CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

my CORNER

siapa SAYA?

My photo
"feel the heart of everyone.. see through our differences"

Wednesday, May 18, 2011

jangan sombong dengan kelebihan sementara~


Seorang jurutera muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar.Dia memandu agak laju dengan sebuah kereta SATRIA NEO yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.Sambil dia memandu perlahan-lahan ida sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan,dia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta SATRIA NEO tersebut melintasi kawasan tersebut ;anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta SATRIA NEO tersebut.

Apalagi jurutera muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi :

” Apa ni?Siapa awak?dan apa kejadahnya awak berada disini ?Itu kereta baru,mahal dan susah nak baiki..Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit jurutera tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih,sayu dan memohon maaf ; ” Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat,dia merayu.Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil”.

Dengan linangan air mata dia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. “Itu abang saya,dia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya ,dia cedera dan ida terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, jurutera muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.

Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan ,jurutera muda hanya melihat dengan sayu.Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Jurutera muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , SATRIA NEO kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran :
Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...