CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

my CORNER

siapa SAYA?

My photo
"feel the heart of everyone.. see through our differences"

Friday, May 27, 2011

Hubungan sulit: Peniaga kantoi, telinga dipotong~

Seorang lelaki berusia 47 tahun cedera parah apabila kedua belah telinganya dipotong kerana dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat berkata mangsa ditemui terbaring oleh anaknya di dalam longkang berhampiran rumah mereka di Taman Kasawari, Simpang Ampat pada 8 pagi semalam.

Katanya lelaki yang bekerja sebagai peniaga daging khinzir itu dipercayai diserang dengan menggunakan senjata tajam hingga mengakibatkan kedua-dua telinganya terputus.

"Hasil siasatan mendapati kejadian itu berpunca akibat perasaan cemburu berikutan mangsa dipercayai telah menjalin hubungan sulit dengan isteri orang," katanya kepada pemberita di Nibong Tebal.

Shafien berkata polis menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori kira-kira dua jam kemudian selepas gerakan mencari suspek giat dijalankan setelah identiti lelaki itu dikenalpasti.

Katanya kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat.

- Bernama

sumber:http://www.malaysiakini.com/news/165263

Apa yang kita dapat dengan kekal dalam satu perniagaan dalam tempoh masa yang lama ?~


1. Kita dapat membina pelanggan yang ramai.

2. Kita dapat tahu mengenai pasaran.

3. Kita dapat belajar kehendak pelanggan.

4. Kita dapat belajar pengurusan kewangan

5. Kita belajar kaedah pemasaran yang paling sesuai

6. Kita dapat membina hubungan dengan media

KLIA`


~semalam pi KLIA..jemput abang dari Sabah..~

Thursday, May 26, 2011

Zain Bhikha _ Give Thanks to Allah

jom pakat ramai-ramai~

Enam siswa lepas tindakan tatatertib UM~

Seramai enam pelajar lepas daripada tindakan tatatertib Universiti Malaya (UM) bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) setelah dibicarakan atas pelbagai pertuduhan. Lima mahasiswa dibebaskan kerana kesalahannya tidak dapat dibuktikan manakala seorang digugurkan pertuduhan kerana tamat pengajian dan bukan lagi menjadi penuntut universiti itu. NONEBagaimanapun, menurut Izzuddin Hilmi Mohd Zaini (kanan) -- antara yang dibebaskan -- dua orang didenda RM200 dan diberikan amaran keras manakala sembilan lagi hanya dikenakan amaran awal. "Alhamdulillah, setelah semuanya dibaca dan disoal jawab, saya dan rakan-rakan dengan lindungan Allah telah dibuktikan 'tidak layak' untuk disabitkan kesalahan di bawah AUKU," katanya. Perbicaraan kes itu berlangsung semalam daripada jam 2 petang sehingga menjelang malam. Mereka dibicarakan di hadapan barisan Jawatankuasa Tindakan Tatatertib UM di bilik mesyuarat Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di universiti itu. Sesi tersebut sebelum ini telah ditangguhkan dua kali pada 20 dan 23 Mei 2011.

sumber:http://www.malaysiakini.com/news/165164

Wednesday, May 25, 2011

suwarul qur'an


jom hafal surah surah dalam Quran~

Empat anggota Syiah ditahan JAIS~

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akhirnya menangkap empat anggota ajaran Syiah di Gombak, termasuk ketuanya Mohd Kamil Zuhairi dalam sambutan ulangtahun kelahiran puteri Nabi Muhammad di Gombak sebentar tadi.

Jurucakap majlis itu Radin Ahmad Faizul berkata, selain Mohd Kamil, beliau sendiri ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gombak.

NONEDua lagi, menurutnya hanya dikenali sebagai Syed Syafiq dan Ashraf. Nama penuh mereka belum diperoleh setakat ini.

Sebelum itu, Radin berkata, lebih 20 anggota JAIS kelihatan hadir di majlis itu selepas berlangsung 20 minit bermula jam 12 tengah hari.

Ketika itu, tambahnya, JAIS cuma mengambil kad pengenalan beberapa tokoh penting penganjur, termasuk Mohd Kamil.

"Lagi pun majlis itu cuma majlis makan-makan sahaja," kata Radin sambil mendakwa mereka mendapat permit polis untuk menganjurkan acara itu.

JAIS: Langgar fatwa

Kira-kira 500 orang hadir dalam program sambutan ulangtahun Fatimah Az-Zahrah yang diadakan di perkarangan hauzah atau markaz mereka di Gombak.

NONEKetua penolong pengarah bahagian pengurusan penguatkuasaan JAIS Mohamad Rais Rasid (kiri) ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan tangkapan empat orang itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana pihaknya merancang mengadakan sidang media khusus tentang perkara itu esok pagi.

"Mereka ditangkap kerana melanggar fatwa (dengan menyebarkan fahaman Syiah)," katanya ringkas.

Pada Disember tahun lalu, JAIS telah menahan seramai 128 pengikut Syiah -- aliran yang diharamkan negeri itu pada tahun 1989.

Bagaimanapun, dianggarkan terdapat kira-kira 40,000 mengikuti ajarannya di negara ini secara senyap-senyap.

sumber:http://www.malaysiakini.com/news/164969

Bidadari -_Munif Ahmad

Palestine Video_Hanya Takdir (Destiny)



layan~

program bersama Nisa' Educare Centre (NEC)~


Tuesday, May 24, 2011

tidak malukan anda?~

























belum cukup~

sumber:http://www.contengconteng.com/2011/01/belum-cukup.html

doa iftitah~

اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.

“Allah maha beasr lagi sempurna kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”

kerana aku lebih sayangkan ALLAH~

Hari ini, aku luangkan masa lapangku dengan melayari internet, laman sosial yang digilai para remaja masa kini. Aku nampak di homepage, kawan aku ni like satu link yang menarik perhatianku.

"Aleesya likes a link."

Oh, dari iluvislam.com rupanya. Semua artikel yang ada kat iluvislam.com sangat menarik. Dari laman web ini lah aku dapat banyak pengajaran. Banyak yang aku perlu tahu. Banyak yang aku perlu pelajari.

Tapi entah lah... artikel yang satu ni sangat menarik, dan membuka mata hatiku.. tajuknya :

Maaf, Ini Adalah Yang Terbaik.

"Apa yang aku dah buat ni....?

Astaghfirullah, selama ni aku ingin mencari keredhaan Allah. Aku ingin berdakwah. Aku kongsi artikel Islam untuk semua kawan aku. Kononnya ingin memuhasabahkan diri, dan juga kawan-kawan yang lain. Tapi apa yang telah aku lakukan?

Aku masih melakukan dosa! Dosa yang 'izhar'. Terang dan nyata. Aku masih bercinta! Cinta yang belum lagi halal dan sah buatku. Ya Allah....apa yang telah aku lakukan ni...?"

Aku berfikir sejenak.

Sebelum ni kami memang pernah berbincang mengenai hal ini. Couple itu haram. Tapi disebabkan terlalu cinta, kami masih belum sedia untuk memutuskan hubungan ini. Kami terlalu sayangkan hubungan ini. Dan aku, terlalu sayangkan dirinya. Sebab dialah yang banyak mengajar aku apa erti cinta.

Sebelum ni aku pernah dikecewakan oleh seorang lelaki. Aku serik. Tapi kehadirannya dalam hidupku mengubah segalanya. Aku yakin, dia adalah untukku. Tapi perjalanan kami masih terlalu jauh. Aku sangat sayangkan dirinya, tapi aku lebih sayangkan Allah.

Mungkin inilah saatnya untuk mengatakan semuanya kepada si dia. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Semoga Engkau permudahkan semua ini... Hatiku berkata. Aku sengaja kongsi artikel itu kat social network aku.

Si dia: Saya baca link yang awak share tu..

Saya: Oh artikel tu.. yeap.

Si dia: Semua artikel mengenai couple dalam Islam yang saya baca, semua macam tu. Hmm..

Saya: Saya nak beritahu kat awak sesuatu yang sangat penting. Sebenarnya, perjalanan kita masih jauh lagi. Kita masih belajar, 3 tahun lagi baru nak grad. Kita sama-sama nak mencari keredhaan-Nya, tapi kita masih melakukan dosa.

Walaupun tidak melakukan zina yang zahir, tapi kita masih berzina hati. Awak faham kan maksud saya? Kita masih merindui diri masing-masing. Sedangkan kita tahu, kita masih belum ada ikatan. Terlalu jauh nak fikirkan semua tu. Saya rasa bersalah kat Allah. Sebab saya cakap saya sayangkan Allah, tapi saya masih tak dapat tinggalkan apa yang saya cintai..

Si dia: Saya tahu. Kita cakap mengenai Islam, kita berdakwah, tapi kita sendiri belum betul-betul tinggalkan apa yang Islam suruh kita tinggalkan. Saya pun ada berfikir pasal ni jugak.. Terasa diri ni hipokrit, sebab saya suruh kawan buat benda yang baik, tapi saya sendiri masih melakukan dosa..

Saya: Saya dah lama berfikir pasal ni sebenarnya. InsyaAllah, inilah masanya. Hmm, awak.. Mungkin ini saatnya untuk kita berpisah... kerana Allah. Saya nak buktikan kepada Allah, yang saya lebih sayangkan Allah, lebih dari segalanya..

Si dia: Kerana Allah kita berjumpa, kerana Allah juga kita berpisah. Kita hanya ciptaan-Nya, memang patut kita sayangkan Allah lebih dari apapun. Saya setuju kalau semua ini kerana Allah. Awak, mungkin ini berat untuk awak, saya pun terasa berat juga.

Tapi sebagai hamba, kita mesti berusaha untuk mencari keredhaan-Nya, kita mesti berkorban. Awak doalah banyak-banyak.. InsyaAllah, kalau kita ada jodoh, Allah akan pertemukan kita kembali. Simpanlah air mata tu. Assalamualaikum. Jaga diri baik-baik ye, awak...

