CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

my CORNER

siapa SAYA?

My photo
"feel the heart of everyone.. see through our differences"

Tuesday, June 21, 2011

Makanan kantin perlu label kalori~

Kementerian Pelajaran diminta supaya menasihatkan pengusaha kantin supaya menyediakan label jumlah kalori pada setiap makanan yang dijual untuk dijadikan panduan di kalangan pelajar.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah itu mampu menghidupkan budaya dan cara pemakanan sihat serta diyakini dapat membantu murid sekolah memahami dan mempelajari tentang kepentingan pemakanan berkalori.

"Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia menunjukkan nasi lemak, nasi ayam dan mee goreng paling diminati pelajar sekolah dan kerana itu kita cadangkan pihak kantin sediakan variati makanan, jangan hanya tertumpu pada satu-satu makanan saja.

"Oleh itu, Kementerian Kesihatan nasihatkan Kementerian Pelajaran agar minta (pengusaha) kantin sediakan label kandungan kalori pada setiap makanan itu supaya boleh diikuti murid berdasar panduan yang disediakan kementerian kesihatan," katanya menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Tan ingin tahu mengenai tindakan yang diambil oleh Kementerian Kesihatan dalam memastikan garis panduan pemakanan sihat diikuti oleh semua pihak yang berkaitan dan tindakan yang diambil oleh kementerian dalam memastikan penjualan makanan tidak sihat di luar kawasan sekolah dikawal.

Liow berkata, pelabelan kandungan kalori itu juga boleh diambil maklum oleh pihak sekolah dan ibu bapa yang sekaligus boleh dijadikan galakan dalam mendidik anak-anak tentang kepentingan pengambilan makanan yang sihat.

"Kalau boleh, perlu ada panduan berapa kali makanan berkalori boleh dimakan dalam sehari di mana kita harap murid-murid dapat mengikuti nasihat menerusi label tersebut," katanya.

Beliau berkata, dalam memastikan pengambilan makanan sihat di kalangan murid adalah ditahap terbaik, kementerian itu bersama Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan arahan melarang sebarang penjualan makanan di sekitar sekolah.

Liow berkata, pemantauan pihaknya mendapati kebanyakan jenis makanan yang sering dibeli murid-murid di luar kawasan sekolah ialah makanan ringan seperti keropok yang menawarkan mainan.

"Mereka beli makanan itu hanya kerana inginkan mainan di dalamnya bukannya makanan, malah makanan seperti gula-gula dan jeruk juga kerap dibeli tetapi semua makanan itu kita telah larang untuk dijual," katanya.

Terdahulu ketika menjawab soalan Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-Tenggara) yang ingin tahu adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji kempen gaya hidup sihat yang dilancarkan sejak 1992 yang dilihat kurang berkesan, Liow berkata, pihaknya dan Kementerian Pelajaran sentiasa mengemas kini garis panduan tersebut supaya pemantauan dapat dilakukan dari semasa ke semasa di setiap kantin sekolah.

"Pemantauan tentang garis panduan itu dilakukan oleh Kementerian Pelajaran dan setiap kali pemantauan dilakukan pihak guru akan sentiasa dimaklumkan tentang perubahan-perubahan yang perlu diikuti bagi menjamin pengambilan pemakanan sihat di kalangan murid-murid," katanya.

--Bernama

sumber:http://www.malaysiakini.com/news/167463

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...