it a memorable one!!

ATUK KATA.. setiap hari jadi, kita semakin hampir,hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat...

AKU RASA.. betul jugak tu tuk..

 
ORANG KATA.. kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah,makan lazat.. baru hati puas!!

ATUK KATA.. ye ke hati dah puas??? dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup zikiruntuk santapan rohani? dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

AKU RASA... betul jugak tu tuk..

 

ORANG KATA... successful people have a good time management, ada bisnes dikl, new york , tokyo .. masih sempat berkempen untuk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!

ATUK KATA.. setiap manusia dapat 24 jam dalam sehari, tapi... ada masa keuntuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak selakAl-Quran sekali seminggu? ada masa ke nak jenguk ibu bapa di kampung,sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA... errrr.. betul jugak tu tuk..

utusan malaysia_28 april 09

Jangan panik - Muhyiddin

Oleh LUQMAN HAZIQ dan SAHBULAH DARWI
utusanjohor@utusan.com.my


JOHOR BAHRU 27 April - Malaysia masih bebas daripada wabak selesema babi yang kini mencemaskan masyarakat dunia dan rakyat diminta tidak panik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemantauan Kementerian Kesihatan setakat ini mengesahkan negara masih bebas daripada wabak itu yang bermula di Mexico.

Bagaimanapun, menurut beliau, kawalan di pintu masuk negara seperti di lapangan terbang, pelabuhan dan kawasan sempadan telah diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga.

"Ini adalah protokol yang biasa kita guna pakai dalam menghadapi SARS (Sindrom Akut Pernafasan Teruk) dulu.

"Kita akan memperketatkan lagi (pemantauan dan pengawalan) supaya pastikan tak ada kes seperti itu di Malaysia.

"Kementerian Kesihatan juga bekerjasama rapat dengan semua agensi termasuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memperketatkan kawalan di pintu masuk,'' katanya.

Muhyiddin ditemui pemberita selepas Majlis Penutupan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009 di Padang Plaza Angsana di sini hari ini.

Beliau sebelum itu diminta mengulas penularan wabak selesema babi yang membimbangkan masyarakat dunia selepas virus itu ditemui menyerang Mexico.

Muhyiddin berkata, rakyat juga akan diberikan kesedaran mengenai virus maut itu kerana ia merupakan penyakit yang baru ditemui.

Menurutnya, mereka yang ke luar negara perlu diberi maklumat terkini wabak itu menerusi pengedaran risalah oleh kementerian berkaitan.

"Kita baru pertama kali dengar selesema babi. Tak pernah kita dengar sebelum ini dan rakyat perlu dididik mengenainya. Bagaimana secara individu kita dapat mengawal wabak ini daripada merebak,'' katanya.

Beliau turut ditanya adakah kerajaan akan memantau wabak itu di ladang-ladang babi di negara ini.

Menurutnya, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kesihatan serta agensi berkaitan akan bekerjasama rapat menjalankan pemantauan di ladang babi sedia ada.

Selain itu, katanya, Malaysia akan bekerjasama rapat dengan rangkaian pengawalan penyakit di peringkat antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Katanya, langkah itu bertujuan untuk membolehkan negara ini mendapatkan maklumat terkini dan langkah yang sesuai untuk mengawal penularan virus maut itu.

Setakat hari ini, Mexico mencatatkan 103 kematian akibat wabak selesema babi dan virus maut itu.

hafalan solat delisa

assalamua'laikum..

sahabat2 yang disayangi..

sedikit ulasan tentang novel ni..sangat berbeza dgn novel- novel yang saya baca sebelum ni..Pendekatan yang cuba diketengahkan oleh penulis bagi saya cukup bersahaja tapi mampu meninggalkan kesan yang mendalam.. sebelum ni saya juga telah hadam novel dari penulis yang sama bertajuk "moga bonda disayangi ALLAH".. saya pasti ramai yang melihat tajuk novel2 ini keanak-anakkan..tapi..bagi saya secara personalnya..sangat baik.. bagi yang benar2 manghayati  INSYAALLAH boleh menangis.. mesej disampaikan melalui selitan peristiwa2 yang benar2 berlaku..bkn sekadar novel cinta pada kekasih hati yang perlu dihayati tetapi novel2 pembangun jiwa begini juga perlu.. mgkin.. hanya orang yang mengalaminya di alam realitiu yang dapat mendalami watak2 dalam cerita ini.. penderitaan.. kehilangan.. kemiskinan.. bencana.. nikmat kasih sayang..lazatnya cinta pada ALLAH dan makhluk..dan lain2.. bacalah..hayatilah dan dalamilah..bersyukurlah sahabatku..atas nikmat2 yang masih dikurniakan ALLAH..yang bila2 masa akan ditarik..mg kita sama2 bersedia..syabas kepada penulis..teruskan berkarya..

sekadar bingkisan 

wallahua'lam..

Sunday, April 26, 2009

mari menghayati lirik


Ke Dalam Diri
Album : Pelita Hidup III
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com 



Kusandarkan lelah 
Di sayap malam merebahkan minda 
Membius keharuman dunia 
Nan berselirat di relung jiwa 

Kucuba lelapkan semua indera 
Namun tak berdaya 
Sejuta keresahan melanda 
Tak membenarkan sepicing lena 

Diriku bak cericau 
Terpenjara di sangkar dosa 
Daun pintunya sentiasa terbuka 
Melunak kebebasan 

Ya Rabbal Izzati 
Kembalikan aku ke dalam diriku semula 
Agar sempat untuk bersuara 
Lafaz taubat nasuha 

Ku bimbang seandainya tiada lagi buatku 
Suatu hari menjelma bernama esok 
Kuragui seandainya tidak sempat untukku 
Menghirupi bayu walau sehela cuma 

Kuhanyutkan sisa 
Dengan tadahan tangan penuh luka 
Mengharap keredupan pawana 
Langit akhirat terbentang megah 



sedikit PERKONGSIAN..

Tatacara didik diri sendiri: 


Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua(tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc 

Ada 3 kategori manusia :- 
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam 
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam 
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam 

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita" Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia Dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better that those who listen to him directly... Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge & you'll lose nothing. 

Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah &dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan,vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.... 
Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selepa makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas,perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama. 

Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb,bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja,jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30(org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam) 

 


Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki. Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur,otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.


Wallahualam. 




Friday, April 24, 2009

PEMIMPIN


Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.

mari berPANTUN

..buah cempedak di luar pagar..

..ambil galah tolong jolokkan..


..saya budak baru belajar

..kalau salah tolong tunjukkan..

-hmmm..nampak macam pantun xde maknanya kan??ramai yang memperlekehkan ungkapan pantun ini..tapi bila didalami betul2...banyak nilai dalam tu..kadang2 xterjangkau oleh fikiran.... apapun..paling penting..kadang2 benda yg kita anggap xde nilai..pandang sebelah mata ni la yg byk memberi kesan..cuba relatekan dgn hidup kita -

*wallahua'lam*

Thursday, April 23, 2009

EPILEPSI..


Epilepsi ialah nama bagi sejenis penyakit disebabkan gangguan dalam bahagian otak yang boleh berulang dalam bentuk serangan sawan. Ia boleh menyebabkan penderitaan yang serius , melibatkan lebih kurang 50 juta orang dari semua peringkat umur, terutamanya dalam peringkat kanak-kanak, remaja dan warga tua. 

Sekurang-kurangnya 100 juta orang akan melalui pengalaman epilepsi sekali dalam seumur hidup mereka. Lebih kurang 2 juta kes baharu berlaku dalam setiap tahun. Epilepsi terdapat dimana jua di dunia dan ia merupakan gangguan sistem urat saraf (neurologikal) tidak menentu yang serius yang paling kerap ditemui. 

Sawan adalah disebabkan oleh pelepasan elektrik dari otak yang berlebihan dalam sekumpulan sel-sel otak secara mengejut, selalunya dalam jangka yang amat pendek. Sewaktu sawan, neuron di dalam bahagian otak (‘topi’ sel-sel saraf menghasilkan pelepasan elektrik) boleh melepaskan sebanyak 500 kali sesaat, yang mana mengganggu aktiviti-aktiviti normal saraf, kelenjar dan otot. 

Lain-lain bahagian otak boleh terpengaruh dan bentuk gangguan epilepsi akan berbeza, bergantung pada sel otak yang khususnya terlibat. 

Ada sawan yang mempengaruhi seluruh tubuh disebabkan oleh pelepasan elektrikal yang tersibar secara meluas diseluruh bahagian otak. Ini digelar sawan tonik-klonik. 

Lain-lain sawan mungkin lebih tertumpu pada satu bentuk gangguan bila mana pelepasan elektrik hanya melibatkan sebahagian kecil dalam otak. Ini dikenali sebagai sawan fokal/partial dan pesakit mungkin mengalami pengalaman berlainan yang subjektif, perlakuan gerakan tidak sengaja atau kombinasi dari kedua-dua tersebut di atas, samada dalam keadaan sedar atau tidak sedar. 

Kadang kala sawan bermula secara fokal kemudian melarat ke seluruh bahagian otak, menjadi sawan tonik-klonik. 

Serangan sawan mungkin tidak melibatkan goncangan/konvulsi sebenar atau gerakan mengejut. Pesakit mungkin mengalami tidak sedar diri buat sementara waktu, perubahan pandangan atau mungkin juga ada rasa anih dibahagian perut. 

Tanda-tandanya bergantung pada jenis epilepsi. Ada juga pengalaman pesakit sewaktu gangguan seolah-olah sedang bermimpi, yang lain pula mungkin mengalami perasaan teramat gembira atau sedih yang tidak dapat dijelaskan dan ada juga yang mungkin hanya didapati membuat pergerakan anih seperti mata berkedip atau mengerenyut. Sawan boleh berlaku beberapa kali dalam sehari juga beberapa bulan sekali.
 Kes kebanyakannya, tiada punca sebenar ditemui. 

Bagi setengah orang, puncanya diketahui. Ini termasuklah: 


*Jangkitan atau infeksi otak (ensifilatis, meninjitis, cacing pipih, skistosomiasis dan malaria adalah beberapa contoh jangkitan biasa yang menyebabkan epilepsi) muncul pada bila-bila waktu sahaja dalam kehidupan seseorang. 

*Kekurangan oksigen, atau pendarahan dalam otak sewaktu trauma kelahiran. 

*Komplikasi akibat mengalami penyakit lain seperti sakit buah pinggang atau hati. 

*Penyakit keturunan dan keadaan jenetik tertentu seperti tuberos sclerosis. 

*Kecedaraan parah di otak. 

*Ketumbuhan di otak, saluran darah luarbiasa atau kecacatan saluran darah dalam otak. 

*Penyakit degenerasi otak, seperti Penyakit Alzheimer’s atau Penyakit Creutzfeld-Jacob 

*Akibat komplikasi selepas strok. 

*Kerosakan otak akibat jangkitan kuman, parasit, alkohol atau bahan toksik. 

*Tisu berparut pada otak (seperti hippocampal sclerosis), ketumbuhan luarbiasa di otak atau kecacatan semulajadi pada otak (sperti bayi yang dilahirkan dengan otak lurabiasa).


 Apakah anggapan palsu mengenai epilepsi? 
Ada orang yang salah anggap dan merujuk gangguan ini sebagai “penyakit gila babi”. Lain-lain nama yang disalah gunakan ialah sawan babi atau sakit gila babi, lalu menghasilkan ertikata yang negatif terhadap penyakit ini. 
Lain-lain budaya mempunyai nama yang tersendiri bagi epilepsi: seperti "kaka elupa" (‘tarikan gagak’ bagi orang Tamil) dan "ding-YANG" (kambing-gila bagi orang Cina). 

Kehadiran epilepsi bukan petanda buruk dalam hidup anda. Ia juga bukanlah hukuman dari Tuhan, dan ia BUKANlah sesuatu yang memalukan. Ia adalah keadaan gangguan dibahagian otak, yang boleh dikawal dengan perubatan. 

Epilepsi tidak berjangkit. Seseorang itu tidak akan menghidap epilepsi sekiranya ia duduk berhampiran atau bekerja dengan pesakit epilepsi. 

Epilepsi tidak akan mendatangkan masalah mental atau melakukan jenayah. Rujukan seseorang ‘bersifat epileptik’ sebenarnya tidak wujud. Orang yang ada gangguan epilepsi boleh mengalami masalah psikiatrik, seperti orang lain. 

Epilepsi dengan sendirinya tidak memburukkan keadaan mental. Selalunya sulaman penyakit-penyakit lain yang dialami dengan epilepsi, yang selalunya memburukkan keadaan mental. Ini tidak terjadi dalam kumpulan minoriti dikalangan manusia. 
Epilepsi akan mengubah hidup anda, tetapi selalunya, ia adalah penghidupan yang terkawal. Yang penting ialah pengetahuan, tentang apa yang patut dan tak patut dilakukan.
 Pandangan asal tentang epilepsi diselubungi oleh keadaan takut dan ilmu tarikat. Zaman Purba Babylon menyangkakan gangguan terjadi bila seseorang dirasuk hantu. Ia menekankan keadaan epilepsi ada kena-mengena dengan kuasa ghaib, dengan setiap jenis sawan dikaitkan dengan nama jin atau tuhan – biasanya jahat. Oleh sebab itu, cara perubatan mereka adalah melalui ilmu kebatinan. 

Orang Yunani berkepercayaan jika seseorang itu diserang sawan ini bermakna ia telah melakukan kesilapan dengan tuhannya. Pada tahun 400 S.M., tabib Yunani Hippocrates adalah orang yang pertama membuktikan teori epilepsinya, waktu itu dikenali sebagai “penyakit keramat”, akibat sumpahan hantu atau tuhan-tuhan mereka. Dia mengesyorkan perubatan secara jasmani/fizikal dan memaklumkan bahawa sekiranya penyakit bertambah teruk, ia tidak dapat diubati lagi. 

Malangnya, pandangan ini tidak diterima ramai dan dalam tahun 1494, kejadian penderaan perempuan-perempuan sihir menyemarak menyebabkan kematian ke atas 200,000 wanita. Gangguan ini dipercayai merupakan salah satu sifat yang ada pada perempuan sihir. 

Apakan daya bukti yang diberikan oleh Hippocrates tidak dapat menjiwai kefahaman mereka, pengertian sebenar epilepsi tidak dapat diterima sehinggalah abad yang ke 18 dan 19 Masihi. 

Dalam waktu perantraan 2000 tahun ini, orang-orang yang mengalami epilepsi dianggap menakutkan, mencurigakan dan disalah fahamkan dan nasibnya terdedah pada celaan sosial. Orang berepilepsi dianggap orang terbuang dan dihukum. Walau bagaimanapun, ada juga yang berjaya menjadi orang yang masyhur di seluruh dunia. Antaranya adalah Socrates, Napoleon, Julius Caesar, Czar Peter the Great dari Rusia, Pope Pius IX, penulis Fedor Dostoevsky, penyajak Lord Byron dan beberapa ahli sukan Olimpik. 

Dalam abad yang ke 19, apabila muncul neurologi sebagai satu disiplin baru dalam psikiatri, penerangan konsep epilepsi sebagai satu keadaan gangguan di dalam otak semakin diterima ramai, terutama sekali di Eropah dan Amerika Syarikat (USA). Ini banyak membantu pencelaan yang bersangkutan dengan gangguan serupa ini. Bromid, ubat anti-epileptik yang pertama mujarab diperkenalkan dalam tahun 1857, begitu meluas digunakan di Eropah dan di Amerika Syarikat dalam separuh abad yang lalu. 

Hans Berger, seorang pakar jiwa (psikiatris) bekerja di Jerman dalam tahun 1920an, menghasilkan elektroensefalograf manusia (EEG – gelombang otak). Pengunaan utamanya bermula dari tahun 1930an iaitu dibidang epilepsi. EEG mendedahkan kehadiran pelepasan elektrikal dalam otak dan ini kemudiannya menghasilkan suatu harapan yang memungkinkan rawatan bedahan neuro, yang kemudiannya dalam tahun 1950an, mudah diperolehi di London, Montreal dan Paris. 

Selama beberapa dekad yang lalu perhatian yang lebih besar diberikan pada penghidupan berkualiti, contohnya, isu kejiwaan (psikolojikal) dan sosial, bagi orang yang mengalami gangguan epilepsi, walaupun perkembangannya agak lembap dan khidmatnya masih lemah. 

Hari ini, masih ada lagi orang yang fikir bahawa gangguan epileptik adalah akibat ‘buatan orang’ atau ‘kena sumpah’. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang yang tidak tahu perihal epilepsi lebih gemar menyamakan ia dengan gila atau cacat otak. Ini tidak benar, kerana kebanyakan pesakit epilepsi mempunyai kecerdasan otak yang normal atau melebihi purata normal. Epilepsi tidak mengenal bezantara satu dengan yang lain. Ia menyerang kedua-dua perempuan dan lelaki, tidak kira umur, bangsa dan tahap sosioekonomi.

Sawan ‘absens’ (Absence seizure atau Epilepsi Petit Mal) 

*Ini banyak terjadi di antara penuntut-penuntut sekolah rendah, dan pesakit akan berada dalam keadaan tidak sedar diri dalam masa yang agak singkat (dalam masa 30 saat), tidak melibatkan jatuh atau goncangan badan (konvulsi). Mungkin matanya kerap berkedipan atau anak mata pandang ke atas buat seketika, dan kemungkinan setengah bahagian badan atau mukanya akan mengerenyut. 

*Selalunya orang tidak perasan serangan yang agak singkat ini berlaku, atau disalah anggap seperti pesakit sedang berangan-angan atau tidak mengambil perhatian sepenuhnya. Terdapat kes-kes bilamana pesakit diserang berkali-kali sehari dan boleh menganggu waktu pelajaran di dalam bilik darjah. 

*Separuh dari kanak-kanak yang mengalami epilepsi jenis ini beransur pulih apabila mereka semakin dewasa. Walau bagaimanapun, sangatlah penting bagi mereka menerima perubatan untuk mengawal dan mengelakkan dari mendapat jenis sawan yang lain. 




*Inilah yang patut anda lakukan sekiranya pesakit diserang sawan jenis ini: 
Kanak-kanak nampaknya biasa sahaja, tetapi dalam masa yang singkat dia mula tidak sedar di mana dia berada. Jika ini berlaku, temani pesakit sehingga sawan berhenti, dan kemudian beritahu apa yang terjadi padanya sebentar tadi. Ini dapat membantunya untuk meneruskan apa yang sedang ia lakukan sebelum diserang tadi. 


*Kebanyakan sawan mengambil masa satu atau 2 minit, dan kemudian orang itu balik seperti sediakala. Sekiranya sawan mengambil masa 2 minit, atau pesakit mengalami kecederaan atau pernafasan terhenti, hubungilah ambulans. Jika pesakit tidak dapat bernafas dengan betul, hubungi ambulans dan mulakan bantuan resasitasi mulut ke mulut.




Gangguan Temporal Lobe (juga dikenali sebagai Sawan fokal/partial kompleks atau Gangguan Psikomotor) 

*Sawan jenis ini terjadi bila ada tambahan akitiviti elektrikal yang terjadi secara tiba-tiba di bahagian otak di sebelah belakang pelipis. Serangan boleh mengakibatkan pesakit berada dalam keadaan tersangat bingung, perbuatan yang kerap diulangi dan perbuatan yang tidak menyenangkan. Pesakit selalunya tidak mengecam persekitarannya dan tidak sedar apa yang sedang dilakukannya. 

*Tanda-tanda biasa bagi serangan sawan jenis ini ialah perbuatan ganjil di luar kawalan, seperti menampar bibir, mengunyah, menarik pakaian, berlari dalam satu bulatan, dengan wajah yang selamba dan tidak berupaya untuk mengikut arahan. 

*Sewaktu serangan sawan Forkal kompleks ini, pesakit nampaknya dalam keadaan sedar diri, tetapi tidak dapat menjawab sekiranya disoal. Pesakit akan bercakap yang bukan-bukan, pandangannya kosong, bertanya soalan yang merapu, menampar bibirnya, atau sentiasa gelisah dengan pakaiannya. Dia mungkin marah atau berkasar sekiranya anda cuba memberhentikan perbuatannya. 


*Apa yang anda perlu lakukan apabila pesakit diserang sawan jenis ini: 
Jangan cuba menahan pesakit dari merayap kecuali ketempat yang merbahayakan bagi dirinya. 
Jauhkan objek yang membahayakan yang ada berhampiran. 
Jangan menenangkan pesakit dengan mengoncang badannya atau menjerit padanya. 
Temankan pesakit sehingga dia benar-benar pulih.


jenis  sawan paling biasa..

Sawan Menyeluruh/generalise (melibatkan keseluruhan otak, kadangkala dipanggil “Grand Mal” ATAU Sawan Tonik-Klonik). 

*Sawan jenis ini akan menyebabkan pesakit kaku, rebah dan tidak sedarkan diri, dan mungking badan akan mula bergoncang, atau mengalami konvulsi, meronta-ronta dengan kekuatan otot seperti biasa. Air ludah mungkin berbuih, dan mungkin terdapat darah di mulut sekiranya lidah atau bibirnya tergigit. 

*Kadangkala pada peringkat permulaan serangan sawan, sewaktu otot kekejangan kedengaran satu teriakan akibat hembusan nafas yang dilepaskan oleh paru-paru, sebab itu juga pelepasan air kencing mungkin akan berlaku. 

*Serangan biasanya berlaku dalam lingkungan 5 minit, tetapi kebanyakan pesakit kemudiannya akan tertidur buat setengah jam atau lebih dan bila terjaga seolah-olah termenung dan bingung buat seketika. 

*Apabila pesakit diserang sawan tonik-klonik, dia mungkin akan terjatuh dan menjadi kejang, menyentak, pernafasannya tak menentu dan tidak dapat mengawal buangan air kecil dan besar. Pesakit tidak mengecam siapa orang disekelilingnya dan persikatarannya. 

*Apa anda perlu lakukan terhadap pesakit yang diserang sawan tonik-klonik. 
-Jangan panik 
-Baringkan pesakit tersebut ditempat yang selamat dan alaskan sesuatu yang lembut dibawah kepalanya. 
-Jangan biarkan orang mengerumuni pesakit: ini menyebabkan pesakit mendapat kurang oksigen. 
-Tanggalkan cermin mata, longgarkan pakaiannya. 
-Jauhkan objek-objek tajam yang ada berhampiran. 
-Jangan meletakkan apa-apa objek dalam mulut pesakit (termasuklah jari anda). Ini boleh mencederakan anda, gigi pesakit boleh patah dan objek itu boleh menghalang saluran pernafasan. Adalah mustahil untuk pesakit menggigit putus lidahnya. Lidah merupakan otot yang kuat dan ia mudah sembuh. 
-Jangan cuba menahan atau mengikatnya dari begerak. 
-Apabila sawan sudah berakhir, baringkan pesakit lalu mengiringkan badannya, supaya saluran pernafasannya lapang. 
-Jika pesakit berasa keliru atau ketakutan, berikan ia keyakinan yang semuanya adalah seperti sediakala. 
-Elakkan dari memberi apa-apa makanan atau minuman sehingga pesakit sedar seperti biasa. 
-Temani pesakit sehingga dia betul-betul pulih.

sumber:http://www.epilepsy.org.my/bm/types.htm

hmmm..tb2 terlintas nk publish tajuk ni..walaupun ber"sumber" luar lantaran ilmu yg masih kurang.. papun.. buat yang mampunyai ahli keluarga yang diuji dgn sakit ni..banyakkan sabar..paling penting..JANGAN TINGGALKAN MEREKA SENDIRI..supportlah mereka..bantula mereka..sayangilah mereka..sebab..mereka juga MANUSIA yang ada hak untuk disayangi seperti kita.

-TABAHlah wahai sekeping HATI-


EGOIS_MESTICA





Katamu apa yang kau impikan
Segalanya kan pasti jadi kenyataan
Setiap apa yang kau inginkan
Sekelip mata dalam genggaman
Nadamu berbaur keegoan
Katamu kau tak perlukan teman
Walaupun sendirian
Walaupun kesunyian
Kau punya segala kelebihan

Bibirmu ketandusan senyuman
Jeling pandangan hanyalah di ekor mata
Atur langkah penuh keangkuhan
Gerak gaya lambang kemegahan
Kau terlupa apa yang kau ada
Segalanya kurniaan yang Esa
Hanya seorang hamba
Yang diuji imannya
Dengan kenikmatan dunia

Bicara hatimu tentang sepi
Sengaja tak pernah kau akui
Bagaikan sang merak
Yang indah bulunya
Namun tidak mampu
Terbang ke angkasa

Andai dibiar keegoan
Meratah hati dan perasaan
Usah kau pertikaikan jiwamu
Mengapa tiada rasa ketenangan
Pernahkah terlintas di minda
Ketika kau kesusahan
Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu

Bukan ku sengaja
Mencari silapmu
Engkau ku rasakan 
Mampu menjadi sandaran
Sedarlah jasa baktimu diperlukan
Curahkan pada insan yang memerlukan
*jom hayati lirik ni..bukan semata2 lirk..banyak iktibar dan penghayatannya..mg2 kita masih dan senantiasa dalam lindungan-NYA..aminn.*



DUA KEINGINAN




Di keheningan malam, Sang Maut turun atas hadrat Tuhan menuju ke bumi. Ia terbang melayang-layang di atas sebuah kota dan mengamati seluruh penghuni dengan tatapan matanya. Ia menyaksikan jiwa-jiwa yang melayang-layang dengan sayap-sayap mereka, dan orang-orang yang terlena di dalam kekuasaan Sang Lelap. 

Ketika rembulan tersungkur di kaki langit, dan kota itu berubah warna menjadi hitam kepekatan, Sang Maut berjalan dengan langkah tenang di celah-celah kediaman - berhati-hati tidak menyentuh apa-apa pun - sehingga tiba di sebuah istana. Ia masuk melalui pagar besi berpaku tanpa sebarang halangan dan berdiri di sisi sebuah ranjang , dan tika ia menyentuh dahi si lena, lelaki itu membuka kelopak matanya dan memandang dengan penuh ketakutan. 

Melihat bayangan Sang Maut di hadapannya, dia menjerit dengan suara ketakutan bercampur aduk kemarahan, "Pergilah kau dariku, mimpi yang mengerikan! Pergilah engkau makhluk jahat! Siapakah engkau ini? Dan bagaimana mungkin kau memasuki istana ini? Apa yang kau inginkan? Tinggalkan rumah ini dengan segera! Ingatlah, akulah tuan rumah ini. Nyahlah kau, kalau tidak, kupanggil para hamba suruhanku dan para pengawalku untuk mencincangmu menjadi kepingan!" 

Kemudian Maut berkata dengan suara lembut, tapi sangat menakutkan, "Akulah kematian, berdiri dan tunduklah padaku." 

Dan si lelaki itu menjawab, "Apa yang kau inginkan dariku sekarang, dan benda apa yang kau cari? Kenapa kau datang ketika urusanku belum selesai? Apa yang kau inginkan dari orang kaya berkuasa seperti aku? Pergilah sana, carilah orang-orang yang lemah, dan ambillah dia! Aku ngeri melihat taring-taringmu yang berdarah dan wajahmu yang bengis, dan mataku sakit menatap sayap-sayapmu yang menjijikkan dan tubuhmu yang meloyakan." 

Namun selepas tersedar, dia menambah dengan ketakutan, "Tidak, tidak, Maut yang pengampun, jangan pedulikan apa yang telah kukatakan, kerana rasa takut membuat diriku mengucapkan kata-kata yang sesungguhnya terlarang. Maka ambillah longgokan emasku semahumu atau nyawa salah seorang dari hamba-hambaku, dan tinggalkanlah diriku... Aku masih mempunyai urusan kehidupan yang belum selesai dan berhutang emas dengan orang. Di atas laut aku memiliki kapal yang belum kembali ke pelabuhan, permintaanku..jangan ambil nyawaku... Ambillah olehmu barang yang kau inginkan dan tinggalkanlah daku. Aku punya perempuan simpanan yang luarbiasa cantiknya untuk kau pilih, Kematian. Dengarlah lagi : Aku punya seorang putera tunggal yang kusayangi, dialah sumber kegembiraan hidupku. Kutawarkan dia juga sebagai galang ganti, tapi nyawaku jangan kau cabut dan tinggalkan diriku sendirian." 

Sang Maut itu mengeruh,"Engkau tidak kaya tapi orang miskin yang tak sedar diri." Kemudian Maut mengambil tangan orang hina itu, mencabut nyawanya, dan memberikannya kepada para malaikat di langit untuk menghukumnya. 

