CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

my CORNER

siapa SAYA?

My photo
"feel the heart of everyone.. see through our differences"

Friday, August 21, 2009

Rasulullah SAW Dan Pengemis Buta


Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah saw mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah saw menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad.
Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r. a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah menjawab pertayaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abu Bakar r. a. "Setiap pagi Rasulullah saw selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah.
Keesokan harinya Abu Bakar r. a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r. a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r. a mulai menyuapinya, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?". Abu Bakar r. a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu.Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan kepada pada aku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar r. a tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah saw. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r. a ia pun menangis dan kemudian berkata,"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikit pun, malah ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... " dan pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar r.a.

fadhilat ramadhan

Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."



Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."



Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."



Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."



Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."



Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."


sumber:
http://www.darulnuman.com/semasa/ramadhan.html#top

mihun goreng

malam tadi sambutan ulangtahun kelahiran instructor kami di sebuah PASTI..seronok sangat..dan beliau menyatakan rasa terharunya akan 'bom jangka' yang telah kami buat..walaupun sekadar jamuan mihun goreng yang sahabat2ku bersusah payah untuk merealisasikannya dalam kepenatan..kami rasa sangat bertuah mengenali beliau yang sentiasa kaya dengan input yang bermanfaat..ibarat seorang ayah yang mahukan yang terbaik buat anak2..setiap kata2 penuh dengan nasihat..YA ALLAh..tolong panjangkan umur beliau dalam ketaatan..tapi..hanya satu yang terlintas di fikiran ku..macam ni ke rasanya dapat sambut birthday orang tersayang?dan..aku tak ada jawapan untuk persoalan ini..

selamat berpuasa

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- selamat berpuasa buat semua..mg2 masih mempunyai kekuatan untuk memperbaiki dan memperoleh kualiti puasa yang lebih baik dari sebelumnya.. ingatlah akan janji2 ALLAH..10 malam pertama dijanjikan rahmat dari ALLAH.. 10 malam pertengahan dijanjikan maghfirah(pengampunan dari dosa) dan 10 malam terakhir dijanjikan pembebasan dari apa neraka.. , di manakah kita wahai sahabat2?kalaulah kita dapat nampak ganjaran pahala itu, ana yakin pasti ramai yang berebut2 untuk memperolahnya.. tapi ALLAH maha besar..disimpannya ganjaran untuk untuk hambaNYA yang benar2 yakin dan beriman akan kudrat dan iradatNYA untuk dibayar terus di hari pembalasan kelak.. sama2lah kita mengkoreksi diri..moga2 RAMADHAN kali ini mampu mentarbiyah bukan sahaja dari segi jasadiah tapi juga ruhiyyah.. ana nak ambik kesempatan ni untuk memohon maaf atas segala salah dan silap..selamat berpuasa untuk semua..

Thursday, August 20, 2009

rindu

sangat rindu pada mak dan adik2..apa khabar agaknya mereka.. YA ALLAH.. tolong lindungi insan2 kesayanganku dari segala mara bahaya.. sesungguhnya hanya engkau sebaik baik pelindung..amiin..

zikir zikir cinta


Novel ini, memberikan satu senyuman dalam seribu kerutan dahi. Ceritanya berkenaan dunia pondok yang bergelumang dengan kitab kuning dan juga cerita anak muda yang sedang membuak-buak cintanya. Semuanya kisah itu dijarut dengan mahir lalu membentuk novel Cinta Islami yang indah.
Seindah hamparan bulan pada tanggal 15.Semuanya bermula dari sebuah sekolah pondok di Indonesia. Rusli lelaki yang mencari kebahagiaan akhirat akhirnya bertemu pula dengan cinta dunia. Cintanya jatuh kepada puteri kiai pondok. Cinta di pondok hanya dikira cinta sekiranya ia berlangsung dalam pernikahan. Namun, dalam dunia yang penuh mencabar ini, ada kepercayaan yang pernikahan itu bukan sekadar cinta dan kejujuran. Sedangkan Rusli pernah berkata, “Aku tidak punyai apa-apa, hanya cinta dan kejujuran.”Dengan alasan mahu mencari selain cinta dan kejujuran Rusli berkelana ke kota.
Namun apa yang diperolehnya adalah cinta sudah terbagi dua. Kini hatinya terpaut kepada puteri daripada keluarga Nasrani.Lalu cinta yang terbagi ini bukan sekadar cinta tiga segi yang biasa. Di satu pihak puteri kiai yang pasti mampu menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat. Di satu sisi lagi, puteri keluarga Nasrani yang sudah menjadi kewajipan Rusli sebagai Islam apatah lagi bekas pelajar pondok bagi menyuburkan Islam itu sendiri. Harus bagaimana Rusli merawatkan cintanya yang sudah terbelah?

