CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

my CORNER

siapa SAYA?

My photo
"feel the heart of everyone.. see through our differences"

Thursday, May 28, 2009

12 Barisan Di Akhirat


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris "(Surah An-Naba':18 ). Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing- masing dengan pembawaan mereka sendiri... ." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka... 

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka... "

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kalajengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka... "


BARISAN KEEMPAT

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka... " 

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka... "


BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka... "


BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka... "


BARISAN KELAPAN

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...

BARISAN KESEMBILAN

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...
 

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka... "

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka... "


BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih... "


Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah,tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNYA... ..
Wallahua'alam.


10 wasiat Imam Syafie kepada muridnya

DIRIWAYATKAN, sebelum Imam Syafie kembali ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat Islam. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai.Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: "Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara." 

*Pertama: Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 
*Kedua: Hak kepada malaikat maut - mengqandakan kewajipan yang tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.
*Ketiga: Hak kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi. 
*Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. 
*Kelima : Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) – menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan. 
*Keenam : Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) – membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah. 
*Ketujuh : Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) – menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak. 
*Kelapan : Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) – berasa reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat. 
*Kesembilan : Hak Kepada Nabi saw – bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.
*Kesepuluh : Hak kepada Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.



Wednesday, May 27, 2009

gambar sahaja..






SELAMAT PENGANTIN BARU SAHABATKU..


Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. Ada pula yang mengatakan perkahwinan ibarat percaturan. Tidak kurang pula yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal daripada dua keluarga yang berbeza segalanya. Walau apapun definisi perkahwinan mengikut takrifan individu, namun Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, menyingkap petua-petua cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar, tip-tip berguna serta amalan doa-doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat.
*selamat bakal PENGANTIN BARU kepada SAHABAT baikku..YEA..1 jun nanti..moga2 dirimu mampu menjadi seperti khadijah di hati rasulullah di zaman ini..jumpa nanti..terima kasih utk segalanya..aku sangat menghargai kehadiran KALIAN..diri kalian berdua..(MOH dan YEA)..sayang kalian..*

perang





"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis...israel.... Amerika....

amiin....amiin....ya rabbal a'lamiin..

WASIAT IBRAHIM BIN ADHAM

 
1- Kalau engkau melihat org sibuk dengan dunia, maka sibukkanlah dirimu dengan soal akhirat. 

2- Kalau engkau melihat org sibuk memperindahkan zahirnya, maka sibukkanlah dirimu dengan memperindahkan batinmu. 

3- Kalau engkau melihat org sibuk memakmurkan kebun-kebun, maka sibukkanlah dirimu dengan 
memakmurkan kubur. 

4- Kalau engkau melihat org sibuk mengabdikan diri kepada sesamanya, maka sibukkanlah dirimu 
dalam mengabdikan diri kepada Rabbul Alamin. 

5- Kalau engkau melihat org sibuk memperkatakan keburukan org lain, maka sibukkanlah dirimu 
dengan melihat keburukan dirimu sendiri. 

6- Jadikanlah kehidupan di dunia ini sebagai ladang pertanian yang akan engkau terima hasilnya kelak 
di akhirat.


kuiz utk suka2 sahaja..


Cuba ujian ini dan kenali sejauh mana diri anda boleh dikatakan wanita sejati yang mampu membuat orang lain bahagia. 

1. Apa yang lebih anda gemari? 
(a) warna 
(b) bentuk @ corak 
(c) bunyian 

2. Apakah erti perkenalan @ pandangan kali pertama pada anda? 
(a) tak seberapa 
(b) ada juga 
(c) sangat bererti 

3. Apa yang anda inginkan dalam hidup? 
(a) selesa & aman 
(b) seseorang @ sesuatu yang boleh anda sayangi 
(c) peluang untuk memuaskan diri anda 

4. Secara amnya, anda lebih sukakan? 
(a) makanan panas 
(b) makanan sejuk 
(c) makan di mana-mana saja 
(d) makanan ringkas 

5. Yang mana satu anda lebih suka lihat? 
(a) anak kecil 
(b) bayi 
(c) orang tua 
(d) orang biasa 

6. Bagi anda, mana lebih penting untuk anak lelaki? 
(a) bapanya 
(b) ibunya 
(c) keturunannya 
(d) pelajarannya 

7. Bagi anda, mana lebih penting untuk anak perempuan? 
(a) bapanya 
(b) ibunya 
(c) keturunannya 
(d) pelajarannya 

8. Adakah anda ingin? 
(a) cantik 
(b) menarik 
(c) pandai 
(d) mahir dalam serba-serbi 

9. Kalau anda diberi peluang, anda mahu? 
(a) balajar main golf 
(b) mereka fesyen 
(c) belajar bahasa asing 
(d) membuat kerja kebajikan 

10. Dalam perhubungan peribadi, anda percayakan? 
(a) ada penerima & pemberi 
(b) kemesraan 
(c) persahabatan 
(d) peluang berkongsi kebahagiaan 





