my CORNER
siapa SAYA?
Monday, February 15, 2010
RFC
alhamdulillah, hari ni sempena hari pertama radix fried chicken (RFC) dibuka secara rasmi di melaka, kami sempat makan RFC hasil belanja seorang sahabat..kami berlapan...terima kasih buat 'j' yang telah membelanja kami..mg2 terus diperluaskan rezeki oleh ALLAH..lain kali boleh belanja lagi..hahah..untuk orang2 muslim..sama2lah kita memartabatkan ekonomi ISLAM..dijamin halal...sejuk hati tengok pelayan2 yang sopan berpakaian..kan seronok kalau semua tempat makan dapat mencontohi RFC..sekirang2nya..maksiat mata dah dapat dielakkan..nau'zubillah..
Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut. Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment