CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

my CORNER

siapa SAYA?

My photo
"feel the heart of everyone.. see through our differences"

Monday, June 29, 2009

ragut


ragut..

Kenapa mereka meragut? Yang pertamanya sudah tentu sebab diorang ini tak ada kerja. Duit tak ada tapi ada motor. Nampak pulak makcik kat tepi jalan tengah jalan berlenggang sambil pegang handbag nak tak nak jer. Apa lagi, nafsu meragut terus membara. Nak duit mudah la katakan.

Yang meragut nie tak kira bangsa. Melayu ada, India ada, Cina pun ada. Tapi rasanya mat-mat Indon dan Bangla kat Malaysia nie pun turut terlibat jugak. Dah la datang negara orang secara haram, buat benda xbaik plak... Sangat menakutkan. Oleh kerana saya sayang kamu semua jadi kita saling beringatla patutnya.

Beberapa pesanan buat anda semua terutamanya kaum wanita:-
*Jangan jalan atau naik motor sorang-sorang. 
*Jangan la tayang handbang, rantai, gelang tangan dan barang berharga yang sewaktu dengannya di tempat awam. 
*Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling anda. Kalau ada dengar bunyi motor yang rempit lain macam jer, cepat-cepat lari ke tempat selamat. 
*Kalau anda bawak kereta, jangan letak handbag atau handphone anda di tempat penumpang. Itu memang mengundang maut. Peragut sanggup pecahkan cermin kereta anda untuk meragut. 
*Sekiranya anda diragut jangan melawan. Biarkan ajer. Nyawa anda lebih penting daripada barang yang diragut. Ramai yang terkorban sebab cuba nak dapatkan balik barang yang diragut. 
*Sentiasa baca ayat-ayat pelindung diri mengikut kepercayaan agama masing-masing sebelum keluar rumah. Ini namanya kita bertawakal. 
*Jangan takut nak menjerit mintak tolong sekiranya ada manusia-manusia celaka yang mencurigakan di sekitar anda. Malu sekejap takper daripada diragut. 

Sekian khidmat pesanan masyarakat daripada saya..

Ko-SPIN 09


Maklumat Ko-SPIN 09

Tarikh: 11 Julai 2009

Tempat: Auditorium muzium shah alam 

Bayaran Peserta: RM20

GABUNGAN MAHASISW ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS)
Sekretriat Ko-SPIN '09,
The Right Angle,
Jalan 14/22,
Seksyen 14,
46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel/Faks: 03-79554300
Email: aktivisislam@gmail.com
Website: http://gamisdaily.com/
http://kongrespendidikan.blogspot.com/

Tajaan & Info Ko-SPIN 09
Mana-mana syarikat yang berminat mahu menaja dan mengetahui keterangan lanjut mengenai kongres ini boleh menghubungi:

Siti Nurul Munawirah Binti Mohamad Roslan
019-2174025/nurul_qs@yahoo.com

Nur Farhana bt Omar
019-3020905/hureen_eein@yahoo.com

konsert antara dunia (KAD 09)

Harga Tiket

Kanak - Kanak : RM 5
Dewasa : RM 10
* VIP : RM 50
* Famili (2 VIP + 4 Kanak -kanak) : RM 100

* Terbuka kepada sesiapa yang mahu dapatkan tempat duduk VIP, berdekatan dengan pentas. Bagi pakej bukan VIP, tempat duduk adalah berasingan. Lelaki dan perempuan diasingkan.
* Bagi Pakej Famili yang mana kanak-kanak tidak sampai 4 orang, boleh ajak kanak-kanak lain untuk turut serta bagi mencukupi kuota.



jom ramai2..:-)

Sunday, June 28, 2009

selamat datang..


selamat datang adik2 yang akan menempuh dunia baru kampus walau di mana2 pun adik2 berada..IPTA mahupun IPTS..ingatlah adik2ku..alam persekolahan/matrikulasi/politeknik/institusi2 lain amat berbeza dengan dunia kampus..mg2 adik2 mampu menghadapi segala mehnah dan tribulasi yang melanda alam kampus..seseungguhnya ALLAH bersama orang2 yang benar..


"Sekiranya Allah menghendaki kebaikan buat seseorang, nescaya Dia akan memberi kefahaman tentang Agama kepada orang tersebut."

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Monday, June 22, 2009

kajian warna

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
WARNA: MERAH

kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenal



ELAKKAN INSOMNIA
WARNA: MERAH JAMBU


Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut.Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkansuasana santai dan selesa. Suasana yang romantik...



