CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

my CORNER

siapa SAYA?

My photo
"feel the heart of everyone.. see through our differences"

Friday, August 19, 2011

Bonus tertakluk kepada potongan cukai~

onus setengah bulan gaji yang diterima penjawat awam pada 15 Ogos lalu tertakluk kepada potongan cukai bulanan (PCB) oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Noorhelmi Mohd Nor berkata, langkah itu bagi mengurangkan beban mereka untuk membayar jumlah sebenar cukai pendapatan 2011 apabila ia dikira kelak.

azlanPCB dikenakan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 kepada bayaran saraan tambahan antaranya bayaran kerja lebih masa, bonus atau insentif, tunggakan gaji atau apa-apa tunggakan lain kepada pekerja dan ganjaran.

"Saraan tambahan bererti apa-apa bayaran yang dibuat kepada pekerja sama ada secara sekali gus atau berkala atau tertunggak atau bayaran tidak tetap atau apa-apa bayaran yang merupakan tambahan kepada saraan biasa bulan semasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Justeru katanya, bayaran bonus perlu dibuat potongan cukai kerana ia adalah sebahagian daripada perolehan atau pendapatan yang diterima pekerja daripada suatu pekerjaan.

"Kaedah pengiraan amaun cukai yang perlu dipotong untuk bulan berkenaan ialah mengikut Formula Saraan Tambahan dan terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti dalam pengiraan cukai untuk bonus ini,” katanya.

- Bernama


Tuesday, August 16, 2011

16 Ogos 2011~

Alhamdulillah..sahabatku fatimah selamat melahirkan baby kedua jam 6.48 pagi ini seberat 3.3 kg..Solehah sudah bergelar kakak...;-)

Sunday, August 14, 2011

oh air tebu~

13 Ramadhan 1432H:Baru ada rezekiku menikmati air tebu ni.Antara tiga orang anak buahku..hanya Haikal yang mneggemari air tebu ni..Naim dan Mustakim bersama kakak lebih selesa menikmati air soya pans yang sempat kubeli juga.singgah sekejap di bazar pada jam 7 petang..Alhamdulillah..satu keinginanku dah tercapai..satu lagi..air tuak..hmmmm~

Saturday, August 13, 2011

sains juga membuktikan kehebatan solat~

Aplikasi teknik relaksasi


Fokuskan pada pernafasan. Tarik nafas sedalam-dalamnya dalam tempoh 30 saat. Bacalah satu ayat surah al-Fatihah dengan menarik nafas dan hembuskan nafas bersama satu ayat al-Fatihah. Contohnya: Tarik nafas yang dalam (deep breathing) dan sebutBismillahirrahmanirrahim sambil menghembus satu nafas yang panjang.

Anda juga boleh mengira tarik nafas dengan kiraan 8 dan hembuskannya perlahan-lahan dalam kiraan 7.



Mengangkat kedua tangannya sejajar dengan bahu


Pergerakan ini akan melenturkan otot-otot trapezius kanan dan kiri. Otot-otot ini yang kerap menyebabkan kesakitan di bahagian tengkuk. Cuba lakukan pergerakan ini perlahan-lahan sehingga anda merasa regangan pada bahagian otot-otot ini. Otot trapezius melekat pada dasar tengkorak, pada bahagian tulang yang menonjol tulang belikat (scapula bone)dan pada bahagian tengah tulang belakang. Otot-otot ini melekat di bahagian tepi tulang belakang dari C1 hingga tulang thorasic.



Meletakkan kedua (telapak) tangannya di atas dua lutut dan punggung membungkuk lurus


Bentuk tulang belakang pada posisi normal adalah berbentuk S terbalik dari sisi. Bahagian belakang adalah di antara bahagian tengkuk dan pinggang sedikit membonjol keluar. Bahagian punggung akan menonjol keluar juga dari sisi.

