CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

my CORNER

siapa SAYA?

My photo
"feel the heart of everyone.. see through our differences"

Wednesday, September 30, 2009

kosong


kosong..

sepi..

dan aku bakal kehilangan lagi..

xlama lagi..

mengimbau syawal?

ada apa ngn syawal..??

sekadar takbir bersambut tangis..

TUHAN tabahkan hati..

Saturday, September 12, 2009

Kehebatan Malam Al-Qadr


1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

Imam Al-Qurtubi mencatatkan

قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.

Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?

Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?

Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan 'Air Crash' terbitan National Geogharphic Channel.

Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain.

Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.

Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.

Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)

Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

tetamu yang dirindui


Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (Al-Baqarah:185)

1. Selamat Datang Ramadan
2. Apa Itu Puasa?
3. Sejarah Puasa
4. Suai Kenal Ramadan
5. Banyaknya Kelebihan Ramadan
6. Rahsia Puasa Ramadan
7. Hikmah Puasa
8. Peristiwa Besar pada Bulan Ramadan
9. Puasa Daripada Perspektif Kesihatan
10.Puasa Daripada Perpektif Psikologi
11.Bagaimana Cara Berpuasa?
12.Mengenali Puasa Wajib
13.Perkara Penting Sebelum Berpuasa
14.Ganjaran Bonus
15.Doa Orang Berpuasa
16.Apa yang Membatalkan Puasa?
17.Puasa Ganti
18.Kesimpulan: Puasa Dan Latihan Diri

Friday, September 11, 2009

janda baik

malam tadi p bukak puasa umah boss kat janda baik,pahang..angkatan kami seramai 5 buah van..bertolak jam 3 petang dan sampai dalam pukul 6 lebih.. perjalanan menelusuri cerun2 yang curam sedikit sebanyak menggegarkan jiwa kami..bila saja sampai di sana,terpegun seketika melihat rumah yang bagai istana dengan aksesori2 kereta2 mewah.. almaklum.. xpernah p umah orang kaya.. huhu.. makanan yang bertemakan ala kampung benar2 menggamit selera kami..lepas buka dan solat maghrib kami berangkat balik untuk mengelak sampai lewat..alhamdulillah selamat sampai balik di melaka jam 11.30 malam..

Monday, September 7, 2009

Hikmah Ramadhan_rabbani


Alhamdulillah...

Alhamdulillah

Ramadan kini tiba lagi

Alhamdulillah...

AlhamdulillahSyukur pada Yang Esa


Bulan Ramadan tiba lagi

Membawa hikmah dan pengajaran

MEndidik jiwa orang bertakwa

Menginsafkan diri siapa kita


Jagalah adab di bulan ini

Berbukalah dengan rezeki yang halal

Sediakan juadah yang berpatutan

Elakkan diri dari pemmbaziran


Berbagai hikmah dan baraqah

Terkandung di dalam bulan Ramadan

Dikurniakan juga Lailatulqadar

Malam terpilih sepuluh malam terakhir


Puasa bukan hanya berlapar

Tapi ia jalan menuju ketakwaan

Ibadat dibina dari hati maknawi

Redha lagi pasrah penuh kehambaan


Alhamdulillah...

Alhamdulillah

Syukur pada Yang Esa

taqwa


Bersifat jujur terhadap diri dari dasar hati yang terdalam, kita mengkhianati segala kenikmatan yang diberikan Allah sedangkan betapa sedikit pula ketaatan kita kepadaNya.Dalam keadaan begini, kita harus bertanya kepada diri kenapa hati kita boleh menjadi begitu keras. Seakan-akan kerdip kebenaran tidak pernah mendapat tempat di hati. Inilah akibatnya jika hati sudah tidak mengenal Taqwa.Rasanya tidak layak diri ini mengharapkan keindahan dan kebaikan, di mana pada masa yang sama kita sering menghadirkan kejelekan dan kemudaratan. Rasanya tak layak kita memohon ampunan tapi di sisi lain kita hadirkan kemaksiatan. Rasanya tak layak kita disebut hamba pilihan kerana perintah dan larangan tidak jua kita agungkan.Cubalah kita diam membatu sejenak, baikkah hari ini bagiku dari hari semalam?Buku ini adalah respon dari Tuan Guru, yang mana secara bertatih mengajak kita melalui detik-detik masa di dunia untuk meletakkan Taqwa kembali semula di atas landasan. Jika orang bertanyakan, mana buku itu? Maka kami menjawab, “Inilah bukunya.”


