"Saya sudah habis baca buku ini.. MIKHAIL.. karya Ramlee Awang Murshid.. macam biasa ceritanya menjurus ke arah cerita seram sesuai dengan jolokan nama yang diberikan kepada beliau..penulis thriller no 1 Malaysia. Saya sendiri bukanlah penggemar novel seram apatah lagi drama2 seram tapi saya secara jujurnya tidak mampu untuk tidak membaca novel-novel hasil karya beliau.. hehe.. untuk penggemar2 novel terutamanya hasil karaya beliau..bacalah.hayatilah.. ada mesej yang cuba disampaikan..."
sedikit ringkasan..
Mikhail – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh professional untuk membela kematian keluarga. Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi-fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar. Ramle Awang Murshid menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!
0 comments:
Post a Comment