Sekiranya anda membongkok, ia akan membentuk sturktur S terbalik. Bagaimana membungkuk lurus?
Bahagian belakang akan membongkuk lurus apabila anda menolak kedua-dua bahagian bahu ke atas dan menarik bahagian atas pinggang ke bawah. Ini adalah satu cara regangan otot-otot bahu dan otot-otot pinggang.



Bediri tegak

Berdiri tegak sehingga semua tulang punggungnya berada di dalam posisi normal.

Seperti yang telah saya gambarkan kedudukan belakang dari tepi. Bentuk tulang belakang seperti S terbalik. Kedudukan ini adalah posisi normal. Di mana bumi mempunyai tarikan graviti Kedudukan tulang belakang seperti ini merupakan kedudukan belakang yang paling stabil pada setiap jaluran otot-otot belakang.

Tahukah anda bahawa terdapat empat (4) lapisan otot-otot belakang? Terdapat dua lapisan otot untuk sokongan tulang-tulang supaya ia melekat. Manakala dua lapisan otot lagi untuk tujuan menampung berat beban. Subhanallah...

Kedudukan pada posisi normal adalah kedudukan yang perlu anda kekalkan posturnya. Ia merupakan satu kaedah pencegahan sakit belakang. Tidak kira samada anda di dalam posisi berdiri atau duduk.



Ketika sujud

Ketika sujud, nabi Muhammad S.A.W meletakkan kedua (telapak) tangannya di atas tanah dan menjauhkan lengan bahagian bawahnya dari tanah dan tubuhnya, dan jari jemarinya (kakinya)menghadap ke arah kiblat.

Semasa sujud, tumpukan berat badan pada 7 anggota sujud iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan perut anak jari kaki. Dengan melekatkan kedua (telapak) tangan di atas tanah memberi kerehatan pada otot-otot lengan bawah dan tangan. Membengkokkan siku dan pergerakan bahu memberi kesan kerehatan pada sendi pergelangan tangan, siku dan sendi baru.

Jari jemari kaki sepatutnya menghadap ke arah kiblat. Kebanyakan orang membiarkan jari jemari tegak tanpa di membengkokkan jari jemari kaki ke arah kiblat. Kedudukan kaki begini memberi kerehatan dan kesan regangan otot-otot tapak kaki. Justeru, ia juga akan menguatkan struktur urat-urat kaki untuk menampung berat badan.



Kedudukan pada ketika tahiyat awal dan tahiyat akhir

Kedudukan ini akan memberi lebih ruang pada bahagian jantung dan perut yang terletak di bahagian kanan dada. Kedudukan duduk pada kaki kiri dan menopang kaki kanan akan membantu pergerakan usus yang lebih lancar. Beberapa kedudukan di dalam solat dengan pembuktian saintifik membantu meningkatkan aliran darah ke alat kelamin lelaki dan menaikkan peranakan wanita.

Bagaimana sepatutnya dilakukan untuk memperolehi kesan yang maksima untuk tujuan tersebut?

Cuba anda bangun dari kedudukan sujud untuk berdiri dengan menekan pada telapak tangan dan ke semua jari jemari anda yang dibengkokkan ke arah kiblat. Anda akan merasa kesan panas pada bahagian dada, betis, peha dan bahagian kelamin anda.

Bagi kaum wanita, pergerakan ini menaikkan dan menguatkan serta mengetatkan otot-otot peranakan dan lantai rahim.
Pada kebiasaannya, punggung akan ditolak ke atas dahulu untuk peralihan pergerakan sujud kepada kedudukan berdiri tegak.



Ringkasan Pergerakan Solat Mengikut Amalan Pergerakan Solat Rasulullah S.A.W.

Langkah 1

Pastikan anda berdiri tegak. Betulkan kedudukan berdiri pada posisi normal. Kedua- dua belah kaki perlu mengimbangi kedudukan berdiri tegak. Jarak kaki kanan dari titik tengah sama dengan jarak kaki kiri dari titik paksi bumi dalam kedudukan berdiri tegak.

Langkah 2

Kedudukan kedua belah tangan bersudut 90 darjah dan di letak di atas dada merupakan kedudukan kerehatan sendi siku. Kedudukan tapak tangan kiri di bawah tapak tangan kanan di atas dada sebelah kiri sedikit.