MARKAH 

1. (a) 10 (b) 7 (c) 5 
2. (a) 3 (b) 8 (c) 10 
3. (a) 6 (b) 10 (c) 5 
4. (a) 10 (b) 7 (c) 4 (d) 2 
5. (a) 9 (b) 10 (c) 8 (d) 6 
6. (a)7 (b) 10 (c) 5 (d) 5 
7. (a) 7 (b) 10 (c) 5 (d) 5 
8. (a) 8 (b) 10 (c) 4 (d) 6 
9. (a) 4 (b) 10 (c) 5 (d) 8 
10. (a) 6 (b) 10 (c) 5 (d) 8 


85-100 
Sekiranya anda merasakan diri anda seorang wanita sejati, memang benar! Sesungguhnya 
anda adalah seorang wanita yang disanjungi, wanita dalam erti kata yang sebenar. Seorang ibu, isteri, teman, dan kawan yang penyayang. 

55-84 
Anda masih seorang wanita sejati dalam semua bidang. Jangan risau jika anda belum mencapai taraf wanita sejati yang sebenar. Semua orang tidak 100% sempurna, Apa yang anda lakukan dan rasa adalah lebih penting daripada markah! 

45-54 
Mungkin anda tiada potongan untuk menjadi seorang wanita sejati. Jika anda boleh menerima kenyataan ini,maka hidup anda tentu akan lebih bermakna. 


pemilik cintaku setelah ALLAH dan RASUL


Novel ringkas ini mengisahkan Qaniah, seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.

DOA AJARAN RASULULLAH(S.A.W):-


"YA ALLAH YA TUHANKU,ANUGERAHKANLAH KEPADA KAMI PASANGAN KAMI DAN KETURUNAN KAMI SEBAGAI PENYENANG HATI KAMI DAN JADIKANLAH DIRI KAMI PEMIMPIN ORG2 YG BERTAQWA"

(SURAH AL-FURQAN 25:74)

Tuesday, May 26, 2009

Fadhilat Zikir & Selawat

fadhilat zikir

# Mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa. 
# Menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah. 
# Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan daripada Allah serta dimurahkan rezekinya. 
# Mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan. 
# Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat. Dapat merasakan kebesaran, keagungan, kehebatan dan kekuasaan kerajaan Allah. 
# Mendapat nur (cahaya) daripada Allah di dunia, alam barzakh dan titisan sirat nanti. 
# Dapat menjadi pendinding dan perisai dari neraka. 
# Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan. 
# Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan dan niat buruk terhadap diri kita. 
# Dapat menghilangkan kerunsingan dan keresahan hati. 
# Dapat menjauhkan diri daripada segala kebimbangan dan ketakutan. 
# Dapat membersihkan hati daripada segala kekotoran dan menghapuskan dosa dan maksiat kecil. 



Fadilat selawat 

# Rasulullah SAW akan membalas dengan 10 selawat untuk setiap selawat daripada umatnya ke atas Baginda. 
# Allah akan mengangkat 10 darjat untuk setiap selawat daripada hamba-Nya. 
# Malaikat juga akan turut membacakan selawat ke atas orang yang berselawat. 
# Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah. 
# Mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat. 
# Allah akan menggandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang berselawat. 
# Terselamat dan terpelihara daripada segala yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat. 
# Allah akan meluas dan melapangkan rezeki daripada sumber yang tidak diketahui.


10 solat yang ditolak

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa :
"10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t., antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."



 

  Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh dari Allah s.w.t.." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."



Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa


Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji.Rasulullah ada melakukannya."
 Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:
 "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."
 Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)
Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini. 

(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)



TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM


Firman Allah SWT;
Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan" 
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28) 
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. 
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. 
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan : 
Tanda 100 hari sebelum hari mati. 

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. 
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
 
Tanda 40 hari sebelum hari mati 
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 

Tanda 7 hari 

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 

Tanda 3 hari 

Pada ketika ini
akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
 
Tanda 1 hari 

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 

Tanda Akhir 

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 

PENUTUP
 
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. 

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. 

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.



TAUBAT SEORANG PEMINUM ARAK


Pada suatu hari, Khalifah Umar ibni Khattab berjalan-jalan di lorong-lorong dalam kota Madinah. Apabila sampai di persimpangan jalan, beliau terserempak dengan seorang pemuda yang membawa kendi. Ini menimbulkan sangkaan buruk Umar terhadap pemuda itu. Lantas Umar menyoal, "Apa yang engkau bawa itu?" Dalam keadaan ketakutan pemuda itu terketar-ketar menjawab, "Madu, wahai Umar.." Sebenarnya pemuda itu sedang membawa kendi arak.
 
Selepas berkata demikian, timbul perasaan insaf di hatinya untuk bertaubat dari minum arak. Dia menyesal melakukan perbuatan yang ditegah agama. Dia benar-benar berharap sambil berdoa supaya Khalifah Umar tidak memeriksa isi kendi itu. Namun Khalifah Umar tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pemuda itu; lalu mengambil kendi itu untuk diperiksa.  