Dan Maut berjalan perlahan di antara setinggan orang-orang miskin hingga ia mencapai rumah paling daif yang ia temukan. Ia masuk dan mendekati ranjang di mana tidur seorang pemuda dengan kelelapan yang damai. Maut menyentuh matanya, anak muda itu pun terjaga. Dan ketika melihat Sang Maut berdiri di sampingnya, ia berkata dengan suara penuh cinta dan harapan, "Aku di sini, wahai Sang Maut yang cantik. Sambutlah rohku, kerana kaulah harapan impianku. Peluklah diriku, kekasih jiwaku, kerana kau sangat penyayang dan tak kan meninggalkan diriku di sini. Kaulah utusan Ilahi, kaulah tangan kanan kebenaran. Bawalah daku pada Ilahi. Jangan tinggalkan daku di sini." 

"Aku telah memanggil dan merayumu berulang kali, namun kau tak jua datang. Tapi kini kau telah mendengar suaraku, kerana itu jangan kecewakan cintaku dengan menjauhi diri. Peluklah rohku, Sang Maut yang dikasihi." 

Kemudian Sang Maut meletakkan jari-jari lembutnya ke atas bibir yang bergetar itu, mencabut nyawanya, dan menaruh roh itu di bawah perlindungan sayap-sayapnya. 

Ketika ia naik kembali ke langit, Maut menoleh ke belakang -- ke dunia - dan dalam bisikan amaran ia berkata, "Hanya mereka di dunia yang mencari Keabadianlah yang sampai ke Keabadian itu." 

(Dari 'Dam'ah Wa Ibtisamah'-Setitis Air Mata Seulas Senyuman)



BILA HATI TIDAK SENSITIF DENGAN TUHAN




Melihat segala bala bencana yang berlaku hari ini, di mana-mana jua di dunia ini membuatkan kita tertanya-tanya. Mengapa ia berlaku, apakah alam ini sudah tidak mampu untuk menanggung isi kandungannya kerana perbuatan manusia yang seringkali lupa untuk menghormati dan bersikap adil kepada segala nature di dunia ini atau adakah ini satu peringatan dari Tuhan betapa zalimnya manusia kepada penciptaNya kerana bersikap nafsu nafsi sahaja di dalam menjalankan amanahnya sebagai pemimpin dan penghuni alam ini. Mari kita cuba renungkan hal ini.

ULASAN 

Apabila sesuatu kejadian menimpa, manusia hanya mengkaji dan menyelidik soal lahiriahnya. Lalu dirumuskanlah bahawa kejadian itu berpunca dari itu dan ini. Jarang manusia mahu melihat perkara tersirat dalam setiap `takdir` Tuhan itu. Sepanjang sejarah umat-umat dahulu, bila manusia terlalu mungkar dengan Tuhan, maka Dia akan turunkan bala kepada mereka. Sejarah telah menceritakan sebagai contoh kisah umat Nabi Nuh a.s pernah dibalakan dengan dengan banjir besar kerana degil dan tidak mahu tunduk kepada Tuhan dan tsunami juga telah memaparkan kemarahan Tuhan. Bilakah lagi hati kita hendak tersentuh atau tercuit, bahawa ini semua adalah satu peringatan Tuhan untuk kita. Meletusnya gunung berapi bukan fenomena alam, tetapi adalah hasil kemarahan Tuhan bagi siapa yang celik hatinya. 

Begitu juga setiap peristiwa dan kejadian, hati tidak terasa kebesaran-Nya. Misalnya kejadian malam dan siang yang silih berganti. Sejak alam ini diciptakan sehinggalah waktu ini, belum pernah malah mustahil Tuhan tersilap di dalam mentadbirnya. Bijaksana-Nya Tuhan mengatur segala-galanya berjalan lancar. SUBHANALLAH..

Belum pernah lagi terjadi, Tuhan tersilap memancarkan matahari pada waktu malam! Pun begitu setiap kali pertukaran malam dan siang, hati kita tidak pernah terasa itulah bijaksana-Nya pentadbiran Tuhan. 

Adakalanya berlaku banjir besar (tsunami), gunung berapi meletup, gempa bumi yang menggoncang yang kesemuanya boleh melenyapkan apa sahaja yang ada di dalam sekelip mata. Waktu itu tiada satu kuasa pun yang boleh menahannya. Dialah yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa. Ternyatalah semua yang ada di dalam takluk-Nya. 

Tapi hairan, walau segagah itu kehebatan Tuhan, hati kita masih tidak terasa sifat Jabbar dan Qahhar-Nya. Ada yang berkata, “Kejadian yang berlaku adalah nature.” Hati manusia terus buta untuk mengakui kehebatan Tuhan itu. Jika hati mereka sensitif, apa yang berlaku hari ini di atas nama bencana alam adalah peringatan Tuhan kepada hambaNya bahawa mereka sudah melupai akan kehebatan Tuhan yang menjadikan alam ini. Malangnya, kerana tertipu dengan nafsu dan akal, mereka sudah lupa dan menganggap alam ini lebih berkuasa dari Tuhan yang menjadikannya. Mereka hanya melihat soal-soal lahiriiah sahaja sebagai punca masalah kepada apa yang berlaku ke atas setiap bencana alam yang terjadi sedangkan mereka lupa tentang siapa yang menjadikan alam dan mengawal alam itu sendiri. 
Kita..bagaimana??FIKIR-FIKIRKAN dan RENUNG-RENUNGKAN..mg2 bermanfaat..


