CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

my CORNER

siapa SAYA?

My photo
"feel the heart of everyone.. see through our differences"

Friday, March 5, 2010

kanser


Tanda-tanda umum penyakit kanser :

  • Mengalami batuk yang berterusan serta kahak berdarah.
  • Merasa sakit/ketidakselesaan di bahagian perut yang berterusan.
  • Mengalami pendarahan pada bahagian hidung dan pekak atau masalah pendegaran/berdengung.
  • Mempunyai suara yang serak atau garau lebih dari 2 minggu.
  • Mempunyai luka/benjol di dalam mulut yang berwarna merah atau putih.
  • Mengalami ketumbuhan atau benjolan di sekitar leher.
  • Mengalami perubahan dalam amalan membuang air besar.
  • Benjolan atau sebarang perubahan di bahagian payudara.
  • Pendarahan yang keterlaluan di bahagian kemaluan wanita antara tempoh haid atau selepas putus haid.


JENIS KANSER
SIMPTOM
Kanser serviks
Sebarang cecair atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersama dan turun berat badan.
Kanser payudara
Bengkak atau ketulan pada payudara, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
Kanser usus besar
Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus dan berlaku pendarahan semasa membuang air.
Kanser paru-paru
Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
Kanser perut
Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
Kanser limpa
Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
Kanser ovari
Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
Kanser otak
Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/ pitam, pelupa, perubahan personaliti.
Kanser prostat
Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
Kanser tekak
Suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.


Punca sebenar kebanyakan penyakit kanser tidak diketahui. Walaubagaimanapun 90% penyakit kanser adalah disebabkan oleh keadaan persekitaran dan cara hidup seseorang individu tersebut.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

  1. Makanan
  2. Tembakau
  3. Alkohol
  4. Radiasi
  5. Sinaran cahaya matahari
  6. Pekerjaan
  7. Pengambilan ubat
  8. Pencemaran air dan udara
  9. Perokok yang tidak aktif
  10. Keturunan

Antara punca lain penyakit kanser adalah seperti berikut :

  • Tembakau
    • 90 % daripada kanser tulang di sebabkan oleh tabiat merokok. Bahan kimia dalam tembakau (TAR) juga menyebabkan kanser mulut, buah pinggang, tekak, pundi kencing dan serviks.
  • Pemakanan dan Diet
    • Anggaran 30 % hingga 40 % daripada penyakit kanser adalah melalui diet. Pemakanan lemak akan meningkatkan risiko kanser usus dan buah dada. Pengambilan garam berlebihan, merokok dan pengambilan bahan tambah perisa makan akan menyebabkan kanser tekak dan perut.
  • Tabiat seksual
    • Melakukan hubungan seks pada usia yang awal dan melakukan seks secara rambang akan meningkatkan risiko kanser serviks.
  • Pengambilan minuman beralkohol
    • Individu yang mengambil alkohol yang tinggi boleh mendapat kanser mulut, tekak dan usus. Alkohol juga mempunyai kaitan yang tinggi dengan kanser hati.
  • Tabiat mengunyah sirih dan tembakau
    • Barah rongga mulut atau kanser mulut ini selalunya menyerang mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Di Malaysia, masyarakat India paling ramai mengidap penyakit berbahaya ini. Kanser ini selalunya menyerang bahagian pipi, lidah, gusi dan bawah lidah.
  • Jangkitan Hepatitis B
    • Jangkitan daripada virus Hepatitis B akan menyebabkan kanser.
  • Pendedahan di tempat Kerja
    • Pendedahan kepada agen penyebab kanser di tempat kerja dan persekitaran umum akan menyebabkan kanser. Contoh agen ini seperti asap, bahan kimia kilang dan lain-lain.

RAWATAN KANSER

Satu perkara yang paling penting untuk menentukan kejayaan sesuatu rawatan kanser ialah peringkat ketumbuhan tersebut, sama ada hanya melibatkan satu bahagian badan atau telah merebak ke kawasan persekitaran atau telah merebak jauh ke organ-organ penting yang lain seperti paru-paru, hati, otak atau tulang. Pada peringkat awal sekiranya kanser belum merebak, rawatan yang tepat akan memberikan hasil yang baik malah mungkin ia boleh pulih seperti sediakala. Tetapi, apabila kanser telah merebak jauh kesan rawatan mungkin tidak begitu memuaskan malah mungkin sukar dikawal.