Cinta diistilahkan sebagai tajuk yang “terbungkus” kerana ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, ia bersifat “malu-malu”, berwajah seni dan menjadi bawaan jiwa. Ia seakan-akan menjadi “taboo” dari dikupas rahsianya biarpun oleh orang yang sepatutnya “ahli” hingga ke dasar pengertian. Hadirnya ghaib tetapi roh kezahirannya wujud memukau dan sering meninggalkan kesan cakaran yang keliru di mana-mana. Dengan itu menjadikan, cinta itu sendiri memerlukan pentakrifan dan pemerincian. Inilah asas kewajaran tampilnya buku ini. Ia mewah menghidangkan gelora cinta yang melanda, lewat kisah-kisah yang pernah dilalui oleh para nabi dan rasul-rasul pilihan. Ia dihidangkan “live” !Jika mampu kami gambarkan cinta itu barang sedikit, ia sesungguhnya sebuah anugerah kudus ciptaan Allah SWT. Ini jelas diisyaratkan oleh al-Quran sendiri seperti firmanNya yg bermaksud:“Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu.” (Surah al-‘Imran Ayat 31).

Semarak Perjuangan_shoutul amal


Marilah beramal
Beramal kerana Allah
Beramal kerana ?..?

Allahu Akbar

Beramal kerana Allah
Pemuda melangkah gagah
Menjana kuasa rakyat
Bersiap menghadapi cabaran

Semarakkan semangat perjuangan
Usahlah kita terus terleka
Menegak kema?rufan menentang kemungkaran
Allah pasti bersama

Bentukkan ukhuwah hidupkan jamaah
Susunlah barisan usahlah terleka
Bersatu teguh mara bersama
Moga Islamkan subur

Kerahkan tenaga jua fikiranmu
Korbankan harta sekalipun jiwamu
Menentang musuh Allah laungkan takbir
Allahu Akbar ..

Bersatulah kita bergerak melangkah
Tegakkan Islam agama yang tercinta
Ayuh kita julang kembali
Islam pasti gemilang


Tazkirah Ramadan: Nuzul Quran merubah sikap Muslim


Ustaz Zain Hashim

Muslim dan al-Quran

Sesungguhnya dengan turunnya al-Quran pada bulan Ramadan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka sendiri. Ia menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang mampu merubah sikap manusia kepada sesuatu yang positif dalam hidup mereka. Sayidina umar bin al-Khattab yang dulunya dikenali sebagai seorang yang bengis dan amat membenci Rasulullah s.a.w. telah menemui jalan terbaik dalam hidupnya apabila dipertemukan dengan al-Quran yang akhirnya memeluk Islam. Yang menariknya, umar telah memeluk Islam hanya kerana membaca dan menatap beberapa potong ayat Quran daripada surah Taha dan setelah mengucap dua kalimah syahadah. umar menjadi seorang Muslim yang amat komited dan yakin dengan Islam. umar, setelah mengucap, terus mengisytiharkan keislamannya kepada seteru tradisi Rasulullah termasuk Abu Jahal.

Begitulah jauhnya perbezaan umar dengan umat Islam pada akhir zaman ini. Tetapi yang peliknya, umar dan umat akhir zaman juga mengharapkan untuk mendapat syurga dan rahmat pada hari pembalasan, sedangkan cara hidup dan keyakinan mereka amat berbeza.


Apa yang dimaksudkan dengan Nuzul al-Quran?

Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.


Waktu turunnya al-Quran?

Allah menjelaskan dalam surah al-Qadr, bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadr”, pokok daripada ajaran isi kandungan surah ini ialah al-Quran mula diturunkan pada malam tersebut yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan, para Malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam tersebut untuk mengatur segala urusan.
Surah al-Qadr ini pula diturunkan di kota Makkah dan dihimpunkan dalam surah-surah Makkiyyah, iaitu surah yang diturunkan sebelum hijrah baginda Rasulullah s.a.w ke Madinah, isi pengajarannya ialah beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain.
Kenapa al-Quran diturunkan dan apakah fungsinya yang sebenar?


Dalil daripada al-Quran:

1- Ayat 15-16 surah al-Maidah : “Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya (Nabi Muhammad) dari Allah dan kitab yang menerangkan (al-Quran). Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, (dan dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.”

2- Dalam ayat 9 surah al-Hadid : “Dialah (Allah) yang menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad) ayat-ayat yang terang (al-Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (Islam).”

