CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

my CORNER

siapa SAYA?

My photo
"feel the heart of everyone.. see through our differences"

Friday, July 31, 2009

al-fatihah untuk atuk

al fatihah untuk atuk ana yang telah selamat kembali ke rahmatullah jam 3 pagi tadi(31 julai09) di pagi jumaat yang penuh kemuliaan..moga2 rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. amiin..agak terkilan sebab xsempat menatap wajahnya buat kali terakhir.. pemergian atuk kali ni amat dirasai kerana satu2nya atuk yang ana ada..atuk n nenek belah mak memang ana xkenal sebab mereka meninggal waktu mak masih kecil..nenek ana pergi waktu ana sekolah menengah dan sekarang atuk pula pergi..YA ALLAH , tempatkan roh "mereka" bersama para kekasihMU..amiin..

Tuesday, July 28, 2009

syabab musafir kasih


"Lafaz itu merisaukan si anak kecil
Yang tandus perhatian
Namun Ia terus dilafazkan
Hanya kerana menuntut
Kepatuhan pada arahan
Lafaz yang menghiris itu
Hanya memberi ketaatan sementara
NamunTak berupaya menanam
Sebuah nilai yang tahan lama
Didiklah generasimu
Dengan lafaz nerunsur aqidah
Yang akan mengawal
Setiap gerak hidupnya
Walaupun tika bersendirian"
Syabab seorang anak yatim, yang kematian bapanya. Dia tinggal bersama ibunya dan juga abang dan kakaknya yang bermasalah. Abang da kakaknya adalah golongan yang bermasalah di dalam kampung itu. Lantaran hal tersebut, ibu mereka sering dicaci oeh orang kampung. Syabab pula dengan kenakalannya.

Disebalik cacian orang kampung, masih ada insan yang bersimpati dengan Syabab, iaitu Nur Mumtazah. Beliau seorang pelajar universiti tempatan yang kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Syria. Beliau banyak mengajar adab-adab kepada Syabab, mendidik Syabab.

Nur Mumtazah mempunyai dua orang adik iaitu Imtiyaz dan Nur Najihah. Imtiyaz rapat dengan Syabab, manakala akaknya, Najihah sebagaimana orang kampung yang lain, membenci Syabab.

Kisah ini terlalu menarik dengan watak Syabab yang sangat menyayangi Nur Mumtazah. Sekiranya Syabab terlalu nakal, maka Nur Mumtazah akan mengugut dengan menyatakan "Nanti akak balik U". Dan Syabab apabila mendengar kata-kata itu nescaya dia akan menghentikan perbuatan nakal itu.

Nur Mumtazah melanjutkan pelajaran ke Syria, bagai satu halilintar bukan sahaja buat Syabab, bahkan buat Mumtazah. Linangan air mata mengiringi pemergian Mumtazah. Si ibu hairan, apakah anak perempuannya itu menangis kerana mahu berpisah dengan ibunya atau kerana tak sampai hati meninggalkan Syabab keseorangan. Air mata itu buat Syabab. Syabab merayu Mumtazah jangan pergi dan berjanji tidak akan nakal lagi.

Pemergian Mumtazah, ditangisi Syabab. Dia bercampul dengan budak-budak nakal yang sebelum ini selalu membulinya. Dia mengenali rokok, gam walaupun dia tidak sampai menghisap gam itu. Walaupun begitu, orang kampung memberikan kepercayaan kepada Syabab untuk mengembala lembu-lembu mereka.

Kepulangan Mumtazah, bersama suaminya Ustaz Mursyid, menemukan mereka dengan Syabab yang berbeza. Syabab yang telah berkerjaya sebagai pengembala lembu orang kampung. Mereka cuba memujuk Syabab untuk sambung belajar. Kedegilan Syabab luntur jua di tangan mereka.

Di sebalik semua itu, Syabab seorang yang pintar dalam subjek Bahasa Arab dan Agama.

Syabab tidak mengambil SPM, dia lari ke bandar, bertemu seorang budak Cina yang meminati bidang aminasi. Dia mendapat pula kerja sebagai model.

Akhirnya Syabab kembali ke kampung, menjadi seorang dai’e yang teguh dengan pendiriannya. Dan apa kesudahannya?

