Rendahkanlah suaraku bagi mereka..
Perindahlah ucapanku di depan mereka..
Lunakkanlah watakku terhadap mereka..
Lembutkan hatiku untuk mereka..
Ya Allah..
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya..
atas didikan mereka padaku..
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku..
Ya Allah..
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan..
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku..
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku..
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya..
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala..
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah..
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda..
Ya Allah..
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku..
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku..
Tetapi jika sebaliknya..
sehingga kami semua berkumpul..
bersama dengan santunan-Mu di tempat..
kediaman yang dinaungi kemulian-MU..
ampunan-MU serta rahmat-MU....
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung..
serta anugerah yang tak berakhir dan
Amiin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu perjalanan hidup kita dirundung nestapa kerana kederhakaan dan kebiadaban kita samada secara sengaja atau tidak. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering atau pernah mengguris hatinya, atau yang jarang mempedulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan di dunia ini.
0 comments:
Post a Comment