ragut..
Kenapa mereka meragut? Yang pertamanya sudah tentu sebab diorang ini tak ada kerja. Duit tak ada tapi ada motor. Nampak pulak makcik kat tepi jalan tengah jalan berlenggang sambil pegang handbag nak tak nak jer. Apa lagi, nafsu meragut terus membara. Nak duit mudah la katakan.
Yang meragut nie tak kira bangsa. Melayu ada, India ada, Cina pun ada. Tapi rasanya mat-mat Indon dan Bangla kat Malaysia nie pun turut terlibat jugak. Dah la datang negara orang secara haram, buat benda xbaik plak... Sangat menakutkan. Oleh kerana saya sayang kamu semua jadi kita saling beringatla patutnya.
Beberapa pesanan buat anda semua terutamanya kaum wanita:-
*Jangan jalan atau naik motor sorang-sorang.
*Jangan la tayang handbang, rantai, gelang tangan dan barang berharga yang sewaktu dengannya di tempat awam.
*Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling anda. Kalau ada dengar bunyi motor yang rempit lain macam jer, cepat-cepat lari ke tempat selamat.
*Kalau anda bawak kereta, jangan letak handbag atau handphone anda di tempat penumpang. Itu memang mengundang maut. Peragut sanggup pecahkan cermin kereta anda untuk meragut.
*Sekiranya anda diragut jangan melawan. Biarkan ajer. Nyawa anda lebih penting daripada barang yang diragut. Ramai yang terkorban sebab cuba nak dapatkan balik barang yang diragut.
*Sentiasa baca ayat-ayat pelindung diri mengikut kepercayaan agama masing-masing sebelum keluar rumah. Ini namanya kita bertawakal.
*Jangan takut nak menjerit mintak tolong sekiranya ada manusia-manusia celaka yang mencurigakan di sekitar anda. Malu sekejap takper daripada diragut.
Sekian khidmat pesanan masyarakat daripada saya..
my CORNER
siapa SAYA?
Monday, June 29, 2009
ragut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment