Suatu hari, Rizal pergi berjumpa pakar sakit kulit untuk mendapatkan rawatan :
Doktor : "Apa masalah encik?"
Rizal : "Kulit saya rasa gatal-gatal, doktor." (sambil menunjuk tangan dan tubuhnya)
Doktor : (Sambil memeriksa kulit tangan dan wajah ) "Encik rajin solat ya..."
Rizal : "Apakah kaitannya doktor??."
Doktor : "Kulit encik kelihatan bersih dan putih, tapi di dahi encik ada tanda hitam dua, biasanyakan kerana solat."
Rizal : "Ah...tidak juga doktor."
Doktor : "Sila berbaring encik."
Rizal : (Membuka baju dan berbaring)
Doktor memeriksa Rizal dengan menyeluruh.
Rizal : "Bagaimana doktor."
Doktor : "Setelah saya melakukan pemeriksaan dengan menyeluruh, dua tanda hitam didahi encik itu adalah kulit encik yang sebenarnya, sedangkan yang lainya dari hujung kaki sampai kulit kepala adalah panau dan kurap
my CORNER
siapa SAYA?
Monday, May 25, 2009
Tanda Hitam Didahi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment