CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

my CORNER

siapa SAYA?

My photo
"feel the heart of everyone.. see through our differences"

Wednesday, May 6, 2009

andai aku diuji..


"Alhamdulillah segala pujian itu selayaknya hanya pada Allah. Hanya ALLAH lah yang memahami dan mengetahui segala isi hati hamba-hambaNya, Maha Pengasih dan Maha Penyayangnya Allah kepada diriku...tetapi bagaimanakah kasih sayang dan cintaku kepadaMu Rabbi...hanya Engkau Maha Mengetahui.

Di kala hatiku resah dan gelisah, Allah datangkan seseorang untuk meniupkan semangat kepadaku. Salah satu nikmat yang hanya dapat difikirkan dan begitu dihargai tatkala muhasabah diri ini sentiasa aku lakukan.

Peristiwa itu menjadi rakaman bersejarah bagiku. Tanpa diminta, secara tidak langsung, walaupun termasuk dalam doaku sehari-hari

“ Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk melayari kehidupan dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini,Ya Allah, golongkanlah hambaMu ini didalam golongan orang-orang yang sentiasa sabar menempuh segala cabaran, ujian dan dugaanMuYa Rabb, sesungguhnya aku lemah, maka jadikanlah aku kuat..., jadikan aku dari kalangan hambaMU yang tabah diuji.. sesungguhnya aku hina, muliakanlah aku disisi-Mu ya Rabb....” 

Allah memperkenankan permintaan ku ini. Walaupun bukan sekali ini sahaja malah sudah berkali-kali, samada secara sedar atau tidak, Pemilikku pasti menjawab dan memperkenankan permintaan-permintaanku....cuma seringkali aku masih tidak menyedarinya dan seringkali juga diri ini terlupa.

Ada pepatah mengatakan, seandainya kita meminta untuk menjadi kuat, nescaya Allah akan turunkan ujian untuk menguatkan kita. Sesuatu yang jarang difahami dalam seni tarbiyah Ilahi. Dan ketika ujian, kesusahan, cabaran dan detik-detik getir menjengah dalam rutin kehidupan, seringkali istilah ‘SABAR’ menjadi tanda tanya. “SABAR’kah aku dalam menjalani ujian dariNya...’
SABAR’kah aku diuji dengan ujian sebegini....dan secara fitrah diriku seorang wanita, terkadang air mata pasti akan mengalir laju dipipiku ketika ku lemah dan ku tak daya menghadapi ujian-Nya.Bukan, tangisanku ini bukan bermakna ku tak redha Ya Allah..... air mata yang mengalir laju ini bukanlah kerana mengingkari ketentuan-Mu...bukan....tapi menunjukkan betapa kerdilnya diriku...betapa lemahnya IMAN ku dalam menghadapi ujianMu ini. Betapa diriku ini sedang berusaha agar tidak kalah dalam pertarunganMu ini....pertarungan antara keIMANan dan keKUFURan, pertarungan diantara pertimbangan aqal dan hawa nafsuku.

Setiap peristiwa yang dilalui itu ada hikmah disebaliknya.....setiap ujian itu adalah tanda ingatan dan kasih sayang Ilahi keatas diri, agar tak lalai dan lupa, bahawa diri ini adalah kerdil berbanding dari-Nya. SABAR itu adalah yang pertama......selepas itu...bukanlah SABAR namanya. Hanya tinggal sedikit sahaja lagi, untukku raih kejayaan....... hanya sedikit sahaja lagi untuk ku mengecap kebahagiaan., itu ungkapanmu teman....tetapi yang sedikit itulah yang benar-benar menguji kesabaran dan juga keimananku.

Sabarkah aku dalam diuji? Sabarkah aku menerima ketentuan Ilahi? Sabarkah aku ketika Allah meminta bukti dari ikrar keIMAN yang aku lafazkan?. 

Terima kasih teman, kerana kau hadir untuk mengingatkan diriku tentang kelalaian dan kealpaan diri. Terima kasih ya Rabb, kerana sentiasa membasahkan bumi ini dengan menurunkan hujan demi membersihkan udara yang penuh dengan debu kekotoran, juga menurunkan ujian dalam membersihkan diriku...agar aku mengadapmu dalam keadaan bersih dari noda-noda dosa.... semoga ujian-ujianMu dapat kutempuh dengan penuh keSABARan, dan jangan biarkan ku terkapai-kapai dalam mencari redha dan cintaMu Ilahi....redhailah kehidupanku ya Rabbi dan golongkanlah diriku ini dikalangan mereka yang bersyukur dan berbakti.....amiin.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...