Ya Allah... Hubungan yang hampir 3 tahun terjalin tu telah pun berakhir. Berat, memang berat. Hati ini berat untuk melepaskan kata berpisah. Aku tahu, hatinya juga terasa berat untuk merelakan aku pergi. Kami sama-sama setuju untuk berpisah hanya kerana Allah. Air mata ini mengalir, dan terus mengalir. Aku terus saja inform sahabat karib aku, sebab dialah satu-satunya sahabat yang memahami aku.

"Memang bukan senang untuk lupakan, tapi terimalah, sebab awak lakukan ini kerana Allah. Buktikan kalau awak memang sayang kat dia sebab Allah. Hati ini memang badan yang punya, tapi hakikatnya, Allah yang punya.

Kalau Allah yang punya, mestilah Allah lebih berkuasa terhadapnya, kan? Redha lah.. sebab kalau kita lepaskan sesuatu tu kerana Allah, InsyaAllah, Allah akan permudahkan. Memang lepas ni awak akan rasa kosong, sebab hari-hari tu selalu ada diriya. Apatah lagi hubungan ini berakhir bukan dengan cara yang tidak baik. Lagi sukar untuk melupakannya. Awak bawa solat banyak-banyak, berdoalah supaya dia adalah jodoh awak. Baca Al-Quran supaya hati awak tenang..."

Aku redha dengan ketentuan Ilahi. Biarlah aku korbankan cintaku terhadap si dia semata-mata kerana Allah. Kerana aku yakin, Allah tidak akan mensia-siakan pengorbanan hamba-Nya. Aku ada pernah terbaca...

".. rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya daripada orang-orang, maka padanya pahala, bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab Haasyi'ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahawa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram."

Kali ini, biarlah aku mencintai dan merinduinya dalam diam. Biarlah aku memendam kerinduan dan cintaku terhadapnya sehingga sampai waktunya. Jodoh itu ditangan Allah. Aku tidak akan berputus asa. Aku akan berdoa semoga dia adalah untukku, InsyaAllah.

"Seandainya telah Engkau catatkan dia tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku, Ya Allah. Tetapi ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah ia jauh dari pandanganku, luputkanlah ia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan.."

Hati ini memang lemah, memang sedih, tapi Allah telah berfirman..

Surah Al-Imran, ayat 139 yang bermaksud:
"Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman."

Surah At-Tawbah, ayat 40 yang bermaksud:
"Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."


sumber:http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/2381-kerana-aku-lebih-sayangkan-allah.html

Maaf..ini adalah yang terbaik~

"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya... All the best in everything you do... Jaga diri & iman baik-baik yea~...
-Amin, UK-"

***********

Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni... Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.

Adakah dia sudah ....? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ....

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.

Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku...

Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm... Islamik sket la pendek cerita!."

"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.

"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.

Erk... Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!

"Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya..." Amin cuba menyedapkan hati.

Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'

Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.

Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.

'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.

"Esok free tak? Boleh kita chatting?"

"Boleh... Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday' aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.

"Ok.Tq..." balasnya pula.

Keesokannya, aku menanti awal dia online.

'Tuk. Tuk. Tuk..' Amin has signed in.

Oh, tepat sungguh waktunya...

Amin: assalamualaikum wbt.

Wani: wsalam...

Amin: apa khabar? sihat? iman baik?

Wani: alhamdulillah... sihat2..=) awak?

Amin: alhamdulilah... baik2 juga... iman selalu turun naik sejak kebelakangan ni... tp takpe, ok je semua

Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week...

Amin: welcome... tak balik. byk kerja sket tahun ni... lagi pun saya nak try bekerja... cari duit...

Wani: wah, rajinnya... baguslah!

Amin: hurm...

Amin: study macam mana?

Wani: ok je... new sem ni berat sket.. Jadual pack.

Amin: oic...

Amin: takpe, study rajin2 ye..

Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya...

Amin: hurm...

Wani: apa dia? tanya la... sila2..

Amin: 1st of all sorry dulu ye... hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?

Wani: erh... macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'... tak lebih daripada tu... tp, special sket... tiada couple-couple mcm org lain... declare pun tak kan?

Wani: so, statusnya kawan je la...

Amin: hurm...

.....

Wani: erh, tak betul ke?

Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj... yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..

Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya...

Wani: jadi...

Amin: saya rasa kita harus stop... stop untuk berpisah...

Amin: sbb......

Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru...

Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai... zina hati akan banyak berlaku...

Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'...

Amin: huh...

Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai... tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat...

Amin: kononya Islamik...

Amin: saya rasa cara ni tak betul... kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam... then, org nampak Islamik...

Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber'couple2' nieh..

Amin: hurm.....

Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah...

Amin: demi menjaga diri...& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi...

Amin: sorry... sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat...

Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya...

Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan...

Astaghfirullahalazim... Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi... Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi...

Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa...

Cinta hakiki hanyalah pada Allah...

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.

Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.

Aku terus menjawab ringkas....

Wani: thanks & sorry too... saya terima... Alhamdulillah...

Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.

Wani: wassalam.

Signed out

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya... Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi... Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.

"Sayang... Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai." Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.

"Ya bang, Wani turun..."

