CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

my CORNER

siapa SAYA?

My photo
"feel the heart of everyone.. see through our differences"

Wednesday, April 8, 2009

anda STRESS???


dalam kegawatan waktu ini..mungkin ada di kalangan kita sedang stress..apa itu stress?sejenis makanan?pakaian?atau seekor kuda belang seperti gambar??(hehe)..apapun..penulis juga dalam keadaan stress sangat saat menulis artikel ini(berehat sebentar sblm menyambung PERJUANGAN..)..untuk memenuhi tuntutan sebagai pelajar..  pekerja.. anak.. jiran.. sahabat.. komuniti.. dll.. semua menuntut pengorbanan yang bukan sedikit..tp..jgn sampai ia dijadikan alasan untuk mengetepikan TANGGUNGJAWAB2 yg sepatutnya..

1. DEFINISI
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang


STRESS ITU UJIAN ALLAH S.W.T

Surah Al-Baqarah(2):155

Firman Allah yang bermaksud:

“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.


Hadis…….

“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadhus Solihin )

2.TANDA-TANDA TEKANAN

*Perubahan fizikal
*Perubahan Emosi
*Perubahan Sikap

2.1 PERUBAHAN FIZIKAL

* Sakit
* Terlalu kurus / gemuk
* Hilang keceriaan diri
* Lesu / letih
* Terlalu / tidak langsung berhias
* Agresif
* Suka mengelamun
* Sering lupa
* Mengasingkan diri


2.2 PERUBAHAN SIKAP
*Mudah marah
*Mudah bosan
*Tidak mampu menguruskan diri / kerja
*Suka Mengalihkan kemarahan
*Sentiasa berpandangan negatif
*Hilang pertimbangan / separa sedar



2.3 PERUBAHAN EMOSI
*Terlalu cemburu
*Penyedih dan sensitif
*Terlalu gembira / riang
*Ego dan mementingkan diri
*Kemurungan
*Kerisauan / kebimbangan


3. KESAN TEKANAN

POSITIF
*Sumber motivasi diri
*Perubahan positif
*Kecemerlangan diri
*Kuat berusaha
*Persaingan diri
*Optimis
*Keyakinan diri

NEGATIF
*Prestasi menurun
*Resah gelisah
*Hilang kesabaran diri
*Rasa bersalah
*Rendah diri
*Pesimis dan sensitif
*Hilang pertimbangan diri

4. TEKNIK MENGURUS TEKANAN
*Muhasabah diri / koreksi diri
*Mengenali punca-punca tekanan:
- Kurang Kemahiran
- Kurang Ilmu
- Kurang Komunikasi
- Hubungan dengan orang atasan dan bawahan
- Pengurusan Masa tidak cekap
- Masalah keluarga/kewangan dll

Ambil tindakan tertentu:
- Menghadiri kursus
- Dapatkan bantuan pakar
- Meningkatkan ilmu/kemahiran komunikasi dll


5. PUNCA TEKANAN

5.1 FAKTOR DALAMAN

Keinginan melakukan yang terbaik
*Terlalu ideal
*Tiada keyakinan diri
*Putus asa / rendah diri
*Kurang pengetahuan agama
*Terlalu menjaga kepentingan orang lain
*Desakan untuk mendapat pujian / penghargaan
*Kaki kerja (workholic)
*Gagal menguruskan masa

5.2 FAKTOR LUARAN
*Ketua / majikan ( arahan tidak jelas & tidak sekata)
*Konflik Pasangan hidup (suami / isteri)
*Konflik keluarga (anak bermasalah, penceraian ibubapa, dll)
*Pengaruh dan masalah dengan Rakan / sahabat / jiran
*Perubahan kerja yang terlalu kerap
*Penempatan yang terlalu lama di suatu tempat kerja
*Persekitaran dan kurang kemudahan/prasarana
*Tidak mendapat penghargaan

5.3 FAKTOR ISU SEMASA
*Kegawatan ekonomi dunia
*Malapetaka / musibah
*Jatuh sakit
*Perubahan politik
*Kehilangan orang yang disayangi / tempat bergantung
*Perubahan status / kedudukan
*Gagal dalam memenuhi kehendak jabatan
*Perpisahan dan perceraian

6. TINDAKAN PEMULIHAN TEKANAN
*Ubah rutin hidup
*Latih diri dengan situasi baru
*Bertenang, sabar, kawal, abaikan
*Latih berfikir secara positif dan berusaha membuat perubahan positif
*Redha dan menerima situasi
*Dapatkan sokongan emosi daripada orang yang mempunyai hubungan rapat (kawan,ibubapa, suami isteri)
*Rehat, bercuti atau pindah
*Bersenam
*Sedar tahap keupayaan diri
*Seimbangkan aktiviti kehidupan
*Membuat perancangan yang teratur
*Pertingkatkan kemahiran / pengetahuan dalam pelbagai bidang
*Pertingkatkan ibadah / taqarrub kepada Allah
*Elakkan perkara yang dilarang agama / kemudaratan kepada diri
*Dapatkan nasihat pakar


7. PENAWAR ROHANI-

*SOLAT HAJAT & TAUBAT

Firman Allah yang bermaksud: “ Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang”. ( Al-Baqarah (2):153)

*DOA

- Doa mengelakkan lapan perkara:
1. Rasa sedih
2. Dukacita
3. Malas
4. Lemah
5. Penakut
6. Bakhil
7. Bebanan hutang
8. Gangguan Manusia

*ZIKIR - Sebutlah nama Allah, Insyaallah hati kamu akan tenang.

*BACA AL-QURAN- penawar bagi segala penyakit


8. KESIMPULAN

Setiap manusia tidak terlepas dari ujian hidup. Yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan syarat tabah meghadapi segala ujian…………


-HIDUP dan MATI kerana ALLAH-


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...