Doa pemuda itu dikabulkan Allah. Apabila diperiksa, Baginda Umar dapati di dalamnya terdapat madu. Allah menukarkan arak menjadi madu. Dengan demikian pemuda itu terselamat dari tindakan Khalifah. Semenjak peristiwa itu, pemuda itu bertaubat dan berjanji tidak akan meminum arak lagi.



gagak dan ayah


Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka. Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran. Si ayah lalu menuding jaring ke arah gagak sambil bertanya, "Nak, apakah bendanya itu?" "Burung gagak", jawab si anak.Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama .Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat,"Itu burung gagak ayah!"

Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat, "BURUNG GAGAK!!" Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan si ayah, Gagak la ayah.......".Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah."Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya. Apa lagi yang ayah mahu saya katakan???? Itu burung gagak, burung gagak la.....",kata si anak dengan nada yang begitu marah. Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. Ianya sebuah diari lama. "Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu",pinta si ayah. Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut...

"Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya, "Ayah, apa tu?". Dan aku menjawab,"Burung gagak". Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap ianya menjadi suatu pendidikan yang berharga."

Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu.

Si ayah dengan perlahan bersuara, "Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah."

MORAL: JAGALAH HATI KEDUA IBUBAPA. JANGAN SESEKALI MENGHAMPAKAN HARAPAN MEREKA


Monday, May 25, 2009

dari seorang sahabat..


tika wajah penat memikirkan dunia.. maka berwudhu'lah.. tika tangan letih menggapai cita2.. maka berserulah.. ALLAHUAKBAR.. tika bahu tiada kuasa memikul amanah.. maka bersujudlah.. ikhlaskan semuanya dan dekati ALLAH S.W.T.. agar tunduk di saat yang lain runtuh.. agar tegar di saat yang lain masih terhampar..

untukmu wanita..


Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.Lumrahnya begitulah, seorang wanita akan disukai dan dicintai oleh ramai lelaki, berbanding seorang lelaki,biasanya untuk dicintai seorang wanita pun payah.

Wanita ibarat bunga. Bunga biasanya cantik dan harum.Jarang ditemui bunga yang berbau busuk walaupun ada.Begitulah wanita, biasanya dianggap cantik oleh orang yang mengaguminya. Boleh dikatakan kita tidak akan jumpa bunga yang tidak memukau perhatian kita. Kalau pun ia kurang cantik, ia tetap unik dan menyebabkan kita mahu mendekatinya, membelek, menyentuh dan mengkaji.

Apabila dia didekati oleh terlalu ramai lelaki dia akan keliru sebab rasa cintanya hanya satu. Wanita bernafsu banyak, maka dia tidak begitu sempat untuk mempelbagaikan cintanya untuk ramai lelaki. Berbeza lelaki, nafsunya satu, justeru dia tidak pandai membahagi-bahagikan keghairahannya itu kepada benda-benda lain. Dia amat terasangsang apabila melihat wanita. Soal cantik atau tidak bukanlah masalah besar baginya, yang penting pandai mengambil hati dan bermanja-manja.

Nafsu wanita telah diperlbagaikan untuk pelbagai hal dalam kehidupan. Dia bernafsu terhadap gelang, rantai, cincin, rumah, kereta, baju, langsir, sofa dan segala macam lagi, maka keghairahannya terhadap lelaki amat kurang. Rasa cintanya akan menjadi satu. Sebab itu biasanya wanita lebih setia berbanding lelaki. 

Lelaki boleh mencintai sepuluh wanita dalam masa yang sama sedangkan wanita tidak akan berupaya berbuat begitu. Yang paling menjadi masalah apabila dia digilai oleh ramai lelaki. Payah sungguh dia hendak mengatakan, dia tidak mencintai kesemuanya kecuali satu. Dan tidak sukar baginya untuk mengatakan, “Abang, walaupun ramai yang mahukan saya di luar sana,abang tetap pilihan hati.”

Begitulah wanita, makhluk ciptaan ALLAH yang tugasnya bagaikan bunga – menghiasi alam. Tanpa wanita barangkali kehidupan ini tidak sebegini indah. Tanpa bunga sudah tentu alam ini suatu tempat yang tidak menarik untuk didiami. 

Seorang wanita akan berasa amat susah apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya. Satu-satunya lelaki yang dicintainya itu memang tiada duanya, tiada tiganya. Dia biasanya amat setia dengan pilihan hatinya. Dan akan menjadi amat tidak tenteram apabila diintai oleh terlalu ramai lelaki lain. 