Selain itu, jenis sel kanser dan juga bahagian yang dijangkiti juga merupakan satu faktor yang menentukan kejayaan sesuatu rawatan. Jika bentuk sel kanser adalah luarbiasa (anaplastik), kemungkinan sel itu membiak dengan cepat dan merebak jauh akan menimbulkan masalah rawatan. Sesetengan sel kanser pula tahan terhadap sebarang rawatan walaupun diberi rawatan dengan ubat-ubat kemoterapi atau rawatan radioterapi. Sesetengan penyakit kanser pula menunjukkan tanda- tanda diperingkat awal lagi misalnya kanser pangkal rahim.

Ada sesetengah pesakit kanser yang kronik dan diberi tempoh beberapa lama untuk hidup tetapi masih meneruskan hidup walaupun melepasi tempoh yang dijangkakan. Keadaan ini berlaku melalui proses pembinasaan sel kanser secara semulajadi. Kaedah lain yang digunakan untuk merawat kanser adalah :


PEMBEDAHAN

Adakalanya kanser boleh disembuhkan hanya dengan kaedah pemedahan tanpa menggunakan rawatan lain. Tetapi, kebiasaannya pembedahan hanya dilakukan ke atas ketumbuhan dan diikuti rawatan secara kemoterapi atau radioterapi. Sesetengahnya pula hanya dirawat dengan kaedah radioterapi sekiranya kanser masih lagi diperingkat awal seperti kanser serviks dan kanser tekak.

Pembedahan bagi kanser dianggap sebagai suatu pembedahan yang besar dan adakalanya melibatkan pembuangan organ dan anggota penting. Contohnya jika kanser tersebut melibatkan pangkal rahim, keseluruhan rahim akan dibuang. Begitu juga dengan kanser tulang seperti tulang kaki, mungkin kaki tersebut terpaksa dipotong. Biasanya pembedahan kanser memerlukan kepakaran yang tinggi dan memerlukan bekalan darah yang mencukupi.

Waktu pemulihan yang diperlukan oleh seseorang pesakit setelah menjalani pembedahan mungkin agak lama teruatamanya jika melibatkan pembuangan organ atau anggota badan. Ada juga pembedaha yang memerlukan pembedahan susulan atau reconstructive surgery seperti pembedahan akibat kanser pada tulang dagu.

Semua bahagian anggota badan yang telah dibedah akan dihantar ke makmal kaji sel untuk dikaji setakat mana dan jenis kanser yang dihidapi oleh pesakit. Jika sel kanser telah merebak melalui saluran darah atau kelenjar, pembedahan yang dijalankan tidak dapat mengatasi masalah secara keseluruhan. Sebaliknya, kaedah radioterapi atau kemoterapi mungkin digunakan.

KEMOTERAPI

Sesetengah penyakit kanser tidak memerlukan pembedahan sebaliknya boleh dirawat dengan menggunakan kaedah kemoterapi seperti kanser rahim dan leukemia. Namun begitu, kaedah ini hanya boleh digunakan ke atas beberapa jenis kanser sahaja. Biasanya kaedah kemoterapi digunakan sebagai kaedah rawatan lanjutan selepas pesakit menjalani pembedahan sekiranya kanser telah merebak ke anggota tubuh yang lain.

Rawatan kemoterapi memerlukan pemerhatian rapi kerana ia bukan sahaja memusnahkan sel-sel kanser tetapi juga boleh merosakkan sel normal. Kesan sampingan ini akan menimbulkan beberapa masalah misalnya kekurangan sel darah putih. Kadangkala pesakit akan mengalami keguguran rambut dan ulser pada bibir. Rawatan ini perlu diulang selepas 1 atau 2 bulan sekiranya sel kanser masih lagi aktif.

RADIOTERAPI

Kaedah rawatan radioterapi merupakan satu kaedah yang penting bagi penyakit kanser. Rawatan ini boleh dilakukan dengan secara pancaran dari luar atau pancaran daripada logam radium yang dimasukkan ke dalam tubuh. Contohnya bagi kanser rahim, logam radium radioaktif dimasukkan ke dalam rahim selama beberapa hari dengan tujuan supaya logam tersebut mengeluarkan bahang radiasi dan memusnahkan sel-sel kanser.

Antara kesan sampingan yang akan timbul akibat daripada rawatan ini adalah seperti kesan bakar pada kulit yang mungkin berwarna sedikit kehitaman. Tetapi dengan teknik rawatan baru, kesan sampingannya dapat dikurangkan. Kadangkala organ-organ lain disekitar ketumbuhan kanser boleh terganggu akibat daripada pancaran X-ray.


sumber:http://www.angelfire.com/amiga2/anis0/utama.html

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...