my CORNER
siapa SAYA?
Saturday, October 31, 2009
1 november untuk "KU"
Posted by permatayahbonda at 11:21 PM 0 comments
Labels: mine
Wednesday, October 28, 2009
aku dan diriku
Diriku,
Diriku,
ketahuilah diriku...
Posted by permatayahbonda at 9:07 PM 0 comments
Labels: mine
iqramah_penentang jadi pembela

Ikramah- anak kepada Abu Jahal. Beliau lahir daripada keluarga bangsawan Quraisy. Sejak kecil lagi, beliau dididik untuk menjadi seorang pahlawan dan apabila besar Ikramah menjadi panglima muda yang gagah berani, penunggang kuda yang handal dan banyak pengalaman berperang. Dia bersama ayahnya Abu Jahal sangat benci kepada Islam dan turut menyertai peperangan menentang Nabi Muhammad. Ikramah termasuk salah seorang panglima perang pasukan Quraisy yang handal dan gagah berani serta banyak pengalaman. Akhirnya dia menjadi pahlawan Islam yang gagah berani dan gugur syahid dalam Perang Yarmuk.
Posted by permatayahbonda at 8:58 PM 0 comments
Labels: books
Monday, October 26, 2009
PETUNJUK RASULULLAH S.A.W UNTUK RAWATAN DEMAM?
-Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.
-Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur.
-Daripada hadis Nafi' bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah.
-Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa'ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: "Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.
Posted by permatayahbonda at 9:17 PM 0 comments
Labels: health
ilmu ikhlas
“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,”
“Tak payah, bawa sahaja karung guni”
“Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya
“Mari kita ke pasar!”
perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.
“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu." Kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
“Cukup?”
“Belum.
isi sampai penuh karung guni itu.”
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa.
Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar.
"Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?”
“Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?”
“Ya,ya…” Kata si murid, agak kelelahan.
“Banyak Beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.
“wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.'' Kata seseorang.“
Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," Kata yang lain pula.
Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
“Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?”
“Tak buat apa-apa
“Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid.
“Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”
“Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan.
“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”
“Dengan memikul batu-batu ini?”
“Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu.”
“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?
“Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat.”
“ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.
Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.
sumber:i luv islam
Posted by permatayahbonda at 8:43 PM 0 comments
Labels: reminder
Saturday, October 24, 2009
Wednesday, October 21, 2009
semalam...tiada senyuman
Posted by permatayahbonda at 9:23 PM 0 comments
Labels: mine
35 'sejadah berdiri' di surau sekolah
Jika sebelum ini hanya sehelai yang didakwa berdiri tetapi kali ini sebanyak 35 helai sejadah dilihat berdiri mengikut saf iaitu 15 helai di ruang solat lelaki dan 19 helai di ruang solat wanita dengan sehelai daripadanya berada di bahagian hadapan seolah-olah mengimamkan solat.
Kejadian disedari pada pukul 10.55 pagi oleh seorang murid tahun dua, Nurul Huda Mat Jali, 8, yang mengikuti kelas pemulihan di pondok berdekatan, ternampak sesuatu yang ganjil melalui celah pintu cermin surau berkenaan lalu memberitahu kawan-kawan dan mereka memaklumkan kepada guru.
Ia bukan sahaja menarik perhatian warga sekolah yang tidak percaya ia 'dibuat-buat' oleh seseorang malah penduduk tempatan mula berduyun-duyun ke sekolah itu untuk menatap insiden yang dianggap fenomena luar biasa.
Menurut seorang guru di sekolah berkenaan, Adnan Abdullah, sebaik membuka pintu surau, dia terkejut apabila terpandang kedudukan sejadah tersebut dalam susunan seperti jemaah lelaki dan perempuan sedang mengerjakan solat dan duduk di antara dua sujud.
''Kejadian ini pertama kali saya lihat dan amat terkejut kerana kedudukannya terpisah antara jemaah lelaki dan wanita manakala kedudukan imam di bahagian hadapan.
''Lebih menghairankan ketinggian sejadah itu berdiri juga berbeza seolah-olah menunjukkan yang tinggi itu jemaah dewasa dan yang rendah adalah jemaah kanak-kanak,'' katanya.
Katanya, surau tersebut sudah seminggu tidak digunakan kerana dijadikan kelas sementara kerana ada bilik darjah yang dalam proses baik pulih.
Seorang lagi guru, Mat Yuti Hamid mendakwa, dia orang yang terakhir menggunakan surau itu petang semalam pada pukul 3.40 petang untuk solat zuhur dan ketika meninggalkan surau, dia melihat kesemua sejadah terletak di raknya.