Tiada cerita tanpa cinta Adam dan Hawa. Sudah pasti dalam novel ini disentuh jua. Syabab menyambung belajar di bumi Syria. Bumi yang sama dihuni oleh Najihah dan Imtiaz. Najihah masih memandang rendah Syabab. Dia tidak tahu Syabablah pemuda yang disayangi ulama Syiria Shaikh al-Habnakah. Syabab pernah menentang seorang polis yang menangkap Shaikh al-Habnakah di dalam masjid. Ketika itu, Shaikh sedang membacakan kitab al-Iqna’ dalam bab jihad. Tanpa disedari, Syabab jua sebenarnya sedang bertalaqqi membaca al-Quran bersama salah seorang saudara Shaikh al-Habnakah.

Konflik demi konflik muncul di dalam novel ini. Bagaimana dengan Ustaz Mursyid yang dulunya kental dengan jiwa dakwah kepada penduduk kampung, akhirnya luntur dan tenggelam dengan kehidupan dunia, sedangkan Mumtazah merindui suaminya yang dahulu, dai’e kepada penduduk kampung.

Konflik bagaimana Syabab cuba menangani kakaknya yang menjalin hubungan dengan bekas teman Syabab yang juga seorang samseng dan sekarang ditambah dengan mat rempit. Akhirnya ada nyawa yang terkorban dalam misi suci Syabab membebaskan akaknya dari dunia remit. Nyawa siapakah yang terkorban?

Pengakhiran cerita, bagaimana Najihah meminati Syabab, dan Syabab meminati pula Mumtazah yang sudah kematian suami, menjadi balu dengan beberapa orang anak. Syabab memilih Mumtazah berbanding Najihah yang masih dara dan cantik. Cinta Syabab teruji.

Sebelum bernikah, Syabab di saji dengan dua pilihan yang lain, Najihah dan jua cucu Shaikh al-Habnakah. Syabab memilih Mumtazah jua.

Tapi pernikahan tidak terhenti disitu. Shaikh al-Habnakah masih mengharapkan Syabab. Mumtazah rela berkorban, diam-diam, dia sudah berutus emel dengan cucu Shaikh. Apa pula pendirian Syabab?
macamana?

Thursday, July 23, 2009

untukmu


Peribadimu keteladananku
Nasihatmu keteguhanku
Senyumanmu kedamaianku
Kasihmu ketenanganku
Kini,
Terpaksa kuharungi hidup ini
Tanpamu di sisi
Takkan kulupa sebuah keikhlasan
Yang mengalir
Dalam tulus perhatian
moga ALLAH merahmatimu kakak..

"monyetnya cinta kita"

Tarikh : 8 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : 10 pagi-1 petang
Pendaftaran : 9.30 pagi
Tempat : INPENS, Bangi
Yuran : RM 3 (Makanan, Hadiah & Pengangkutan dari komuter Kajang disediakan)


Pengangkutan ke INSPENS

Jika anda menggunakan pengangkutan awam, 'shuttle bus' akan disediakan dari komuter Kajang.

Jika anda menaiki kenderaan sendiri, peta seperti di bawah


Daftar Sekarang
http://spreadsheets.google.com/viewform?formkey=dHNuRmpfSTlvQ1BGRVlLdW1hRHowaUE6MA..

Tempat yang 'available' untuk program ini amat-amat terhad. Siapa cepat dia dapat. Jadi, apa tunggu lagi. Daftarlah sekarang!

1. Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Penulis 'bestseller book' bertajuk 'Aku Terima Nikahnya'. Nama beliau tidak asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia khususnya mahasiswa dan ibu bapa. Selain mempunyai syarikat konsultansi sendiri, Ustaz Hasrizal merupakan:
Penulis blog saifulislam.com
Kolumnis di pelbagai majalah seperti Majalah i dan ANIS 
Penceramah bebas yang pakar dalam topik percintaan serta kekeluargaan

2. Firdaus Djamaris

Beliau merupakan trainer ESQ Training Mahasiswa dan Remaja. Selain berpengalaman luas bersama remaja dan mahasiswa, beliau juga merupakan graduan Ekonomi dari salah sebuah universiti terkenal di Indonesia.

Lebih sinonim dengan panggilan Pak Firdaus, kini beliau merupakan penasihat untuk Ikatan Silaturrahmi Mahasiswa (ISIS); sebuah organisasi yang mengumpulkan golongan remaja dan mahasiswa yang telah menjadi alumni ESQ Training.


