CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

my CORNER

siapa SAYA?

My photo
"feel the heart of everyone.. see through our differences"

Thursday, December 31, 2009

selamat tinggal


2009 yang bakal ditinggalkan beberapa detik lagi dengan seribu satu kenangan..


tahun yang menyaksikan jiwa-jiwa yang makin teguh mengabdikan diri pada ALLAH..


juga tahun yang memperlihatkan hati hati yang bongkak..


sinonimnya orang kata..tahun baru bermakna azam baru..


aku??


hmm..


rahsia..
hehe..


apapun..2009 juga tahun yang paling banyak menyatukan kasih sayang umat MUHAMMAD S.A.W dalam memperteguhkan masjid masjid ALLAH..


tahniah semuanya..


mei_kak mar & a.hafiz


jun_mariam & amir


oct_fatimah & yusuf


nov_hasan & ??


dec_ afzan & saifullah


_ azlili & noraini


_ munirah & asyri


mg2 2008 membawa seribu satu rahmat buat semua




selamat tinggal 2009

Wednesday, December 30, 2009

dekat dengan quran


1. sebelum baca cuba periksa kondisi hati-atas sebab apa aku baca quran?

2. bersihkan diri dengan wudhu'

3. baca paling kurang 5 minit setiap hari

4. fahami apa yang dibaca

5. ingat! quran lebih menarik dari segalanya

6. bukan sekadar baca tapi sesekali jadi pendengar

7. doa meminta petunjuk

yang takkan berlalu pergi


Bismillah
Allah Yang Menguasai Perjalanan Langit Dan Bumi.
Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: "Tuhanku telah memuliakanku"
Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku"
[Al Fajr 89:15-16]


Jangan begitu sayang
Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untukmu.
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
[Al Baqarah 2:216]
...
Akan ada yang datang
Dan akan ada yang berlalu pergi
Manusia itu akan datang dan pergi
Harta benda itu akan datang dan pergi
Kesedihan itu akan datang dan pergi
Masalah itu akan datang dan pergi
...
...
...
Tapi ...
Ada juga yang datang
Dan takkan pernah sesekali berlalu pergi
Siapa?
...
...
...
Allah, sayang.
Allah.
Allah akan tetap di situ
Sekalipun kamu melupakannya.
Allah takkan pernah meninggalkanmu dan takkan pernah berpaling darimu
Allah akan terus memerhatikan.
Ya!Allah akan terus memerhatikan.
Setiap gerak gerimu,
Setiap ucap kata dari bibirmu,
Pekerjaan yang kamu utamakan melebihi diriNya,
Dan bagaimana kau sandarkan cintamu pada manusia yang belum halal buatmu
Allah ada untuk setiap masa
bila sahaja yang kamu mahu
Kembali padaNya ya sayang
Allah sedang menantimu
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
[Al Baqarah: 186]

jadi


jangan biar sampai Allah murka pada kita

salam ulangtahun

salam ulangtahun kelahiran buat kakrose yang sangat nakal dan menghiburkan yang jatuh pada hari esok..31 december penghujung tahun (hehe)..moga2 yang terbaik buat akak..amiin..sayang akak

hilang 1 tinggal 10

baru balik dari jumpa adik2...tapi kali ni sangat terkilan kerana telah kehilangan seorang adik atas sebab sebab yang xdapat dielakkan..YA ALLAH..kurniakan yang terbaik buat adikku ini walau di mana jua dia berada..aku menyayanginya YA ALLAH..memang terasa sunyi pertemuan kali ini sebab biasanya dia yang banyak bertanya..mempersoalkan kenapa dan mengapa..dan kami cuba menjawab sebaik mungkin..YA ALLAH aku telah kehilangan seorang adik tapi KAU masih meninggalkan aku dengan 10 orang adik untuk aku didik sebaiknya..bantu kami YA ALLAH..dan untuk kesemua adik2ku..doaku bersama kalian..

Monday, December 28, 2009

berkat 10 muharram

alhamdulillah..semalam aku berpeluang bersama2 untuk meraikan lebih kurang 20 orang anak yatim sekitar negeri ini..bila aku memandang mata mereka..dapat kusimpulkan suatu pandangan yang amat sukar ditafsirkan..sayu..redup..mata yang merindui kasih seorang ayah..rindu pada seseorang bergelar ibu..gugur juga air mata ini tatkala mengenangkan nasib anak2 kecil ini..rasa ingin kudakap satu persatu anak anak kecil ini..sungguh sangat besar ganjaran ALLAH bagi yang berpeluang mengusap kepala anak anak yatim ini..sementelah lagi berkat 10 muharram..dan aku sendiri xmelepaskan peluang mengambil kebekatan ini.aku tahu apa yang mereka rasa sebab aku,abang2 dan adik2 sendiri pernah memegang status anak yatim satu masa dulu..perit memang perit..dan mungkin sebab inilah jugak hati aku amat mudah tersentuh bilamana sahabat2ku memberikan seribu satu alasan untuk turut sama meraikan adik2 ini..yang sepatutnya alasan itu tidak harus timbul..aku?memang agak terkilan bilamana aku xdapat menyertai aktiviti tarbiyah sahabatku di hujung minggu atas faktor kesihatan..biarlah ALLAH yang meniai segalanya..kuserahkan segalanya padaMU YA ALLAH..YA ALLAH..benarlah..hanya yang pernah melalui detik2 kepayahan ini mampu mendalami apa sebenarnya yang mereka rasa..YA ALLAH..kupohon tolong lindungi adik2ku ini..dari segala marabahaya..dari keluh kesah yang melalaikan..amiin..

sultan muhammad al fateh


“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine

Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481. Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.



Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.



Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.



Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh):



“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.



Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.



Beliau mula menaiki takhta ketika umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.



Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.


Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa

Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.

Saturday, December 26, 2009

pemandu bas akui 'terlelap'

26/12/2009 5:08pm

IPOH 26 Dis. - Pemandu bas dua tingkat Sani Express yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara awal hari ini yang mengakibatkan 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera, mengaku 'terlelap' sebelum kejadian.
Ketua Trafik Ipoh, Deputi Supritenden Mohd. Rodzi Rejab berkata, siasatan awal polis mendapati pemandu berkenaan merancang untuk bertukar giliran memandu dengan pembantunya sebaik tiba di kawasan Rehat & Rawat Sungai Perak dekat sini.
"Ujian alkohol dan dadah yang dijalankan ke atas pemandu berusia 38 tahun itu didapati negatif,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, pemandu berkenaan direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mohd. Rodzi berkata, bas ekspres tersebut tidak mempunyai rekod kesalahan trafik namun beliau enggan menyatakan rekod pemandu yang ditahan itu. - Bernama

Wednesday, December 23, 2009

program menarik


1.JEMPUTAN KE MAJLIS MERAIKAN ANAK ANAK YATIM DAN MISKIN SERTA MAJLIS BERSAMA ULAMA KALI KE-6

Anjuran bersama
Kelas bimbingan pengajian al quran dan fardhu ain
Bimbingan Ustaz Hj Minhat Bin Hashin


Tarikh : 9 Muharram 1431 H (26 disember 2009),Sabtu
Tempat : 4246-C, Lorong Kaloi Kampung Paya Ikan, Bukit Baru, 75150 Melaka.

Aturcara Majlis
5.30 PM : ketibaan tetamu jemputan / VIP
6.00 PM : bacaan maulid al habsyi pimpinan tuan guru Al Fadhil Ustaz Hafidz Bin Selamat
7.00 PM : Solat maghrib berjemaah
7.15 PM : perarakan masuk al sayyid al habib Hasan bin Mohamad bin Salim Al Attas
7.30 PM : ceramah
8.00 PM : Bacaan ratib al attas pengijazahan ratib dan tazkirah daripada al sayyid al Habib Hasan bin Mohamad bin Salim Al Attas
8.40 PM : penyampaian sumbangan anak yatim dan miskin
9.15 PM : solat isya / jamuan / bersurai

2."KEMBALI KE SEKOLAH"

Program "KEMBALI KESEKOLAH"bersama meraikan anak-anak yatim Kawasan Bukit Katil pada 10 Muharam 1431/27 Disember 2009 di BalaiIslam Paya Dalam jam 2.30 petang dengan tema KEBAJIKAN ANAK YATIM TANGGUNGJAWAB BERSAMA Anjuran Lajnah kebajikan Kawasan Bukit Katil dengan kerjasama Lujnah Kebajikan Muslimat, Pemuda dan NISA Kawasan

Sunday, December 20, 2009

wudhu' zahir dan batin


Cerita adalah mengenai bagaimana Khusuk Solat Kita ??? Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam danbertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?". Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. Bertaubat

2. Menyesali dosa yang telah dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkanpula aku seolah-olah berdiri di atas titian'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." "Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkanibadahnya yang kurang baik bila dibanding-kan dengan Hatim. -------------------------------------------------------------

feqh al haraki-perjuangan jihad fisabilillah_nasaruddin hj hassan at tantawi

Feqh al haraki-PERJUANGAN JIHAD FISABILILLAH-nasarudin hj hassan at tantawi

Tertarik dengan sedikit cetusan oleh nasarudin hj hassan at tantawi dalam bukunya PERJUANGAN JIHAD FISABILILLAH pada bab Rancakkan Tempo Perjuangan pada halaman 110-113 yang ana taip semula..moga sama2 mendapat iktibar..renung2kan..

ISLAM KIAN TERCABAR :BANGKITLAH SAHABTKU PARA PEJUANG


Tambah pilu perasaan ini, apabila saya terkenang sahabat seperjuangan yang pernah baiah bersama untuk turun bergelanggang guna mempertahan dan memperjuangkan islam di tanahair tercinta ini.Kini, sebahagian besarnya, saya tidak tahu di mana mereka berada?

Mereka pernah mengambil skema pentarbiyan yang intensif, malah sama- sama aktif semasa kami di kampus dulu.oh tuhanku!indanya kala itu. Kami berpimpinan, sehayun tangan selangkah kaki mendepani segala cabaran.semangat ukhuwah antara kami menjadikan segala rintangan dan halangan yang dihadpi mudah dan ringan.Tapi…

Di manakah kalian semua wahai sahabatku!Ternyata rinduku kepada kalian semua tidak dapat disembunyikan lagi.YA ALLAH!pertemukan kami kembali untuk kami mengatur langkah pahlawan , membulat tekad satria dan menghunus semangat perwira guna memangkas segala kebiadaban musuh banjingan.yang saban hari lancing menghina agamaMU YA ALLAH!

Tuhanku..apakah harapanku ini akan menjadi kenyataan?atau tiada lagi kepercayaan terhadap baiah?

Sahabatku..kenapa kalian biarkan saya sendirian memacu bahtera Perjuangan ini tanpa kalan menemani di sisi?bukanlah perjuangan ini asing bagi kalian !tetapi kenapa menjauhkan diri?

Saya juga brkeliaran meninjau dala pertemuan agung jemaah (muktamar) saban tahun , kalau kalau saya bertemu guna melepaskan rindu, ternyata saya hampa buat kesekian kalinya!

Sahabat!! Di mana sebetulnya kalian berada?demi ALLAH, saya sangat perlukan kalian..Ingat kan?sewaktu kita bersama dahulu..tidur bangun kita atas pentas perjuangan.

Walaupun itu hanyalah sewaktu kita di dunia kampus, tapi sahabat!apa alasannya yang menyebabkan kita berpisah kini?selayaknya di sat beginilah kita makin erat dan mantap memimpin jemaah ummah.Menggalang ganti diri demi melihat islam tertegak di mercunya.

Saya faham! Tuntutan hidup, cabaran persekitaran dn pengaruh keluarga barangkali menjadi faktor kita membawa haluan masing masing.Tapi sahabatku..saya juga punya keluarga malah saya juga perlu hidup macam orang lain.Saya juga mempunyai taklif hidup sama seperti orang lain.Saya juga perlukan maintanance bulanan yang secukupnya untuk hidup selesa sebagai graduate university!tapi..(maafkan saya sahabat,bukan saya bermaksud menidakkan kalian)

Kalaulah kita terus bergandingan, elayari bahtera perjuangan di tengah samudera ganas ini, sekuarng kurangnya saya ada tempat untuk mengadu penat, saya ada tempat untuk bercerita, menghiburkan hati yang tertekan.

Apapun, saya doakan agar sahabat semua bahagia dan sucess dalam menjalani dugaan hidup seharian. YA ALLAH YA TUAHNKU..

Ampunkan diri ini ya ALLAH!bukan bermaksud diri ini tidak redha dengan apa yang dilalui bersama perjuanagan yang sengitdan getir selama ini..tapi..saya amat rindukan mereka.oh tuhanku YA ALLAH!

renung2kan wahai insan yang mengaku perjuang..

Monday, December 14, 2009

online dengan tuhan




“Berhubung dengan Tuhan melalui talian tanpa wayar”
Hampir semua individu online setiap hari. Dalam zaman global ini, internet, emel, ruang sembang seperti Yahoo Mesengger, Skype, jaringan sosial seperti Friendster, MySpace, Facebook dan sebagainya adalah medium perantara yang sinonim dengan masyarakat dalam berkomunikasi. Tidak kira di mana sahaja kita berada, online sentiasa berlaku tanpa mengira masa dan waktu.
Namun, hidup ini sebenarnya terkawal dan mempunyai hubungan langsung dengan Super Kuasa. Jaringan dengan makhluk adakalanya menjadikan kita lupa bagi mencipta jaringan langsung dengan Pencipta.
Buku Online dengan Tuhan membawa pembaca menyelami hubungan antara hamba dengan Tuhan yang lebih hebat dan melampaui teknologi online yang ada pada hari ini. Hubungan tanpa wayar (wireless) yang jauh lebih awal dan sudah bermula sejak Nabi Adam mula diciptakan. Buku ini dipersembahkan dan diolah secara komparatif dan praktikal.
Prakata


Bab 1 : Internet Itu Makhluk, Allah Itu Khalik


Bab 2 : Wahyu Tanpa Wayar


Bab 3 : Browser al-Quran


Bab 4 : Sekiranya TuhanKeluarkan Bil


Bab 5 : Allah Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan


Bab 6 : Uzair dan Isa bukan anak Tuhan


Bab 7 : Jangan Sebarangan Kata Tuhan Ada Anak!


Bab 8 : Bukan Semua Yahudi Jahat


Bab 9 : Zionis dan Perang Siber


Bab 10 : Apabila Modem Dipanah Petir


Bab 11 : Ini Zaman Global, Mengapa Bercakap Soal Remeh?


Bab 12 : Macam-macam Ada dalam Internet


Bab 13 : Katakan ‘Tak Nak’ untuk Porno


Bab 14 : Sekiranya Skrin Dapat Berkata-kata


Bab 15 : Terlajak Jari, Tergigit Jari Sendiri


Bab 16 : Hantu Internet Vs Hantu Perempuan


Bab 17 : Internet sebagai Media Dajal


Bab 18 : Anut Islam selepas Chatting uslim American


Bab 19 : Muslimheritage.com


Bab 20 : Harunyahya.org Bab


21 : Makanan Mempengaruhi Personaliti


Bab 22 : Haram Makan Harta Anak Yatim


Bab 23 : Orang Sembahyang Disayangi Tuhan


Bab 24 : Bisikan Pendoa Didengari Tuhan


Bab 25 : Berjalanlah Menuju Tuhan,Tuhan Datang dengan Berlari


Bab 26 : Klik Connect untuk Cinta


Bab 27 : Mengerjakan Haji selepas Memeluk Islam


Bab 28 : Ayahku Penjenayah, Bagaimana Diriku?