''Semasa saya masuk, semua sejadah berlipat di atas rak bahagian belakang surau dan saya mengambilnya sehelai untuk digunakan. Selesai solat saya hanya melipat sejadah itu dan meninggalkan di ruang solat dan ketika itu tidak ada sebarang perkara aneh berlaku,'' katanya.
Sementara itu Pembantu Penguat Kuasa Pejabat Agama Pasir Mas, Kamaruddin Zakaria mendakwa, kejadian tersebut sengaja direka oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk mencipta suasana gempar.
''Berdasarkan pengamatan saya, insiden ini sengaja direka-reka untuk mengelirukan pandangan orang ramai dan mewujudkan suasana gempar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Posted by permatayahbonda at 9:16 PM 0 comments
Labels: news
Monday, October 19, 2009
tahniah kak..
Posted by permatayahbonda at 6:30 AM 0 comments
Labels: mine
Friday, October 16, 2009
makan-makan
Posted by permatayahbonda at 10:23 PM 0 comments
Labels: mine
Monday, October 12, 2009
Adakah Makanan Kesihatan Memberi Manfaat?
Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.
Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita.
Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan
pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat
membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan
untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.
Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.
Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Jesteru kita perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan
optimum.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.
Disenaraikan beberapa tips untuk anda:
-Elakkan multi-vitamin dengan formula "time release". Ketika sampai masa untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.
-Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab
-Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan emak untuk berfungi. Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.
-Semak tarikh "baik sebelum". Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.
-Jika anda merokok, walaupun tak kuat, ambil lebih vitamin dan mineral terutamanya vitamin C.
Posted by permatayahbonda at 8:33 PM 0 comments
Labels: health
Sunday, October 11, 2009
kesinambungan tarbiyah ramadhan
Posted by permatayahbonda at 8:03 AM 0 comments
Labels: reminder
Saturday, October 10, 2009
politik sebagai satu ibadat?
Sebelum kita menceburi bidang politik, cuba tanyakan hati apakah niat kita menceburi bidang ini? Pastikan pada awal-awal lagi, niat kita ialah niat yang baik. Apakah niat yang baik? Banyak niat yang baik, umpamanya… ingin membela nasib bangsa, memertabatkan negara, membantu masyarakat dan lain-lain. Ini adalah niat yang baik. Namun, perlu diingat ada niat yang ‘lebih baik’ berbanding niat-niat tersebut. Sebagai seorang Islam kita sewajarnya membuat sesuatu dengan niat ‘kerana Allah’.
Ini kerana Islam mengajar kita bahawa setiap urusan yang melibatkan hubungan sesama manusia, Tuhan mestilah dijadikan sebagai pengikat dalam perhubungan itu. Oleh itu, adalah lebih baik jika ‘mengikat’ niat membela rakyat, bangsa dan negara itu atas dasar ‘kerana Allah’. Katakan kepada diri , “aku ingin membela bangsaku, masyarakatku dan negaraku kerana Allah memerintahkan aku untuk berbuat demikian.” Dengan cara ini tugas politik kita akan terikat dengan misi utama Tuhan jadikan manusia yakni untuk beribadah kepada-Nya. Firman Allah:“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku.”
Niat ‘kerana Allah’ itulah nanti yang akan menjadi pengawal, pemantau dan pendorong untuk kita berlaku benar, telus dan tulus dalam kancah politik yang sering digambarkan sebagai ‘kotor’ itu. Sebaliknya, niat semata-mata ingin membela bangsa, negara dan lain-lain tidak cukup kukuh untuk menjamin kita tidak tergoda dan tergelincir dalam dunia politik yang tentunya penuh dengan cabaran dan godaan samada dalam bentuk nikmat atau kesusahan. Betapa ramai ‘pejuang’ bangsa yang terkorban dek harta? Betapa ramai pula ‘pembela’ masyarakat yang lupa daratan bila disanjung?
Namun, jika kita berbuat dan berjuang atas dasar yang kukuh yakni ‘kerana Allah’, maka Tuhan akan sentiasa berada di hati kita untuk menjamin kita sentiasa berada di atas landasan yang benar pada setiap masa dan suasana. Ingatlah, natijah (pengakhiran) dari sesuatu selalunya ditentukan oleh muqaddimahnya (permulaan). Oleh itu, semuanya bermula dengan niat, jika niat baik, maka besar kemungkinan pengakirannya pun turut baik. Tetapi sekiranya, niat awal hanya untuk mendapat ganjaran, sanjungan dan nama, maka batalkan sahaja hasrat kita menceburi politik. Kita tidak akan menjadi ahli politik yang baik jika bertitik-tolakkan niat yang tidak baik.
2. Bidang yang diceburi (politik) adalah satu yang dibenar oleh syariat.
Politik atau siasah memanglah suatu bidang yang bukan sahaja dihalalkan bahkan diutamakan dalam Islam. Istilah politic bermakna, ‘the arts and sciene of government’. Atau ‘siasah’ dalam bahasa Arab berasal daripada kata dasar yang bermakna, ‘to lead, to guide, to conduct, to direct’. Jika politik dilihat menerusi dimensi ini, maka ia adalah satu bidang yang sangat berkait rapat dengan peranan manusia di atas muka bumi yakni seebagai khalifah Allah. Firman Allah:“Kami jadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi.”
Dalam konteks ini politik dilihat seabagi satu urusan kepimpinan yang hakikatnya adalah amanah Allah kepada setiap manusia. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud, setiap kita adalah gembala (pemimpin) dan setiap pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya. Urusan ini sangat penting dalam ajaran Islam justeru ia adalah satu alat ataupun jalan untuk menegakkan ubudiyah kepada Allah swt. Oleh itu, ahli-ahli politik seharusnya sedar bahawa bidang yang mereka ceburi adalah satu gelanggang yang begitu besar dan luas untuk meraih keredaan Allah.
3. Melaksanakan amalan berpolitik itu dengan betul.
Niat yang baik semata-mata tidak akan menjamin kita menjadi seorang ahli politik yang baik. Langkah seterusnya ialah laksanakan niat itu dengan betul. Melaksanakan dengan ‘betul’ di sini bermaksud mematuhi syariat (peraturan Allah). Maksudnya, kita mesti sentiasa memilih cara yang halal dalam melaksanakan urusan politik. Islam tidak mengamalkan dasar politik Machevelli – matlamat menghalalkan cara. Tegasnya, niat yang baik mestilah dilaksanakan dengan cara yang baik. Oleh itu, jangan sekali-kali kita terlibat dengan perkara-perkara yang haram, mungkar dan dosa dalam melaksanakan cita-cita politik.
Pelaksanaan politik itu hendaklah sentiasa mengikut batas-batas syariat dan peraturan-peraturan lain yang selaras dengan kehendak Allah. Proses berpolitik hendaklah sentiasa berpandukan batas-batas hukum yang lima – halal, haram, harus, sunat dan makruh. Kepatuhan kepada hukum Allah ini secara otomatik akan menyebabkan peraturan parti dan negara turut dipatuhi. Politik wang misalnya, bukan sahaja bertentangan dengan peraturan dan etika parti tetapi ia adalah haram di sisi Allah.
Begitu juga perbuatan mencaci, menghina dan memfitnah musuh politik tidak wajar dilakukan walau atas apa alasan sekalipun. Yang penting ialah memberi penerangan dan penjelasan tentang matlamat atau apa yang hendak kita perjuangkan. Boleh mengkritik, menegur malah menyalahkan pihak lain tetapi hendaklah dalam batas-batas syariat dan akhlak Islamiah. Baik sesama rakan separti separti atau dengan parti lawan, kita seharusnya menjaga diri agar tidak dirasuk oleh sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, dendam, marah, tamak dan lain-lain. Untuk mendapat kedudukan atau pangkat tidak salah, tetapi dapatkanlah dengan cara bekerja keras bukan dengan cara mengampu, menyogok atau mengancam. Ingat selalu, pangkat bukan matlamat tetapi hanya alat dalam sesuatu perjuangan.
4. Berpolitiklah secara yang paling optimum (terbaik)
Untuk menjadi seorang ahli politik yang baik, kita mestlilah melakasanakan tugas politik secara yang terbaik (optimum). Maksud optimum di sini ialah kita berpolitik dengan penuh kemahiran, ilmu dan etika kerja yang tinggi. Kita seharusnya mendalami ilmu-ilmu tentang pengurusan, pentadbiran dan perhubungan. Kuasailah kemahiran berfikir yang tajam dan cepat. Berlatihlah cara bercakap dan berucap dengan berkesan, agar mesej politik dapat difahami dengan baik oleh masyarakat. Banyakkan membaca, bergaul dan mendengar suara rakyat menerusi apa jua saluran yang dapat mempertingkatkan mutu kepimpinan dan pengurusan. Ahli politik yang baik, tentunya mempunyai ilmu tentang agama, psikologi, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain mengikut tahap atau bidang yang selaras dengan kedudukan kita di dalamparti dan masyarakat.