Selalunya wanita lebih mudah membuat pilihan berbanding lelaki. Apabila seseorang wanita itu telah memilih seorang lelaki sebagai mahkota hatinya dia akan setia dengan pilihannya itu. Lelaki pula, selalunya lebih banyak mencuba nasib dengan cuba mencintai ramai wanita untuk mencari yang terbaik. Dia selalunya pandai bermain kata-kata. Wanita pula mudah lemas dengan lelaki yang pandai bermain kata-kata. Sebab itulah wanita akan lemas berada di tengah-tengah lelaki yang menyintainya meskipun satu-satunya lelaki yang dicintainya itu masih teguh kukuh di sanubarinya. 

Kebanyakan wanita akan taat dengan pilihannya mulai di alam perkenalan, percintaan hinggalah perkahwinan. Jarang yang berlaku curang. Jika curang memang dia jenis ‘perempuan gatal’ atau tidak mampu lagi bertahan dek cabaran-cabaran pasangan.

Sebagaimana bunga, jarang yang merosakkan alam. Kalau ada pun, itu sebab dipetik orang lalu dibiarkan. Atau gugur sendiri setelah tangkainya tidak dapat bertahan. Bunga akan selamanya jadi penghias alam. Bunga akan selamanya mampu memukau perhatian orang dan ada kalanya haiwan. 

Begitulah tamsilannya wanita. Dia indah dan akan selamanyalah indah. Tiada wanita yang tidak indah. Selagi namanya wanita, pasti ada yang akan mengaguminya atas keindahan keindahannya itu. Tamsilan indah seorang wanita itu pula bukan sekadar wajah tapi keseluruhannya hingga layak digelar wanita. 
Syukurilah anda bernama wanita dan bertahanlah dalam kesucian walaupun amat-amat diketahui wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.





cerita seorang anak

Seorang wanita tua berkongsi pengalaman beliau tentang sebuah kisah menyayat hati yang disaksikan suatu ketika dahulu. Cerita tersebut aneh dan menginsafkan kerana ia tentang seksaan Allah terhadap seorang anak yang derhaka kepada ibunya sendiri. Ia diceritakan olehNek Mariam. Begini ceritanya:

Jamilah 20an, (bukan nama sebenar) adalah seorang isteri yang malang. Beliau telah ditinggalkan suami sebaik sahaja melahirkan anak sulung mereka. Jamilah terpaksa akur dengan nasib yang menimpanya itu. Mujurlah beliau masih mempunyai ibu bapa yang mengambil berat akan dirinya.

Itulah yang dikata kasih sejati seorang ibu. Tiada tolok bandingannya walhal semenjak kita dalam kandungan lagi kasih sayang sudah dicurahkan sepenuh jiwa dan raga. Setelah Jamilah bergelar janda, Jamilah kembali ke rumah ibunya. Walaupun Jamilah tidak mendapat kasih sayang seorang suami namun beliau bertuah kerana masih mendapat kasih sayang dari ibu sejati. Jamilah dan anak kecilnya dijaga dan diberikan kasih sayang dengan sempurna. Soal makan dan minum Jamilah dan anaknya tidak menjadi masalah kerana Jamilah masih mempunyai bapa yang masih kuat mengerjakan ladang dan sawah. Bapa Jamilah keluar bekerja awal pagi dan pulang lewat petang. Manakala ibunya tidak banyak aktiviti di rumah hanya memberi makan haiwan ternakan sahaja. Adik-beradiknya semua sudah berkahwin dan membawa haluan masing-masing.

Jamilah merupakan anak bongsu dalam keluarga, mengenangkan nasib malang Jamilah, sudah tentu perasaan sayu dan kasihan dari ibunya membuak-buak bila melihat anak dan cucu kecilnya tidak terbela. Usia Jamilah masih remaja walaupun bergelar janda. Zaman remajanya masih lagi belum puas dikecapi tambahan pula fikirannya masih belum matang dalam erti hidup. Jamilah terasa dirinya begitu bebas dan terlepas dari belenggu ketika hidup bersuami dahulu. Jamilah tidak merasa sebarang kekurangan pada dirinya malah bertambah yakin kerana beliau masih muda dan masih kelihatan cantik. Segala urusan anak kecilnya diserahkan kepada ibu dengan alasan tidak biasa dengan karenah anak kecil. Sebenarnya Jamilah malas untuk menguruskan anak kecil yang merimaskan.

Pada mulanya, ibu Jamilah tidak perasan, maklum sahaja cucu sendiri, tentu tidak terasa bebannya. Hari berganti hari hidup Jamilah bertambah selesa. Beliau hidup di bawah jagaan yang sempurna. Semua soal makan minum, mengasuh anak kecil dan kerja rumah tangga semuanya diambil alih oleh ibu dan bapanya. Jamilah hanya menolong ala kadar sahaja agar tabiat malasnya tidak nampak ketara.

