CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

my CORNER

siapa SAYA?

My photo
"feel the heart of everyone.. see through our differences"

Saturday, October 31, 2009

1 november untuk "KU"


salam ulangtahun kelahiran buat "KU"..

yang ke 63 seandainya beliau masih dikurniakan nafas

seorang insan yang xsempat kubalas jasanya..

yang aku xakan lagi dapat kupeluk tubuh cengkungnya..

yang sangat mustahil untukku kucup dahi ratanya lagi..

sesungguhnya dia..

yang pada zaman kanak2ku selalu menghadiahiku sesuatu

waima sekadar sekotak pensil warna..

cukuplah..
penyeri dunia kanak-kanakku saat itu..

ganjaran atas setiap kejayaanku..

yang selalu membanggakan hati tuanya..

namun ALLAH menyayanginya..

dijemputnya pergi tatkala usiaku masih terlalu mentah..

untuk mengenal erti hidup..

saat abang2ku baru belajar menapak usia remaja..

saat adik2ku yang penuh dengan ketidakmengertinya..

dan si bongsu yang masih bergelar janin dalam kandungan bonda..

saat bonda langsung xtau mengurus rezeki..

patah sepenuhnya dahan bergantung..

YA ALLAH..

KAU maha tahu apa yang terbaik..

kuatkan sekeping hati yang ketandusan kasih sayang ini..

yang sentiasa mengharapkan pertemuan dengannya di sana nanti..

taman-taman syurga yang KAU janjikan..

mg2 kami di kalangan insan2 terpilih ..

YA ALLAH..

saat ini..

kukuatkan hati untuk mencoret..

bukan untuk menagih simpati..

sekadar meluahkan apa yang terbuku di dada maya ini..

temanku yang xpernah membohongiku..

yang selalu ada untukku..

YA ALLAH..

berat rasanya ujian ini kutanggung sendiri..

cemburu selalu merajai..

tatkala menyaksikan peluang2 kemesraan sahabt2ku bersama keluarga..

yang kadang2 disalahgunakan..

YA ALLAH..

kupohon kekuatan..

mg ku xtersasar jalan..

dalam mengejar cinta hakikiMU..

sampaikan salamku buatnya..

buat "KU"..

anakmu ini amat2 merindui dirimu..

hanya cincin pusaka mampu kukucup..

sebagai peneman hari2 sepiku..

tatkala rindu menjadi kian parah..

lewat sering gugurnya air mata perempuanku..

untuk heroku, "KU"..

selamat ulangtahun kelahiran..

1 november yang penuh duka..

YA ALLAH...

YA ALLAH..

YA ALLAH..

Wednesday, October 28, 2009

aku dan diriku


Diriku..

dalam sibuk kau membicarakan soal strategi perjuangan,

dalam sibuk kau menyusun perancangan kemenangan,

kadangkala kau lupa…..

meneliti kedudukanmu di sisi Zat Yang Agung,

yang kerana-Nya kau menyusun jadual,

mengatur perjalanan hidup dan berjihad,

terlupa kau bertanya….

sejauh mana KEIKHLASANMU.

terlupa kau membelek Manhajmu

agar ia selari denganmanhaj Rabbani...


Diriku,

dalam rancak kau meyiram taman hati insan lain,

kau terlupa membaja taman hatimu sendiri

agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,

tersentuh dengan daulatNya,

merasa terpikul amanah ad-deen yang mulia ini

bukan kerana kau BERJAMAAH,

namun kerana dikau di bawah PERINTAH-Nya.


Diriku,

seringkah kau mencari jalan

agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,

agar sentiasa sedarakan keagunganNya,

insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan dan kesilapan dirimu...?

ketahuilah diriku...

hatimu itu keras.

khusyu'mu kurang,

syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya.

terlalu banyak kurang dan salahmu....

Diriku,

tunaikanlah solatmu dalam khusyu'dan tenang.

muhasabahlah dirimu kala sunyi,

selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan.

padanya ada bekalan

untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.

Diriku,

pada konsistennya amalan sunat

ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu.

pada qiamullail di keheningan malam

bersama bisikan doa dan munajatmu,

diiring esak airmata keinsafan dan keikhlasanmu,

kau akan temui kemanisanTAQQARUB

di bawah duli kebesaranNya.

di situ ada bekalnya...

lazimilah awal harimu dengan al-Ma'thurat,

pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai DAI’E.

Diriku,

pada tawadhu',

pada ukhuwah fillah,

pada infaq fisabilillah,

pada uzlah muhasabah diri,

pada zikir dan selawat,

ada ketenangan dan kekuatan.

Diriku,

ketahuilah bahawahanya hati yang hidup sahaja

bisa memberi nafas kepada hati yang mati.

hati yang turut sama mati

tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit

apatah lagi,

menghidupkan hati yang mati.