Bab 29 : Kebahagiaan Menurut Pak Hamka


Bab 30 : Wanita Bahagia Menurut al-Qarni


Bab 31 : Apabila Rasa Susah, Ramai yang Lebih Susah


Bab 32 : Klik Makruf Delete Mungkar


Bab 33 : M.U.J.A.H.A.D.A.H: Sembilan Huruf Penutup Bicara

Kalimat ‘online’ merujuk kepada perhubungan dengan Tuhan yang lebih hebat melampaui teknologi ‘online’ yang ada pada hari ini. Perhubungan manusia dengan Tuhan sudahpun bermula sejak nabi Adam mula diciptakan – hubungan tanpa wayar (wireless) yang jauh lebih awal. Nabi Adam beserta nabi-nabi yang lain di samping para solihin memberi teladan bahawa hubungan manusia dengan Tuhan adalah sebagai makhluk dengan khalik, hamba dengan tuan, si papa dengan si kaya, dan si pacal hina dengan sang maharaja.
Buku ini selain daripada mahu menyentuh betapa mustahaknya hubungan akrab manusia dengan Tuhan, juga mahu mengajak pembaca mengagungkan Allah sebagai Tuhan pencipta dan pentadbir semesta alam, pemberi nikmat dan rezeki, serta penetap syariat sebagai protokol yang mesti diakuri dan dipatuhi. Selain itu, buku ini secara tegas mahu agar golongan muda dan remaja khususnya memanfaatkan teknologi online internet, 3.5G dan seumpamanya sebagai wahana untuk meningkatkan rasa hamba dan darjat iman.
Cintakan bunga, bunga akan layu. Cintakan manusia, manusia akan mati. Cintakan teknologi, teknologi akan basi. Cintakan Tuhan, Tuhan kekal abadi. Justeru, manfaatkan teknologi agar diri lebih dekat dengan Tuhan dan bukannya semakin jauh dari Tuhan.

kamceng dengan solat


Chatting berjam-jam boleh, tapi solat lima minit pun dah mengeluh?

Daripada Pengarang
Bahagian 1: Sembang-sembang Tentang Solat

1. Apa Kebendanya Solat tu?

2. Rupanya Solat ni Dapat Release Tension ke?

3. Nape Kena Solat? Menyusahkan!

4. Eii…! Panasnya Pakai Tudung ni!

5. Lamanya Solat ni! Lembab arr…

6. Susahlah Nak Hafal al-Fatihah…

7. Doa: Allah Tahu Banyak Bahasa? Fuyyoo!!

8. Solat pun Boleh Duduk, Baring ek..

9. Hidup Sihat dengan Solat? Biar Betul!

10. Aku Solat, Tak Jadi Pandai pun

11. Kita ni Sembah Batu (Kaabah) ke?

12. Peliknya Solat dalam Jam…

13. Solat pun Ada 2 in 1? Macam Mana tu?

Bahagian 2: Baru Aku Tau… Best Rupanya Solat ...

14. Aku Dah Betul-betul Insaf ni…

15. Umat Islam Terrorist? Biar Betul…

16. Macam Mana Nak Tolong Kawan-kawan Aku?

17. Bos Tak Bagi Solat La…Biodata Penulis

Mohd. Zawawi Yusoh Siti Hasnah Hamzah

Sunday, December 13, 2009

travelog seorang da'i_abdul rahman mohamed


Bingkisan ringkas ini merupakan sebuah kisah benar yang dialami oleh Ustaz Abdul Rahman Mohamed, seorang pendakwah dari Singapura. Ia menyusuri kehidupan beliau yang penuh dengan pancaroba. Walaupun beliau kini seorang pendakwah bergelar "ustaz" beliau pada awal kehidupan remajanya hanyalah seorang insan biasa yang turut bergelumangan dengan pelbagai godaan duniawi seperti menyertai dunia samseng dan lain-lain. Namun begitu, atas hidayah Allah, beliau akhirnya kembali ke pangkal jalan dan berjaya menghidu kemanisan berdakwah
KISAH BENAR LIKU LIKU PERJALANAN SEORANG PENDAKWAH GUNA MENCARI KEKUATAN SEBAGAI BEKAL PERJUANGAN
"juangkan kebenaran walaupun pahit"

Saturday, December 12, 2009

konvensyen nisa' wilayah


JEMPUTAN KHAS KE PROGRAM :

KONVENSYEN NISA' WILAYAH

PADA ;
10 JANUARI 2010 (AHAD)
JAM :
8.30 PAGI – 1 TENGAHARI
TEMPAT
DEWAN SRI ALAM, ANJUNG RAHMAT

Slot Menarik Menanti Anda!!!!
· Pembahagian Kad Ahli Nisa`
· Talkshow : “Bidadari Cemburu Padamu…..”
· Persembahan Nasyid & Pentomin : “Seindah Bidadari Syurga….”
· Cabutan Bertuah

- MASUK ADALAH PERCUMA
- SARAPAN PAGI DAN MAKAN TENGAHARI TURUT
DISEDIAKAN
- DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI! !!