Tidak cukup sekadar itu, kita mestilah mempunyai ‘skill’ dalam bidang perhubungan manusia. Kebolehan menjadi pendengar yang baik, empati dan peka dengan apa yang disuarakan atau apa yang tidak disuarakan. Ini adalah suatu yang wajib untuk melonjakkan karier politik kita. Kita mesti mahir dalam pengurusan masa dan mempunyai kecekapan dalam mengatur serta membahagikan waktu dengan cekap dan berkesan. Urusan diri, keluarga, masyarakat, parti mestilah disusun secara adil agar setiap tindakan diatur mengikut tahap keutamaannya. Jangan ada perkara yang penting tercicir atau terpinggir.
Bergepanglah kepada etika kerja politik anda. Sentiasalah mengutamakan rakyat dan perjuangan bangsa berbanding dengan kepentingan diri. Cuba lihat sejarah ‘ahli-ahli’ politik yang berjaya khususnya para khulafa ur Rasyidin (Sayidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali R.A.) mereka semua telah berpegang kepada etika ini sampai ke akhir hayat. Jika ditakdirkan menjadi wakil rakyat, duduklah bersama rakyat, dengar suara hati mereka. Jangan jadi wakil rakyat yang jarang ‘bersama’ rakyat. Sabar, berkorban, prihatin, empati, pemaaf, pemurah adalah sifat-sifat yang perlu ada jika anda ingin menjadi ahli politik yang baik.
5. Tidak meninggalkan perkara-perkara yang asas dalam Islam.
Perkara yang asas dalam Islam ialah rukun Iman yang enam dan rukun Islam yang lima. Ini adalah pra-syarat kepada semua perlakuan umat Islam untuk dinilai sebagai ibadah. Sekiranya perkara-perkara asas ini diabaikan, semua kebaikan yang kita bina sebelumnya tidak akan dinilai sebagai kebaikan. Bayangkan, bagaimana kita boleh dianggap seorang manusia yang baik jika kita mengabaikan ibu kandung sendiri walaupun kita takdirnya telah berbakti kepada seluruh manusia? Maka begitulah orang yang tidak mendirikan perkara-perkara asas dalam Islam ini, maka ia tetap ‘jahat’ walaupun segunung kebaikannya kepada manusia.
Solat misalnya, tidak boleh diabaikan walaupun sesibok mana urusan politik kita. Jangan bermesyuarat menyebabkan anda luput waktu solat. Jika kita sudah cukup harta, maka laksanakanlah ibadah haji tanpa melengah-lengahkannya dengan alasan kononnya sibok berbakti kepada masyarakat. Hendaklah kita ingat, ibadah-ibadah asas inilah yang akan memberi kekuatan jiwa, kelapangan fikiran dan ketenangan emosi untuk kita menjalankan urusan politik dengan lebih afektif, produktif dan kreatif lagi. Ingatlah, barangsiapa yang menjaga hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menjaga hubungannya dengan manusia.
6. Natijah yang baik
Bagaimana sikap kita di hujung kejayaan atau kegagalan di hujung karier politik? Jika ditakdirkan kita berjaya, maka bersyukurlah dengan kejayaan itu. Bukti syukur ialah dengan kita merasakan nikmat kejayaan itu datangnya dari Allah bukan kerana kebijaksanaan kita. Nafikanlah segala kelebihan, usaha dan tenaga kita di hadapan Tuhan dengan merasakan semua itu tidak memberi kesan tanpa bantuan daripada-Nya.
Kemudian, rasa syukur di dalam hati itu dilanjutkan lagi dengan melahirkan tindakan-tindakan yang selaras dengan tujuan Allah mengurniakan nikmat itu. Diberi pangkat, itu tandanya Tuhan ‘menyuruh’ kita berbakti kepada manusia dengan pangkat tersebut. Maka berbaktilah, bukan menyombong diri. Janganlah hendaknya syukur terbatas hanya di lidah, tetapi kosong di hati dan sifar pula dalam tindakan.