Diriku,

AMANAHLAH kau di hadapan manusia,

kerana KEDAULATAN Tuhan-Mu,

namun rasailah kekerdilan dirimu,

di hadapan kudrat dan Iradat-Nya... .


"perjuangan menuju satu matlamat yang sama"

iqramah_penentang jadi pembela



Ikramah- anak kepada Abu Jahal. Beliau lahir daripada keluarga bangsawan Quraisy. Sejak kecil lagi, beliau dididik untuk menjadi seorang pahlawan dan apabila besar Ikramah menjadi panglima muda yang gagah berani, penunggang kuda yang handal dan banyak pengalaman berperang. Dia bersama ayahnya Abu Jahal sangat benci kepada Islam dan turut menyertai peperangan menentang Nabi Muhammad. Ikramah termasuk salah seorang panglima perang pasukan Quraisy yang handal dan gagah berani serta banyak pengalaman. Akhirnya dia menjadi pahlawan Islam yang gagah berani dan gugur syahid dalam Perang Yarmuk.
"dahulu aku berperang kerana al-lata dan al-uzza. sekarang, aku serahkan jiwaku dengan ikhlas kepada ALLAH"

Monday, October 26, 2009

PETUNJUK RASULULLAH S.A.W UNTUK RAWATAN DEMAM?


-Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.

-Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur.

-Daripada hadis Nafi' bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah.

-Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa'ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: "Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.


kerana 10 sen_han ri







ilmu ikhlas


“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya.

“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,”

“Tak payah, bawa sahaja karung guni”

“Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya

“Mari kita ke pasar!”

perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.

“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu." Kata guru itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.


“Cukup?”

“Belum.
isi sampai penuh karung guni itu.”

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa.

Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar.

"Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?”

“Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?”

“Ya,ya…” Kata si murid, agak kelelahan.

“Banyak Beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.

“wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.'' Kata seseorang.“

Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," Kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.

“Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?”

“Tak buat apa-apa

“Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid.

“Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”

“Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan.

“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”

“Dengan memikul batu-batu ini?”

“Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu.”

“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?

“Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat.”

“ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.

Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.


sumber:i luv islam

Saturday, October 24, 2009

...


"dan akan kunanti senyuman seorang kakak dan sahabat itu kembali.."

Wednesday, October 21, 2009

semalam...tiada senyuman


20 Oktober 2009...


Akan ku kenang sampai bila2..


kejadian yang merobek perasaanku...


Tidak tertahan...


hanya linangan menjadi luahan...


Pasti ada hikmah sebalik kejadian..


Menjadi mangsa keadaan..
tiada siapa yang berkenan..


Namun..


kekuatanNya memberi kesedaran


Ada lagi sinar kebahagiaan


Kesederhanaan dia menjadi teladan


Walaupun dirinya di dahan kasihan


Tetap berada lingkungan husnuzhan


Doakan kami....


semoga dalam pegangan iman


Cuma satu perkara yang aku kesalkan...


SEMALAM...TIADA SENYUMAN...=(


sumber:www.kerongsanghijau.blogspot.com


tersentak hatiku membaca keluhan hatinya..gugur juga air mata yang ditahan.. jarang sekali dia' begini.. sesungguhnya aku xtahu apa yang membelenggu dirinya.. bila kucuba menelefon, langsung xrespon.. YA ALLAH..betapa risaunya aku.. sakitkah 'dia'..?? patut hati ini asyik teringtkan 'dia'.. aku xkan paksa 'dia' cerita kalau itu yang lebih membahagiakan dia walaupun hatiku sediri terseksa.. cuma doa sebagai seorang sahabat dan adik mampu kutitipkan setiap waktu.. kuhadiahkan solat hajat khas padanya lewat bangunku dari tidur awal pagi tadi.. moga2 segala kekusutannya terbelenggu.. YA ALLAH.. tolong lindungi 'dia' untukku walau di mana dia berada.. walau apapun situasi yang melandanya.. sesunggunhnya hanya engkau sebaik baik pelindung.. amiin(3X).. ya rabbal a'lamiin.. sesungguhnya aku amat menyayangi dirinya..'dia' yang selalu ada waktu aku memerlukan..


"menitis air mataku

hilangnya sahabat sejati

yang riang tika ku merindu

persahabatan abadi

setiap detik teringatkan dikau

walaupun kau pergi membawa diri

kasih sayang kita tidak terjangkau

ditemukan impian yang murni

perlukah aku ditinggalkan

perlukah engkau melupakanku

perlukah ada rasa kesangsian

perlukah ada rasa rindu"

35 'sejadah berdiri' di surau sekolah


PASIR MAS 20 Okt. - Orang ramai dan warga Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut di sini hari ini gempar apabila kejadian 'sejadah berdiri' seperti yang dilaporkan di beberapa tempat termasuk di Bukit Mertajam pada 2 Oktober lalu, kini berlaku pula di surau sekolah berkenaan.