Alhamdulillah... Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan 'presentation' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program 'Belia Negara 2057' esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.

sumber:http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/2361-maaf-ini-adalah-yangterbaik.html

jom ramai2~

Monday, May 23, 2011

seminar pemantapan aqidah dan perpaduan ummah pada 24 mei 2011~

karnival di Kelantan~


mari!pakat2 sere karnival.harap2 buleh sesuatu hok manfaat.Sapo sapo hok dok Kelate tuh..buleh pakat rama2 gi..Gomo kelate gomo!

Sarawak tuan rumah tilawah kebangsaan~


Sarawak akan menjadi tuan rumah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-54 dari 13 hingga 17 Jun di dewan baru Majlis Islam Sarawak di Kuching.

NONEMenteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melakukan upacara perasmian pada sebelah malam 13 Jun di dewan tersebut yang mampu memuatkan seramai 1,500 orang selain 1,200 orang lagi di luar dewan.

"Dewan baru ini dijangka siap pada penghujung bulan ini dan kita akan memastikan semua siap sedia termasuk sistem bunyi sebelum majlis tilawah tersebut bermula," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke tapak projek dewan tersebut yang bernilai lebih RM20 juta hari ini.

Beliau berkata upacara penutupan majlis tilawah akan dilakukan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Beliau berkata dewan baru itu boleh digunakan untuk penganjuran kursus, konvesyen dan majlis perkahwinan bagi kaum selepas majlis tilawah berakhir.

--Bernama

sumber:http://www.malaysiakini.com/news/164851

pelangi selepas hujan~


Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

sumber:http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/888-pelangi-selepas-hujan.html

Sunday, May 22, 2011

Diserang Wanita Berbogel Akibat Menonton Filem Lucah~

Salah satu kisah menarik, yang cukup baik untuk kita ambil iktibar ialah mengenai seorang jemaah haji (lelaki) yang gagal masuk ke Masjidilharam. Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya (Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din), jadi saya tidak mengenalinya.

Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah, setiap kali hendak masuk ke masjid, dia tiba-tiba sahaja menjadi panik seperti orang yang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah keluar semula dari masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya. Selepas gagal kali pertama, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila orang-orang di dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya semula. Kejadian aneh ini berlaku berulang-ulang kali selama hampir seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang di dalam Masjidilharam.

Melihat keadaan yang sungguh aneh itu, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus melakukannya. Sebaliknya saya cuba mendapat maklumat mengenai lelaki tersebut terlebih dahulu. Saya sengaja berbuat demikian sebab saya rasa mesti ada sesuatu kesalahan yang telah dibuatnya hingga menyebabkan dia menjadi sedemikian rupa. Jadi saya suruh kawan saya selidiki dahulu latar belakang lelaki itu. Kawan saya pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan minta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya lelaki tersebut malu untuk bercerita, tapi selepas dipujuk akhirnya dia bersetuju. Ceritanya amat memalukan tapi memberi banyak pengajaran.

Sebenarnya lelaki berkenaan mempunyai hobi yang sangat buruk iaitu menonton filem lucah. Filem lucah sudah jadi macam makanan hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem lucah. Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali hendak memasuki Masjidilharam, dia tiba-tiba sahaja ternampak seorang perempuan yang dalam keadaan bogel menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya. Maka kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan melarikan diri.

Selepas mengetahui kedudukan sebenarnya, barulah saya ubatkan lelaki tadi. Saya diberitakan selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid. Itupun cuma sampai ke pintu.

Diceritakan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

sumber:http://www.islamituindah.my/diserang-wanita-berbogel-akibat-menonton-filem-lucah

Trend Buka Tutup Jilbab~

Buat apa sebenarnya memakai jilbab? Apa yang menjadi dasar ketika mereka memutuskan untuk menggunakannya?

“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (QS 33:59)

Ayat diataskah yang mendasari keputusan itu? Atau hanya sekadar trend mode saat ini? Kerana mulai banyak para perempuan yang menggunakannya saat ini, walaupun cara menggunakannya masih belum benar–benar sesuai syariat. Yah… masih lumayanlah dibandingkan dengan yang sama sekali belum menggunakannya.

Tapi kalau buka tutup bagaimana pula ya?

Ini masalahnya. Jilbab sebenarnya bukan trend pakaian masa kini yang bisa ditiru saat sedang trend, lalu dilepaskan lagi saat trend itu habis. Jilbab adalah kewajipan bagi seorang Muslimah yang sudah baligh. Sama wajipnya dengan keharusannya menegakkan sholat. Tidak bisa digunakan sesuka hati kerana ALLAH sudah menetapkan aturannya dengan jelas.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS 24:31)

Tadi sudah dibahas bahawa sebenarnya jilbab itu adalah kewajipan yang harus ditunaikan oleh keseluruh kaum muslimah. Bukan pilihan kerana merasa sudah siap, atau alasan lainnya. Kerana saat ini ramai yang belum menggunakannya kerana merasa lebih baik membenahi diri dulu baru berjilbab. Masalahnya adalah waktu yang kita tidak tahu sampai bila akan bisa kita jalani. Sementara membenahi diri adalah kewajiban yang harus kita lakukan setiap saat tanpa ada akhirnya? Apakah ada seseorang yang merasa dirinya sudah soleh, sudah baik, dan sudah sempurna?

