CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

my CORNER

siapa SAYA?

My photo
"feel the heart of everyone.. see through our differences"

Friday, July 3, 2009

ada apa dengan bowling???


Malam td pi main bowling.. bersama2 company family tempat aku menjalani praktikal dahulu.. terkejut aku kerana sangat ramai rupanya orang2 yang terlibat.. kami dibahagikan kepada 6 kumpulan dengan kapasiti 4 orang satu kumpulan… jadi, 4 X 6 = 24 orang.. dengan warna baju masing2..pink, kuning, hijau cair (kumpulan aku la tu), hijau pekat, hitam dan coklat.. tu x termasuk kategori kanak2.. dan aku xsangka, walaupun telah lama berlalu, aku masih turut sama dijemput untuk menyertai aktiviti ini.Mulanya aku sangat takut lantaran ini adalah pertama kali aku memegang bola bowling.. kalau bahasa kelantan kata ”darak”.. risau akan memalukan ahli kumpulan..tapi ahli2 kumpulan aku banyak naikkan semnagat aku.. pembahagian kumpulan dilakukan scara undian.. secara xsengaja aku ditempatkan dengan bekas supervisor masa aku praktikal dulu.. supervisor aku banyak sangat beri tunjuk ajar pada aku.. permainanan dijalankan 3 set.. mak aihh.. dahla first time main.,, aku cuba je.. sampai dah sangat penat.. orang xsedar sebenarnya aku baling bola sambil memejamkan mata dengan jayanya..hehe akibatnya.. sepanjang 3 set permainan beberapa kali jugaklah aku berjaya membaling bola ke dalam longkang.. hehe.. buat malu je.. tapi.. nasib tetap menyebelahi kami apabila kami berjaya mendapat tempat kedua secara keseluruhannya.. alhamdulilah.. rezeki kami.. kesimpulannya objektif untuk menyatukan warga2 yg pernah bernaung di bawah bumbung STPSB berhasil walaupun ada jugak unsur2 yang agak melampau.. terima kasih untuk semua.. (x-madam,x- boss, x-supervisor, akak2, pakcik2, abang2, adik2..kawan2) moga bertemu lagi dengan pertemuan yang lebih bermakna..amiin..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...