Jika sebelum ini hanya sehelai yang didakwa berdiri tetapi kali ini sebanyak 35 helai sejadah dilihat berdiri mengikut saf iaitu 15 helai di ruang solat lelaki dan 19 helai di ruang solat wanita dengan sehelai daripadanya berada di bahagian hadapan seolah-olah mengimamkan solat.

Kejadian disedari pada pukul 10.55 pagi oleh seorang murid tahun dua, Nurul Huda Mat Jali, 8, yang mengikuti kelas pemulihan di pondok berdekatan, ternampak sesuatu yang ganjil melalui celah pintu cermin surau berkenaan lalu memberitahu kawan-kawan dan mereka memaklumkan kepada guru.

Ia bukan sahaja menarik perhatian warga sekolah yang tidak percaya ia 'dibuat-buat' oleh seseorang malah penduduk tempatan mula berduyun-duyun ke sekolah itu untuk menatap insiden yang dianggap fenomena luar biasa.

Menurut seorang guru di sekolah berkenaan, Adnan Abdullah, sebaik membuka pintu surau, dia terkejut apabila terpandang kedudukan sejadah tersebut dalam susunan seperti jemaah lelaki dan perempuan sedang mengerjakan solat dan duduk di antara dua sujud.

''Kejadian ini pertama kali saya lihat dan amat terkejut kerana kedudukannya terpisah antara jemaah lelaki dan wanita manakala kedudukan imam di bahagian hadapan.

''Lebih menghairankan ketinggian sejadah itu berdiri juga berbeza seolah-olah menunjukkan yang tinggi itu jemaah dewasa dan yang rendah adalah jemaah kanak-kanak,'' katanya.

Katanya, surau tersebut sudah seminggu tidak digunakan kerana dijadikan kelas sementara kerana ada bilik darjah yang dalam proses baik pulih.

Seorang lagi guru, Mat Yuti Hamid mendakwa, dia orang yang terakhir menggunakan surau itu petang semalam pada pukul 3.40 petang untuk solat zuhur dan ketika meninggalkan surau, dia melihat kesemua sejadah terletak di raknya.

''Semasa saya masuk, semua sejadah berlipat di atas rak bahagian belakang surau dan saya mengambilnya sehelai untuk digunakan. Selesai solat saya hanya melipat sejadah itu dan meninggalkan di ruang solat dan ketika itu tidak ada sebarang perkara aneh berlaku,'' katanya.

Sementara itu Pembantu Penguat Kuasa Pejabat Agama Pasir Mas, Kamaruddin Zakaria mendakwa, kejadian tersebut sengaja direka oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk mencipta suasana gempar.

''Berdasarkan pengamatan saya, insiden ini sengaja direka-reka untuk mengelirukan pandangan orang ramai dan mewujudkan suasana gempar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.
sumber:utusa malaysia 21 oktober 2009

Monday, October 19, 2009

tahniah kak..


kak..tahniah sebab semalam dah konvo....alhamdulillah..agak terkilan sikit..ikutkan hati ingat turun shah alam untuk menyaksikan akak sebagai graduan tapi ada yang perlu diaulakan..apapun..doa saya sentiasa mengiringi akak..terima kasih sebab mewarnai hidup saya..saya sayang akak..
Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati kami ini telah berkumpul di tempat ini karena mengasihi-MU; bertemu untuk memenuhi perintah-Mu; bersatu untuk memikul beban da'wah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini. Tunjukkan kepada hati-hati ini akan jalan-Mu yang haq. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam. Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidupkan hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu. Dan jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-MU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.amiin..



Friday, October 16, 2009

makan-makan


tadi sempat p open house n sambutan hari lahir kat condominium tempat ana praktikal dulu..teruja seketika melihat keadaan sekitar..ada swimming pool(air..lalala)ramai sangat tetamu yang dijemput..menurut kak zue, hampir 1000 orang..aku sampai orang pertama yang dicari adalah akak..akak adalah orang yang paling kalut menghidangkan aku macam2 sampai aku dan kawan dah xberdaya..macam2 jenis masuk dalam perut..boss, madam, semua masih ingat aku..alhamdulillah..papun, untuk semua yang terlibat..madam,boss, kak lin, kakzue, akak,aim, am, en hilal, farah, kak aida,wan(walaupun xde)si comel aiman, terima kasih..

Monday, October 12, 2009

Adakah Makanan Kesihatan Memberi Manfaat?


Kalau kita ke supermarket atau farmasi, kita akan lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang dipamerkan. Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepala. Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manfaat kepada kita?

Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.

Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita.
Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan
pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat
membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan
untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.

Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.

Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Jesteru kita perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan
optimum.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.

Disenaraikan beberapa tips untuk anda:
-Elakkan multi-vitamin dengan formula "time release". Ketika sampai masa untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.

-Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab

-Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan emak untuk berfungi. Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.

-Semak tarikh "baik sebelum". Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.

-Jika anda merokok, walaupun tak kuat, ambil lebih vitamin dan mineral terutamanya vitamin C.
sumber:http://www.kesihatan.biz/artikel/makanan_kesihatan.php

Sunday, October 11, 2009

kesinambungan tarbiyah ramadhan

1) memohon pertolongan Allah SWT agar terus memberikan hidayat-Nya, menetapkan iman pada jalan agama-Nya serta memperkasa diri dengan ilmu pengetahuan tentang agama.
2) Kekalkan amalan takwa yang digarap ketika melaksanakan ibadat puasa di bulan Ramadan walaupun menjangkau bulan Syawal sebagai bekalan setahun untuk Ramadan akan datang.
3) Perbanyakkan beramal dengan amalan-amalan sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan seperti solat-solat sunat, puasa-puasa sunat dan banyakkan berdoa
4) Banyak bergaul dengan golongan para Solihin seperti majlis zikir, nasihat, kaunseling dan tazkirah.
5) Memperdalami maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai sejarah kehidupan para Anbiya’, Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat, tokoh-tokoh sarjana Islam terkemuka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang pernah melonjakkan Islam, sama ada melalui pembacaan, mendengar kuliah atau cakera padat, kaset agama dsb
6) Memperbanyakkan mendengar kuliah-kuliah fardu ‘Ain di masjid atau surau secara langsung ataupun kaset dan cakera padat (sebagai bahan rujukan tambahan).
7) Memelihara tuntutan ibadat khusus seperti solat lima waktu, mengqada’ puasa yang tertinggal kerana sakit, musafir atau uzur syari’e, kerana ia amat dituntut untuk dilakukan segera.
8) Memelihara amalan-amalan sunat seperti puasa enam hari di bulan syawal, bersedekah, menziarahi sanak-saudara, jiran tetangga, sahabat-handai dan lain-lain
9) Membaca al-Quran, bermula dengan menghafaz surah-surah pendek dan menghafaz ayat-ayat penting sebagai pendiding diri seperti ayat kursi, surah al-Mulk, Yasin dan lain-lain.
10) Memperbanyak zikir dan wirid, terutamanya zikir Ma’thurat susunan Imam Syahid Hasan al-Banna
11) Menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh merosakkan hati, sama ada bergaul dengan golongan maksiat, menonton filem lucah, membaca majalah-majalah yang boleh melalaikan seperti hiburan dan lain-lain, mendengar muzik yang melalaikan dan banyak lagi.
12) Bertaubatlah kepada Allah SWT dengan kadar segera dengan menyesali apa yang telah dilakukan yang menyalahi hukum syarak dan berazam tidak akan mengulanginya pada masa-masa akan datang.
13) Berhenti dari merokok terutamanya jenama rokok milik Zionis Israel, Amerika dan Britain yang menghimpun dana bagi membeli senjata untuk membunuh saudara-saudara Islam di Palestin, Lubnan dan lain-lain.
14) Menyesali atas perbuatan menghadiri program-program maksiat seperti hiburan yang melalaikan atau sukan yang menghalang diri dari menunaikan solat lima waktu.
15) Gigih untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah serta Rasulullah s.a.w dan bersedia melakukan segala perintah dengan penuh rasa tanggungjawab dan pasrah kepada arahan kedua-duanya. Janganlah jadi golongan yang hanya mengenali Allah SWT di bulan Ramadan semata-mata dengan amalan yang banyak, malah jadikanlah diri anda sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bertakwa sepanjang masa.

Saturday, October 10, 2009

politik sebagai satu ibadat?

1. Mulakan dengan niat yang baik.

Sebelum kita menceburi bidang politik, cuba tanyakan hati apakah niat kita menceburi bidang ini? Pastikan pada awal-awal lagi, niat kita ialah niat yang baik. Apakah niat yang baik? Banyak niat yang baik, umpamanya… ingin membela nasib bangsa, memertabatkan negara, membantu masyarakat dan lain-lain. Ini adalah niat yang baik. Namun, perlu diingat ada niat yang ‘lebih baik’ berbanding niat-niat tersebut. Sebagai seorang Islam kita sewajarnya membuat sesuatu dengan niat ‘kerana Allah’.

Ini kerana Islam mengajar kita bahawa setiap urusan yang melibatkan hubungan sesama manusia, Tuhan mestilah dijadikan sebagai pengikat dalam perhubungan itu. Oleh itu, adalah lebih baik jika ‘mengikat’ niat membela rakyat, bangsa dan negara itu atas dasar ‘kerana Allah’. Katakan kepada diri , “aku ingin membela bangsaku, masyarakatku dan negaraku kerana Allah memerintahkan aku untuk berbuat demikian.” Dengan cara ini tugas politik kita akan terikat dengan misi utama Tuhan jadikan manusia yakni untuk beribadah kepada-Nya. Firman Allah:“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku.”

Niat ‘kerana Allah’ itulah nanti yang akan menjadi pengawal, pemantau dan pendorong untuk kita berlaku benar, telus dan tulus dalam kancah politik yang sering digambarkan sebagai ‘kotor’ itu. Sebaliknya, niat semata-mata ingin membela bangsa, negara dan lain-lain tidak cukup kukuh untuk menjamin kita tidak tergoda dan tergelincir dalam dunia politik yang tentunya penuh dengan cabaran dan godaan samada dalam bentuk nikmat atau kesusahan. Betapa ramai ‘pejuang’ bangsa yang terkorban dek harta? Betapa ramai pula ‘pembela’ masyarakat yang lupa daratan bila disanjung?

Namun, jika kita berbuat dan berjuang atas dasar yang kukuh yakni ‘kerana Allah’, maka Tuhan akan sentiasa berada di hati kita untuk menjamin kita sentiasa berada di atas landasan yang benar pada setiap masa dan suasana. Ingatlah, natijah (pengakhiran) dari sesuatu selalunya ditentukan oleh muqaddimahnya (permulaan). Oleh itu, semuanya bermula dengan niat, jika niat baik, maka besar kemungkinan pengakirannya pun turut baik. Tetapi sekiranya, niat awal hanya untuk mendapat ganjaran, sanjungan dan nama, maka batalkan sahaja hasrat kita menceburi politik. Kita tidak akan menjadi ahli politik yang baik jika bertitik-tolakkan niat yang tidak baik.

2. Bidang yang diceburi (politik) adalah satu yang dibenar oleh syariat.

Politik atau siasah memanglah suatu bidang yang bukan sahaja dihalalkan bahkan diutamakan dalam Islam. Istilah politic bermakna, ‘the arts and sciene of government’. Atau ‘siasah’ dalam bahasa Arab berasal daripada kata dasar yang bermakna, ‘to lead, to guide, to conduct, to direct’. Jika politik dilihat menerusi dimensi ini, maka ia adalah satu bidang yang sangat berkait rapat dengan peranan manusia di atas muka bumi yakni seebagai khalifah Allah. Firman Allah:“Kami jadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi.”

Dalam konteks ini politik dilihat seabagi satu urusan kepimpinan yang hakikatnya adalah amanah Allah kepada setiap manusia. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud, setiap kita adalah gembala (pemimpin) dan setiap pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya. Urusan ini sangat penting dalam ajaran Islam justeru ia adalah satu alat ataupun jalan untuk menegakkan ubudiyah kepada Allah swt. Oleh itu, ahli-ahli politik seharusnya sedar bahawa bidang yang mereka ceburi adalah satu gelanggang yang begitu besar dan luas untuk meraih keredaan Allah.

3. Melaksanakan amalan berpolitik itu dengan betul.

Niat yang baik semata-mata tidak akan menjamin kita menjadi seorang ahli politik yang baik. Langkah seterusnya ialah laksanakan niat itu dengan betul. Melaksanakan dengan ‘betul’ di sini bermaksud mematuhi syariat (peraturan Allah). Maksudnya, kita mesti sentiasa memilih cara yang halal dalam melaksanakan urusan politik. Islam tidak mengamalkan dasar politik Machevelli – matlamat menghalalkan cara. Tegasnya, niat yang baik mestilah dilaksanakan dengan cara yang baik. Oleh itu, jangan sekali-kali kita terlibat dengan perkara-perkara yang haram, mungkar dan dosa dalam melaksanakan cita-cita politik.

Pelaksanaan politik itu hendaklah sentiasa mengikut batas-batas syariat dan peraturan-peraturan lain yang selaras dengan kehendak Allah. Proses berpolitik hendaklah sentiasa berpandukan batas-batas hukum yang lima – halal, haram, harus, sunat dan makruh. Kepatuhan kepada hukum Allah ini secara otomatik akan menyebabkan peraturan parti dan negara turut dipatuhi. Politik wang misalnya, bukan sahaja bertentangan dengan peraturan dan etika parti tetapi ia adalah haram di sisi Allah.

Begitu juga perbuatan mencaci, menghina dan memfitnah musuh politik tidak wajar dilakukan walau atas apa alasan sekalipun. Yang penting ialah memberi penerangan dan penjelasan tentang matlamat atau apa yang hendak kita perjuangkan. Boleh mengkritik, menegur malah menyalahkan pihak lain tetapi hendaklah dalam batas-batas syariat dan akhlak Islamiah. Baik sesama rakan separti separti atau dengan parti lawan, kita seharusnya menjaga diri agar tidak dirasuk oleh sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, dendam, marah, tamak dan lain-lain. Untuk mendapat kedudukan atau pangkat tidak salah, tetapi dapatkanlah dengan cara bekerja keras bukan dengan cara mengampu, menyogok atau mengancam. Ingat selalu, pangkat bukan matlamat tetapi hanya alat dalam sesuatu perjuangan.