- SEBARKAN KEPADA KAWAN-KAWAN YANG INGIN
MENYERTAI NISA` (untuk yang berada disekitar KL, Putrajaya dan mana-mana yang merasakan berada dalam kawasan wilayah)
-TERHAD UNTUK 300 ORANG SAHAJA

Untukmu Wanita…..

"Kerana Dirimu Begitu Berharga..."

HUBUNGI : 013-200 9426 (Azi) @ 017-353 3468 (Yani)
NISA` WILAYAH PERSEKUTUAN

Friday, December 11, 2009

sedekah


Rasulullah saw bersabda: "Takutilah kamu akan api neraka sekalipun hanya dengan (bersedekah) setengah butir tamar (kurma)". - (Bukhari dan Muslim)


Firman Allah swt:"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka brgembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang benar." - Surah At-Taubah-ayat 111


Perjanjian Allah swt dari sedekah si pemberi:Keberkatan hidup seseorang yang bersedekah akan mendapat kesucian daripada sejumlah harta yang dia miliki. Ini termasuk Allah akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. Perniagaannya sentiasa dalam keuntungan dan dia akan terhindar daripada penyakit bahaya. Usianya akan dipanjangkan oleh nikmat sedekah dan rezeki yang diperoleh. Keberkatan pada akhir hayat, seseorang yang gemar bersedekah akan diambil rohnya dengan segala kesenangan tanpa penyesalan dan kesedihan. Matinya bukanlah sebagai seorang yang tidak mensyukuri nikmat Allah swt bahkan akan dirahmatiNya kerana keikhlasan itu.


Rasulullah saw menegaskan dalam hadis yang bermaksud:"Apabila seseorang anak Adam mati, segala amalannya akan terputus melainkan tiga perkara:Sedekah Jariah yang sentiasa mengalir pahalanya. Ilmu yang dimanfa'atkan orang lain. Doa anak yang salih. _ (Riwayat Muslim)


Keberkatan ketika dibangkitkan pada hari kiamat kelak, orang yang suka bersedekah ini akan dipayung dan diteduhkan oleh sedekahnya ketika hayat didunia. Ini pasti dapat mengelakan daripada ditimpa kepanasan dialam akhirat. Sedekah juga akan meringankan seseorang itu ketika dihisab Allah dan akan memberatkan timbangan kebajikannya. Jangan anggap pemberian itu Hak Kita, sebenarnya didalam harta kita ada Hak Mereka.

ukhwah oh ukhwah


sahabat..

sahabat?

sahabat?

ada apa dengannya..

waktu di kampus..

berikrar seia sekata..

bersama harungi mehnah..

program..

rehlah..

camping..

study group..

makan setalam tidur sebantal..

perkongsian yang cukup pintar..

sanggup ditelan biarpun pahit..

hari berganti..

ternyata amat sukar..

ukhwah teruji..

berjaya diharungi..

mungkin benar kerana ISLAM..

tapi berapa ramai??

ujian sebenar dalam bersaudara..

bilamana melangkah keluar dari alam kampus..

masing2 jauh..

nun..

utara..

selatam..

timur..

barat..

masing2 membawa haluan sendiri..

mungkin ada yang terus berpasangan..

meramaikan umat MUHAMMAD..

namun..

peranan kita..

berapa kerat antara kita..

masih bertanya khabar..

sihatkah shabat..

cukupkah makan sahabat..

kerja apakah sahabat..

dan mungkin sudah bertemu jodohkah sahabat?

diuji..

teruji..

dan saling menguji..

tertanya aku..

di mana ikrar bersama yang pernah dilafazkan?

dan aku..

tiada jawapan untuk persoalan ini..

sahabat oh sahabat..

tepuk dada tanya diri..

renung2kan..

YA ALLAH..

satukan kasih sayang kami dalam bersaudara..

ikhlas hanya semata2 keranaMU..

amiin..

amiin..

ya rabbal a'lamiin..

Wednesday, December 9, 2009

jom tidur


Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji.


Rasulullah ada melakukannya.Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."


Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)


Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

6 wanita


"“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”
Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli"

Tuesday, December 8, 2009

99 langkah kesempurnaan iman

1. Bersyukur apabila mendapat nikmat
2. Sabar apabila mendapat kesulitan
3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program
4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
8. Jangan dengki dengan kekayaan orang
9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
10. Jangan sombong jikalau memperolehi kejayaan
11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu bercita-cita akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur karena kezaliman
14. Jangan goyah kerana fitnah
15. Jangan mempunyai keinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah di masjid
25. Biasakan diri dengan solat malam
26. Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan santuni fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah berlebih-lebihan
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah
33. Berlatihlah mengkonsentrasikan fikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takabbur dan besar kepala
41. Berlakulah adil dalam segala urusan
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-
45. Perbanyakkan silaturrahim
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
47. Bicaralah secukupnya
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
49. Hargai waktu, disiplinkan diri mengurus waktu dan manfaatkan waktu
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
53. Makanlah secukupnya, tidak berkurangan dan tidak berlebihan
54. Hormatilah kepada guru dan ulama
55. Sering-sering berselawat kepada nabi
56. Cintai keluarga Nabi saw
57. Jangan terlalu banyak hutang
58. Jangan terlampau mudah berjanji
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti membicarakan hal yang tidak memberi faedah.
61. Bergaullah dengan orang-orang soleh
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
66. Jangan membenci seseorang karena fahaman dan pendiriannya
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang memperolehi kesulitan
70. Jangan melukakan hati orang
71. Jangan membiasakan diri berkata dusta
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari
76. Jangan membuka aib orang lain
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita
78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya
81. Jadilah manusia yang selalu memberi manfaat untuk agama, bangsa dan negara
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa
85. Hargai prestasi dan pemberian orang
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri
97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

