CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

my CORNER

siapa SAYA?

My photo
"feel the heart of everyone.. see through our differences"

Friday, June 3, 2011

kerana laman sosial~

Ekoran dari perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit.Di bawah merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang wujud di zaman moden.


* “Like” di Facebook

Mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai bila ramai yang 'like' post status di laman FB.Terasa diri dihargai dan berbangga dengan apa yg telah dicetuskan walaupun sebenarnya,tidak salah berbangga dengan apa yg dibuat..tapi jgn sampai menimbulkan riak dalam diri..Sebagai contoh..apabila mengingatkan kawan2 tentang Islam ,memberi nasihat dan sebagainya.




*Komen di Facebook

Kita mungkin merasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada “post” kita di Facebook sehingga wujudnya perassan riak dalam diri.


*Ramainya Kawan/Peminat di Facebook

Terasa diri dikelanali ramai dengan ukuran kawan yang ramai di FB..Apatah lagi yang mempunyai fan page sendiri..yang mempunyai peminat yang mencecah ratusan ribu orang.Jadi,berhati hati dengan perasaan.



*Komen Gambar di Facebook

Situasi ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cantik sahaja. Apabila cantik atau kacak, ramailah yang memberi komen.Tidak kurang pada gambar gambar yang tidak sepatutnya dipertontonkan di tempat umum.Dan,apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu.


*Blog dan “Followers”

Kebiasaannya perkara ini hanya terjadi dikalangan “blogger”(pembuat blog) di mana mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun “followers” yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan “followers” menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya “followers”. Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat berkongsi ilmu kepada ribuan atau ratusan “followers” atau seronok kerana melihat JUMLAH “followers” yang banyak?Tepuk dada tanya hati.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...