Monday, August 17, 2009

selamat hari lahir,,

selamat hari lahir buat '____' pada hari ni..26 SYAABAN..mg2 terus diberi kekuatan untuk terus berjuang kerana ISLAM.. mg2 dipanjangkan umur dalam keberkatan dan diperluaskan pintu rezeki.. kadang2 kita jarang nak ingat hari lahir dalam kalendar islam.. cuba tanya berapa ramai yang tahu tarikh kelahiran dalam Islam dan cuba tanya berapa ramai yang tahu hari lahir sendiri dalam kalendar masihi.. apapun.. sama2lah mengkoreksi diri.. mungkin kerana kebiasaan kita menggunakan tarikh2 masihi.. mungkin boleh dicadangkan dekat daftar surat kelahiran disertakan bersama tarikh dalam kalendar islam.. moga2 diberkati seluruh perjalanan hidup ini..

teringat peristiwa sabtu lepas...akak call mintak beli tiket,,biarpun penat dengan program tapi sejurus berjumpa beliau, terus hilang segala kepenatan ini..maha suci ALLAH.. syukur padaMU YA ALLAH atas anugerah ini..bila difikir2 balik,,,rasa sangat besar kasih sayang ALLAH pada kami.. setiap kali dia datang..semacam ada je sebab yang membolehkan kami bertemu.. selepas solat dan makan ber'talam'..aku maminta diri untuk pulang.. terima kasih banyak2 kak.. i'm really appreciate what you have done for me.. YA ALLAH..tolong pelihara ukhuwah kami dalam rahmat dan kasih sayangMU.. amiin..

Thursday, August 13, 2009

tentang CINTA


*ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
NIAT anda memang untuk BERKAHWIN dgn si dia demi menjaga agama & akhlak agar sentiasa tpelihara..

*SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA "B'COUPLE" JIKA...
NIAT anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronokdemi melayani kehendak nafsu & perasaan semata-mata..


*ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
sudah punya KEKUATAN & KETAHANAN untuk tidak terlibatdlm perkara-perkara yg DIHARAMKAN oleh agama sepertiberpegangan tangan & sebagainya..

*SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
masih SUKAR mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untukMENAHAN DIRI dari perkara-perkara diharamkan agama..


*ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
sudah LEPAS ilmu FARDHU AIN dan mempunyai tahap pencapaian akademikyg baik dalam pengajian anda atau sebaik-baiknya mempunyaipekerjaan yang tetap..

*SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
KANDAS ilmu FARDHU AIN,mengaji quran pun lintang pukang & adamasalah besar dlm pelajaran,atau anda penganggur yg masiht'cari-cari pekerjaan..


*ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
sudah ISTIQAMAH menjaga SOLAT 5 waktu,PUASA di bulan ramadhandan sedang BERUSAHA sedaya upaya menjadi MUSLIM SEBENAR..

*SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
mengucap syahadah pun tunggang langgang,solat kadang2,puasa jarang2

TARIQ bin ZIYAD


Kisah bermula apabila Panglima Julian dan rombongannya dari Andalusia datang menghadap Musa bin Nusair yang pada waktu itu menjadi pemerintah Islam di Afrika. Tujuan kedatangan Panglima Julian adalah untuk mengharapkan pertolongan dari Musa bin Nusair dalam menentang Raja Rodriega iaitu pemimpin di Andalusia yang terkenal dengan kekejamannya terhadap rakyat. Panglima Julian berharap dengan kedatangan Musa bin Nusair dan tentera Islam dapat menegakkan keadilan dan menghapuskan penindasan terhadap rakyat.