forum mencari cinta sempurna


Info Lanjut Berkenaan Forum
Tarikh : 19 Disember 2009
Masa : 10 pagi - 1 petang
Tempat : INSPEN, Bangi
Yuran : RM 10 (peserta akan mendapat cenderamata istimewa FEWWIT, makanan, majalah, akhbar dan pengangkutan 'shuttle bus' dari stesyen komuter Serdang ke INSPEn dan dari INSPEN ke stesyen komuter Serdang)
Mengapa Perlu Membayar Yuran RM 10?
Bagi pengetahuan semua, RM 10 itu akan digunakan sepenuhnya untuk menampung kos program. Andai ada lebihan, pihak iLuvislam.com akan simpan wang tersebut untuk dimanfaatkan bagi program-program akan datang.

mahligai kebahagiaan_brothers

Walaupun Usia
Kita Masih Muda
Janganlah Kita
Hanyut Dalam Arus Dunia
Kerana Ajal Tiada Mengenal
Tua Atau Muda
Umur Dan Usia
Jikalau Kita Dipanjangkan Usia
Janganlah Hingga Lalai Dan Leka
Bersyukurlah Kita
Di Atas Segala
Nikmat Nya Yang Tidak Terkira
Awas Dan Waspada,
Jangan Terpedaya
Dengan Godaan Syaitan Durjana...
Hawa Nafsu Yang Kehausan
Harus Dileraikan Dengan Ketabahan
Banyakkan Ibadah,
Tambah Saham Akhirat
Tingkatkan Iman, Amalkan Ihsan
Taman Syurga Melambai-Lambai
Kepada Mereka Yang Telah Berjaya
Mereka Di Sana Bersuka Ria
Di Taman Keindahan Mahligai Kebahagiaan
'Jannatunnaim'..
Haruman Raihan
Nikmatnya Air 'Mata Salsabil'

ulangtahun

salam ulang tahun kelahiran buat insan2 yang amat istimewa dalam hidupku

mg dipanjangkan umur dalam rahmat dan kasih sayangNYA..

mg dimurahkan rezeki..

mg terus diberi kekuatan dan kekuatan..

istimewa buat kakakku kaknasz yang xpernah putus2 memberi semangat buatku..

adikku ani yang baru memegang tampuk pimpinan..
juga buat sahabatku sama yang sentiasa menceriakan hari hariku..

ku menyanyangi kalian keranaNYA..

Sunday, December 6, 2009

putaran kehidupan_firdaus

Saat kau melangkahkan kaki
Jatuh dan bangun sendiri
Semuanya mampu kau redahi
Saat usiamu telah dewasa
Cabaran datang bertimpa
Kau kecewa derita sengsara
Hapuskanlah air matamu
Redha dan teruskanlah usahamu
Pasti kau akan mengerti
Hidup iniPutarannya tersendiri
Hentikanlah air matamu
Biarkanlah kisah duka itu berlalu
Mendung hari takkan selalu
Sinar bahagia, oh pastikan kau ketemu
Oh pastikan kau ketemu..

takbir takbir cinta_riyanto el haris


Pengalaman saya ketika menghajikan almarhumah ibu kandung, saya merasa seakan kembali dalam nuansa air ketuban. Saya hancur menjumpai Allah dalam jiwa yang kosong mencapai titik nol, inilah Yang Maha Cinta yaitu Allah Swt. itu sendiri, yang kita kenal lewat kasih sayang seorang ibu, penuh pengorbanan tanpa pamrih. Pembaca akan merasakan apa yang disajikan oleh Riyanto El Harits dalam novel ini, yang karena sabda ibunya membuatnya terjaga untuk tetap semangat dan memberikan yang terbaik, ketika di STPDN/IPDN atau dalam tugas dan pengabdian, kendati ibunya sudah lama tiada.” Inu Kencana Syafiie, dosen IPDN, pengarang IPDN Undercover. “Setiap kita pasti memiliki ibu, entah masih hidup atau sudah almarhumah. Novel ini akan membuat kita kian mencintai ibu kita, merasakan makna keberadaannya bagi kehidupan kita, bahkan sekalipun kini kita sudah menjadi orang tua pula.” Muhammad El Natsir, pengarang novel Tahajjud Cinta. Menghajikan almarhumah ibu atas nama cinta mungkin tetap tak akan mampu menandingi cinta suci ibu kepada kita selama ini. Namun pesan besar novel ini benar-benar berhasil memunculkan makna seorang ibu bagi setiap anaknya. Mengharukan, menyadarkan, membuat hati yang lembut akan gerimis....” Anam Khoirul Anam, pengarang novel best-seller Dzikir-dzikir Cinta. Novel ini menyingkap rahasia terbesar untuk menjadi anak yang berbakti kepada ibu khususnya. Semakin mengulangi bacaan novel ini, semakin kuat saya menangis membayangkan betapa sangat kerdilnya cinta kita dibanding cinta ibu kepada kita....” Rachmat Ramadhana al-Banjari, pengasuh Pondok Pesantren Raudhatul Muttaqien, Babadan, Purwomartani, Yogyakarta. “Sebagai sebuah novel, Takbir-takbir Cinta ini sangat memikat. Secara pesan materi, novel ini adalah pengingat akan kelalaian hati. Saya jadi benar-benar rindu wajahmu, Ibu!” Taufiqurrahman al-Azizy, novelis muslim terkemuka, pengarang best-seller novel Trilogi Makrifat Cinta dan Dwilogi Munajat Cinta.