4. Berpolitiklah secara yang paling optimum (terbaik)

Untuk menjadi seorang ahli politik yang baik, kita mestlilah melakasanakan tugas politik secara yang terbaik (optimum). Maksud optimum di sini ialah kita berpolitik dengan penuh kemahiran, ilmu dan etika kerja yang tinggi. Kita seharusnya mendalami ilmu-ilmu tentang pengurusan, pentadbiran dan perhubungan. Kuasailah kemahiran berfikir yang tajam dan cepat. Berlatihlah cara bercakap dan berucap dengan berkesan, agar mesej politik dapat difahami dengan baik oleh masyarakat. Banyakkan membaca, bergaul dan mendengar suara rakyat menerusi apa jua saluran yang dapat mempertingkatkan mutu kepimpinan dan pengurusan. Ahli politik yang baik, tentunya mempunyai ilmu tentang agama, psikologi, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain mengikut tahap atau bidang yang selaras dengan kedudukan kita di dalamparti dan masyarakat.

Tidak cukup sekadar itu, kita mestilah mempunyai ‘skill’ dalam bidang perhubungan manusia. Kebolehan menjadi pendengar yang baik, empati dan peka dengan apa yang disuarakan atau apa yang tidak disuarakan. Ini adalah suatu yang wajib untuk melonjakkan karier politik kita. Kita mesti mahir dalam pengurusan masa dan mempunyai kecekapan dalam mengatur serta membahagikan waktu dengan cekap dan berkesan. Urusan diri, keluarga, masyarakat, parti mestilah disusun secara adil agar setiap tindakan diatur mengikut tahap keutamaannya. Jangan ada perkara yang penting tercicir atau terpinggir.

Bergepanglah kepada etika kerja politik anda. Sentiasalah mengutamakan rakyat dan perjuangan bangsa berbanding dengan kepentingan diri. Cuba lihat sejarah ‘ahli-ahli’ politik yang berjaya khususnya para khulafa ur Rasyidin (Sayidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali R.A.) mereka semua telah berpegang kepada etika ini sampai ke akhir hayat. Jika ditakdirkan menjadi wakil rakyat, duduklah bersama rakyat, dengar suara hati mereka. Jangan jadi wakil rakyat yang jarang ‘bersama’ rakyat. Sabar, berkorban, prihatin, empati, pemaaf, pemurah adalah sifat-sifat yang perlu ada jika anda ingin menjadi ahli politik yang baik.

5. Tidak meninggalkan perkara-perkara yang asas dalam Islam.

Perkara yang asas dalam Islam ialah rukun Iman yang enam dan rukun Islam yang lima. Ini adalah pra-syarat kepada semua perlakuan umat Islam untuk dinilai sebagai ibadah. Sekiranya perkara-perkara asas ini diabaikan, semua kebaikan yang kita bina sebelumnya tidak akan dinilai sebagai kebaikan. Bayangkan, bagaimana kita boleh dianggap seorang manusia yang baik jika kita mengabaikan ibu kandung sendiri walaupun kita takdirnya telah berbakti kepada seluruh manusia? Maka begitulah orang yang tidak mendirikan perkara-perkara asas dalam Islam ini, maka ia tetap ‘jahat’ walaupun segunung kebaikannya kepada manusia.

Solat misalnya, tidak boleh diabaikan walaupun sesibok mana urusan politik kita. Jangan bermesyuarat menyebabkan anda luput waktu solat. Jika kita sudah cukup harta, maka laksanakanlah ibadah haji tanpa melengah-lengahkannya dengan alasan kononnya sibok berbakti kepada masyarakat. Hendaklah kita ingat, ibadah-ibadah asas inilah yang akan memberi kekuatan jiwa, kelapangan fikiran dan ketenangan emosi untuk kita menjalankan urusan politik dengan lebih afektif, produktif dan kreatif lagi. Ingatlah, barangsiapa yang menjaga hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menjaga hubungannya dengan manusia.

6. Natijah yang baik

Bagaimana sikap kita di hujung kejayaan atau kegagalan di hujung karier politik? Jika ditakdirkan kita berjaya, maka bersyukurlah dengan kejayaan itu. Bukti syukur ialah dengan kita merasakan nikmat kejayaan itu datangnya dari Allah bukan kerana kebijaksanaan kita. Nafikanlah segala kelebihan, usaha dan tenaga kita di hadapan Tuhan dengan merasakan semua itu tidak memberi kesan tanpa bantuan daripada-Nya.

Kemudian, rasa syukur di dalam hati itu dilanjutkan lagi dengan melahirkan tindakan-tindakan yang selaras dengan tujuan Allah mengurniakan nikmat itu. Diberi pangkat, itu tandanya Tuhan ‘menyuruh’ kita berbakti kepada manusia dengan pangkat tersebut. Maka berbaktilah, bukan menyombong diri. Janganlah hendaknya syukur terbatas hanya di lidah, tetapi kosong di hati dan sifar pula dalam tindakan.