3. Ustaz Ahmad Zahir Zahiruddin

Ustaz Zahir merupakan salah seorang penasihat iLuvislam.com. Beliau mula dikenali ramai dengan sebuah artikel yang diterbitkan di iLuvislam.com yang bertajuk 'Jodoh.' Selain itu beliau kerap memberikan ceramah di IPTA dan acapkali menyentuh permasalah remaja dalam bab cinta.

Beliau pernah 'putus cinta' semasa zaman bujangnya dan pengalaman berharga itu dirasakan amat penting untuk dikongsi bersama anda semua sebagai teladan dan sempadan.


Monday, July 20, 2009

MENITI MAUT


GOLD. GLORY. GOSPEL. Slogan penjajahan barat ini masih menjadi anutan konglomerat imperialis dan neo-kolonialis pada hari ini. Untuk menjajah kembali ke dunia sebelah sini, mereka mula menghantar ejen-ejen untuk menyusup ke dalam syarikat-syarikat utama Malaysia.

Kedatangan ejen-ejen ini disedari BISIK, atau Biro Risikan Negara, sebuah badan yang bertanggungjawab melakukan penyiasatan keselamatan.BISIK segera memaklumkan perkara ini kepada Perdana Menteri. Namun, PM tidak percaya melainkan jika memperoleh bukti kukuh.Untuk itu, BISIK perlu pantas bertindak untuk memerangkap Bruce McCallum, ejen musuh yang telah dikenal pasti.

Fariz Zafar, seorang petugas muda BISIK diarahkan untuk melaksanakan operasi yang mencabar ini. Bukan mudah untuk mengheret Bruce McCallum yang licik ini. Dan, Fariz Zafar bukan sahaja mempertaruh nyawanya, malah dia kehilangan mereka yang tersayang!

MENITI MAUT ~ sebuah novel aksi yang penuh intrigue.
----------------------------------------------------
Meniti Maut adalah salah satu koleksi novel yang pernah saya baca dan sayangi. Novel karya Eymal Hykal mengandungi seribu pengajaran dan ilmu. Ia bukan sekadar novel biasa malah ia mampu membuat minda saya berfikir akan perkara yang tidak mampu terjangkau akal yang perkara sedemikian boleh berlaku bila-bila masa dan dimana jua.

Walaupun ia lebih mengisahkan kes penyiasatan, ia tidak lari dari menjadikan elemen kemanusiaan sebagai tunjang kehidupan. Fariz petugas muda yang agak kabur dengan emosi bila teman seperjuangan mati masa sama-sama cuba menahan penjenayah. Rasa kecewa akibat gagal menjalankan misi menyebabkan dia putus asa hingga sanggup melepaskan jawatannya. Namun bukan semudah itu untuk keluar dari BISIK!

Dia akhirnya menjalankan tugas yang nampak remeh tapi penuh dengan insiden yang tidak kurang menggugat kesabarannya. Kehadiran Faryna kerap membuat dia rasa resah.

Namun itulah namanya tugas. Berbagai liku yang harus dihadapi hingga hampir menggadai nyawa sendiri. Demi tugas, Fariz tidak berputus asa. Kegagalan lalu tidak akan diulangi. Rasa cemas dan tdak sabar mengetahui selanjutnya kerap mengganggu saya.

Berjayakan dia menghentikan kegiatan jenayah kolar putih yang melibatkan warga asing yang mahu melumpuhkan ekonomi negara??
Mampukah dia menangani sikap Faryna yang kerap mencari salah dirinya??
sama-sama hayati..


israk mi'raj


“Katakan (kepada mereka), ‘Kamu lihatlah apa yang terdapat di langit dan di bumi’..”(Surah Yunus:101). Dari 2 butir pasir di bumi hingga apa sahaja termasuk planet saling menarik antara satu sama lain dengan nilai tetap yang sama di mana-mana alam ini, G=6.67428×10E(-11)m3kg-1s-2 dalam formula F=Gm1m2/r(2) !! Subhanallah !! – Kenangan subjek Physics masa Matriculation 1983 di Australia. (Foto oleh NASA).