Sebaliknya, jika gagal, bersabarlah… hakikatnya Allah mahu mematangkan karier politik kita. Bukankah besi sejati ditempa oleh kepanasan yang tinggi? Jadi, jangan putus asa. Tempohlah sekali lagi, soalnya bukan serendah mana kita jatuh tetapi setinggi mana kita melonjak semula. Hakikat ini bukan sahaja satu sunnahtullah dalam kehidupan, bahkan inilah juga asam garam dalam dunia politik. Pastikan kita tidak kecewa atau patah hati. Bangunlah setiap kali kita jatuh!
Keenam-enam langkah itu akan mudah diikuti sekiranya iman diperteguhkan. Seseorang akan memilih himpunan tindakan yang selaras dengan keimanannya dan menolak sesuatu yang bertentangan. Inilah yang membentuk sistem nilai. Sistem nilai ini akan membentuk sikap ahli politik yang Islamik bukan sahaja di sudut cakapnya tetapi juga sikapnya. Indahnya, program ‘ke dalam’ ini jika berjaya dilaksanakan pasti menyerlahkan kesannya pada diri, masyarakat dan pengundi. Penghayatan berpolitik sebagai satu ibadah, akan memperteguhkan kekuatan dan perpaduan dalam parti tanpa perlu dilakon-lakonkan atau dilobi-lobi lagi.
Demikianlah sedikit gambaran bagaimana menjadikan politik sebagai satu ibadah. Langkah-langkah ini tidak terlalu memperincikan perkara-perkara yang boleh kita fikirkan sendiri. Garis-kasar yang diberikan oleh buku ini adalah terlalu umum untuk memperkatakan soal politik dalam huraian yang lebih ilmiah. Namun rasanya ia sudah memadai untuk meransang dan membuka fikiran untuk merealisasikan politik sebagai satu ibadah!
*Ustaz Pahrol Mohd. Juoi aktif berdakwah melalui penulisan. Artikel ini diambil daripada blog beliau iaitu http://genta-rasa.com.
Posted by permatayahbonda at 6:53 PM 0 comments
Labels: reminder
Friday, October 9, 2009
debu debu dosa_HIJJAZ
Posted by permatayahbonda at 11:24 PM 0 comments
Labels: lyric
BP
Posted by permatayahbonda at 11:07 PM 0 comments
Labels: mine
puasa enam

عَنْ اَبِيْ اَيُّوْبَ اْلاَنْصَارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتَّا مِنْ شَوَّالِ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ.
“Dari Abi Ayub al-Ansari radiallahu ‘anhu: Bahawa Rasulullah bersabda: Barangsiapa berpuasa ramadan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti puasa setahun”. (H/R Muslim)
Posted by permatayahbonda at 10:05 PM 0 comments
Labels: reminder
bagan pinang
TELOK KEMANG, 9 Okt: Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Bagan Pinang, Salahudin Ayub berkata, pihaknya bertanggungjawab penuh dengan kenyataan mereka dalam sidang media yang mendakwa seorang petugas PAS telah dipukul dan berdarah.
"Saya bertanggungjawab penuh dengan penyebaran gambar itu dan memang ia benar-benar berlaku bukan direka-reka," kata Salahudin kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, katanya, beliau bersama peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin telah memberikan keterangan di bawah seksyen 112 (keterangan saksi) di Balai Polis IPD Port Dickson jam 6.45 petang tadi.
Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi telah menyiarkan berita kononnya waran tangkap telah dikeluarkan kepada Salahudin kerana tidak datang ke balai polis sebagaimana yang diminta.
Ini berikutan dari berita Harakahdaily yang menyiarkan gambar seorang mangsa yang berdarah kepala kerana dipukul dalam kejadian Rabu lepas.
Gambar mangsa yang sama juga telah diedarkan oleh sidang media yang dibuat oleh Salahudin dan pasukannya dalam sidang media harian mereka.
Pihak polis mendakwa, mangsa kepala berdarah itu tidak membuat sebarang laporan polis. Laporan polis hanya dibuat oleh beberapa pihak lain yang turut terlibat dalam serangan kepada Markas Pemuda PAS.
PAS pula berkata, pihaknya telah membuat sembilan laporan polis ekoran kejadian serangan pihak lawan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang ke atas petugas dan markas mereka.
(Gambar:Mata Bob bengkak akibat dipukul Rabu lalu dalam siri kejadian ganas pilihan raya Bagan Pinang.)
Antarannya laporan polis dibuat oleh Mohd Said bin Mohamad, 27 tahun.
Mohd Said yang lebih dikenali sebagai Bob ketika ditemui Harakahdaily berkata, beliau dipukul oleh petugas Umno dalam kejadian petang Rabu lalu di Bagan Pinang.