Friday, December 4, 2009

kembara i'dulADHA

rentetan kembara seorang hamba yang lemah pada zulhijjah
10 zulhijjah
-xboleh tido dlm bas..alhamdulillah selamat sampai di stesen bas jam 6 pagi dan abang datang ambik aku..sampai rumah jam 6.30 pagi dengan menyaksikan pemandangan yang agak 'menarik'..motorsikal diangkat atas beranda rumah akibat banjir..
-sarapan hari raya dan salam mak serta family..anakanda pohon maaf atas segala salah anakanda bonda.. halalkan segalanya..
-solat i'duladha dalam keadaan lumpur..surau pertama yang kami pergi tiada imam(maybe sebab banjir) ..alhamdulillah selepas pergi surau kedua dapat sama2 solat sunat i'duladha..
rehat
-qadha' rehat(ada ke??hehe)
-ziarah family sahabatku ikin..hantar ubat untuk bonda beliau
-sendirian menziarahi pusara KU..gugur juga air mata ni tatkala sendiri sambil membersihakan pusara KU
-kaksu dan family datang berziarah
11 zulhijjah
-menghadiri kenduri bercukur anak buah ke-9 dalam family..alhamdulillah anak buahku selamat dilahirkan tanggal 19 nov 09 dengan berat 3.4 kg..baby perempuan yang sangat comel yang diberi anam tuan nur syaliza..moga kamu membesar menjadi bunga yang menjadi kebanggan islam sayang..amiin..
-akad nikah sepupu yang paling rapat denganku tuan nor afzan dengan ustaz saifullah di kediaman pengantin perempuan..moga2 rahmat ALLAH mengiringi sepanjang usia perkahwinan kalian..amiin
12 zulhijjah
-akad nikah sepupuku tuan azlili dan noraini
13 zulhijjah
-walimah sahabatku yang selamat diijabkabulkan tanggal 2 oktober 09 yang lalu..tahniah sahabatku siti fatimah bersama pasangannya wan yusuff..moga2 segala urusan dipermudahkan ALLAH..amiin..(bertemu sahabatku mariam yang kini dah mnjadi 'mak buyung 5 bulan' dan sahabat sahabat lama di matrikulasi)
-perarakan sepuku azlili dan noraini
-selamat hari lahir untuk kaksu
14 zulhijjah
-pergi pasar tolong ma berniaga sambil2 mencari hadiah buat sepupuku afzan..pada saat aku menjaga jualan di kaki lima pasar..aku hanya berjaya menjual ubi kayu,ubi badak dan sawi sahaja..mungkin aku xpandai menarik pelanggan..kena banyak belajar lagi..
15 zulhijjah
-terpaksa transit awal balik ke tempat kerja..ma risau kekangan banjir nanti..
-walimah sepupuku afzan(terkilan xdapat join)
sedikit sebanyak kisah pejalanan hidup yang xberapa nak menarik
sekian..

Monday, November 23, 2009

rasulullah_HIJJAZ


Rasulullah Dalam mengenangmu

Kami susuli Lembaran sirahmu

Pahit getir pengorbananmu

Membawa cahaya Kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu

Untuk umatmu yang tercinta

Biar terpaksa tempuh derita

Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu

Tidak tergambar indahnya akhlakmu

Tidak terbalas segala jasamu

Sesungguhnya engkau Rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan

Mengajar erti kesabaran

Menjulang panji kemenangan

Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah Kami umatmu

Walau tak pernah melihat wajahmu

Kami cuba mengingatimu

Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu

Walau kita tak pernah bersua

Tapi kami tak pernah kecewa

Allah dan Rasul sebagai pembela

sifat-sifat pendakwah


1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis.

2. Beramal dengan ilmunya.

3. Tahan marah (berlapang dada)

4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan.

5. Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang.

6. Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit.
7. Kuat, sihat dan fasih lidah.

8. Mengetahui perkara-perkara di bawah ini :
(a) Hal ehwal orang yang akan menerima dakwah iaitu tentang kesediaannya untuk menerima dakwah, persekitaran dan sosialnya.
(b) ilmu sejarah umum.
(C) Ilmu Psikologi.
(d) Ilmu Geografi.
(e) Ilmu Akhlak
(f) Mazhab-mazhab, aqidah yang betul dan mazhab-mazhab yang salah.
(g) Bahasa orang yang menerima dakwah.
(h) Ilmu kemasyarakatan (sosiologi) yang membincangkan perkembangan masyarakat manusia dan segala yang berkaitan dengannya.
9. Amat mempercayai kepada janji-janji Allah dan mempunyai harapan penuh untuk mendapat kejayaan biar pun usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan memerlukan pengorbanan yang besar.