Kini kita berada bulan Rejab. Didalamnya berlaku peristiwa Israk Mikraj yang bersejarah. Peristiwa tersebut bukan sahaja menunjukkan kekuasaan Allah swt di atas sekelian makhluqNya dan benarnya kenabian Muhammad saw, bahkan ianya juga membuka ufuk pemikiran dan cita-cita manusia sejagat dari hanya sekadar terhad kepada muka bumi ini semata-mata kepada keluasan cakerawala ciptaan Allah swt yang amat luas dan jauh, siap untuk diamati untuk lebih kita mengenali Tuhan Pencipta Agung, siap untuk diterokai agar manusia memperlengkap dan meninggikan kualiti ilmu pengetahuan demi memenuhi cita-cita tersebut.

Allah swt tidak membiarkan Rasul Akhir Zaman berpanjangan dalam kemuraman seperti itu. Dakwah ini harus dipacu hingga berjaya bukan sahaja di Mekah, tetapi ke seluruh dunia, merangkumi sekelian jin dan manusia. Pada malam 27 Rejab ~620M, Jibril mengejutkan Rasulullah saw dari lamunan malam dan mengisyaratkan kepada Baginda saw bahawa kenderaan Buraq telah siap di luar sana untuk membawanya ke Masjidil Aqsa di Palestin, naik meredah 7 petala langit, ke Sidradul Muntaha melalui Baitul Makmur, memenuhi undangan Allah swt. Di Masjidil Aqsa Baginda bersolat mengimami kesemua para rasul, melihat bandar Baitul Maqdis, memilih susu dan menolak arak. Di langit, Baginda bertemu sebahagian para rasul, diperlihatkan gelagat penghuni-penghuni Syurga dan Neraka serta tanda-tanda kebesaran Allah swt yang lain. Di Sidratul Muntaha, Baginda diwahyukan Allah swt apa yang hendak diwahyukan olehNya, termasuk kewajipan Solat, ibadah yang paling utama.

Sekembalinya Nabi saw ke Mekah dari langit, kekuatan Baginda saw untuk berdakwah lebih kental. Segelintir orang Islam murtad kerana tidak dapat menerima hakikat boleh berlakunya peristiwa Muhammad saw pergi ke Palestin dan langit serta kembali semula dalam malam yang sama. Para Sahabat ra yang lain bertambah keyakinan dan kekaguman mereka kepada Nabi tercinta. Bagi Nabi saw pula, melihat sendiri kesudahan manusia di Syurga dan Neraka sudah cukup memberi motovasi penuh untuk menyelamatkan mereka didunia lagi, sebelum mereka menempuh alam Pengadilan dan Pembalasan, belum lagi berpeluang menerima wahyu langsung dari Allah swt di Sidratul Muntaha. Tiga tahun selepas itu, keimanan baru, lebih tinggi dan teruji inilah yang menjadi asas kepada Hijrah dan penegakkan Negara Islam di Madinah.

Dari sinopsis ringkas peristiwa Israk Mikraj, dapat disimpulkan sebahagian pengajaran berguna untuk umat selepasnya dan kita seperti berikut :
*Kehebatan dokongan isteri, kerukunan rumahtangga adalah salah satu asas kejayaan dalam diri Pendakwah dan Dakwah itu sendiri.
*Perlindungan seperti yang diberi oleh sesiapa contohnya Abu Talib, biar pun dia bukan seorang Islam, adalah penting dalam memastikan Islam berkembang tanpa gangguan terutamanya di fasa awalnya.
*Kepentingan Masjidil Aqsa dan Palestin di dalam perjuangan Uslam dan umat.
*Dengan Nabi saw menjadi imam semua para Rasul yang lain di Masjidil Aqsa, hari ini dan selepas ini, umat Islam mestilah menjadi imam (pemimpin dan pembimbing) kepada umat-umat yang lain, dan bukan sebaliknya seperti yang berlaku hari ini. Umat Islam mesti bekerja ke arah itu.
*Solat adalah ibadah terpenting dalam Islam. Di Hari Kiamat, tidak dinilai amalan-amalan lain jika solatnya dinilai sebagai gagal.
*Iman pendokong-pendokong perjuangan Islam, termasuk para Sahabat ra akan terus menerus melalui proses penapisan, untuk membeza dan mengasingkan permata dari kaca.
*Negara Islam tertegak bila ada jemaah manusia yang bersedia memikul tanggungjawab tersebut dengan keimanan yang telah teruji seperti para Sahabat ra.
*Umat Islam dituntut melihat cakerawala dan kehebatan penciptaannya, bukan terhad atau terkongkong kepada apa yang ada di bumi sahaja.