LENYAPKAN KELETIHAN
WARNA: HIJAU

Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan



MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
WARNA BIRU

Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang


apabila bersahabat


Apabila bersahabat... diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjwb & harapan sendiri. Antaranya ialah :- 

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik.Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianyaberlaku. 

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul. 

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya. 

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya. 

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat. 

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik. 

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat. 

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita. 

9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain. 

10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan di hati yg pasang surut. 

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan. 

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya.Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t



"I may not get to see you as often as I like. I may not get to hold you in my arms all through the night. But deep in my heart I truly know, you're the one that I love, and I can't let you go." ;-)

tuhan..

Tuhan
dalam kekalutan perasaan 
ku mencari secebis cinta darimu
agar bisa ku meniti perjalanan hari
dengan lembayung rahmat dan kasihMu



Tuhan
sebening kasihMu kudambakan
selautan rahmatMu kutagih
segunung maghfirahMu ku harapkan


Hanya padaMu 
diri bermunajat
memohon keampunan dan jua inayah
Kaulah cinta Agungku 
didunia jua Akhirat.....



Friday, June 19, 2009

kenapa ana sayang dia???

"selamat hari bapa"...hmm..releven ke ucapan sebegini??hari bapa satu hari je?



Dalam dunia ni..Semua orang ada bapa..saya, awak,kamu,dia,mereka,kalian dan sesiapa sahaja  makhluk yang ALLAH ciptakan ada seorang ayah, bertapa pentingnya lelaki dalam ciptaan yang maha Esa ni....tanpa seorang lelaki seorang perempuan tak akan bergelar ibu..tanpa ibu dan ayah dah tentulah kita tak ada..apa pun dalam konteks ni semua nya sama penting...



ana nak cerita sikit..ayah ana..yang dari mula2 ana kenal dunia ana panggil KU.. dia seorang yang banyak cakap(perkataan mudahnya peramah-semua orang suakakn dia), tegas tapi tapi tak pernah tinggikan suara atau pukul ana pun..seorang yang kelakar... pelatah.. selalu bagi hadiah kat ana bila ana dapat apa2 kejayaan walaupun kecik..paling penting KU pandai memasak.. waktu kcik2 dulu KU jd chef kami terutama bila waktu ana dapat adik baru..KU ana ni, sebenarnya penyayang . .selalu fikirkan kepentingan kitorang adik beradik.. semua kebahagiaan dia, dia serahkan pada kitorang... tapi kesakitannya seboleh mungkin disembunyikan dari kami..dia berikan yang terbaik pada kitorang..alangkah bertuahnya ana..memiliki seorang KU yang begitu memahami,menyayangi dan sentiasa memberi... ana sayang KU ana sangat sangat.. the best father in the world...my hero forever..ana tahu korang pun sama..memiliki apa yang pernah dan sedang ana miliki...Ingat lah selagi kita mempunyai insan insan yang sebegini dalam hidup kita..kitalah orang yang paling bertuah sekali...untuk sambutan hari bapa..ana xberpeluang lagi bagi hadiah apa2 kat KU..hadiah sekadar simbolik sahaja..bukan sekadar peringatan di hari bapa..kerana bagi ana..setiap hari adalah hari bapa..doakan mereka..berbaktilah selagi berpeluang..

...wassalam...

Thursday, June 18, 2009

Eksperimen Air, Kicap, dan Hati


sumber: www.iluvislam.com (16 june 2009) 

Langkah 1: 


Tuangkan air masak ke dalam gelas kaca sehingga lebih daripada separuh.

Langkah 2: 

Ambil wang kertas dan lihat siri nombornya menerusi gelas berisi air tadi. 

Caranya ialah dengan meletakkan wang kertas di bahagian belakang gelas, dan lihat menerusi gelas berisi air dari bahagian hadapan.

Langkah 3:

Sekiranya anda dapat melihat siri nombor wang kertas tersebut, catatkannya dan semak semula.

Langkah 4: 

Fikirkan beberapa perbuatan dosa tidak kira dosa kecil atau pun dosa besar yang kerap atau pernah anda lakukan. 

Langkah 5: 

Sebutkan perbuatan dosa tersebut sambil titiskan kicap ke dalam gelas berisi air tadi.

Untuk setiap dosa kecil, titiskan kicap sekali sahaja, manakala untuk setiap dosa besar, titiskan sebanyak tiga kali. Untuk dosa kecil yang anda lakukan berulang kali, titiskan kicap sebanyak tiga kali sahaja. 