Jantung seolah-olah berada di bawah tapak tangan anda. Dengan sedikit tekanan ke dada, anda dapat merasakan denyutan jantung anda di bawah telapak tangan anda. Ini merupakan kedudukan tangan untuk CPR (Cardio Pulmonary Resuscitation) sebagai satu prosedur menyelamatkan nyawa.

Langkah 3

Cara ruku' mengikut cara Rasulullah S.A.W ruku'. Kedudukan belakang membentuk 90 darjah. Anda hanya akan dapat melakukan kedudukan belakang yang lurus dengan menarik pinggang ke dalam.

Kedudukan belakang berbentuk S terbalik. Apabila anda ruku', bentuk belakang akan masih berbentuk S terbalik melainkan anda mengangkat kedua bahu ke atas dan menarik pinggang ke dalam.

Kedua telapak tangan diletakkan di atas tempurung lutut anda. Anda perlu menekan kedua-dua lutut dan kedudukan ini akan memberi kesan regangan di keseluruhan kaki anda.

Ini memberi kesan regangan pada bahagian belakang betis dan peha.



Langkah 4

Kedudukan ketika sujud.

  • Tumpukan pada 7 anggota sujud iaitu dahi, kedua tapak tangan, dua lutut dan dua perut anak ibu jari kaki.
  • Anda perlu merendahkan dada dan merasa lutut menekan ke dada anda.
  • Ingatlah pada kedudukan ini anda paling hampir kepada Allah S.A.W.
  • Otak anda pada paras terendah tubuh. Kajian menunjukkan pada kedudukan sujud, otak menjana gelombang alfa iaitu gelombang ketenangan
  • Tekanan di dada akan menekan jantung dan kawalan pernafasan akan membantu lebih banyak darah dialirkan ke otak.

Langkah 5

Bangkit dari sujud.

  • Kebiasaannya, punggung akan ditolak naik terlebih dahulu, sepatutnya anda perlu menekan pada 7 anggota sujud untuk berdiri.
  • Angkat dahi dan lutut dengan menekan kedua tapak tangan dengan siku mengbengkok keluar dan kedudukan belakang yang lurus.
  • Bergerak ke kedudukan tegak dengan menekan kedua tapak tangan dan perut ibu jari kaki, anda akan merasa tekanan pada kedua betis dan bahagian ari-ari menekan ke atas.
  • Ini merupakan satu senaman yang baik untuk mengalirkan darah lebih banyak ke bahagian bahagian sulit. Baik untuk lelaki dan wanita. Bagi lelaki ia membantu aliran darah lebih banyak ke bahagian zakar dan prostate. Bagi kaum wanita pergerakan ini membantu menguatkan otot-otot peranakan.

Langkah 6

Duduk di antara dua sujud.

  • Tumit menekan pangkal peha dan ibu jari kaki kiri ditegakkan pada perut ibu jari. Secara automatik, menegakkan ibu jari kaki akan menegakkan anak-anak jari yang lain. Ini merupakan senaman untuk urat-urat kaki.
  • Tekanan tumit pada pangkal peha dan betis akan menekan pada saraf safenus iaitu saraf utama untuk keseluruhan kaki anda.

Langkah 7

Menoleh kepala ke kanan dan kiri

  • Cuba lakukan perlahan-lahan dan kekal ke kanan dengan kiraan 8 dan baru menoleh ke kiri pula, sekali lagi kekalkan dengan kiraan 8. Pasti anda akan merasa kesan regangan otot-otot bahu anda.