Lalu bila kita akan menyempurnakan keimanan kita bila terus menerus menggunakan dalih seperti diatas? Kerana sampai bila kita hidup pun kita tidak akan pernah tahu. Sementara selama kita hidup, kewajipan kita adalah terus memperbaiki diri, kerana pada dasarnya manusia tidaklah sempurna. Lalu mereka yang berdalih memperbaiki diri dulu baru berjilbab atau menunggu datangnya hidayah (padahal hidayah itu harus dijemput dengan keimanan kita, bukan ditunggu!) bagaimana? Sempatkah menyempurnakan perintah-NYA?

Jilbab adalah saksiyyah (jati diri) wanita Islam, mahkota yang harus dijunjung tinggi. Jika seorang wanita telah memutuskan untuk berjilbab, maka ia harus siap dengan segala rintangannya atau ujian dari ALLAH. Siap menjaga sikap dan perilakunya. Ini kerana, jika seseorang wanita berjilbab melakukan hal-hal yang tidak semestinya, maka yang dituding bukan hanya diri wanita itu, tetapi jilbab dan Islam. Contohnya, jika seorang wanita berjilbab merokok di tempat umum, maka masyarakat akan berkata “Tu kan, dah berjilbab tapi merokok?” Jilbab dan Islam mendapat kesan negatif. Terlepas dari segala pembahasan tentang hak asasi seseorang untuk bebas melakukan apapun sepanjang tidak mengganggu kepentingan orang lain, wanita yang telah memutuskan untuk berjilbab hendaknya menjaga adab perilaku. Kerana ia merupakan jati diri, sudah selayaknya kita menjaga jati diri, martabat sebagai seorang muslimah tersebut dengan sebaik–baiknya. Tidak memperlakukannya sesuka hati dan melakukan peraturan sendiri. Ada yang berjilbab awalnya kerana merasa mendapat hidayah, namun dalam perjalanan hidupnya ketika merasa kecewa dengan apa yang dialaminya, lalu jilbab pun dilepaskan. Sayangnya ketika melepasi jilbab yang ada adalah sikap dan perilaku jahiliyah… Astaghfirullah halazhim.

Wahai para Muslimah, kita yang dimuliakan ALLAH, bahagialah dengan kemuliaan itu, sudah selayaknya kita menjaganya dengan segala daya dan upaya. Hanya itu cara kita mengabdikan diri kepada-NYA, mematuhi perintah-NYA dan Rasul-NYA. Bekali diri dengan ilmu dan fahaman yang cukup tentang perintah ALLAH yang satu ini. Luruskan niat untuk berjihad melawan hawa nafsu. Sekali memutuskan berhejab, yakinlah bahawa kita sudah melakukan sesuatu yang benar dan mohon pada-NYA agar tetap menjaga hati ini tetap beristiqhamah dalam ketaatan pada-NYA. Ketika kita sudah memutuskan untuk berhejab, sama artinya kita membeli ‘one way ticket’ don’t look back and cause there’s no way back. Jangan pernah berjalan mundur dan kembali kepada kejahiliahan diri kita. Tidak ada alasan apapun untuk menanggalkannya, kerana ALLAH adalah segalanya. Tidak juga kerana masalah rezeki yang sering membuat orang menanggalkan jilbab demi professionalisme dan tuntutan pekerjaan. Yakinlah ALLAH sang penjamin rezeki, apabila DIA yang memerintahkan kita menutup aurat, DIA juga yang akan menjamin rezeki untuk kita. Jangan pernah meragukan-NYA. Sedikit atau banyaknya rezeki adalah urusan-NYA. Namun yakinlah apabila kita patuhi-NYA, ALLAH tidak pernah menyia–nyiakan kepatuhan hamba-hamba-NYA. ALLAH Maha Mengetahui niat yang terkandung dalam hati para hamba–hamba-NYA.

Jangan pernah mempermainkan aturan–aturan-NYA. Kita hanya diperintahkan patuh dan taat, bukan mengganti ketentuan-NYA sesuai dengan yang kita mahukan. “Syurga di kelilingi oleh sesuatu yang luar biasa sulit, sementara sebaliknya, neraka justeru di kelilingi segala kemudahan.” Mahu kemana kita nanti, kembali kepada kita masing–masing dalam mentaati perintah-NYA.


sumber:http://www.islamituindah.my/trend-buka-tutup-jilbab

Saturday, May 21, 2011

rumah anak anak yatim Al-Taqwa diuji~

Seramai 49 orang berada di kawasan Rumah Anak Yatim Al-Takwa:Polis

KAJANG: Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, seramai 49 orang berada di kawasan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku.

Katanya, seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20
pelajar dan empat warden."Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau juga berkata, dua mangsa yang maut masing-masing berumur 11 dan 14 tahun.

Sementara itu, Tun Hisan meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian supaya menjauhkan diri mereka kerana bimbang tanah runtuh berlaku lagi. -BH


Tanah runtuh: 20 orang dikhuatiri tertimbus





Kira-kira 20 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat hari ini.

Setakat pukul 5.30 petang ini, lapan daripada mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Seorang daripada mereka meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat manakala tujuh lagi yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.

