CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

my CORNER

siapa SAYA?

My photo
"feel the heart of everyone.. see through our differences"

Friday, June 19, 2009

kenapa ana sayang dia???

"selamat hari bapa"...hmm..releven ke ucapan sebegini??hari bapa satu hari je?



Dalam dunia ni..Semua orang ada bapa..saya, awak,kamu,dia,mereka,kalian dan sesiapa sahaja  makhluk yang ALLAH ciptakan ada seorang ayah, bertapa pentingnya lelaki dalam ciptaan yang maha Esa ni....tanpa seorang lelaki seorang perempuan tak akan bergelar ibu..tanpa ibu dan ayah dah tentulah kita tak ada..apa pun dalam konteks ni semua nya sama penting...



ana nak cerita sikit..ayah ana..yang dari mula2 ana kenal dunia ana panggil KU.. dia seorang yang banyak cakap(perkataan mudahnya peramah-semua orang suakakn dia), tegas tapi tapi tak pernah tinggikan suara atau pukul ana pun..seorang yang kelakar... pelatah.. selalu bagi hadiah kat ana bila ana dapat apa2 kejayaan walaupun kecik..paling penting KU pandai memasak.. waktu kcik2 dulu KU jd chef kami terutama bila waktu ana dapat adik baru..KU ana ni, sebenarnya penyayang . .selalu fikirkan kepentingan kitorang adik beradik.. semua kebahagiaan dia, dia serahkan pada kitorang... tapi kesakitannya seboleh mungkin disembunyikan dari kami..dia berikan yang terbaik pada kitorang..alangkah bertuahnya ana..memiliki seorang KU yang begitu memahami,menyayangi dan sentiasa memberi... ana sayang KU ana sangat sangat.. the best father in the world...my hero forever..ana tahu korang pun sama..memiliki apa yang pernah dan sedang ana miliki...Ingat lah selagi kita mempunyai insan insan yang sebegini dalam hidup kita..kitalah orang yang paling bertuah sekali...untuk sambutan hari bapa..ana xberpeluang lagi bagi hadiah apa2 kat KU..hadiah sekadar simbolik sahaja..bukan sekadar peringatan di hari bapa..kerana bagi ana..setiap hari adalah hari bapa..doakan mereka..berbaktilah selagi berpeluang..

...wassalam...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...