CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

my CORNER

siapa SAYA?

My photo
"feel the heart of everyone.. see through our differences"

Wednesday, June 15, 2011

gerhana oh gerhana~

Alhamdulillah..Tanggal 15-16 Jun 2011, sebahagian Bumi berpeluang menyaksikan fenomena gerhana penuh Bulan sebagai tanda-tanda kebesaran Allah SWT.Seluruh gerhana ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan Australia.

Jangkaan dari Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang diketuai oleh Dr Kassim Bahali menjangkakan pada tahun 2011, gerhana bulan penuh akan berlaku dua kali, dijangkakan akan berlaku lagi pada Disember ini.

Gerhana penuh Bulan hanya akan berlaku ketika fasa purnama.

Esok, Khamis, 16.6.2011, kita sekali lagi didedahkan dengan satu lagi fenomena alam Sunnatullah iaitu Gerhana Bulan Separa mulai antara pukul 1.25 pagi sehingga 6.59 pagi pada Khamis ini (16 Jun).

Secara umumnya, apa yang difahami dari fenomena ini ialah berlaku ketika Bulan melewati banyangan Bumi ketika Bulan penuh. Rajah seperti di bawah :

Rajah 1: Rajah Geometri Gerhana Bulan
Mengikut sunatullah fenomena alam, pada awal pagi Khamis 16 Jun 2011 bersamaan 14 Rejab 1432H, Bulan akan memasukki kawasan bayang Bumi mulai jam 2.23 pagi.Serentak dengan ini, bayang gelap Bumi mula kelihatan di permukaan Bulan. Bayang gelap ini akan menutupi keseluruhan cakera Bulan tepat jam 3.22 pagi untuk selama 1 jam 40 minit. Fasa gerhana Bulan penuh ini akan berakhir kira-kira jam 5.03 pagi, tetapi bayang gelap di permukaan Bulan akan terus kelihatan sehingga jam 6.03 pagi.
Menurut http://pmiupm.net/, gerhana bulan dijangka berlaku pada 16 Jun 2011. Gerhana bulan penuh bermula dari jam 3.22 am hingga 5.05am. Pada jam 1.22 pagi, bulan baru sahaja memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra pada jam 2.22 pagi. Fasa Gerhana Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 3.21 pagi. Wallahua’lam.


Beberapa Perkara Sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian

Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Setiap dari kejadian Tuhan itu pasti ada kelebihan padanya. Maka telah disarankan kepada kita ummat Nabi Muhammad SAW untuk berlumba lumba merebut peluang yang ada bagi sama-sama meningkatkan saham akhirat kelak. Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana.

SOLAT SUNAT GERHANA

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi”.

Syari’at Solat Kusuf (gerhana matahari) & Khusuf (gerhana bulan), hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

Dari ’Aisyah r.a. berkata : ”Telah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah saw. Lalu Nabi mengutus seorang munadi (penyeru) mengumandangkan: “As-solatu Jami’ah”. Kemudian baginda solat 4 kali ruku’ pada 2 raka’at dan 4 kali sujud.”

Solat sunat gerhana Bulan (khusuf) di Malaysia boleh dilakukan sebaik sahaja bayang gelap Bumi mula kelihatan di permukaan Bulan kira-kira jam 2.23 pagi sehingga gerhana berakhir jam 6.03 pagi.
CARA-CARA SOLAT SUNAT GERHANA
Cara mengerjakan solat gerhana.

1. Niat solat gerhana.
2. Membaca al fatihah sesudah takbiratul ihram.
3. Ruku’ dan Iktidal
4. Membaca al fatihah sekali lagi
6. Ruku’ dan iktidal
7. Sujud dan kemudian berdiri ke rakaat yang kedua.
8. Dan lakukanlah seperti yang dilakukan di rakaat yang pertama tadi.

Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama

1. Niat solat Gerhana, Takbir

2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah

3. Rukuk

4. I’tidal

5. Baca Al-Fatihah dan surah

6. Rukuk.

7. I’tidal.

8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua

1. Niat solat Gerhana, Takbir.

2. Baca Al-Fatihah dan surah.

3. Rukuk.

4. I’tidal,

5. Baca Al-Fatihah dan surah.

6. Rukuk.

7. I’tidal.

8. Sujud

9. Tahiyyat Akhir

10. Salam


Boleh saksikan fenomena gerhana bulan penuh Khamis

KUALA LUMPUR 14 Jun – Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara pukul 1.25 pagi sehingga 6.59 pagi pada Khamis ini (16 Jun).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, sehubungan itu semua masjid dan surau disaran mengadakan solat sunat khusuf berserta khutbah gerhana.

“Ibadah sunat ini seharusnya dapat ditunaikan sebaik mungkin kerana fenomena ini jarang-jarang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Othman berkata, masjid-masjid utama seperti Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf pada pukul 3 pagi.

Selain itu, aktiviti cerapan akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya dengan kerjasama agensi luar iaitu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). – Bernama

sumber:http://myraudhatulukhuwah.solihin.net/?p=6775

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...