Langkah 6: 

Ulang langkah 2 dan 3 dengan menggunakan air yang telah dititiskan kicap tadi. 

Bagi memastikan saudara saudari menjalankan eksperimen ini di rumah, keputusan eksperimen tidak akan disertakan di sini, tetapi saudara saudari sekalian perlu menyatakan keputusan eksperimen yang saudara saudari buat di bahagian komen untuk dikongsi bersama. 

Selain keputusan, saudara saudari juga boleh nyatakan jenis-jenis dosa yang biasa kita buat serta nilai dan pengajaran yang boleh diambil daripada eksperimen tersebut.

Wednesday, June 17, 2009

saya rindu sangat kat "dia"..

hari ni..genap 13 tahun dia pergi..kehilangannya amat dirasai..hembusan nafas terakhir saat azan isya' berkumandang tanggal hari ni 13 tahun lalu....dan 13 tahun lalu juga lebih kurang 3 bulan selepas pemergiannya seorang bayi dilahirkan..saat ini..kehilangannya sangat dirasai..kadang2 cemburu.. YA ALLAH..kupohon kuatkan sekeping hati ini YA ALLAH..utk berhadapan dgn semua ni..aku lemah YA ALLAH..aku sangat2 merinduinya..pertemukan kami nanti di taman2 syurgaMU YA ALLAH..kupohon tempatkan dia di kalangan org2 yang beriman....amiin..

Friday, June 12, 2009

(surah at-taubah:41)

"berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahu pun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan ALLAH. Yang demikian itu adalah lebik baik bagimu jika kamu mengetahui"
(surah at-taubah:41)

saja2..

assalamua'laikum semua..

apa khabar?harap2 semua sahabat2 sihat..saja..mengisi masa yg xberapa lapang..cuti sekolah..banyak yg dpt dbuat.. saya?? hmmm..sekadar memberitahu aktiviti yg telah berjaya dijayakan sepanjang cuti sekolah..;-)

-menjadi babysitter kepada 4 org hero.. seronok sangat..xterasa penat melayan keletah anak2 buah..;-)
-menghadiri 3 walimah sahabat baik..
-menjadi penunggu setia tv(bosan..)
-permaisuri(surirumah xberdaftar..huhu)
-jalan2 ronda KB(sempat p kuliah tok guru sekali)
-jalan2 umah sahabat(sempat singgah expo)
-baca novel
-dgr lagu

hehe..ntah apa2 cerita...ok..pohon maaf utk salah dan silap..assalamua'laikum..

Monday, June 1, 2009

selamat pengantin baru SAHABAT..


selamat pengantin baru buat sahabatku yang disayangi..hari ni lengkap hidupmu menjadi permaisuri kepada seorang putera dari kayangan..(hehe)..gurau je..apapun..ana mendoakan yang terbaik buat kalian.. rasa macam xpercaya.gembira.. bangga.. sedih.. sayu.. yalah , 5 min sebelum 12 tghari tanggal 01 jun 09, gelaran CIK sekelip mata bertukar menjadi PUAN.. anggun sang puteri dihias sempena meraikan hari bersejarahnya.. majlis sangat sederhana tetapi meriah dengan kunjungan sahabt handai dan saudara mara.. alhamdulillah.. ana berpeluang menyaksikan upacara akad nikah.. terketar2 sang puteri untuk menyalami sang putera biarpun telah halal bg mereka.. subhanallah.. alangkah besarnya kuasa ALLAH.. nikmat cinta sesudah kahwin.. begitu terasa.. selamat menjadi isteri solehah sahabatku.. insyaallah bakal ibu solehah jugak.. sebelum balik sempat mengusik pengantin baru.. hehe.. jumpa kawan2 lama.. macam reunion secara xlangsung plak.. masing2 xbanyak berubah.. hmm.. lepas ni turn nasik minyak sapa plak ye?? TUNGGU........ hmm.. lepas ni bila balik kg.. dah kurang satu orang utk diajak keluar.. sebelum ni pengantin baru inilah atr org yg selalu menjadi mangsa ana bila balik kg (dan ana pn jadi mangsa beliau jugak.hehe).. sekarang? xpa.. ana masih ada kembar beliau.. tp rasa macam xcukup ahli la plak.. hehe.. kami dah macam saudara..bukan setakat kawan.. YA ALLAH..biar siapapun kami.. tolong jaga ukhuwah kami dalam rahmat dan kasih sayangMU.. amiin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...