CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

my CORNER

siapa SAYA?

My photo
"feel the heart of everyone.. see through our differences"

Monday, July 20, 2009

MENITI MAUT


GOLD. GLORY. GOSPEL. Slogan penjajahan barat ini masih menjadi anutan konglomerat imperialis dan neo-kolonialis pada hari ini. Untuk menjajah kembali ke dunia sebelah sini, mereka mula menghantar ejen-ejen untuk menyusup ke dalam syarikat-syarikat utama Malaysia.

Kedatangan ejen-ejen ini disedari BISIK, atau Biro Risikan Negara, sebuah badan yang bertanggungjawab melakukan penyiasatan keselamatan.BISIK segera memaklumkan perkara ini kepada Perdana Menteri. Namun, PM tidak percaya melainkan jika memperoleh bukti kukuh.Untuk itu, BISIK perlu pantas bertindak untuk memerangkap Bruce McCallum, ejen musuh yang telah dikenal pasti.

Fariz Zafar, seorang petugas muda BISIK diarahkan untuk melaksanakan operasi yang mencabar ini. Bukan mudah untuk mengheret Bruce McCallum yang licik ini. Dan, Fariz Zafar bukan sahaja mempertaruh nyawanya, malah dia kehilangan mereka yang tersayang!

MENITI MAUT ~ sebuah novel aksi yang penuh intrigue.
----------------------------------------------------
Meniti Maut adalah salah satu koleksi novel yang pernah saya baca dan sayangi. Novel karya Eymal Hykal mengandungi seribu pengajaran dan ilmu. Ia bukan sekadar novel biasa malah ia mampu membuat minda saya berfikir akan perkara yang tidak mampu terjangkau akal yang perkara sedemikian boleh berlaku bila-bila masa dan dimana jua.

Walaupun ia lebih mengisahkan kes penyiasatan, ia tidak lari dari menjadikan elemen kemanusiaan sebagai tunjang kehidupan. Fariz petugas muda yang agak kabur dengan emosi bila teman seperjuangan mati masa sama-sama cuba menahan penjenayah. Rasa kecewa akibat gagal menjalankan misi menyebabkan dia putus asa hingga sanggup melepaskan jawatannya. Namun bukan semudah itu untuk keluar dari BISIK!

Dia akhirnya menjalankan tugas yang nampak remeh tapi penuh dengan insiden yang tidak kurang menggugat kesabarannya. Kehadiran Faryna kerap membuat dia rasa resah.

Namun itulah namanya tugas. Berbagai liku yang harus dihadapi hingga hampir menggadai nyawa sendiri. Demi tugas, Fariz tidak berputus asa. Kegagalan lalu tidak akan diulangi. Rasa cemas dan tdak sabar mengetahui selanjutnya kerap mengganggu saya.

Berjayakan dia menghentikan kegiatan jenayah kolar putih yang melibatkan warga asing yang mahu melumpuhkan ekonomi negara??
Mampukah dia menangani sikap Faryna yang kerap mencari salah dirinya??
sama-sama hayati..


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...