Melihat segala bala bencana yang berlaku hari ini, di mana-mana jua di dunia ini membuatkan kita tertanya-tanya. Mengapa ia berlaku, apakah alam ini sudah tidak mampu untuk menanggung isi kandungannya kerana perbuatan manusia yang seringkali lupa untuk menghormati dan bersikap adil kepada segala nature di dunia ini atau adakah ini satu peringatan dari Tuhan betapa zalimnya manusia kepada penciptaNya kerana bersikap nafsu nafsi sahaja di dalam menjalankan amanahnya sebagai pemimpin dan penghuni alam ini. Mari kita cuba renungkan hal ini.
ULASAN
Apabila sesuatu kejadian menimpa, manusia hanya mengkaji dan menyelidik soal lahiriahnya. Lalu dirumuskanlah bahawa kejadian itu berpunca dari itu dan ini. Jarang manusia mahu melihat perkara tersirat dalam setiap `takdir` Tuhan itu. Sepanjang sejarah umat-umat dahulu, bila manusia terlalu mungkar dengan Tuhan, maka Dia akan turunkan bala kepada mereka. Sejarah telah menceritakan sebagai contoh kisah umat Nabi Nuh a.s pernah dibalakan dengan dengan banjir besar kerana degil dan tidak mahu tunduk kepada Tuhan dan tsunami juga telah memaparkan kemarahan Tuhan. Bilakah lagi hati kita hendak tersentuh atau tercuit, bahawa ini semua adalah satu peringatan Tuhan untuk kita. Meletusnya gunung berapi bukan fenomena alam, tetapi adalah hasil kemarahan Tuhan bagi siapa yang celik hatinya.
Begitu juga setiap peristiwa dan kejadian, hati tidak terasa kebesaran-Nya. Misalnya kejadian malam dan siang yang silih berganti. Sejak alam ini diciptakan sehinggalah waktu ini, belum pernah malah mustahil Tuhan tersilap di dalam mentadbirnya. Bijaksana-Nya Tuhan mengatur segala-galanya berjalan lancar. SUBHANALLAH..
Belum pernah lagi terjadi, Tuhan tersilap memancarkan matahari pada waktu malam! Pun begitu setiap kali pertukaran malam dan siang, hati kita tidak pernah terasa itulah bijaksana-Nya pentadbiran Tuhan.
Adakalanya berlaku banjir besar (tsunami), gunung berapi meletup, gempa bumi yang menggoncang yang kesemuanya boleh melenyapkan apa sahaja yang ada di dalam sekelip mata. Waktu itu tiada satu kuasa pun yang boleh menahannya. Dialah yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa. Ternyatalah semua yang ada di dalam takluk-Nya.
Tapi hairan, walau segagah itu kehebatan Tuhan, hati kita masih tidak terasa sifat Jabbar dan Qahhar-Nya. Ada yang berkata, “Kejadian yang berlaku adalah nature.” Hati manusia terus buta untuk mengakui kehebatan Tuhan itu. Jika hati mereka sensitif, apa yang berlaku hari ini di atas nama bencana alam adalah peringatan Tuhan kepada hambaNya bahawa mereka sudah melupai akan kehebatan Tuhan yang menjadikan alam ini. Malangnya, kerana tertipu dengan nafsu dan akal, mereka sudah lupa dan menganggap alam ini lebih berkuasa dari Tuhan yang menjadikannya. Mereka hanya melihat soal-soal lahiriiah sahaja sebagai punca masalah kepada apa yang berlaku ke atas setiap bencana alam yang terjadi sedangkan mereka lupa tentang siapa yang menjadikan alam dan mengawal alam itu sendiri.
Kita..bagaimana??FIKIR-FIKIRKAN dan RENUNG-RENUNGKAN..mg2 bermanfaat..
0 comments:
Post a Comment