Ia bermula apabila adiknya dipukul oleh sekumpulan pemuda ekoran dari tindakan mereka melarang adiknya memasang poster PAS.
Namun yang menjadikan beliau marah, motosikal yang dibawa adiknya telah dirampas oleh kumpulan pemuda itu.
(Gambar kejadian:Bob diselamatkan oleh petugas PAS selepas dibelasah oleh sekumpulan Pemuda Umno)
Bob, penduduk jati Bagan Pinang, yang dihubungi adiknya terus ke tempat kejadian untuk mendapatkan semula motosikalnya dan ingin mengetahui kenapa adiknya dipukul.
Beliau kemudiannya ditumbuk dan dipukul oleh kumpulan petugas yang memakai pakaian Umno berkenaan.
Akibatnya, mata dan kepala Bob bengkak.
Namun, Bob berkata, beliau tidak pernah kesal dengan kejadiannya bahkan memberikan beliau lebih bersemangat untuk mengundi memenangkan PAS.
"Saya tidak pernah mengundi sebelum ini termasuk tahun 2008 lalu kerana tidak pernah kesah hal politik ini. Namun 11 Oktober ini saya akan pergi mengundi di awal pagi lagi untuk calon PAS," kata Bob kepada Harakahdaily.
sumber:harakahdaily.net-Jumaat 9 Oktober 2009 | 19 Shawwal 1430 Hijrah
Posted by permatayahbonda at 9:38 PM 0 comments
Labels: news
Thursday, October 8, 2009
bidadari bidadari syurga_tere-liye
Bidadari-Bidadari Surga bercerita tentang pengorbanan seorang kakak (Laisa) untuk adik-adiknya (Dalimunte, Ikanuri, Wibisana dan Yashinta) di Lembah Lahambay agar adik-adiknya dapat melanjutkan pendidikan mereka, meski ia harus bekerja diterik matahari setiap hari, mengolah gula aren setiap jam 4 pagi serta dimalam hari menganyam rotan, meski pada dasarnya keempat adik-adiknya tersebut berasal dari darah yang berbeza dengan dirinya.
Bidadari-Bidadari Surga bercerita tentang pengorbanan seorang kakak (Laisa) untuk adik-adiknya (Dalimunte, Ikanuri, Wibisana dan Yashinta) di Lembah Lahambay agar adik-adiknya dapat melanjutkan pendidikan mereka, meski ia harus bekerja diterik matahari setiap hari, mengolah gula aren setiap jam 4 pagi serta dimalam hari menganyam rotan, meski pada dasarnya keempat adik-adiknya tersebut berasal dari darah yang berbeza dengan dirinya.
Satu sisi Laisa digambarkan sebagai kakak yang galak dan tegas, mengejar-ngejar adiknya yang bolos sekolah dengan rotan dan ranting kayu. Di sisi lain, kontradiktif dengan fizikalnya yang gempal, gendut, berkulit hitam, wajah yang tidak proporsional ditambah dengan rambut gimbal serta ukuran tubuhnya yang tidak normal, lebih pendek, Laisa sesungguhnya tipikal kakak yang mendukung adik-adiknya, rela mengorbankan diri untuk keselamatan ‘dua anak nakal’ Ikanuri dan Wibisana dari siluman Gunung Kendeng, serta mati-matian mencari ubat bagi menyembuhkan adiknya Yashinta yang diserang demam panas hingga kejang pada suatu malam.
Posted by permatayahbonda at 9:22 PM 0 comments
Labels: books
ceramah perdana
penceramah : al 'allamah sayyid ahmad ibn muhammad ibn 'alawi ibn 'abbas al maliki al hasani(ulama' dari mekah al mukarramah)
tempat : masjid fat'hur rahman (pengkalan rama, melaka)
tarikh : 9 okt 2009(20 syawal 1430 H)-jumaat malam sabtu
Posted by permatayahbonda at 9:18 PM 0 comments
Labels: announcement
Wednesday, October 7, 2009
sahabat sejati_UNIC
Ku biar kalam berbicara
Posted by permatayahbonda at 10:17 PM 0 comments
Labels: lyric
Saturday, October 3, 2009
sempurna
Posted by permatayahbonda at 9:54 PM 0 comments
Labels: mine
Friday, October 2, 2009
fatimah vs yusuf
Posted by permatayahbonda at 12:58 PM 0 comments
Labels: mine