Wednesday, April 22, 2009

rehat sebentar..


KAWAN BAIK


Amin datang menemui dua orang sahabat baiknya Bakar dan Husin yang sedang melepak dengan kaki yang berbalut simen. Ini kerana dia baru sahaja mengalami kemalangan motosikal

Bakar: (Sambil ketawa tanpa simpati). Amin, lawanya ’stokin’ kau. Beli kat mana? Hahaha…
Husin: (Turut ketawakan Amin). Yela, Besar lak tuh. Boleh masuk 2 kaki sekali. Kahkahkah…
Amin: (Dengan muka sedih). Aku jatuh motor lah.
Bakar: Tu la… Kalau dah tahu kaki tu pendek tak payah lah gatal nak bawa motor.. Hahaha… (Masih lagi gelakkan Amin)
Amin: Tapi, aku jatuh pakai motor kau, Bakar…
Bakar: Tidak!!!.. TZM aku.. Kau kejam, Amin. (Dah menangis..)

Melihat kan keadaan itu semakin kuat pula si Husin ketawakan kedua-duanya.

Amin: Lepas tu pulak kan…
Husin: Ha ah.. ( sambil gelak…)
Amin: Aku terlanggar pulak awek kau, Rosnah. Sekarang tengah ICU kat hospital.
Husin: Tidak!!!… Awek aku..( Kali ini dia ni pula menangis..)

Moral: Jangan gelakkan orang.



SAKIT MENTAL

Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia dan melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih. Dan Dr buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk pemeriksaan terakhir.

“Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau Ahmad jawab elok saya benarkan Ahmad pulang..kalau tidak Ahmad akan tunggu sini sedikit masa lagi” Terang Doktor pada Ahmad.

“Baik Doktor Ahmad sedia menjawab” jawab Ahmad dengan tenang.

Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke dinding.. (cahaya lampu tersebut berbentuk bulat di dinding bilik Doktor).

“Awak nampak cahaya tu” tanya Doktor

“Nampak Doktor” jawab Ahmad tersenyum.

“Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad” arah Doktor tu pada Ahmad.

“Kat Dinding tu?” tanya Ahmad tersenyum.

“Ye laaa” jawab Doktor.

“Hi hi hi saya tak gila lah Doktor……tak nak lah saya buat..” jawab Ahmad

“mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini…awak lulus ujian saya..” Doktorberpuas hati.

Ahmad pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu gate.

“Tunggu tunggu Ahmad” Doktor memanggil balik Ahmad.

“Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?” tanya Doktor tu sebagai soalan terakhir.

“Hi hi hi…Doktor ingat saya bodoh ker Doktor…..kalau sayapanjat…..saya pegang cahaya tu….Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentusaya akan terjatuh…” jawab Ahmad selamba

“mm..Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad” kata Doktor pada Ahmad.

“Baik nya doktor…..” sukanya hati Ahmad.








KAYA VS MISKIN

Seorang kaya bersiar siar dalam sebuah kampung. Lalu tersempak laa dengan sekeluarga miskin yang sedang memakan rumput…

Org Kaya : Kenapa kau makan rumput ?

Org Miskin : Aku makan rumput kerana aku terlalu lapar.

Org Kaya : Sedap ke makan rumput ni ?

Org Miskin : Setelah tak makan seminggu, rumput inilah makanan paling sedap.

Org Kaya : Apa kata kalau kamu ikut aku ke rumahku. Aku belanja kamu makan besar.

Org Miskin : Betul ke ni Org Kaya ? Boleh ke aku bawa keluarga aku bersama ?

Org Kaya : Boleh. Lagi ramai lagi bagus !

Org Miskin : Terima kasih wahai Org Kaya. Tapi makanan cukup ke untuk kami sekeluarga yang ramai ni ?

Org Kaya : Gerenti cukup ! Rumput lalang kat rumah aku tu lebih dua meter tinggi nye !



SURAT PUTUS CINTA

Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan boyfriend orang putihnya…

Dia tak sanggup bertemu muka, Lalu dia pun mengutus surat…surat tu macam ni bunyinya…. hehehehe

Hi,my motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook. I know i clap one hand only.Correctly, i have see you and she together at town with my eyes self. You always request apology back back. I don’t trust you again!!!My friend speak you play three wood.

Now i know you correct correct play three wood. so, i break off to pull my body from this love triangle.I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. so, i break off to go far from here. But i always love where also i live….Safe live……

-tijah-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...