Panglima Julian yang merupakan Gabenor Ceuta rasa sangat kecewa dan dendam terhadap Raja Rodreiga dan askar-askar Gotiknya kerana telah memperkosa Florinda (anaknya) sanggup memberikan kerjasama dan menyediakan 12 buah kapal perang kepada Musa bin Nusair dan tenteranya untuk datang ke Andalusia demi menegakkan keadilan dan menghapuskan kekejaman. Musa bin Nusair melantik Tariq bin Ziyad sebagai pemimpin angkatan tentera walaupun ditentang oleh beberapa panglima kerana Tariq pernah menjadi budak suruhan kepada Musa bin Nusair. Tetapi, Musa bin Nusair tetap dengan keputusannya kerana beliau tahu Tariq bin Ziyad mempunyai sifat kepahlawanan, bakat kepimpinan yang tinggi dan semangat yang kuat serta berani.

Tariq bin Ziyad kemudian berangkat ke Andalusia bersama 12 ribu orang tentera yang sanggup berjihad dan mereka akhirnya selamat mendarat di Andalusia. Setibanya di sana, Tariq bin Ziyad mengumpulkan tenteranya di Gibraltar (jabal Tariq) dan berteriak dengan penuh semangat, "di belakang kita laut, di depan kita musuh. Kita terpaksa memilih kemenangan ataupun syahid. Dan kita takkan pulang sebelum mencapai matlamat itu!".


Dengan kata-kata itu, Tariq bin Ziyad berjaya meniupkan semangat tenteranya untuk menentang 100 ribu tentera Gotik . Tambahan lagi, Tariq bin Ziyad telah membakar kesemua kapal yang mereka gunakan supaya askar-askarnya dapat berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Tujuan kedatangan Tariq bin Ziyad yang pada mulanya merupakan pasukan peninjau terus berjihad untuk menang dalam sesuatu peperangan ataupun syahid di medan perang.


Pertempuran sengit terus berlaku antara tentera Gotik yang diketuai oleh Raja Rodreiga dengan pasukan yang diketuai oleh Tariq bin Ziyad. Akhirnya tentera Islam berjaya dalam peperangan sengit pada 19 Julai 711 Masihi dan Raja Rodreiga turut terkorban dalam pertempuran tersebut.Tariq bin Ziyad terus mengukir kejayaan dengan menakluk beberapa kawasan di Andalusia, antaranya Kordoba, Malaga, Granada, Toledo dan sebagainya. Setelah berjaya menakluk beberapa kawasan, Musa bin Nusair bersama askar di bawah pimpinannya tiba dari Afrika. Mereka bergabung untuk menakluk seluruh Andalusia. Dengan semangat jihad yang tinggi, mereka akhirnya berjaya membina empayar Islam di bumi Andalusia sehingga lebih dari 500 tahun.


Nama Tariq bin Ziyad terus harum di bumi Andalusia kerana beliau yang hanya merupakan seorang budak suruhan dan bukan pula dari keturunan Arab telah berjaya mencipta sejarah dengan penaklukan wilayah Eropah yang paling luas ke dalam kekuasaan Islam. Revolusi sosial timbul dari penaklukan Andalusia iaitu kebebasan agama benar-benar diakui di bawah pemerintahan Islam.
-------------


"... seandainya pada hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang bererti, nescaya nama baik kalian pasti hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh pula berganti menjadi berani. Oleh itu, pertahankan jiwa kalian. "


Tariq bin Ziyad.


Sejarah adalah bayang-bayang untuk langkahan seterusnya
Jika kemas langkahan anda
selamat perjalanan yang dituju

kehilangan

Thu | Aug 13, 09 | 11:37:50 am MYT
Dikemaskini 1.20pm|KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.

Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi.

"Saya tidak tahu apa puncanya,"katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Pahlawan Nasyid

Dalam pada itu, anggota Kumpulan Nasyid Raihan menyifatkan allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang juga vokalis Kumpulan Rabbani sebagai 'pahlawan nasyid' yang sukar dicari ganti.

Salah seorang anggota kumpulan terbabit, Che Amran Ibrahim ketika dihubungi memberitahu, pemergian vokalis nasyid yang bersuara emas itu amat sukar dicari ganti.

"Berita kematiannya yang mengejutkan itu memang memeranjatkan kami, sama seperti anggota kami yang telah meninggal dunia dahulu allahyarham Zaiery yang pergi dengan cara mengejut,"ujarnya dalam sebak menahan kesedihan.

Beliau seterusnya memberitahu, Asri yang bersuara 'emas' sebenarnya ikon kepada kumpulan nasyid yang ada pada hari ini.

Jelasnya, walaupun Rabbani hanya ditubuhkan pada tahun 1998, namun namanya telah lama terkenal dengan seni irama nasyid sejak sekian lamanya khususnya sewaktu menganggoti Nadamurni.

"Begitu juga anggota Raihan yang ditubuhkan sebenarnya turut mendapat respond yang baik dari allahyarham sendiri, bahkan allahyarham turut memberi saranan supaya perbanyakkan kumpulan nasyid.

"Ianya bertujuan supaya masyarakat turut mendapat hiburan alternatif yang menjurus kepada Islam sebagai mengimbangi lagu-lagu versi lain yang ada pada hari ini,"ujarnya.

Ulama nasyid

Kali terakhir bertemu dengan allahyarham dua malam lalu untuk berbincang tentang program nasyid yang bakal diadakan bersama selepas ini.

Sementara itu, anggota Kumpulan Hijjaz, Isman Hisyam,40, menyifatkan allahyarham sebenarnya seorang ulama yang masyhur dalam nasyid.

"Walaupun kita nampak dia bernasyid, tetapi sebenarnya dia seorang ulama bahkan tempat anggota kumpulan nasyid membuat rujukan khususnya tentang Islam,"ujarnya.

Beliau yang kini berada di Kota Bharu untuk promosi Kopi Hijjaz, bagaimanapun melahirkan rasa terkilan sebab tidak dapat pulang menziarahi allahyarham buat kali terakhir kerana masaalah tiket penerbangan telah habis.

Menurutnya, semua tiket sama ada MAS, Firefly, Air Asia kesemuanya habis untuk penerbangan hari ini.

Jelas Isman lagi, beliau amat terkejut dengan berita yang baru diterima apabila salah seorang anggota Kumpulan Rabbani 'Azadan' menghubunginya memberitahu Asri sudah meninggal dunia.

"Kami macam adik beradik walaupun berlainan kumpulan sebab kumpulan nasyid mana-mana pun menuju ke arah yang sama iaitu membawa manusia ke jalan yang benar serta sentiasa mengaggungkan Allah,"ujarnya.

Tambahnya, lagipun kumpulannya sentiasa merangkakan program bersama khususnya rakaman 'zikir' bersama Rabbani.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua peminat Rabbani khususnya umat Islam mendoakan kesejahteraan allahyarham agar mendapat limpahan rahmat yang tidak perbah putus.

"Kami juga berharap semua peminat seni nasyid tanah air supaya bersabar menerima berita yang begitu menyentuh jiwa ini,"ujarnya yang tidak dapat menahan sebak.

Untuk rekod, salah seorang anggota Hijjaz, iaitu Salleh telah meninggal dunia akibat masalah paru-paru, ianya diikuti dengan anggota kumpulan Raihan, Zaery meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa bulan selepas itu.

Juara ABP lapan tahun berturut-turut

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Beliau menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana Ke Mana' (1997), 'Pergi Tak Kembali'1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'. - mks. _

sumber:harakahdaily

Monday, August 10, 2009

majlis bacaan ratib al haddad

assalamua'laikum..

jemputan ke majlis bacaan ratib al haddad bersama al habib ibrahim

tempat : baitul qurra'(sungai udang,Melaka)
tarikh : 12 aug 09 (rabu)
masaa : majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah


bagi sahabat2 yang berkelapangan, bolehlah sama-sama mengimarahkan majlis2 ilmu seumpama ini..(,")(",)

waallahua'lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...