Jelas dari keterangan kedua-dua ayat di atas menunjukkan bahawa fungsi sebenar penurunan al-Quran ke atas manusia, tidak lain adalah untuk menyelamatkan mereka dari terus berada dalam kegelapan dunia yang terpaksa meraba-raba serta tanpa hala tuju hidup yang jelas dan sempurna kepada cahaya Islam, tidak cukup dengan itu, Allah SWT melalui kitabNya itu bertujuan untuk memimpin mereka ke jalan yang benar dengan memberikan kepada mereka petunjuk kebenaran agar mereka ditempatkan ke dalam syurga di akhirat kelak.
Dalil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w.: “Dari Ali Karramallahu Wajhahu, katanya: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Salallahu Alayhi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya akan berlaku fitnah yan banyak." Aku pun bertanya: "Apakah jalan keluar darinya duhai Rasulullah?" Baginda menjawab: Kitabullah (al-Quran). Kerana di dalamnya terdapat kisah-kisah orang dan perkara sebelum kamu dan perkhabaran tentang apa yang akan datang sesudah kamu; dan terdapat di dalamnya hukum-hakam di antara kamu; Ia (al-Quran) adalah kata putus dan bukan senda gurau; sesiapa yang meninggalkannya (menolaknya) kerana sombong, ia akan dibinasakan oleh Allah; dan sesiapa sahaja yang mencari petunjuk selain darinya akan disesatkan oleh Allah; Ia adalah tali Allah yang teguh dan ia adalah pengajaran (peringatan) yang bijaksana. Ia adalah as-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus); Ia adalah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng dan terpesong; dan Ia adalah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak samar dan berputar-belit; dan para ulama pula tidak pernah puas menggali ilmu darinya (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan pernah hilang dan kandungannya menakjubkan, tidak berkesudahan. Ia adalah kitab yang jin tidak berhenti mendengarnya sehingga mereka berkata, "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, ia menunjuk ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." Sesiapa sahaja berkata dengannya, benarlah perkataannya; sesiapa yang beramal dengannya, dia akan diganjari pahala, sesiapa yang berhukum dengannya, adillah dia dan sesiapa yang menyeru kepadanya, nescaya dia akan diberi petunjuk Siratil Mustaqim (jalan yang lurus) - HR Tirmizi dan Darimi.
Keterangan maksud hadis mengenai fungsi al-Quran
Memang benar dan tepat sekali penjelasan baginda s.a.w. seperti dalam hadis di atas, bahawa pada akhir zaman akan berlaku terlalu banyak fitnah yang ditimpakan ke atas Islam dan Muslimin.
Sama ada fitnah itu dilakukan oleh mereka yang bukan Islam yang menaruh sifat benci amat mendalam serta dendam kesumat terhadap Islam dan umatnya, ataupun dilakukan sendiri oleh mereka yang bernama Islam.
Antara fitnah yang dilakukan oleh orang Islam sendiri seperti meninggalkan solat tanpa alasan atau sebab yang boleh diterima kerana menonton pertandingan bola sepak, pertandingan akhir mencari juara bintang popular dan sebagainya, tidak kurang juga golongan remaja muda dan tua yang tidak mengenakan kod berpakaian yang disyariatkan oleh Allah SWT, terlibat dalam pembunuhan, perjudian, rasuah, pecah amanah, penipuan dalam pilihan raya dan banyak lagi.
Kesemua yang disebutkan itu adalah fitnah yang menyukarkan golongan pendakwah untuk menyampaikan mesej Islam kepada bukan Islam tentang keindahan agama Islam kerana tindakan-tindakan liar itu menjadi batu penghalang kepada bukan Islam untuk menerima Islam, ataupun minat, cenderung atau simpati kepadanya.
Justeru, yang boleh menyelamatkan keadaan dan dari fitnah-fitnah tersebut adalah kitab suci al-Quran, kerana tujuan ia diturunkan seperti yang dijelaskan dalam ayat-ayat di atas adalah untuk meneylamatkan bangsa manusia serta mempimpin mereka ke jalan kebenaran.


Cara bagaimana al-Quran diturunkan

Menurut Imam as-Suyuti dalam kitabnya al-Itqan: Al-Quran diturunkan ke langit dunia pada malam al-Qadr secara sekali gus, kemudian diturunkan pula secara berperingkat selama dua puluh tahun, ada pendapat yang mengatakan dua puluh tiga tahun dan ada pula dua puluh lima tahun sejak Nabi Muhammad dilantik menjadi Nabi dan Rasul berdasarkan peristiwa dan keadaan tertentu yang hanya diketahui oleh Allah SWT pada tempoh tersebut.
Tetapi kenapa al-Quran diturunkan sekali gus ke langit dunia dan diturunkan tidak sekali gus malah berperingkat-peringkat ke atas baginda, perkara ini telah dijawab oleh Allah menerusi ayat 32 surah al-Furqan yang bermaksud: “Berkatalah orang-orang Kafir : Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepada (Muhammad) sekali turun sahaja? Demikianlah (dengan cara itu) supaya Kami perkuatkan hatinya dan Kami membacanya kelompok demi kelompok (secara ansur-ansuran).”