Sebaliknya, jika gagal, bersabarlah… hakikatnya Allah mahu mematangkan karier politik kita. Bukankah besi sejati ditempa oleh kepanasan yang tinggi? Jadi, jangan putus asa. Tempohlah sekali lagi, soalnya bukan serendah mana kita jatuh tetapi setinggi mana kita melonjak semula. Hakikat ini bukan sahaja satu sunnahtullah dalam kehidupan, bahkan inilah juga asam garam dalam dunia politik. Pastikan kita tidak kecewa atau patah hati. Bangunlah setiap kali kita jatuh!
Keenam-enam langkah itu akan mudah diikuti sekiranya iman diperteguhkan. Seseorang akan memilih himpunan tindakan yang selaras dengan keimanannya dan menolak sesuatu yang bertentangan. Inilah yang membentuk sistem nilai. Sistem nilai ini akan membentuk sikap ahli politik yang Islamik bukan sahaja di sudut cakapnya tetapi juga sikapnya. Indahnya, program ‘ke dalam’ ini jika berjaya dilaksanakan pasti menyerlahkan kesannya pada diri, masyarakat dan pengundi. Penghayatan berpolitik sebagai satu ibadah, akan memperteguhkan kekuatan dan perpaduan dalam parti tanpa perlu dilakon-lakonkan atau dilobi-lobi lagi.

Demikianlah sedikit gambaran bagaimana menjadikan politik sebagai satu ibadah. Langkah-langkah ini tidak terlalu memperincikan perkara-perkara yang boleh kita fikirkan sendiri. Garis-kasar yang diberikan oleh buku ini adalah terlalu umum untuk memperkatakan soal politik dalam huraian yang lebih ilmiah. Namun rasanya ia sudah memadai untuk meransang dan membuka fikiran untuk merealisasikan politik sebagai satu ibadah!

*Ustaz Pahrol Mohd. Juoi aktif berdakwah melalui penulisan. Artikel ini diambil daripada blog beliau iaitu http://genta-rasa.com.

Friday, October 9, 2009

debu debu dosa_HIJJAZ

Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya
Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa
Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati
Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati
Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

BP

nak sangat p 'BP'...
berkobar2 nak p..
tapi terlalu banyak halangan..
YA ALLAH..ampunkan aku..
bukan aku terlalu beralasan..
tapi komitmenku bercelaru..
cuba kupenuhi kehendak semua orang..
walau diri kurang berupaya..
YA ALLAH..
tunjukkan aku jalan..

puasa enam





عَنْ اَبِيْ اَيُّوْبَ اْلاَنْصَارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتَّا مِنْ شَوَّالِ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ.

“Dari Abi Ayub al-Ansari radiallahu ‘anhu: Bahawa Rasulullah bersabda: Barangsiapa berpuasa ramadan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti puasa setahun”. (H/R Muslim)

bagan pinang


TELOK KEMANG, 9 Okt: Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Bagan Pinang, Salahudin Ayub berkata, pihaknya bertanggungjawab penuh dengan kenyataan mereka dalam sidang media yang mendakwa seorang petugas PAS telah dipukul dan berdarah.
   
"Saya bertanggungjawab penuh dengan penyebaran gambar itu dan memang ia benar-benar berlaku bukan direka-reka," kata Salahudin kepada Harakahdaily. 

Sehubungan itu, katanya, beliau bersama peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin telah memberikan keterangan di bawah seksyen 112 (keterangan saksi) di Balai Polis IPD Port Dickson jam 6.45 petang tadi. 

Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi telah menyiarkan berita kononnya waran tangkap telah dikeluarkan kepada Salahudin kerana tidak datang ke balai polis sebagaimana yang diminta.

 

Ini berikutan dari berita Harakahdaily yang menyiarkan gambar seorang mangsa yang berdarah kepala kerana dipukul dalam kejadian Rabu lepas. 

Gambar mangsa yang sama juga telah diedarkan oleh sidang media yang dibuat oleh Salahudin dan pasukannya dalam sidang media harian mereka. 

Pihak polis mendakwa, mangsa kepala berdarah itu tidak membuat sebarang laporan polis. Laporan polis hanya dibuat oleh beberapa pihak lain yang turut terlibat dalam serangan kepada Markas Pemuda PAS. 

PAS pula berkata, pihaknya telah membuat sembilan laporan polis ekoran kejadian serangan pihak lawan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang ke atas petugas dan markas mereka. 

(Gambar:Mata Bob bengkak akibat dipukul Rabu lalu dalam siri kejadian ganas pilihan raya Bagan Pinang.)
Antarannya laporan polis dibuat oleh Mohd Said bin Mohamad, 27 tahun. 

Mohd Said yang lebih dikenali sebagai Bob ketika ditemui Harakahdaily berkata, beliau dipukul oleh petugas Umno dalam kejadian petang Rabu lalu di Bagan Pinang. 

Ia bermula apabila adiknya dipukul oleh sekumpulan pemuda ekoran dari tindakan mereka melarang adiknya memasang poster PAS. 