Jadi..apa tunggu lagi..marilah SOLAT dengan sempurna~

Friday, August 12, 2011

Hidupku Segalanya Demi Allah~

cerita 12 Ogos 2011~

Hari ini 12 Ogos 2011 bersamaan juga 12 Ramadhan 1432 H..genap 25 tahun usia sahabat tersayang saya..Sahabat kembar seiras(tak seiras sangat pun bila dah kenal) yang dianugerahkan Allah kepada saya sewaktu saya memasuki matrikulasi di Kedah.
Alhamdulillah..perkenalan kami secara tidak sengaja..Seringkali bertembung di Dewan selera dan surau..tapi belum berpeluang bertegur sapa..Sehinggalah dia menegurku sewaktu bertembung di tandas..Aku masih ingat kata katanya..:hmm...ada jodoh kita ni..asyik terserempak di tandas je.."..
Semenjak dari itu..Allah titipkan rasa kasih dan sayang aku pada mereka..rasa ukhuwah kerana Allah..Kami berlainan dorm..Mereka di Dorm Sayang sedangkan aku di Dorm Zuhud..Tapi Allah tetap mempertemukan kami walaupun kami berlainan aliran pengajian..
Sehinggalah kami menjadi sahabat yang cukup akrab..Tempoh setahun bukanlah suatu jangkamasa yang panjang tapi kami mampu mencipta kenangan demi kenangan..Kenangan yang cukup indah..
sama2 menadah kitab dengan ustaz muda wali dari Acheh setiap hari rabu..sama 2 ke kelas fardhu ain setiap pagi Jumaat..sama2 berusrah..sama2 solat berjemaah..sama2 makan di DS..sama2 meneladani Quran..
Alhamdulillah..Allah kurniakan mereka sebagai temanku..teman bukan sekadar teman..tetapi sebagai sahabat..sahabat yang sangat kusayangi..Sehinggalah suatu ketika..Allah gerakkan hati aku utk bercerita sesuatu yang sangat berat utk kutanggung sendiri,.,Dan dia memelukku..membiarkan bahunya utk kusandarkan..merelakan baju dan tudungnya basah dek air mataku yang menggila..Sungguh aku rasa sangat sedih saat itu..Dan dialah yang banyak membina semula semangatku..
Tidak berapa lama kemudian..aku bermimpi..mimpi tempat di mana kami bertemu..telah terbina sebuah masjid yang cukup indah...sampai sekarang aku tak tahu maksudnya..Perkenalan kami cukup sebentar..Dia melanjutkan pelajaran ke UiTM dalam bidang farmasi dan seorang lagi di USM dalam bidang pendidikan..dan aku ke Melaka..
Setiap kali cuti semester kami pulang dan bertemu di kampung..Dan sekarang Alhamdulillah kedua2 sahabatku telah selesai menyempurnakan agama Allah..si kakak telah memilih seorang muslimin yang bekerja sebagai 'designer' dan telah dikurniakan seorang puteri yang bernama Solehah..Dan sehingga entri ini ditulis..si kakak hanya menunggu hari untuk melahirkan zuriat kedua..Sementara si adik telah memilih muslimin yang bekerja sebagai pendidik juga sebaagi teman hidup dan kini dikurniakan seorang putera bernama fateh umar sebagai amanah dari ALLAH..
YA ALLAH YANG MAHA MENDENGAR..KAU maha mengetahui bahawa aku tersangat menyayangi kedua2 sahabatku keranaMU...Rahmatilah perjalanan hidup mereka berdua..dan ahli keluarga mereka.
Sampaikan salam kecintaanku keranaMU kepada mereka..
Buat sahabatku Fatimah dan Mariam..terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup 'orang'..Semoga ALLAH masih mengurniakan peluang untuk kita bersua lagi..kerana aku amat merindui kalian..rindu yang teramat wahai sahabat2 kesayanganku..


Kek ni utk adindaku nor ros di melaka..Dia sanagt suka melayan anak buah kecilku yang sempat kubawa bercuti di Melaka Mei lalu..All the best utkmu dik..love you ;-)

Saturday, August 6, 2011

SELIMUT PUTIH

dalil kewajipan berpuasa~

Surah Al-Baqarah:183

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)

TPM arah pembelajaran Inggeris dikaji semula~

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah dikaji semula bagi memastikan pelajar benar-benar dapat menguasai bahasa penting itu sebagai bahasa kedua.