Difahamkan ketika kejadian kira-kira 2.30 petang tadi, semua kanak-kanak itu sedang berada di dewan makan rumah anak-anak yatim itu.

- Bernama

sumber:http://greenboc.blogspot.com/2011/05/dentuman-kuat-tanah-kejar-saya-warden.html

Friday, May 20, 2011

cerita dari planet Serdang~


pejam celik..pejam celik..
sedar tak sedar..
dah masuk bulan kelima aku di Planet ini..
planet apa?..
iaitu Planet serdang di sebuah negeri di Malaysia..
apa aku buat sepanjang tempoh itu?
hmm...
niat utamaku ingin menemani akak ipar..
dan 3 orang mujahid kesayanganku yg masih kecil..

memandangkan abangku lebih diperlukan di negeri di bawah bayu sebagai pendidik..
Bukan ku tidak ingin mencari kerja lain..
yang selayaknya dengan kelulusanku..
tapi buat sementara..
biarlah..
Mungkin Allah ingin mendidikku untuk lebih bertanggungjawab terhadap keluarga..
dan Alhamdulillah..
aku menerima tugas mencabar ini sbg suatu amanah..

penat..
memang penat..

melayan 3 mujahid kecil...
yang berumur antara 3- 6 tahun memang mencabar kesabaranku..

Dan ku yakin ada hikmah di sebalik semua ini..
Mungkin Allah ingin memperlengkapkan aku ilmu secukupnya...
sebelum tiba masaku sendiri kelak..

YA ALLAH..
permudahkan segalanya..
di sini ingin ku berkongsi rutinku isnin-jumaat..
Mungkin boleh dijadikan kenangan suatu masa nanti..
dan andainya anak anak buahku berkesempatan membaca coretan ini..
mereka akan tersedar..
betapa mereka sangat nakal waktu kecil mereka..
jadi..
Tugasku bermula sebelum Subuh..
seboleh mungkin kucuba melepaskan diri dari peraduan yang memang menjanjikan kepuasan..
Kadang2 terlajak juga selepas azan terutama bila kepenatan menguasai..
Kebiasaannya..
mujahid2ku yang akan mengejutkanku..

terutama si angah yang sangat rapat denganku..
sampai tidur pun tak mahu berenggang..
nasib baik dia comel..
layan jela..

hehe..
sambungannya..
selesai mengerjakan kewajipan Subuh..
meneruskan dengan mathurat..
seboleh mungkin kucuba tidak melengahkan mathurat di awal pagi..
Dan juga cuba juga membaca Quran..
walaupun kadang2 aku terlepas juga bacaan pada waktu subuh..
Dalam 6.30 selesailah sesi penghambaanku pada yang MAHA ESA..
Dan kalau sempat lagi..
bergegaslah aku ke dapur..
menyiapkan sarapan yang ringkas..
Kalau cukup bahan2nya dan masa..
dapatlah merasa sarapan yang best sikit..
huhu..
kemudian..
buatkan air untuk along..
samada air teh..
atau air susu..
atau air milo..
ataupun air anggur..

tengoklah apa yang ada di dapur kan..
hehe

botol air along pula hanya kuisi separuh..
sengaja kuisi separuh..
memandangkan air yang dibekalkan adalah kategori air manis..
bajet masa di dapur hanyalah 6.30-7.00 pagi..
dalam tempoh di dapur itu jugalah aku akan sibuk mengerah para mujahidku..
yang tengah galak menyepahkan rumah..

dengan permainannya..
dengan basikalnya..
dengan buku2nya..

belum dikira tolak dan tarik kerusi..
kesian orang2 di bawah..
memandangkan kami tinggal di tingkat 6..
tanpa lif ye tuan puan..
aduhai..
pening kepalaku..

mana nak kejar yang di dapur..
mana nak tengok2kan mereka..
Mereka harus mandi dalam tempoh aku masak di dapur ye..
kalau x..
'timing' akan lari..

Dalam bilik air..
bising lagi dengan kerenah mereka..
Penat jugalah aku menjerit setiap hari..
dan menjerit2 lagi..
serak suara pagi2 dikerjakan perangai mereka..
Paksa mereka pakai baju sendiri..
Kadang2 mujahid2 itu sengaja mencabar kesabaranku..
kebiasaanya si adik dan si angah malas nak menyarungkan pakaian sendiri..
terpaksalah aku menguruskan mereka..
sambil mulut membebal mengalahkan mak nenek..
7.00-7.20-sesi mengemas apa yang patut..
bawak baju yang dah siap akak sidai ke bahagian tepi tingkap..
kemas sikit2 memandangkan rumah sudah rupa tongkang pecah..
dan dalam tempoh 20 minit itu jugalah saya perlu mempersiapkan diri sendiri..
7.20-7.30-mula nak keluar dari rumah..
gaduh lagi dengan mereka..
cari selipar yang selalu hilang..
aduhai..
mujahid oh mujahid..
dari tingkat 6..
menuju ke tingkat 1 blok yang sama..
mereka pasti sibuk bertanya..
kanan ke kiri?..
aduhai..
padahal keduanya menuju arah yang sama..
sabarlah duhai hati..
hantar angah dan adik ke rumah ibu nisah dia..
Along pula dah siap tunggu di ground floor..
Dah pastikan angah dan adik sampai ke rumah pengasuh dia..
bergegas mendapatkan along pula..

pegang tangan dia kejap2..
pimpin dia..
kami jalan kaki je..
adalah dalam 10 minit jugak jalan kaki..
aku cuba mewajibkan diri untuk menjadikan itu sebagai senaman rutin aku..
yalah..
aku ni dahla susah nak bersenam..

kalau nak harapkan saja2 nak bersenam..
mintak maaflah..

hehe..
si along ni pula..
ikut mood dia..
kadang2 dia meminta sesuatu untuk dijadikan bekal..
mungkin dia lapar..
aku pun sebagai makcik yang bertanggungjawab..
layan jela..

heehe..
bertanggungjawab la sangat..
kebiasaannya gerai makcik kelantanla jadi tumpuan aku..
pelanggan setia sejak berada di planet serdang ni..
heeh..
aku pun pergilah hantar along ni ke tadikanya..
depan gerai makcik kelantan tu..
nama tadika along darul quran al husna..
alhamdulillah..
moga along mendapat izzah dari nama tadika islam ini..
moga2 impianku utk melihat along tumbuh sebagai mujahid tercapai..
biar siapapun dirimu along..
aku sangat menyayangimu..
sepertimana aku menyayangi anak2 buah aku yang lain..
amin..ira..ila..ina..iza..haikal..mustakim dan zarif..
mereka permata hatiku Ya Allah..
tolong lindungi mereka..
bersambung 'part' hantar along tadi..
banyak betul selingannya..
dulu along buat hal jugak..
mintak dihantarkan sampai ke pintu kelas..
4 bulan jugak dia begitu..
naik lenguh jugak akki aku memanjat tangga yanng kukira macam tingkat 2 jugaklah kelasnya..
mintak disalami dan dikucup pipi kiri dan kanan..
layan...
hehe..
kebelakangan ni je..
aku buat syarat..
kalau nak kuih..
naik sendiri..

hehe..
kejam kan aku..
aku bukan apa..
simpan tenaga..
nanti balik nak naik tangga lagi..
nasib baik along setuju dengan syarat aku..
kalau tak..
masak aku..
bila dia mula naik tangga..
aku menyorok balik dinding..
malas nak menjawab 'bye bye' dia yang bermeter meter panjangnya..
dah pastikan dia masuk pintu kelas..
barulah aku menapak pulang..
maka..
berjalanlah aku pulang ..

dengan niat nak membakar kalori dan lemak2 degil di badan..
sampai je blok tempat kami tinggal..
menuju dulu ke rumah pengasuh para mujahidku..
menghantar sarapan buat santapan para mujahidku..
moga rezeki itu menajdi darah daging yang berkat wahai para mujahidku..
sebelum makan jangan lupa baca bismillah ye..
kemudiannya..
aku menggagahkan diri memanjat tangga blok setinggi tingkat 6..
penat memang penat..
rumah pengasuh aras 1 rumah paling hujung di timur..
manakala rumahku aras 6 paling hujung di barat..
cepat cepat ambik kunci..
godek godek tombol..
terjah masuk dengan gaya sopan..
masak air..

sarapan..
Kalau ada yang hendak dimakan..
tak perlulah aku membazir untuk membeli..

(al maklum..duduk di bandar kena berjimat)..
Biasa sarapan aku depan TV(jangan ikut tabiat yang tak elok ini ya)..
sekadar melayan berita..
ataupun drama drama..
Selesai je sarapan..
tugas seterusnya adalah melipat kain baju yang berlonggok..
pun depan TV..
Dan aku sebenarnya sangat pantang tengok baju yang tidak di 'pair' kan siap2..
kalau satu dah kering..
satu dah basah..
Saya campak dulu yang dah kering..
Tunggu pasangannya sampai baru lipat..
alahai...
Dah siap letak di tempat sepatutnya..
Tugas seterusnya..
menyeterika baju..
tapi tugas ni biasanya seminggu sekali..
seterika banyak2..
jimat elektrik buat macam ni..
siap tudung..

Kalau ikutkan nak seterika untuk stok sebulan..
tapi memandangkan tiada tempat untuk menggantung baju baju itu..
terpaksalah melupakan niat yang terlalu rajin itu..
hehe..
usai semuanya..
agenda seterusnya..
mengadap ALLAH..
melalui solat sunat Dhuha..
Moga ALLAH mendekatkan rezekiku yang jauh..
memudahkan rezekiku yang sukar..
Moga solat sunat dhuhaku menjadi pembuka pintu rezeki yang berkat..
amin..
Lepas solat..
terus bersiap-siap ke tempat kerja..
dengan motor peninggalan abangku..

