Menunggu Masuk Waktu
Orang Soleh atau yang ingin menjadi soleh mungkin rasa bersalah apabila hadir disaf setelah diseru oleh muazzin, seolah-olah mereka hadir mengadap Allah setelah dipanggil.Bagi mereka, ini adalah salah satu ciri-ciri sifat ego dengan Allah.Jadi, untuk membuang sifat ego ini, mereka perlu sedaya upaya hadir disaf sebelum azan dikumandangkan..
Perbanyakkan Solat Sunat
Bagi Orang Soleh, ibadah wajib sama sahaja kedudukannya, kerana kedua-duanya untuk dipersembahkan kepada Tuhan Yang Satu.Walaupun ianya hanya sunat, rukun-rukunnya sama dijaga sepertimana ibadah yang wajib.Mereka sangat teliti dalam beribadah, semata-mata untuk mendapat kasih sayang dan Redha Allah..
Solat Berjema`ah
Orang yang bergelar Soleh juga tidak akan solat seorang diri.Sedaya upaya akan diusahakan untuk solat berjema`ah.Baginya, solat berjema`ah ini penting sebagai latihan hidup secara berkumpulan, disamping wujudnya bi`ah solehah hasil dari ukhuwwah yang mantap..
Setelah selesai mengerjakan solat, Orang Soleh akan tunggu sebentar ditikar sembahyang, sebagai tanda terima kasihnya kepada Allah, kerana diizinkan untuk kita menghadapnya.Latihan sebegini, secara tidak langsung menjadikan setiap jiwa kita kuat dan menjadi seorang yang penyabar dalam semua hal..InsyaAllah..
Kini aku menjadi tertanya-tanya, sampai bilakah aku akan melambatkan sujudku apabila azan dikumandangkan.Aku tidak akan membiarkan lagi Rumah Allah menjadi sepi kerana dihujung hidup pastinya kita kita akan mati..bagaimana pula keadaan jenazahku nanti jika ruang hidupku dibiarkan kosong dan aku masih seperti kini, tetap tidak berubah…???YA ALLAH..kurniakan kami kekuatan untuk terus bertahan dalam beribadah kepadaMU..AMIIN..ya rabbal a'lamiin..
0 comments:
Post a Comment