Muhyiddin (bawah) yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran melaksanakan kajian itu.

Menyatakan pandangan beratnya terhadap soal menguasai bahasa tersebut oleh pelajar, Timbalan Perdana Menteri berkata, penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting kerana ia bahasa utama dalam komunikasi antarabangsa dan ekonomi.

NONE"Bagaimana sistem pendidikan negara selama 13 tahun, dengan lima tahun di sekolah menengah, masih tidak mampu membuatkan murid-murid kita menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.

"Saya sendiri tidak mampu menjawapnya," katanya ketika berucap sempena lawatannnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Maokil, Labis di Segamat hari ini.

Muhyiddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh berkata, kajian itu yang akan dikendali Bahagian Kurikulum Bahasa Inggeris akan melihat sama ada kelemahan itu berpunca dari kekurangan guru Bahasa Inggeris, peralatan atau punca-punca lain.

Katanya, murid-murid mungkin beranggapan bahawa kemampuan menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua itu tidak penting untuk mereka, sehingga mengakibatkan mereka berhadapan dengan masalah ketika di peringkat universiti.

Beliau menolak tanggapan pelaksanaan dasar "Memartabat Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris" (MBMMBI), telah mengakibatkan Kementerian Pelajaran mengabaikan penguasaan Bahasa Inggeris.

"Itu tanggapan yang salah, saya dan Kementerian Pelajaran sentiasa menekankan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua," katanya.

Muhyiddin juga berkata, kementeriannya telah melakukan audit menyeluruh tentang kedudukan infrastruktur pendidikan negara, dalam usahanya untuk menyediakan keperluan infrastruktur yang diperlukan oleh sekolah-sekolah.

Walaupun kementeriannya menerima peruntukan pembangunan di antara RM5 bilion hingga RM6 bilion setiap tahun, tetapi katanya, ini tidak mencukupi kerana bilangan sekolah di negara ini adalah besar serta pertumbuhan penduduk yang pesat memerlukan pembinaan sekolah-sekolah baru.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Felda.

--Bernama


bazar ramadhan~

6 Ramadhan 1432H:Baru berkesempatan berkenalan dengan bazar ramadhan..Hanya menjengah bazar ramadhan di Equine Park..di bawah kelolaan MPSJ..Saya pergi area 4.15 petang.Ramai yang bertanya awalnya pergi.Jawapan saya senang je.saya malas nak bersesak..lagipun makanan sama je beli awal ke tak...sempat la beli nasik kerabu 3 bungkus untuk kawan kawan sekali.Sempat membeli taufu fa satu..akok 5 biji..Alhamdulillah..3 biji dah selamat disedekahkan..Hmmm..hari ni berbuka sorang2 di kedai..sabar..ok kawan2..dah 7.19 P.M..sekejap lagi azan ..selamat berbuka ye..;-)

Wednesday, August 3, 2011

ilham itu milikNYA~


salam 3 Ramadhan 1432H..

Terlalu lama rasanya tidak meng'update' blog..

kekeringan idea..

Walaupun minat menulis sangat mendalam..

Sehingga suatu ketika dulu..

Pernah aku berhasrat untuk memilih aliran sastera semasa Tiingkatan 4..

Namun bonda tidak mengizinkan..

Saat ini..

terfikir di minda..

Minat saja tidak mencukupi..

Tanpa bakat dan komited..

Namun..

apa pun mungkin terjadi..

Kerana segalanya milikNYA..

Moga ALLAH terus memberi kekuatan dan ilham untuk hamba ini menyampaikan ilmu ALLAH melalui tulisan..

Walaupun aku bukanlah selayaknya yang dapat menulis..

Kerana aku tak akan mampu berbicara di khalayak seperti orang lain..

Dan kerana kusedar..

segalanya milikMU...

Dan semoga tulisan yang mewakili pesananku..

Terlebih dahulu aku laksanakan sesempurnanya..

Moga kekuatan itu terus dipinjamkan ALLAH kepadaku..

Amiin YA RABB~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...