Rasulullah saw bersabda: "Setiap manusia pernah melakukan kesalahan, dan sebaik-baik pelaku kesalahan itu adalah orang yang segera bertaubat kepada Allah SWT".
"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu, Allah menyediakan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik diwaktu lapang atau sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." (QS. Al-Imran: 133-134).
Imam Al-Ghazali memberi tiga panduan bagi memadamkan api kemarahan dan melahirkan sifat pemaaf.
1. Apabila marah hendaklah mengucap “A’uzubillahiminassyaitanirrajim” (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).
2. Apabila marah itu muncul ketika berdiri, maka hendaklah segera duduk, jika duduk hendaklah segera berbaring.
3. Orang yang sedang marah, sunat baginya mengambil wuduk dengan air yang dingin. Hal ini kerana kemarahan itu berpunca daripada api, manakala api itu tidak boleh dipadamkan melainkan dengan air.
Ertinya : "Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang- orang yang sabar. " ( An-Nahl )
Sayidatina Fatimah Az-Zahra pernah secara tak sengaja mengecilkan hati Sayidina Ali k.w. Untuk memohon maaf kepada suaminya,memohon sampai 70 kali hingga tersenyum Sayidina Ali menyaksikan kelucuan namun Fatimah masih belum puas hati lalu keesokan harinya beliau menceritakan kepada Rasulullah S.A.W hal itu.
Rasulullah memberitahu puterinya, seandainya Sayidina Ali tidak memaafkannya dan ditakdirkan Siti Fatimah wafat ketika itu, nescaya baginda tidak akan memandikan jenazahnya. Begitulah tegasnya Rasulullah S.A.W dalam menegakkan hukum ALLAH. Suami mempunyai kuasa mutlak dalam rumahtangga sedangkan Rasulullah S.A.W hanya berhak memberi panduan dan nasihat sahaja.
Islam amat menuntut umatnya sentiasa mudah meminta maaf dan mudah memberi kemaafan sesama saudaranya. Firman ALLAH:
“Dan orang yang berhati sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang demikian itu adalah termasuk pekerjaan yang dilakukan dengan keteguhan hati.” (As Syura: 43)
Tunggu raya baru nak minta maaf..kalau sempat..Kalau tidak?jawablah sendiri
0 comments:
Post a Comment