Sunday, April 12, 2009

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.



Wahai Ali, bagi org MUKMIN ada 3 tanda-tandanya: 
1) Tidak terpaut hatinya pd harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dgn pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan & perkataan sia-sia... 

Wahai Ali, bagi org 'ALIM itu ada 3 tanda2nya: 
  1) Jujur dlm berkata-kata. 
  2) Menjauhi segala yg haram. 
  3) Merendahkan diri. 
   
Wahai Ali, bagi org yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya: 
  1) Merahsiakan ibadahnya. 
  2) Merahsiakan sedekahnya. 
  3) Merahsiakan ujian yg menimpanya. 
   
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya: 
  1) Takut berlaku dusta dan keji. 
  2) Menjauhi kejahatan. 
  3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. 
   
 Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya: 
  1) Mengawasi dirinya. 
  2) Menghisab dirinya. 
  3) Memperbanyakkan ibadah kpd Allah s.w.t. 
   


No comments:

Post a Comment

mengharap KOMEN yang memBINA :-)