sampai tempat kerja..
Buat apa yang patut..
sampailah balik kerja..
ikutkan waktu kerja 10-7..
tapi selalunya aku balik jam 8..
takdelah tegesa gesa sangat nak solat apa..
dapat OT sejam..
hehe..
pukul 8..
bersiap2 nak bali..
merempitla aku dengan sopan sewaktu pulang..
Bila sampai rumah..
diserbu lagi oleh para mujahid..
bertanya..
beli apa hari ni?..
kadang2 je aku beli..
bukan apa..
aku malas nak memanjakan mereka..
biar mereka tahu..
bukan semua yang mereka nak..
mereka akan dapat..
merajuk para mujahidku jika aku pulang dengan tangan kosong..
biarlah mereka merajuk sekarang..
dari mereka besar kepala kemudian hari..
sampai di rumah perkara pertama aku buat ialah..
membuka periuk nasi..
hihi..
aku jarang makan tengahari..
tiada selera..
lagipun bosan makan benda yang sama..
makan kat rumah lagi best..
boleh makan dengan tenang..
lagipun sudah selesai maghrib kan..
hehe..
layan TV jap..
azan isya berkumandang..
segera solat isya'..
kemudian bersiap2 belayar di alam mimpi..
masa tu lampu dah dipadamkan..
tak lama kemudian si peneman lenaku mulalah datang..
dan menemani mimpiku...
peluk angah..
ngantuk..
jom tidur...
baca doa dulu ya..
zzzzzzz......




~sekian~

edar ketamin_nenek dihukum gantung~

Hukuman mati ternyata tidak mengira usia apabila seorang wanita warganegara India berumur 64 tahun dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas didapati bersalah mengedar ketamin seberat 2,925 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di Sepang dua tahun lalu.

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa tertuduh, Fazila Bee Abdul Kareem gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Wanita itu, yang mempunyai tiga orang anak, didakwa mengedar dadah berbahaya itu di Kaunter Pemeriksaan Kastam A, Unit Khas Pemeriksaan Penumpang 1, Balai Ketibaan Antarabangsa, KLIA, kira-kira pukul 2.30 petang pada 13 Feb 2009.

Fazila Bee didakwa mengikut Seksyen 39 B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Noor Azian berkata tertuduh dalam pembelaannya mendakwa dia datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan kerana berasal daripada keluarga susah.

Beliau berkata tertuduh mendakwa semasa di lapangan terbang di India, seorang wanita telah meminta tertuduh untuk mendaftar masuk sebuah beg dengan alasan wanita terbabit akan datang bekerja di tempat sama dengan tertuduh.

Noor Azian berkata setelah mempertimbangkannya beliau mendapati keterangan pembelaan tertuduh langsung tidak masuk akal kerana banyak sebab antaranya, visa yang digunakan tertuduh ialah visa pelancong dan bukan permit kerja.

"Kalau nak kerja mesti dah tahu tempat mana nak kerja, nama majikan dan ada permit kerja. Tertuduh juga dikatakan berumur 64 tahun tetapi berdasarkan penampilannya, umur tertuduh dilihat lebih daripada 64 tahun, jadi tidak mungkin ada orang yang nak ambil dia bekerja sebagai pembantu rumah.

"Keterangan tertuduh penuh dengan percanggahan, tidak konsisten, lebih kepada rekaan dan difikirkan semula. Saya dapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan tertuduh didapati bersalah. Hanya ada satu hukuman sahaja iaitu tertuduh digantung sampai mati," katanya.

Sejurus Noor Azian membacakan keputusannya, Fazila Bee yang memakai t-shirt putih, berseluar sukan dan bertudung hitam tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Bagaimanapun, selepas dia keluar dari kandang tertuduh dan diterangkan oleh peguamnya KA Ramu mengenai hukuman yang dijatuhkan ke atasnya, Fazila Bee dilihat menangis sambil mengangkat tangan seperti berdoa.

Tertuduh juga dilihat berterusan menangis sambil memegang sehelai tuala kecil dan berdoa ketika diiringi anggota polis keluar dari mahkamah.

Sepanjang perbicaraan, seramai enam saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sementara pembelaan mengemukakan seorang saksi.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya daripada Kastam Diraja Malaysia Nursarah Dina Baharudin yang menyebut bagi pihak Timbalan Pendakwa Raya Naziah Mokhtar.

- Bernama

sumber:http://www.malaysiakini.com/news/164610~

intifada_Rabbani~


Merdu lafaz syahdu
Jiwa pun merindu
Merakam rasa kalbu
Gemersiknya lagu
Angin kota cahaya
Bertiup berarak
Kencang meredah maya
Hanya untuk dia

Bangkit segar seirama
Meluruskan rentak safnya
Riuh-rendah basah lidah
Kalam wahyu mewangi di taman

Oh... semerbak harum bingkisan an-nur
Berterbangan tinggi ke intifada
Oh merentas misi risalah suci
Mewangikan taman yang dicemari

Gema siang malam
Alunan suara
Burung turut menyanyi
Zikir tidak henti
Lunak diukir seni
Halus menghiasi
Persada alam ini
Hidup tidak mati

Masihkah punya bicara
Menjalinkan yang terpisah
Semarak terus berusaha
Pastinya ia akan berjaya

koleksi thumbdrive menarik~




















sumber:http://lepak.my/blog/2011/05/09/gambar-menarikdesign-thumb-drive-yang-cun/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...