Perangai Jamilah semakin menjadi-jadi. Melaram dengan pakaian- pakaian fesyen terkini serta bersolek agar sentiasa cantik. Suatu hari, Jamilah telah menyampaikan hasratnya ingin ke pekan untuk mendandan rambut dengan fesyen terkini. Namun ibunya melarang kerana menurut orang ramai, kandungan bahan mendandan rambut ketika itu diperbuat dari bahan haram yakni lemak babi. "Ala, bukan nak makan babi tu, hanya sapu atas kepala agar rambut lebih hitam dan berkilat... ." Jamilah memberi alasan agar permintaannya ditunaikan. Namun begitu ibunya tetap melarang. Maka berlakulah satu pertengkaran antara Jamilah dan ibunya sehingga beliau tergamak mengeluarkan perkataan kesat sambil menyumpah-nyumpah ibunya. "Binatang babi! Binatang anjing!" kata Jamilah semakin berani setelah melihat ibunya mendiamkan diri sambil menitiskan airmata.

Jamilah masih berdegil, nafsunya untuk kelihatan cantik dan bergaya semakin meluap-luap hingga tidak kira lagi soal halal dan haram. Matlamatnya supaya ramai lelaki melihat dirinya cantik macam primadona. Sekaligus saham dirinya akan naik mengatasi anak-anak dara sunti di kampung itu. Petang itu, bila Jamilah baru pulang dari pekan mendandan rambut, tiba-tiba beliau terdengar suara anak kecilnya menangis kuat teresak-esak. Hati Jamilah naik radang kerana beliau sangka ibunya sengaja membiarkan anaknya begitu kerana ingin membalas dendam. Dengan bengis, Jamilah terus naik ke rumah dan jadi seperti orang yang dirasuk syaitan, terus meluru ke bilik anaknya yang menangis itu. Anaknya diambil dan diletakkan di satu sudut di dapur dan terus menuju ke bilik ibunya untuk bertindak sesuatu. Mulutnya tidak henti-henti mengomel sambil menyumpah-nyumpah.

Sebaik sahaja beliau masuk, kelihatan ibunya sedang mengerjakan solat. Kerana terlalu marah, dikala ibunya sedang sujud, beliau bertindak menendang ibunya sambil berkata "Oi babi,anjing, beruk! Tak boleh harap ... . menyusahkan orang, celaka!" Ibunya yang jatuh tersungkur di hadapan sejadah bangun mengaduh dan terpinga-pinga. Beliau tidak tahu apa sebabnya Jamila tiba-tiba naik angin. Setelah beberapa lama berlinanganlah airmata ibunya apabila menyedari perkara sebenar. Sebenarnya bukan niat ibunya membiarkan cucunya itu menangis keseorangan, ketika itu beliau sedang bersembahyang, maka terpaksalah membiarkan budak itu sebentar. Sudah seberapa daya beliau menyegerakan solatnya setelah sedar cucunya menangis kuat, namun belum sempat selesai solat, Jamilah terlebih dahulu datang menyepak punggungnya. Hati ibu mana yang tak hancur remuk mengenangkan anaknya yang sampai hati dan tergamak melakukan sebegitu terhadapnya berbanding kasih sayang yang telah dicurahkan secukupnya demi anak tercinta.

Ibu mana yang tidak sayangkan anak... .dalam keadaannya yang sakit seluruh sendi akibat tersungkur atas tikar sembahyang tadi, beliau telah berdoa pada Allah agar dapat diampun dosa anaknya itu. Dengan takdir Allah, tiba-tiba Jamilah berteriak dari arah dapur. Macam sesuatu yang telah berlaku pada Jamilah mahupun cucunya. Dengan lemah longlai, tergesa-gesa beliau pergi mendapatkan Jamilah. "Jeritannya sungguh kuat hingga jiran berdekatan dapat mendengarnya. Tambah terkejut apabila kami semua menyaksikan seutas rantai besi tiba-tiba sahaja keluar memecah lantai dapur dan melilit dan merantai kaki Jamilah dengan kuat. Jamilah menjerit kesakitan dan anak yang dikendong terlepas dalam dakapannya. Ibu Jamilah separuh pengsan melihat keadaan Jamilah sebegitu... .," jelas Nek Mariam yang merupakan salah seorang yang menyaksikan keajaiban Allah yang maha esa itu.

Maka berduyun-duyunlah orang kampung datang untuk membantu melepaskan cengkaman rantai besi yang melilit kemas di kedua-dua kaki Jamilah. Bertungkus-lumus orang cuba memotong besi itu namun tidak berjaya. Jamilah meraung sekuat-kuat hati kerana terlalu sakit. Akibatnya darah tidak henti mengalir membasahi lantai dapur. Setelah beberapa jam berlalu, rantai besi yang mempunyai kekuatan luar biasa itu masih juga tidak boleh dileraikan dari kaki Jamilah. Akibat pendarahan yang banyak, Jamilah meninggal di situ juga dengan riak muka yang amat menakutkan. Ibu Jamilah terpaku tidak mampu melakukan apa-apa. Beliau sedar itulah balasan Allah terhadap anaknya, cuma beliau tidak menyangkakan secepat itu. "Anehnya, sebaik sahaja Jamilah meninggal, rantai itu terurai dengan sendiri lalu masuk kembali ke dalam tanah. Kami semua begitu terpegun dan berasa insaf dengan apa terjadi. Itulah balasan Allah terhadap seorang anak yang derhaka," sambung Nek Mariam sambil menitiskan airmata.

Jenazah Jamilah diuruskan seperti biasa dan dikebumikan. Upacara membaca ayat suci Al Quran di atas kubur selama 7 hari memang sering dilakukan oleh masyarakat di Pantai Timur dan menjadi satu upacara kebiasaan kepada sesiapa yang baru dikebumikan. Semasa orang-orang kampung bergilir- gilir membaca Al Quran, maka satu lagi petunjuk dari Allah terjadi. "Pada waktu hampir subuh, mereka terdengar satu suara yang meraung- raung dari arah liang lahat. "Mak ooiii... ..!! Ayah ooiii!! Tolonglah... ! Allah Tuhanku... .minta tolong... ! Mak... ayah... tolonglah!" suara mendayu-dayu itu sungguh menyeramkan dan tidak henti-henti," cerita Nek Mariam lagi.

Salah seorang dari mereka bertindak memberitahu pada ibu Jamilah akan suara itu yang mereka syak datang dari arah liang lahat. Dengan bantuan jiran-jiran berdekatan, mereka segera ke kubur Jamilah untuk menggali kubur itu kerana mereka sangkakan Jamilah masih hidup. Setelah digali, alangkah terkejutnya bila melihat jasad Jamilah yang kaku dan berbalut itu telah bertukar rupa. Kepalanya menjadi kepala seekor babi! Masya Allah... . Ramai orang menyaksikannya ... .satu lagi keajaiban yang sengaja Allah ingin memperlihatkan pada hamba-hambanya. Bertambah sedih dan sayu hati ibu Jamilah melihat keadaan anaknya begitu... .

Malam itu beliau bermimpi, Jamilah datang kepadanya dengan keadaan yang amat buruk dan daif sambil berkata: "Tak payahlah ibu mengadakan kenduri arwah untuk saya, kerana saya telah terkeluar daripada Islam... ." menyedari hakikat itu ibunya begitu terkejut dan tak henti-henti menangis sambil berdoa kepada Allah agar mengampuni dosa anaknya itu. "Maka tiadalah kenduri arwah dibuat untuk Jamilah. Itulah cerita tentang balasan Tuhan terhadap hambanya yang berdosa. Dosa pada Tuhan mungkin dapat diampunkan jika kita bertaubat nasuha, tetapi dosa pada manusia, lebih-lebih lagi kepada kedua ibu-bapa, harus kita sendiri memohon ampun dan maaf... .Jika tidak tanggunglah dosa itu dan akan dikira dan dibalas setimpal di akhirat kelak... " Nek Mariam mengakhiri ceritanya yang penuh keinsafan sesuai untuk kita semua.

Read Malaysia 2009

  Name : Read Malaysia 2009
   
  Date : 29 May - 7 June 2009 
   
  Time : 11am - 10pm
   
  Venue : Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), 
Mines Resort City 
   
  Organized by : MINES Exhibition Management Sdn Bhd 
   
  Endorsed by : Ministry of Education
   
  Official Media Partners : *Berita Harian
*Nanyang Siang Pau
*The China Press
   
  Official Radio Station :* MY FM
*Hitz FM
*Era FM 
   
  Official Public : Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM)
   
  Official Hotels : *Palace of Golden Horses
*Palace Beach & Spa 
   
  Total Area of Exhibition : 12,500sqm (135000 sqf) Hall 
   
  Estimated No. of Booths : 600 booths 
   
  Estimated No. of Exhibitors : 200 exhibitors
   
  Estimated No. of Visitors : 400,000 visitors
   
  Participating Countries : *China
*Taiwan
*Hong Kong
*Singapore
*Malaysia


sumber : http://www.readmalaysia.my/about_the_show.asp

Tanda Hitam Didahi

Suatu hari, Rizal pergi berjumpa pakar sakit kulit untuk mendapatkan rawatan  : 

Doktor : "Apa masalah encik?" 

Rizal : "Kulit saya rasa gatal-gatal, doktor." (sambil menunjuk tangan dan tubuhnya) 

Doktor : (Sambil memeriksa kulit tangan dan wajah ) "Encik rajin solat ya..." 

Rizal : "Apakah kaitannya doktor??." 

Doktor : "Kulit encik kelihatan bersih dan putih, tapi di dahi encik ada tanda hitam dua, biasanyakan kerana solat." 

Rizal : "Ah...tidak juga doktor." 

Doktor : "Sila berbaring encik." 

Rizal : (Membuka baju dan berbaring) 

Doktor memeriksa Rizal dengan menyeluruh. 

Rizal : "Bagaimana doktor." 

Doktor : "Setelah saya melakukan pemeriksaan dengan menyeluruh, dua tanda hitam didahi encik itu adalah kulit encik yang sebenarnya, sedangkan yang lainya dari hujung kaki sampai kulit kepala adalah panau dan kurap

Sunday, May 24, 2009

Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)

Apa itu Tekanan Darah Rendah ? 

-Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah. 
 
Faktor yang mempengaruhi tekanan darah

-Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-
*usia
*aktiviti seharian
*perasaan
*ubatan
*pendarahan
*infeksi

-Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-
*stroke
*penyakit jantung
*penyakit pada mata
*pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah 

 
 
Gejala Tekanan Darah Rendah 

-Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-
*cepat lelah
*pening kepala ketika posisi badan berubah
*sukar untuk berkonsentrasi
*mata berkunang-kunang
*mual
*kulit berasa dingin, pucat dan lembap
*pernafasan cepat dan pendek
*defresi
*cepat haus

-Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti. 
 
Penyebab Tekanan Darah Rendah 

-Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-


*Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal

*Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.

*masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.

*Keadaan otot yang lemah.

sumber: http://www.thetole.org/MalayHerbalMedicine/LowBloodPressureTreatmentCure.html


I Wanna Be Somebody_alarm me



Bila ku sedar kemampuan 
Tak sebijak persis insan lain 
Membuat citaku tak kesampaian 

Mujurlah sempat ku kikis sikap itu 
Masa depanku aku yang menentukannya 
Kejayaan bukan percuma 
Malas usaha kelompang jiwa 

Telah ku bukti pada semua 
Bersungguh pasti kan berjaya 
Ku kini mampu melakukannya 

Jangan jemu pada ilmu 
Dengannya kita akan dimulia 
Jadilah orang yang berguna 

Tuhan tak akan mengubah nasib kita 
Selagi tak usaha kepada yang lebih baik 
Jika tak tahu bertanya orang bijaksana 
Setelah berjaya..janganlah alpa 

Saat ini ku bertanya 
Apakah kegagalan itu hina 
Oh kerananya I gonnna be somebody


wanita




Seindah hiasan adalah wanita solehah… 
Wanita solehah itu aurat dijaga… 
Pergaulan dipagari…
Sifat malu pengikat diri… 
Seindah hiasa di dunia ini… 
Keayuan wanita solehah itu…
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya… 
Kemanisan wanita solehah…
Tidak terletak pada kemanjaannya… 
Daya penarik wanita solehah itu…
Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin...
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah memujuk rayu...
Bukan dan tidak sama sekali, 
Kepetahan wanita solehah 
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain 
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama, 
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata 
yang menyeri alam
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu 
serta pandangan dari segala aspek 
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, 
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai, 
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran, 
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman, 
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman, 
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi, 
Wahai wanita jangan dibanggak dengan ilmu duniawi yang kau kuasai, 
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu, 
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, 
Kerana ada lagi insane yang lebih malang darimu, 
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, 
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya parasnya, 
Bersyukurlah atas apa yg ada 
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama, 
Salam perjuangan untuk sahabatku

-WANITA SOLEHAH- 
“Wanita hiasan dunia Seindah hiasan adalah wanita solehah”



kerana ISLAM

            Banyak orang Islam menyangka bahawa cukup sekadar mempunyai nama sebagai orang Islam mengucap dua kalimah syahadat untuk menjadi seorang muslim yang diredhai Allah. Anggapan ini tidak benar . Ini kerana untuk menjadi orang Islam seseorang itu perlu memenuhi syarat syarat penting yang berkaitan dengan keimanan dan perbuatan tertentu yang berkaitan dengan rukun iman, Islam dan jihad. Pengertian ini dapat kita simpulkan dari firman Allah:

            “Orang orang Arab badui itu berkata; kami sudah beriman, namun katakanlah kamu belum beriman , Cuma katakanlah kamu baru masuk Islam dan iman belum (benar-benar masuk) dalam hati kamu. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amalan kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).”

            Ertinya keimanan dan keislaman seseorang itu perlu dibuktikan dengan tekad dan usaha perjuangan yang menunjukkan kesungguhan seseorang itu menjadi hamba Allah yang mendaulatkan agamanya. Islam bukan sekadar beberapa kalimah yang dituturkan tapi adalah suatu Iltizam dan komitmen yang lengkap dan menyeluruh terhadap ajaran Islam.

             Sebab itu dalam Surah al Baqarah :208-209 terdapat ayat yang menegaskan:
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

           Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang bukti keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana…”.

            Seorang muslim yang benar ialah orang yang memperjuangkan seluruh dimensi ajaran Islam baik akidah, syariah, politik, ekonomi, pendidikan dan seterusnya.

           Orang yang tidak mahu memperjuangkan politik Islam umpamanya, tidak mahu menjadikan Islam landasan perjuangan politiknya adalah mereka yang terang-terang mempunyai sikap bercanggah dengan perintah Allah dalam surah al Taubah ayat 38-41

            ”Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai berjuang di jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
             Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berjuang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat menggugat Allah sedikitpun . (ingatlah) Allah Maha Kuasa mengatasi segala-galanya.