Marilah kita sama-sama merai dan memperingati peristiwa bersejarah dan besar ini, dengan mengatur atau menghadiri ceramah mengenainya. Jauh lebih itu ialah mencedok pengajaran-pengajaran darinya untuk kehidupan berkeluarga bersama anak isteri dan perjuangan bersama-sama teman-teman yang beriman. Sekian.

TalkShow Bersama Adik Nik Nur Madihah

Nik Nur Madihah
Pelajar Cemerlang SPM 2008 (20A)


DEWAN SERBAGUNA PRESINT 8, 

PUTRAJAYA

SABTU, 25 JULAI 2009

8:30 AM – 12:00 PM

 
“Ketaqwaan & Keberkatan Asas Kecemerlangan Hidup…”

 Anjuran:


ANGKATAN BELIA CEMERLANG (ABC) PUTRAJAYA

Datanglah beramai-ramai untuk berkongsi pengalaman bersama Adik Nur Madihah. TEMPAT TERHAD!!

 Yuran hanya RM10!

 
Bayar melalui:
Kaunter
Online Banking
ATM

 
Akaun ABC Putrajaya: 

EON Islamic Bank 0667110005169 

 
Daftarkan Nama, No rujukan pembayaran

 
Email ke abcputra@gmail. com

 

atau

 
SMS ke 013-222 7632 

 

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Sdr. Yamin di 013 222 7632

Sunday, July 19, 2009

etika berpakaian


1. Pakaian itu mestilah menutup aurat
Rasulullah saw bersabda :

Telah berkata Aisyah r.a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar

“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab r.a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”

4. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.

“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ” 
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

5.
Pakaian itu tidak  meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)

6.
Pakaian itu tiada menyerupai dengan pakaian perempuan-perempuan kafir dan musyrik


7.
Pakaian itu bukanlah pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

Saturday, July 18, 2009

10 K dalam PERSAHABATAN


* KECINTAAN - elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan di mana ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka hanya kerana Allah(insyaAllah). 

*
KASIH SAYANG -  setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara zahir. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka. 

*
KEIKHLASAN - dapat menjamin sesebuah persahabatan kerana mendapat keberkatan dan rahmat daripada Ilahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya. 

*
KESETIAAN - mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap sahabat, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah. 

*
KEBERANIAN - berani berkata benar apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita kerana sebagai sahabat, pastinya kita mahukan yang terbaik untuk mereka kan

*
KEJUJURAN - Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan

*
KEMAAFAN - Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat. 

*
KESEDIHAN - Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka. 

*
KEGEMBIRAAN.-Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua. 

*
KESERASIAN - bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham.

wahai bangsaku

Bangsa yang memperkosa hak bangsa lain atau orang yang memperbudakkan sesama manusia telah melakukan kesalahan.Tetapi kesalahan tidak boleh ditimpakan kepada si gagah sahaja.yang dijajah dan diperkosa atau diperbudak turut bersalah.Mengapa mahu dijajah?Orang lain tidak dapat menolong kalau yang dijajah telah menggalangkan batang leher sendiri untuk disembelih. ( Hamka)

Friday, July 17, 2009

ayah dan ibu


Ya Allah..
Rendahkanlah suaraku bagi mereka..
Perindahlah ucapanku di depan mereka..
Lunakkanlah watakku terhadap mereka..
dan..
Lembutkan hatiku untuk mereka..

Ya Allah..
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya..
atas didikan mereka padaku..
dan Pahala yang besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku..
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku..

Ya Allah..
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan..
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku..
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku..
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya..
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala..
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah..
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda..

Ya Allah..
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku..
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku..
Tetapi jika sebaliknya..
maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka..
sehingga kami semua berkumpul..
bersama dengan santunan-Mu di tempat..
kediaman yang dinaungi kemulian-MU..
ampunan-MU serta rahmat-MU....
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung..
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih..
ampunkan dosa dosa kami YA ALLAH..