Namun yang menjadikan beliau marah, motosikal yang dibawa adiknya telah dirampas oleh kumpulan pemuda itu. 


(Gambar kejadian:Bob diselamatkan oleh petugas PAS selepas dibelasah oleh sekumpulan Pemuda Umno) 

Bob, penduduk jati Bagan Pinang, yang dihubungi adiknya terus ke tempat kejadian untuk mendapatkan semula motosikalnya dan ingin mengetahui kenapa adiknya dipukul. 

Beliau kemudiannya ditumbuk dan dipukul oleh kumpulan petugas yang memakai pakaian Umno berkenaan. 

Akibatnya, mata dan kepala Bob bengkak. 

Namun, Bob berkata, beliau tidak pernah kesal dengan kejadiannya bahkan memberikan beliau lebih bersemangat untuk mengundi memenangkan PAS. 

"Saya tidak pernah mengundi sebelum ini termasuk tahun 2008 lalu kerana tidak pernah kesah hal politik ini. Namun 11 Oktober ini saya akan pergi mengundi di awal pagi lagi untuk calon PAS," kata Bob kepada Harakahdaily. 

 
sumber:harakahdaily.net-Jumaat 9 Oktober 2009 | 19 Shawwal 1430 Hijrah

 



Thursday, October 8, 2009

bidadari bidadari syurga_tere-liye


Bidadari-Bidadari Surga bercerita tentang pengorbanan seorang kakak (Laisa) untuk adik-adiknya (Dalimunte, Ikanuri, Wibisana dan Yashinta) di Lembah Lahambay agar adik-adiknya dapat melanjutkan pendidikan mereka, meski ia harus bekerja diterik matahari setiap hari, mengolah gula aren setiap jam 4 pagi serta dimalam hari menganyam rotan, meski pada dasarnya keempat adik-adiknya tersebut berasal dari darah yang berbeza dengan dirinya. 



Bidadari-Bidadari Surga bercerita tentang pengorbanan seorang kakak (Laisa) untuk adik-adiknya (Dalimunte, Ikanuri, Wibisana dan Yashinta) di Lembah Lahambay agar adik-adiknya dapat melanjutkan pendidikan mereka, meski ia harus bekerja diterik matahari setiap hari, mengolah gula aren setiap jam 4 pagi serta dimalam hari menganyam rotan, meski pada dasarnya keempat adik-adiknya tersebut berasal dari darah yang berbeza dengan dirinya.
Satu sisi Laisa digambarkan sebagai kakak yang galak dan tegas, mengejar-ngejar adiknya yang bolos sekolah dengan rotan dan ranting kayu. Di sisi lain, kontradiktif dengan fizikalnya yang gempal, gendut, berkulit hitam, wajah yang tidak proporsional ditambah dengan rambut gimbal serta ukuran tubuhnya yang tidak normal, lebih pendek, Laisa sesungguhnya tipikal kakak yang mendukung adik-adiknya, rela mengorbankan diri untuk keselamatan ‘dua anak nakal’ Ikanuri dan Wibisana dari siluman Gunung Kendeng, serta mati-matian mencari ubat bagi menyembuhkan adiknya Yashinta yang diserang demam panas hingga kejang pada suatu malam.

ceramah perdana

penceramah : al 'allamah sayyid ahmad ibn muhammad ibn 'alawi ibn 'abbas al maliki al hasani(ulama' dari mekah al mukarramah)

tempat : masjid fat'hur rahman (pengkalan rama, melaka)

tarikh : 9 okt 2009(20 syawal 1430 H)-jumaat malam sabtu

masa : 6.30 petang (bacaan ratib al- haddad dipimpin oleh tuan sayyid abdullah bin omar al-habsyi

Wednesday, October 7, 2009

sahabat sejati_UNIC


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi
Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini
Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku
Oh Tuhan Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya
Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Saturday, October 3, 2009

sempurna


alhamdulillah..sempurna sudah majlis penganugerahan hari ini..walaupun sekadar berjaya sebagai insan biasa,aku tetap teramat bersyukur..dan seharusnya..kejayaan ini bukan milikku..milik orang tuaku..bila tengok kawan2 bergambar dengan famili msing2..rasa sayu sangat..YA ALLAH..KAU maha tau apa yang kulalui..tempatkan dia di kalangan hambaMU yang soleh..pertemukan kami nanti dengan kesudahan yang baik..amiin..untuk mak..terima kasih..mak yang patut terima semua ni..tanpa mak..tak mungkin aku disini..juga untuk adikku yang berjaya menamatkan pengajian diplomanya..tahniah adikku..aku bangga denganmu..

Friday, October 2, 2009

fatimah vs yusuf

tahniah buat sahabatku..
hari ni hari terakhir bergelar bujang..
mg2 segala urusan dipermudahkan..
terima kasih sebab pernah menjadi sebahagiaan dari hidupku..
aku menyayangimu sahabat..
fatimah vs yusuf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...