        Mengapa kamu tidak mahu menyokongnya (Nabi Muhammad) pada hal Allah sendiri telah menyokongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan rasa tenteram dan damainya kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera 3 (malaikat) yang kamu tidak melihatnya . (Dalam masa yang sama ) Allah jadikan seruan (dasar syirik) orang-orang kafir itu rendah dan hina . (Sebaliknya) Allah jadikan dasar perjuanganNya (Islam) mulia dan tinggi - Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

              Berangkatlah kalian beramai-ramai (untuk berjuang di jalan Allah), samada dalam keadaan ringan (dan mudah bergerak) mahupun dalam keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kalian di jalan Allah (untuk membela Islam). Itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

           Penganut agama Islam yang sebenarnya ialah mereka yang sedia berangkat dan keluar berjuang untuk menegakkan cita-cita Islam dalam segala dimensinya yang mungkin. Mereka tidak dihalang oleh kesempitan hidup atau dilalaikan oleh kesenangan kebendaan. Mereka rela berkorban apa sahaja demi Allah dan Rasul. Mereka sedar bahawa jika mereka tidak bingkas berjuang keimanan mereka akan dipersoalkan oleh Allah dan amalan mereka menjadi sia-sia.

         Pada zaman Rasulullah dahulu orang yang enggan berjihad dan enggan pergi berhijrah bersama Rasulullah dihukum dengan hukuman yang berat . Allah berfirman dalam Surah al Taubah ayat 81-90
Orang-orang (munafiq) yang ditinggalkan di belakang (tidak ikut serta berjuang) merasa seronok disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah) dan mereka tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; malah mereka (menghasut pula dengan) berkata: Janganlah kalian semua keluar (berperang) pada musim panas ini. Katakanlah (wahai Muhammad): "Api Neraka Jahanam itu jauh lebih panas lagi, kalaulah mereka sedar.Oleh itu biarkanlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini); namun mereka akan menangis banya kelak (di akhirat), sebagai balasan terhadap apa yang mereka lakukan.
Maka jika Allah mengembalikan engkau kepada segolongan dari mereka (orang-orang yang munafik itu di Madinah), kemudian mereka meminta izin kepadamu untuk keluar (ikut serta berperang), maka katakanlah: Kamu jangan sekali-kali keluar bersama-samaku buat selama-lamanya dan kamu samasekali tidak akan memerangi musuh bersama-samaku; justeru kamu dahulu telah rela tinggal duduk diam di belakang (tidak ikut berjuang) pada kali yang pertama, oleh itu duduklah kamu bersama-sama orang-orang yang duduk (di belakang).

               Dan janganlah engkau(wahai Muhammad) sembahyangkan seorang pun yang mati dari kalangan mereka itu selama-lamanya dan janganlah pula engkau berdiri di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).Dan jangan pula engkau terpesona kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengannya di dunia dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka dalam keadaan kafir .

                Dan apabila diturunkan satu surah Al-Quran (yang menyuruh mereka): "Berimanlah kamu kepada Allah dan berjihadlah bersama-sama dengan RasulNya", nescaya orang-orang yang kaya di antara mereka meminta izin (berdalih) kepadamu dengan berkata: Biarkanlah kami tinggal bersama-sama orang-orang yang tinggal (di belakang tidak turut berperang).

                 Mereka suka tinggal bersama-sama orang-orang yang ditinggalkan (kerana uzur), dan (dengan sebab itu) hati mereka di sela mati , sehingga mereka tidak dapat memahami apa-apa lagi.(Mereka tetap tidak ikut serta) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya.
Allah telah menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai, mereka kekal di dalamnya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.

            Dan (kemudian ) datanglah pula orang-orang yang menyatakan alasan keuzurannya dari orang-orang A'rab, memohon supaya mereka diizinkan (tidak turut berperang), sedang orang-orang (munafik di antara mereka) yang mendustakan Allah dan RasulNya, duduk (mendiamkan diri). (Oleh itu) orang-orang yang kafir di antara mereka, akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

          Golongan mukmin pada zaman dahulu yang telah mengaku beriman tetapi enggan ikut serta berjuang mendaulatkan Islam telah dihukum sebagai munafik dan kufur oleh Allah. Allah melarang Nabi mendoakankan mereka dengan berdiri di tepi kubur mereka, Allah melarang Nabi menyembahyangkan jenazahnya. Ini tentulah kerana perbuatan tidak ikut serta berjuang menegakkan kedaulatan Islam sebagai suatu dosa besar yang menghapuskan kekuasaan dan kemegahan Islam.

            Sebab itu menjadi seorang Muslim bermakna kita mesti ikut serta berusaha mengukuhkan gerakan Islam , meramaikan bilangan mereka agar kita berjaya di dunia dan di akhirat.Oleh sebab itu wahai saudara marilah kita bersama-sama dengan golongan ulama dan cendikiawan ikut serta memperjuangkan Islam. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...