Surah pertama turun dalam al-Quran

Menurut Imam as-Suyuti, surah pertama turun secara keseluruhan isi kandungannya ialah surah al-Muddathir, sementara riwayat Imam at-Tabarani pula surah yang sempurna diturunkan ialah al-Fatihah dan ada pendapat yang mengatakan ialah surah al-Alaq yang diturunkan hanya lima ayat pertama. Walau bagaimanapun mengikut susunan para ulama: Surah al-Alaq yang pertama diturunkan secara mutlak mengikut pendapat jumhur. Surah al-Muddathir pertama diturunkan dalam konteks menyampaikan mesej dakwah. Surah al-Fatihah pula pertama diturunkan sebagai pembuka kepada surah-surah lain dalam al-Quran.


Ayat terakhir turun dalam al-Quran

Perkara ini juga diperselisihkan oleh beberapa pendapat ulama berdasarkan riwayat hadis tertentu:
Pendapat pertama: Ayat terakhir turun ialah ayat mengenai pengharaman riba daripada ayat 278 surah al-Baqarah: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu benar-benar orang-orang yang beriman.” ia diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Ibnu Abbas.
Pendapat kedua: Ayat 281 surah al-Baqarah: “Dan peliharalah diri kamu dari (azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah.” Ia berdasarkan riwayat an-Nasaie daripada Ibnu Abbas dan Said Bin Jubair.
Pendapat ketiga: Ayat 282 surah al-Baqarah yang menceritakan tentang kesaksian dalam muamalat, iaitu ayat yang terpanjang dalam al-Quran. Ia berdasarkan riwayat Said Bin al-Musaiyab.
Pendapat keempat: Ayat 3 surah al-Maidah: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan kepada kamu nikmat-Ku dan Aku reda Islam itu menjadi agama bagi kamu.”
Perbezaan pendapat di atas berlaku adalah disebabkan riwayatnya tidak sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w, ia hanya terjenti setakat di kalangan para sahabat, maka masing-masing menyatakan keyakinan yang dipercayai yang tidak menjejaskan pegangan akidah mereka, walau bagaimanapun menurut para ulama, kecenderungan mereka kepada pendapat keempat berdasarkan apa yang dibacakan oleh baginda sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir untuk bertemu Tuhannya.


Apakah yang ada dalam al-Quran?

Sesungguhnya isi-isi kandungan meliputi pelbagai aspek yang diperlukan oleh manusia bagi mengurus kehidupan mereka dengan lebih sistematik. Dalam al-Quran terdapat ayat yang mengisahkan tentang cerita orang-orang terdahulu dan akan datang (pada hari kiamat) yang sepatutnya menjadi contoh teladan umat Islam hari ini, kerana ayat-ayat cukup sesuai sampai bila-bila, ini menunjukkan bahawa Allah SWT yang memiliki kitab suci tersebut bersifat Maha Sempurna dalam segenap tindak-tanduk-Nya.
Tidak kurang juga al-Quran memberi panduan untuk beramal ibadat seperti ayat-ayat wuduk, solat, perkahwinan, sistem kewangan, politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, alam sekitar, sains, kaji hayat, sejarah dan banyak lagi yang tidak dapat untuk disenaraikan satu persatu di sini.
Ia juga merakamkan ayat mengenai akidah, ibadat, hubungan manusia dengan Tuhannya, penganjuran supaya berakhlak mulia dan meninggalkan akhlak tercela, cerita tentang azab dan nikmat, syurga dan neraka dan lain-lain.
Apa yang penting, al-Quran bukanlah kitab kuno atau doktrin yang hanya sesuai di zaman unta semata-mata seperti yang didakwakan oleh sesetengah para ilmuan termasuk di kalangan orang Islam, malah ia lebih kepada kitab yang memberi pedoman dan panduan berguna menuju jalan keselamatan hidup di dunia dan akhirat dalam segenap bidang yang mereka perlukan.
Sikap Muslim terhadap al-Quran
Tidak semua di kalangan manusia yang bernama Islam memiliki cita-rasa yang sama terhadap al-Quran, perkara ini ditegaskan sendiri oleh Allah SWT menerusi ayat 32 surah Fatiir yang bermaksud: “Kemudian kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yanag kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiayai diri mereka sendiri, ada di antara mereka yang bersederhana dan di antara mereka ada yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurniaan yang amat besar.” Sesungguhnya di kalangan hamba Allah yang diwariskan Allah al-Quran kepada mereka adalah yang bernama Islam (Muslimun), sedangkan Kristian, Sekular, Kapitalis, Sosialis, Komunis dan sebagainya adalah hamba Allah yang menolak kebenaran al-Quran secara mutlak.
Namun dalam ayat di atas terdapat tiga jenis manusia di kalangan hamba Allah yang Islam yang berbeza pendirian atau sikap mereka terhadap al-Quran:
1- Yang menganiayai diri mereka sendiri : Iaitu golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan, kerana mereka tidaka membaca al-Quran, mentelaah, berdiskusi apatah lagi untuk beramala dengan perintah Allah di dalamnya.
2- Adapun golongan yang bersederhana : Ialah golongan di mana kesalahan dosa mereka sama banyak dengan pahala, mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi belum bersedia untuk melaksanakan isi-isi kandungannya yang terdiri daripada hukum-hakam Allah.
3- Sementara golongan yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan : Ialah golongan yang amat banyak kebaikan yang dilakukannya dan amat jarang berbuat kesalahan, mereka adalah golongan yang bersedia untuk melaksanakan hukum perintah Allah dalam al-Quran seperti hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir, kerana hukum-hukum itu sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat manusia sepanjang masa.
Terserahlah kepada kita untuk meletakkan kedudukan diri di antara tiga jenis orang Islam seperti ayat di atas, apa yang jelas, al-Quran bukanlah kitab untuk dipertandingkan semata-mata, malah lebih daripada itu bagi mencapai maksud untuk mendapatkan cahaya keredaan Allah SWT.


Contoh ayat motivasi dalam al-Quran yang sepatutnya dikuasai

1- Sesungguhnya yang membaca al-Quran serta menyelidiki hikmah di dalamnya adalah mereka yang bernama Islam, kerana orang bernama Ah Chong atau Arumugam tidak sekali-kali membacanya melainkan mereka hendak mendekati Islam, tetapi yang menjadi tanda tanya di sini, mengapa Allah lontarkan persoalan kepada seorang Muslim yang membaca al-Quran seperti pertanyaan-Nya dalam ayat 101 surah Ali ‘Imran yang bermaksud : “Bagaimana kmu sampai menjadi kafir, pada hal ayat-ayat (al-Quran) dibacakan kepada kamu dan Rasul-Nya pun berada di tengah-tengah kamu?”
Ayat di atas menunjukkan kepada kita bagaimana terdapat di kalangan orang Islam menjadi kafir sedangkan al-Quran dan Rasulullah berada di sisinya, iaitu apabila menganjurkan Musabaqah Tilawah al-Quran, mengadakan majlis Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Israk Mikraj dan sebagainya, namun akhirnya tidak dapat menerima petunjuk Allah malah menjadi golongan yang menentang (kafir) kebenaran.
2- Menerusi ayat 10 surah Fatir bermaksud: “Sesiapa yang mahukan kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya, kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal solih dinaikkannya.”
Ayat di atas menggambarkan kepada bagaimana Allah SWT memberikan kemuliaan kepada kita sebagai manusia akan kemuliaan-Nya agar kita menjadi golongan yang mulia, ia menunjukkan bahawa dengan cara memberi atau mendengar perkataan dalam majlis ilmu, kuliah, ceramah atau forum agama seseorang itu akan dimuliakan Allah SWT.
Inilah satu pendekatan yang mampu untuk mengisi kekosongan jiwa manusia pada hari ini, namun manusia tetap angkuh disebabkan tidak berusaha untuk mendapatkan kemuliaan daripada Allah, mereka memilih jalan yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam neraka-Nya.