Amiin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu perjalanan hidup kita dirundung nestapa kerana kederhakaan dan kebiadaban kita samada secara sengaja atau tidak. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering atau pernah mengguris hatinya, atau yang jarang mempedulikan dan  mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan di dunia ini.
*YA ALLAH..aku sangat merindui mereka..tolong lindungi mereka YA ALLAH..sampaikan salam rinduku buat kedua-dua orang permata hatiku..

Wednesday, July 15, 2009

Belajar Ilmu Ikhlas

Oleh: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

"Cukup?"

"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.

"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"

"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"

"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan. 

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"

"Tak buat apa-apa."

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."

"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."

"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu. 

Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYA' dalam beramal.

Pengajaran:

Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

karnival masjid


jom ramai2...

manek urai


KELANTAN???

YA ALLAH..pertahankanlah kebenaran ISLAM di bumi tempat tumpah darahku.. dan kurniakan kami semua kekuatan untuk terus memperjuangkan yang haq dan menghapuskan yang batil bukan sahaja di bumi kelantan malah di seluruh muka bumi-MU ini..amiin


Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. [al-Maidah 5:08]

Tuesday, July 14, 2009

hidup yang abstrak

satu..

dua..

tiga..

empat..

lima..

macamana dengan aku??

Tersingkap Sebuah Rahsia

TALKSHOW ( sempena Isra’ Mikraj ) 

Bertajuk: Tersingkap Sebuah Rahsia” 

Penceramah : Ustaz Uda Bin Kassim 
( Mantan Ketua Bahagian Dakwah & Penerangan Lembaga Zakat Selangor) 


Tarikh : 19 Julai 2009 (Ahad) 
Jam : 2.00 PTG -5.00 PTG 
Tempat : Dewan Seminar, MASJID AS-SYAKIRIN, KLCC 


Kehadiran Semua Muslimin dan Muslimat amat dialu-alukan..

Makanan PERCUMA disediakan!! 


Hubungi : 
019-205 0319 @ 013-918 1078 @ 013-200 9426 
( Unit Pembangunan Insan ) 
NISA` Wilayah Persekutuan

kedamaian


Pantai?
Pulau?
Teritip?
Batu?
Makhluk?
Makanan?
Solat?
Pakaian?
Alam?
Semuanya?
Ada apa dengan semua ni??


 
 
secara ringksnya, TARBIYAH = teori + pengalaman
SUBHANALLAH..maha suci ALLAH yang telah mentarbiyah kami dengan semua ni..moga2 pentarbiyahan  terus dari ALLAH dan alam ini mampu mendidik jiwa2 kami untuk terus istiqamah berjuang demi ISLAM..amiin.. 




Monday, July 13, 2009

tarbiyah

YA ALLAH..tabahkan hati..amiin..

Friday, July 10, 2009

ada apa dengan A380


siapa aku? pilot? pramugari? engineer kapal terbang? chef ? ntahlah...aku pun x tau.... tapi setakat yg aku belajar..nama kepal terbang ni air bus A380..kapal terbang penumpang paling besar setakat ni..boleh membawa 555 penumpang dengan keadaan 2 tingkat..hebat ke??  wallahua'lam.. i wanna be somebody..

PESTA BUKU SELANGOR 2009




Tarikh : 24 Julai 2009 hingga 3 Ogos 2009
Masa : 10 pagi hingga 9 malam
Tempat : Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor

MALAM TAUTAN HATI..


mg2 makin bertaut hatimu adik-adikku..seronok sangat dapat jumpa adik2 baru malam tadi..

YA ALLAH..

Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumiMu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwahMu

Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat untuk mendokong
SyariatMu di alam maya

Maka Ya Allah
Eratkanlah ikatan yang ada

Maka Ya Allah
Eratkanlah ikatan yang ada
Kekalkan kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Penuhkanlah dengan cahayaMu
Tiada malap terangi alamMu

Hidup suburkanlah dengan ma'rifatMu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada
Dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia


semoga hati2 ini terus diberikan kekuatan untuk berada di jalanNya..amiin..

Wednesday, July 8, 2009

ibu, benarkah tuhan itu ada?


. Ibu, siapakah Tuhan kita? . Ibu, benarkah Allah itu ada? . Ibu, bolehkah kita berbaik-baik dengan Allah? Bagaimanakah caranya? . Ibu, bagaimana kita beriman kepada Allah?



Prakata 

Ibu, Siapakah Tuhan Kita?
Jawapan Pertama: Dari mana asalnya kita
Jawapan Kedua: Kita tidak mampu memilih rupa bentuk kita
Jawapan Ketiga: Nabi Ibrahim mengajar kaumnyamengenal Tuhan
Jawapan Keempat: Allah beritahu kita berkenaan dirinya 

Ibu, Benarkah Tuhan Itu Ada?
Jawapan Pertama: Alam semesta membuktikan ada pencipta
Jawapan Kedua : Manusia tidak berkuasamenghalang kehendak Tuhan
Jawapan Ketiga: Kepada siapa kita hendakmengadu dan berdoa? 

Ibu, Adakah Tuhan Mempunyai Anak?
Jawapan Pertama: Tuhan tidak ada ibu ataupun bapa
Jawapan Kedua: Tuhan tidak ada anak 

Ibu, Tuhan Kita Satu ataupun Ramai?
Jawapan Pertama: Apabila Tuhan ramai, dunia akan musnah
Jawapan Kedua: Beramai-ramai tanda tidak mampu
Jawapan Ketiga: Naluri manusia mengaku, Tuhan hanya satu 

Ibu, Sekiranya Tuhan Itu Ada, di Manakah Dia?
Jawapan Pertama: Allah tidak sama dengan sesiapa
Jawapan Kedua: Apa yang Allah beritahu kita tentang dia 

Ibu, Apabila Kita Berdoa, Adakah Tuhan Mendengar?
Jawapan Pertama: Allah dekat dengan kita
Jawapan Kedua: Allah selalu mendengar doa kita
Jawapan Ketiga: Amalan baik mendekatkan, amalanburuk menjauhkan 

Ibu, Mengapa Kita Tidak Dapat Melihat Tuhan?
Jawapan Pertama: Bukan semua perkara dapatdilihat dengan mata
Jawapan Kedua: Kisah Nabi Musa dan kaummya
Jawapan Ketiga: Allah beritahu manusia tidakdapat melihat Allah
Jawapan Keempat: Orang beriman melihat Allah di Akhirat 

Ibu, Mengapa Tuhan Jadikan Kita?
Jawapan Pertama: Terima kasih kepada Allah
Jawapan Kedua: Allah beritahu kita sebabnya 

Ibu, Bagaimanakah Cara Kita Beriman kepada Tuhan?
Jawapan Pertama: Yakin Allah ada, mencipta dan mentadbir
Jawapan Kedua: Yakin hanya Allah yang mesti disembah
Jawapan Ketiga: Yakin pada nama dan sifat Allah 

Ibu, Apakah Nama-nama Tuhan?
Jawapan Pertama : Nama-nama Allah
Jawapan Kedua : Sifat-sifat Allah 

Ibu, Bolehkah Melanggar Suruhan Tuhan?
Jawapan Pertama: Kita dicipta supaya beribadat kepada Allah
Jawapan Kedua: Suruhan dan larangan tandakasih Allah kepada hambanya
Jawapan Ketiga: Seperti lampu tanpa kuasa eletrik
Jawapan Keempat : Umpama badan tanpa anggotadan pancaindera 

Ibu, Bagaimanakah Kita hendak Berbaik-baikdengan Tuhan?
Jawapan Pertama: Hubungan kita dengan Allah
Jawapan Kedua: Bagaimana kita hendak berbaikdengan Allah? 

Ibu, Apakah Maksud Syirik kepada Tuhan?
Jawapan Pertama: Syirik ialah menyekutukan Allahdengan perkara lain
Jawapan Kedua : Dua jenis syirik 

Ibu, Apakah Perbuatan yang Menyebabkan Kita Syirik kepada Tuhan?
Jawapan Pertama: Beribadat kepada perkara lain selain Allah
Jawapan Kedua: Berdoa meminta tolong daripadapenghuni kubur
Jawapan Ketiga: Membuat undang-undang lainbagi perkara yang sudah Allah tetapkan 

Ibu, Bolehkah Kita Percaya kepada Ramalan Bintang?
Jawapan Pertama: Percaya kepada ramalan adalah syirik
Jawapan Kedua: Amalan tidak diterima selama 40 hari
Jawapan Ketiga: Contoh-contoh syirik kecil lain 

Ibu, Mengapa ada Banyak Perkara yang Allah LarangKita Buat?
Jawapan Pertama: Perkara yang dilarang itumenyusahkan dan bahaya
Jawapan Kedua: Bahaya dosa nampak
Jawapan Ketiga: Bahaya dosa tidak nampak 

Ibu, Mengapa Ada Orang Jahat?
Jawapan Pertama: Petunjuk, cabaran dan motivasi
Jawapan Kedua: Manusia mampu memilih
Jawapan Ketiga: Nabi-nabi tidak jemu berdakwahdan berdoa 

Ibu, Mengapa Kadangkala Saya Terdorong Membuat Perkara yang Tuhan Tidak Suka?
Jawapan Pertama: Kawan adalah pendorong kita
Jawapan Kedua: Nafsu dan iblis hendak kalahkan kita
Jawapan Ketiga: Tip-tip supaya kita sentiasa bermotivasi
Jawapan Keempat : Pilihlah balasan baik untuk diri kita 

Ibu, Adakah Tuhan Benci Orang yang Melakukan Dosa?
Jawapan Pertama: Allah suka kepada orang yangmenyesali dosanya
Jawapan Kedua: Bertaubat apabila terlanjur melakukan dosa
Jawapan Ketiga: Jangan berputus asa kepada Allah 

Ibu, Mengapa Ada Doa Tidak Ditunaikan?
Jawapan Pertama: Sayang tidak bererti memberikanapa sahaja yang diminta
Jawapan Kedua: Tidak putus asa berdoa kepada Allah

Ibu, Kenapa Masih Ada Penyakit dan PerkaraMenyusahkan Kita?
Jawapan Pertama: Perkara susah mengingatkanmanusia kepada Tuhan
Jawapan Kedua: Setiap perkara susah dibalas pahala


.
Ibu, kalau Tuhan sayang kita, mengapa ada penyakit dan perkara yang menyukarkan kita? . Ibu bolehkah kita nampak Tuhan? . Ibu, kenapa kita ada satu Tuhan?

Monday, July 6, 2009

DARAH




Jauhnya perjalanan
Umpama satu mimpi
Mimpi yang panjang bagai satu
Realiti kehidupan
Kejutkan ku dari tidurku
Kejutkanlah aku kawan

Bangunlah
Bangkitlah dari mimpi
Yang tidak pasti
Buangkan ia

Pandanglah
Lihatlah ke hadapan
Masa depanmu
Anugerah-Nya

Selagi ada darah
Mengalir di dadaku
Selagi adanya sinaran
Matahari di hari-Nya
Takkan kulena disiang hari
Aku ingin hidup sebelum ku mati

Segala persoalan
Tersiratnya jawapan
Ku pasti kita akan temuinya
Ku pasti kita akan temui segala jawapannya


Beruang Kutub


Suatu hari di Antartika, seekor beruang kutub sedang duduk di salju dengan anaknya. Tiba-tiba anak beruang bertanya, "Ayah, apakah saya 100% beruang kutub?"

Ayah beruang itu menjawab, "Tentu saja, Nak. Kamu 100% beruang kutub!"

Beberapa menit kemudian, anak beruang itu kembali bertanya, "Ayah, katakan yang sebenarnya. Saya pasti bisa menerima kenyataan. Betulkah saya 100% beruang kutub? Bukan beruang madu, bukan beruang coklat dan bukan beruang panda?"

Si Ayah beruang itu menjawab, "Nak, saya 100% beruang kutub, dan ibumu 100% beruang kutub, jadi kamu juga jelas-jelas 100% beruang kutub."

Setelah beberapa menit berlalu, si anak bertanya lagi, "Ayah, jangan berpikir kalau Ayah berkata jujur akan membuat saya sedih. Saya tidak sedih. Saya cuma ingin tahu, apa saya benar-benar 100% beruang kutub?"

Ayah beruang mulai tertekan dengan pertanyaan-pertanyaan anaknya. Kini dia balik bertanya kepada si anak, "Nak, kenapa kamu terus meragukan kalau kamu memang 100% beruang kutub?"

Si anak beruang menjawab, "Kerana saya kedinginan!"

(^_^)(^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...