SEBAGAI Muslim, umat Islam diingatkan tidak sesekali melakukan sesuatu perbuatan yang boleh menjejaskan nilai keIslaman...
Persaudaraan itu bukan hanya dalam bentuk lahiriah saja, bahkan dari aspek batiniah iaitu persaudaraan sejati yang membawa kebaikan duniawi dan ukhrawi.
Jika kita tidak dapat menikmati suasana kehidupan yang damai, tidak ada persefahaman, tidak bermuafakat dan sering bermusuhan, maka kita sudah tersasar daripada ketetapan landasan ajaran Islam sebenar sekali gus menunjukkan bahawa kita sudah jauh menyimpang daripada rahmat Allah.
Imam al-Khattabi dalam kitab 'subul as-salam' menjelaskan bahawa prasangka yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah tuduhan atau prasangka tidak beralasan, tidak jelas sebabnya seperti menyangka atau menuduh seseorang membuat keburukan pada hal belum nyata atau tidak ada bukti menunjukkan dia melakukan perbuatan itu.
Mengikut riwayat al-Dailami pula prasangka yang dilarang itu ialah yang dinamakan 'su u dhzan' iaitu prasangka yang tidak baik lagi buruk.
Sebenarnya larangan daripada melakukan prasangka tidak baik atau 'su u dhzan' itu bukan saja terhadap sesama manusia bahkan terhadap Allah.
Sesungguhnya, menaruh syak tidak baik kepada Allah adalah haram hukumnya.
Imam al-Zamakhsyari berpendapat, hukum menaruh sangkaan itu terbahagi kepada empat :
Pertama - wajib, iaitu menaruh segala sangkaan baik kepada Allah Kerana sifatNYA sentiasa baik dan elok serta tidak sesekali akan menerima sesuatu melainkan yang baik dan elok.
Malah amat mustahil bagi Allah bersifat dengan keburukan dan kekurangan.
Kedua - haram iaitu menaruh sangkaan tidak baik kepada Allah kerana tidak wajar bagi kita meragui apa dilakukan Allah terhadap hamba-Nya.
Apatah lagi memikirkan perkara tidak elok atau tidak baik terhadap Allah sama ada secara sengaja atau tidak.
Umpamanya, seorang menaruh prasangka terhadap Allah sebagai tidak adil atau tidak patut disebabkan keadaan hidupnya tidak senang atau semudah orang lain atau dirinya sering ditimpa malapetaka.
Prasangka itu adalah haram. Hakikatnya, mungkin ikhtiar dan usahanya belum mencukupi.
Begitu juga haram menaruh prasangka tidak baik terhadap seseorang yang benar-benar nyata baik, jujur dan mulia serta bukan pula tergolong daripada golongan fasik.
Ketiga - sunat apabila menaruh prasangka baik terhadap seseorang yang bertingkah laku baik.
Kita hendaklah menaruh kepercayaan kepadanya dan tidak boleh menaruh sangkaan yang bukan-bukan.
Ini kerana, dari segi zahir memang dirinya seorang yang baik dan patuh segala perintah Allah.
Kecuali apabila ada unsur yang menunjukkan dirinya bukanlah seorang yang baik.
Keempat - harus menaruh sangkaan tidak baik terhadap seseorang yang suka melakukan maksiat dan mungkar secara terang-terangan tanpa ada rasa malu kepada Allah serta sesama saudara Islamnya sendiri.
Soalnya, di manakah kedudukan diri kita ketika ini? Kita hendaklah berhati-hati dalam membuat sesuatu sangkaan kepada orang lain kerana jika ia tersilap, maka keburukannya amat besar di mana ia boleh menjejaskan silaturahim sesama umat Islam.
0 comments:
Post a Comment