10.Tawadu' (merendah diri) dan menjauhkan diri daripada perkarayang aib.

11.Tidak bakhil mengajarkan apa-apa ilmu yang diketahuinya. Tidak keberatan untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain.
12. Bersifat tenang.

13.Tinggi hemat dan mulia diri. Tidak berpuashati dengan perkara-perkara besar yang belum sampai kepada kesempurnaannya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina dan marah ketika disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bukti.

14. Sabar ketika menjalankan dakwah kerana Allah.

15. Bersikap Taqwa dan Amanah.

Terima Keputusan 5A UPSR Depan Jenazah Ibu

Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, Seremban semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.
"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata kepada Bernama. Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.
Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang. Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin. "Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya di kebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.
Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang".Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh."Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya.Katanya Siti Amynur Ain Putri mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah. - Bernama

aurat


Dalil-dalil berkenaan penjagaan aurat :


Maksud ayat al-Quran,
Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah dan berhias pada tiap-tiap kali kamu pergi tempat ibadat ( masjid ) dan makan serta minumlah. Dan jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.
(al-A`raaf 7:31)

Rasulullah saw bersabda:
“Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.”
(Hadith Riwayat Aththahawi)

“Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki. Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?’ Nabi saw menjawab, “Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu.”
(Hadith Riwayat Bukhari)

“Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.”
(Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah)


Batasan-batasan aurat :


A.Aurat di khalayak awam
1. Aurat lelaki-antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.


2. Aurat perempuan-seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.


B.Aurat dengan ahli keluarga
1. Bagi Lelaki-antara pusat dan lutut
2. Bagi perempuan-antara pusat dan lutut

C.Aurat sesama jantina (dengan syarat tiada fitnah)
1.Aurat Lelaki dengan lelaki-antara pusat dan lutut
2.Aurat perempuan dengan perempuan,-antara pusat dan lutut
*Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.

D.Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)
1.Aurat lelaki-antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup.
2. Aurat perempuan-antara pusat dan lutut


Etika menutup aurat


1.Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat. Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan kedua tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib ditutupi dari pandangan penglihatan manusia umum. Haram diperlihat dan haram melihatnya


2.Tidak menyerupai dengan kaum yang engkar kepada Allah. Seperti pakaian ahli gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi symbol kepada ahli kemungkaran, seperti ahli muzik, pelacur dan sebagainya.


3. Pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu pakaian yang longgar dengan kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau sendat, tetap haram sekalipun pada zahir ia telah menutup aurat. Ia adalah kerana susuk tubuh badan merupakan aurat yang perlu dijaga.


4. Pakaian yang tidak bercorak atau berwarna-warni, yang ada daya penggamit pandangan.

Thursday, November 19, 2009

7 Cara Menangkis Virus Ukhuwah


1. Tabayyun yang bererti mencari penjelasan dalam setiap maklumat yang diterima dan mencari bukti kebenaran informasi yang diterima.
Allah swt berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (QS 49:6)

2. 'Adamus Sukhriyyah, ertinya tidak memperolok-olokkan orang atau kelompok lain.
Firman Allah swt: "Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan)." (QS 49:11).

3. Tidak mencela orang lain.
'Dan janganlah kamu mencela diri sendiri'. Mencela sesama muslim, oleh ayat ini dianggap mencela diri sendiri, sebab pada hakikatnya kaum muslimin dianggap satu kesatuan. Apalagi jika celaan itu berkait dengan kedudukan dan kebendaan di dunia. Allah sendiri menyuruh Rasul dan orang-orang yang mengikutinya untuk bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin. (Lihat QS, 18:28)

4. Meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik terhadap sesama muslim.
firman Allah swt: "Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk)." (QS 49:11)
5.Allah swt berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, karena sebagian prasangka itu dosa." (QS 49:12) Pada dasarnya seorang muslim harus berbaik sangka terhadap sesamanya, kecuali jika ada bukti yang jelas tentang kesalahan tersebut.

6. Tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain.
Allah swt amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri. Firman Allah swt: "Dan janganlah kamu sekalian mencari-cari kesalahan (dan aurat) orang lain." (QS 49:12)


7. Allah swt menegaskan: "Dan janganlah kamu sekalian menggunjing sebagian lain.Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?..." Ghibah sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah saw adalah menceritakan keburukan dan kejelekan orang lain. Ketika seseorang menceritakan kejelekan orang lain, maka ada dua kemungkinan yang terjadi. Pertama, jika yang diceritakannya benar-benar terjadi maka itulah ghibah. Kedua, jika yang diceritakannya itu tidak terjadi bererti ia telah memfitnah orang lain. Begitu besarnya dosa ghibah, sampai Allah SWT menyamakan orang yang melakukannya dengan orang yang memakan bangkai saudaranya sendiri.

kelebihan 10 hari pertama zulhijjah

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:

hadith-11
"Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini - iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).


1. Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya :

Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya - terutamanya pada hari ‘Arafah - . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi :

“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.


Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).

Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.


3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
“(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”,

Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :

“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]“. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

“(Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”.

Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).

5. Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

7. Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”

dan di dalam riwayat lain :

“Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya :

“(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”.

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...