Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a ia berkata telah datang seorang laki-laki kepada Rasulallah SAW maka ia berkata: “Wahai Rasulullah Rasulullah siapakah yang lebih berhak untuk diberi penghormatan yang sebaik-baiknya? Rasulullah menjawab:”IBUMU” Ia berkata lagi: kemudian siapa? Rasul menjawab:”IBUMU” Dia berkata lagi kemudian: kemudian siapa? Rasulullah menjawab”IBUMU” Dia berkata lagi: kemudian siapa? Rasullullah menjawab:”AYAHMU” (Hadis Riwayat BUKHARI DAN MUSLIM).
Aku anak sulung perempuan dalam keluarga..Tapi aku amat lasak sewaktu kecil..Mungkin kerana membesar bersama abang abang..Memanjat pokok..bermain layang layang..bermain di kawasan berpasir..menangkap belalang..bermain permainan lelaki..itulah aku suatu waktu dulu..Tapi ibu selalu bersabar denganku..Melayanku dengan baik sekali..Memarahiku bila membuat salah..memarahi bikan kerana benci tapi utk tujuan mendidik.Dan tentu sekali ibu adalah pemilik cintaku setelah ALLAH dan RASUL..Ku amat menyayangimu ibu.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
(HR: Al-Hakim)
0 comments:
Post a Comment