Tadarus al-Quran pada bulan Ramadan

Perkataan tadarus telah dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis (hadis yang ke-36 dalam hadis 40 susunan Imam an-Nawawi), daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bersabda : “Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan bertadarus (berdiskusi isi kandungannya) di kalangan mereka, melainkan perhimpunan mereka itu diturunkan ketenangan daripada Allah, diliputi dengan rahmat-Nya, dikelilingi dengan para Malaikat dan Allah akan mengingati mereka yang ingat kepada-Nya.”
Menurut hadis di atas, baca disebut tilawah, sedangkan tadarus ialah berdiskusi segala isi kandungan al-Quran, sama ada dari sudut hukum-hakam ilmu tajwid, persoalan ilmu sains meliputi persoalan kejadian manusia, tumbuh-tumbuhan, ilmu alam, ilmu kaji hayat, cakrawala dan berbagai-bagai macam lagi yang perlu diterokai, ayat-ayat syurga dan neraka, ayat-ayat mengenai tentang dosa dan pahala, ayat-ayat motivasi (tazkirah) dan sebagainya yang tidak dapat dihitung dengan sepuluh jari, ia bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Apa yang penting, Ramadan tahun ini menjadikan kita umat yang suka bertadarus (berdiskusi, mengkaji) isi-isi kandungan al-Quran termasuklah memperelok sebutan huruf-huruf al-Quran dengan memperdalami hukum-hukum ilmu tajwid, supaya Ramadan kali ini benar-benar meninggalkan seribu kenangan berbanding tahun-tahun sebelum ini, sekali gus merubah keadaan diri kita kepada suka membaca, mengkaji serta beramal dengan al-Quran, mudah-mudahan dengan cara itu kita menjadi graduan Ramadan cemerlang pada kali ini, Amin.


Rujukan

1- Kaifa Nahya Bil Quran – Nabih Zakariya Abd’ Rabbih – Dar al-Haramain, Mesir – 1983.
2- Kaifa Nataddab Maal Mashaf – Muhammad Rejab Farjani –Dar al-‘Itisom, Mesir 1976.
3- www.islamonline.net
4- www.islamweb.net
5- www.islam-qa.com – lanh _


sumber:harakahdaily_07 sept 09

Sunday, September 6, 2009

dengan namaMU aku hidup..


dengan namaMU aku hidup YA ALLAH..

