CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

my CORNER

siapa SAYA?

My photo
"feel the heart of everyone.. see through our differences"

Thursday, July 2, 2009

my prince charming..

selamat hari lahir buat insan yang amat aku sayang..yang aku panggil boochah.. genap 26 tahun usianya hari ni.. mg2 dirimu sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH abang kesayanganku..mg2 kau sentoasa dipanjangkan umur dalam naungan-NYA.. amiin..terima kasih utk segalanya.. rasanya aku xmampu utk membalas segala kebaikanmu..kau insan biasa tapi seboleh mungkin cuba memenuhi apa jua impian aku dan keluarga..kadang2 aku jadi malu utk meminta sebab dirimu terlalu baik.. teringat waktu kecilku.. aku dan abang sering bergaduh..dan walaupun aku perempuan,abang yang akan selalu dibuli olehku.. pantang dia buat salah, pasti buku2 sekolahnya menjadi mangsaku untukku baling ke tanah..dan abang pula tanpa berani bersuara apa2 turun untuk mengutip buku2 sekolahnya.. YA ALLAH..teruknya aku masa tu..tu dulu..


bila usianya makin menginjak usia dewasa karakter kami bertukar.. waktu2 kecil dahulu, abangku pernah dimasukkan ke hospital kerana demam panas.. waktu tu simpatiku pada abang mula bercambah.. dan bilamana aku dan abang masing2 mula menjadi dewasa terutama ketika aku mula melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi, kami menjadi sangat akrab.. bagai sahabat baik.. sungguh besar kuasa ALLAH.. mengurniakan aku seorang abang yang cukup2 baik.. walaupun aku mempunyai agak ramai abang.. tapi, abang aku yang ini sangat berbeza.. hingga ke saat ini.. aku rasa amat bersyukur sangat2.. pernah abangku bergegas datang ke tempat pengajianku bila mana mendengar beg duit dan barang2 pentingku dilarikan orang padahal waktu tu dia mempunyai temujanji penting.. jarak tempat dia tinggal dan tempat aku belajar pula hampir 2 jam perjalanan.. sangat terharu aku.. dia mengambil cuti kecemasan walaupun aku berkeras supaya dia xdatang.. mungkin dia rasa atas dasar tanggungjawab.. setahun yang lalu dan pada tarikh yang sama dengan hari lahirnya, aku selamat menjalani satu pembedahan kecil dan selain mak, dialah orang yang paling risau.. YA ALLAH..mana mungkin aku dapat menafikan kehadiran abang yang sangat bermakna dalam hidup aku.. tiap kali hari lebaran, abang yang paling sibuk..cuba memnuh sekadar dia mampu setelah bekerja.. aku dan adik2 boleh bergurau senda ngan abang.. dia sangat sporting.. sampai aku terfikir.. bersediakah aku nanti untuk kehilangannya bila mana seruan jodohnya sampai?? rasanya aku xsanggup tapi kalau abang boleh bnerjuang untuk kebahagian kami, apa salahnya aku buat benda yang sama?? cuma, aku harap biarlah bakal permaisuri hatinya akan dapat menjaga abangku baik2.. abang, tiada kata dapat kugambarkan .. hanya ucapan terima kasih banyak2 sebagai penganti kata.. semoga dirimu terus beroleh kecemerlangn dunia dan akhirat.. amiin.. tolong maafkan segala kekurangan adikmu yang lemah ini.. aku akan sayang abang sampai penghujung nafas aku..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...