*Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.
*Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.
*Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah.
*Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan.
*Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya.
*Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat.
*Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati.
*Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.
*Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian.
*Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain.
*Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya.
*Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia.
*Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran.
*Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNYA, kerana itu menunjukan cinta sejati pada Allah.
0 comments:
Post a Comment