01
Ar-Rahman
-Yang Maha Pemurah

02
Ar-Rahim
-Yang Maha Mengasihi

03
Al-Malik
-Yang Maha Menguasai

04
Al-Quddus
-Yang Maha Suci

05
Al- Sallam
-Yang Maha Selamat Sejahtera

06
Al-Mu'min
-Yang Maha Melimpahkan Keamanan

07
Al-Muhaimin
-Yang Maha Pengawal serta Pengawas

08
Al-Aziz
-Yang Maha Berkuasa

09
Al-Jabbar
-Yang Maha Kuat

10
Al-Mutakabir
-Yang Melengkapi Segala Ke Besarannya

11
Al-Khaliq
-Yang Maha Pencipta

12
Al-Bari
-Yang Maha Menjadikan

13
Al-Musawwir
-Yang Maha Pembentuk

14
Al-Ghaffar
-Yang Maha Pengampun

15
Al-Qahhar
-Yang Maha Perkasa

16
Al-Wahhab
-Yang Maha Penganugerah

17
Al-Razzaq
-Yang Maha Pemberi Rezeki

18
Al-Fattah
-Yang Maha Pembuka

19
Al-'Alim
-Yang Maha Mengetahui

20
Al-Qabidh
-Yang Maha Pengekang

21
Al-Basit
-Yang Maha Melimpah Nikmat

22
Al-Khafidh
-Yang Maha Perendah (Pengurang)

23
Ar-Rafi'
-Yang Maha Peninggi

24
Al-Mu'izz
-Yang Maha Mengasihi dan menghormati (Memuliakan)

25
Al-Muzill
-Yang Maha Menghina

26
As-Sami'
-Yang Maha Mendengar

27
Al-Basir
-Yang Maha Melihat

28
Al-Hakam
-Yang Maha Mengadili

29
Al-'Adl
-Yang Maha 'Adil

30
Al-Latif
-Yang Maha Lembut serta Halus

31
Al-Khabir
-Yang Maha Mengetahui

32
Al-Halim
-Yang Maha Penyabar

33
Al-'Azim
-Yang Maha Agung

34
Al-Ghafur
-Yang Maha Pengampun

35
Asy-Syakur
-Yang Maha Bersyukur

36
Al-'Aliy
-Yang Maha Tinggi serta Mulia

37
Al-Kabir
-Yang Maha Besar

38
Al-Hafiz
-Yang Maha Memelihara

39
Al-Muqit
-Yang Maha Menjaga

40
Al-Hasib
-Yang Maha Penghitung

41
Al-Jalil
-Yang Maha Besar serta Mulia

42
Al-Karim
-Yang Maha Pemurah

43
Ar-Raqib
-Yang Maha Waspada

44
Al-Mujib
-Yang Maha Pengkabul

45
Al-Wasi'
-Yang Maha Luas

46
Al-Hakim
-Yang Maha Bijaksana

47
Al-Wadud
-Yang Maha Penyayang

48
Al-Majid
-Yang Maha Mulia

49
Al-Ba'ith
-Yang Maha Membangkitkan Semula

50
Asy-Syahid
-Yang Maha Menyaksi

51
Al-Haqq
-Yang Maha Benar

52
Al-Wakil
-Yang Maha Pentadbir

53
Al-Qawiy
-Yang Maha Kuat

54
Al-Matin
-Yang Maha Teguh

55
Al-Waliy
-Yang Maha Melindungi

56
Al-Hamid
-Yang Maha Terpuji

57
Al-Muhsi
-Yang Maha Penghitung

58
Al-Mubdi
-Yang Maha Pencipta dari Asal

59
Al-Mu'id
-Yang Maha Mengembali serta Memulihkan

60
Al-Muhyi
-Yang Maha Menghidupkan

61
Al-Mumit
-Yang Mematikan

62
Al-Hayy
-Yang Senantiasa Hidup

63
Al-Qayyum
-Yang Hidup serta Berdiri Sendiri

64
Al-Wajid
-Yang Maha Penemu

65
Al-Majid
-Yang Maha Mulia

66
Al-Wahid
-Yang Maha Esa

67
Al-Ahad
-Yang Tunggal

68
As-Samad
-Yang Menjadi Tumpuan

69
Al-Qadir
-Yang Maha Berupaya

70
Al-Muqtadir
-Yang Maha Berkuasa

71
Al-Muqaddim
-Yang Maha Menyegera

72
Al-Mu'akhkhir
-Yang Maha Penangguh

73
Al-Awwal
-Yang Pertama

74
Al-Akhir
-Yang Akhir

75
Az-Zahir
-Yang Zahir

76
Al-Batin
-Yang Batin

77
Al-Wali
-Yang Wali / Yang Memerintah

78
Al-Muta'ali
-Yang Maha Tinggi serta Mulia

79
Al-Barr
-Yang banyak membuat kebajikan

80
At-Tawwab
-Yang Menerima Taubat

81
Al-Muntaqim
-Yang Menghukum (mereka yang bersalah)

82
Al-'Afuw
-Yang Maha Pengampun

83
Ar-Ra'uf
-Yang Maha Pengasih serta Penyayang

84
Malik-ul-Mulk
-Pemilik Kedaulatan Yang Kekal

85
Dzul-Jalal-Wal-Ikram
-Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

86
Al-Muqsit
-Yang Maha Saksama

87-
Al-Jami'
-Yang Maha Pengumpul

88-
Al-Ghaniy
-Yang Maha Kaya serta Serba Lengkap

89-
Al-Mughni
-Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan

90
Al-Mani'
-Yang Maha Pencegah

91
Al-Darr
-Yang Mendatangkan Mudharat

92
Al-Nafi'
-Yang Memberi Manfaat

93
Al-Nur
-Yang bercahaya

94
Al-Hadi
-Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk

95
Al-Badi'
-Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya

96
Al-Baqi
-Yang Maha Kekal

97
Al-Warith
-Yang Maha Mewarisi

98
Ar-Rasyid
-Yang Memimpin (Ke arah Kebenaran)

99
As-Sabur
-Yang Maha Penyabar

memaksimakan RAMADHAN

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Bersahur di akhir malam
-yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana.Nabi SAW bersabda :
*"Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur." (Riwayat Muslim)
*"Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
*Baginda SAW juga menyebutkan bahawa malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad)
Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan qiyamullai(solat malam)
3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
-waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaimana di tegaskan oleh Nabi SAW :-
*Ertinya : "Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar)
Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-
*Ertinya : “Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" (Riwayat At-Tirmizi)
5) Memperbanyakan doa ketika hampir berbuka.
-hadis Nabi SAW :-
*Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak." (Riwayat Ibn Majah)
6) Menyegerakan berbuka puasa selepas pasti masuk waktu maghrib.
-hadis Nabi SAW :-
*Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepanjang kamu menyegerakan berbuka" (Riwayat Al-Bukhari)

7) digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab (kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.
*Ertinya : “Rasulullah SAW berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rutab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air".

8) Amat disunatkan untuk sedekah harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin.
Nabi SAW bersabda :-
*Ertinya : “Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" (Riwayat At-Tirmidzi) Disebut dalam sebuah hadis lain, Ertinya : “Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa (berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga" (Riwayat Al-Baihaqi)

9) Menunaikan Solat Sunat Terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian.

10) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi)
11) Amaran bagi berbuka di siang Ramadhan tanpa uzur.
-Nabi juga menyebut bahawa :
"Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Bulan *Ramadhan, maka ia tidak mampu menggantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

pengajaran tukang kayu

Pada satu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan. Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang kayu ini tidak akan menerima upah lagi sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya itu. Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Justeru itu, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.

Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat. Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata, "Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara." Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Dia tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.
Pengajaran
Senario ini mungkin pernah berlaku di dalam hidup kita seharian. Hidup ini boleh diibaratkan sebagai membina sebuah rumah untuk kegunaan dan kemudahan kita di masa hadapan. Kita pula sering mengambil mudah dengan kehidupan sekarang, kita merasa selesa kerana ibu bapa kita sentiasa berada di samping kita, memberi sokongan dan membantu kita. Tetapi, sedarkah kita apabila mereka tiada nanti, siapakah yang bertanggungjawab ke atas hidup kita? Tak lain tak bukan DIRI KITA SENDIRI.

Saturday, September 5, 2009

setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati


terkejut dengan panggilan yang mengejutkan awal pagi semalam..pakcik yang telah selamat kembali ke rahmatullah semalam..pada hari dan waktu yang hampir sama dengan arwah atuk.. pada pagi jumaat yang penuh barakah di bulan yng penuh barakah.. xsampai 40 hari selapas pemergian atuk ke rahmatullah.. anakanda yang ini pula menyusul.. teringat kali terakhir jumpa arwah kira2 sebulan lepas..arwah banyak berbicara pasal kematian.. rupa2nya ini petanda dia akan menyusul arwah atuk.. YA ALLAh..tempatkan rohnya di kalangan orang2 soleh.. juga roh orang2 yang terlebih dahulu mendahului kami menemuimu juga di kalangan orang2 yang soleh.. amiin..


"dan setiap yang bernyawa psti akan merasai MATI.."


*lepas ni xtau giliran sapa pulak...

Wednesday, September 2, 2009

jom baca..


BAHAGIAN 1: MUQADDIMAH-

Bab 1: Ramadan: Pasak Kesucian Empat Fungsi Kesucian Waktu

BAHAGIAN 2: Ya Allah, Jadikan Kami Orang-Orang Yang Disapa Ramadan

Bab 2: Semangat Dan Pesanan Rasulullah SAW Menjelang Ramadan

Bab 3: Berpuasa Untuk Kaldai

Bab 4: Ramadan Menyapa

Bab 5: Beginilah Ramadan Menyapa, Kita Bagaimana?

Bab 6: Saat Tetamu Yang Diagungkan Berada Di Ambang Pintu

BAHAGIAN 3: Ramadan: Ladang Kebaikan

Bab 7: Ladang Kebaikan Itu Benama Ramadan

Bab 8: Lima Sumber Kekayaan Ramadan

BAHAGIAN 4: Nasihat Ramadan Orang-Orang Soleh

Bab 9: Agama Adalah Nasihat

Bab 10: Persiapan Orang-Orang Soleh Menyambut Ramadan

Bab 11: Orang-Orang Soleh Dan Semangat Memelihara Puasa

Bab 12: Nasihat Ramadan: Jadilah Dermawan Yang Pemurah

Bab 13: Nasihat Ramadan: Bacalah Al-Quran

Bab 14: Saat Malam Menyelimuti Orang-Orang Soleh

Bab 15: Puasa Dan Nasihat Beristighfar

Bab 16: Iktikaf Bersama Orang-Orang Soleh

Bab 17: Menanti Turunnya Lailatul Qadar

Bab 18: Maksimumkan Ramadan

BAHAGIAN 5: Apa Kesalahan Kita Sepanjang Ramadan Lalu?

Bab 19: Haruskah Kesalahan Ramadan Lalu Kita Ulangi?

Bab 20: Cukuplah Kesalahan Itu, Jangan Ulangi Lagi Di Ramadan Kali Ini

BAHAGIAN 6: Penutup
Bab 21: Orang-Orang Soleh Di Penghujung Ramadan

Bab 22: Lambaian Ramadan

aku dan demam


salam..


lama xpost apa2..


baru diuji ngan demam panas yang teruk..


suhu mencecah hampir 40 drjah celsius..


dengan keadaan badan yang kejang..


YA ALLAH..


apalah makna semua ni..


berbanding nikmat kesihatan yang telah KAU berikan selama ini..


ampunkan aku YA ALLAH..


atas dosa dosa yang aku zahirkan atau tersembunyi..


amiin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...