CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

my CORNER

siapa SAYA?

My photo
"feel the heart of everyone.. see through our differences"

Tuesday, March 31, 2009

aku ingin berubah..


Sahabat, kenapa engkau menyendiri di sudut sana? Kulihat dahimu berkerut memikirkan nasib diri yang engkau hadapi. Terkadang air matamu seperti air sungai yang mengalir deras di pipimu, hatimu penuh dengan keluh kesah. Engkau memandang ujian yang dihadapi selama ini amat berat, benar-benar menghimpit dan menyesakkan dada. Engkau ingin bahagia seperti orang lain, ingin ketawa dan sentiasa tersenyum, bahkan terkadang iri hati melihat orang lain sentiasa sahaja bergembira.

Sesekali engkau menceritakan betapa malang untung nasibmu, ’selalu sahaja tersandung ketika berjalan’. Engkau menceritakan menjadi harapan pada dua hati ibu ayah yang ingin melihatkan kejayaan anaknya. Takut benar melihat mereka kecewa apatah lagi menitiskan air mata. Bagimu teguran mereka apatah lagi air mata merupakan satu dosa besar yang tidak dapat diampunkan buat dirimu. Engkau diajar untuk mengejar kesempurnaan dengan usaha, bagimu dengan berusaha pasti akan berjaya. Lalu engkau lupa bahawa natijah setiap sesuatu itu bukan ditangan manusia, tetapi Dia. 

Sahabat, jiwamu terkadang memberontak. Engkau akan memarahi orang lain yang tidak mempunyai apa-apa dosa pada dirimu. Lalu menyalahkan keadaan dan benci dengan alam sekelilingmu, lalu bisikan-bisikan nafsu syaitan datang merayu, menghasut. Suka benar ia melihat manusia bersedih dengan kegagalan, suka benar ia melihat engkau berduka dan menyalahkan takdir. Jahat benar bisikan itu yang mengajak untuk memutuskan nyawamu dengan membunuh diri sebagai jalan mudah untuk penyelesai masalah.

Wahai sahabat, dengan hanya menangis, mengeluh, engkau tidak akan mendapat apa-apa. Hatimu akan dirundung pilu sepanjang masa, dan pada masa itu akal dan fizikalmu akan melemah. Bagaimana engkau akan membina masa depan semula jika fikiranmu selalu sahaja memikirkan tentang kelemahan dan kekurangan diri? Benar, memikirkan kekurangan diri itu perlu untuk membina keyakinan dan memperbaiki diri. Tetapi ia tidak akan dapat mengubah apa-apa hanya dengan air mata.

Sahabat, Tuhan telah memberitahu kita, bahawa setiap kesusahan itu diikuti dengan kemudahan. Setiap ujian dan kegagalan hidup itu ada jalan keluarnya bagi orang yang bertaqwa.

Lupakah engkau dengan qada’ dan qadar Tuhan? Sahabat, hidup ini adalah amanah yang bukan milikmu sahaja.Ada perkaitan dengan Tuhan, manusia dan makhluk Allah yang lain. Bukanlah satu kegagalan di dalam hidup jika engkau kesandung pada kali ini, malahan jika ia datang berkali-kali di dalam hidup.

Tidakkah engkau melihat bagaimana burung yang tidak berakal itu pada paginya tidak mempunyai apa-apa, sepulang sahaja pada petangnya ia membawa makanan. Dari mana ia mendapatkan rezeki itu jika tidak ia berusaha dan yakin untuk mencarinya? Bahawa beburung yang berterbangan itu tidak ada yang menahannya kecuali Allah.

Lihat sahaja wahai sahabat, semut yang menangung beban gula 2 kali ganda berat badannya tetap juga diusungnya dengan gigih dan sabar. Sesekali rezeki itu hilang entah kerana ada gangguan di jalanan, terlepas lagi makanan untuk rakyatnya. Tidak pula ia berundur dengan tangan kosong sahaja. Tetap juga ia bertasbih dan bertahmid kepada Allah tanda syukur. Pernahkah kita melihat semut ini membunuh dirinya sendiri hanya kerana ia gagal mendapatkan makanan? SubhanaLlah! Alangkah hebatnya Allah menjadikan binatang sekecil itu untuk dijadikan perbandingan kepada manusia. 

Jangan pula engkau berani membuat hukuman buat dirimu sendiri padahal ia bukan hakmu untuk berbuat demikian. Sekali lagi kukatakan bahawa nyawa, jasad, rerambut, kuku malahan kulit ini bukanlah milik kita. Tidak mampu kita untuk memberi alasan apa di hadapan Tuhan di hari perhitungan nanti... belajarlah untuk menjadi seorang yang redha dan syukur di atas taqdirNya. 

Sungguh Allah Maha Tahu mengapa Dia memberikan ujian kegagalan dan dugaan kepada kita. Terkadang dengan kejayaan boleh melalaikan kita untuk ingat kepadaNya, berapa ramai yang menjadi takbur dengan kejayaan, dengan kekayaan seperti fir’aun yang bongkak dan mengaku dirinya Tuhan!! Allah memerintah Iblis untuk sujud (hormat) kepada Adam, tetapi ia congkak dengan kehebatan kejadian dirinya dari api dan Adam itu dari tanah. Sekurang-kurangnya jika engkau hilang segalanya dalam hidup, tetapi masih ada cahaya di dalam hati iaitu iman kepada Allah. Dikala itu, di hadapan Tuhan nanti, masih ada jawapan yang kukuh untuk engkau berikan agar selamat dari seksaan neraka.... 


Allah membuat gedung bagi para pencintaNya, lotengnya adalah susah dan gundah sedangkan mudharat adalah tiangya, Allah masukkah mereka ke dalamnya dan mengunci pintunya. Dia katakan pada mereka : Sabar itu kunci pintunya.


sumber: http://jarumemas.blogspot.com/2008/02/sahabat-bersabarlah-dengan-dugaan.html

Saturday, March 28, 2009

penyaksianku..


" TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH

DAN

NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH"

cerita sekeping hati..


YA ALLAH..aku amat merindui bonda dan adik2...ap khabar agaknya mereka?

walau aku mampu bertanya khabar melalui perantaraan telefon..namun perasaan xsama bila jumpa..YA ALLAH..aku serahkan segalanya padaMU..tolong lindungi mereka YA ALLAH..rahmatilah hidup mereka dalam rahmat dan kasih sayangMU..peliharalah mereka dari fitnah dunia..kurniakan aku peluang untuk berbakti pada mereka..pada bonda terutamanya..walau aku xkan mampu menggantikan segala perit jerihnya..namun sekurang2nya..bagilah aku peluang YA ALLAH..untuk menggembirakannya..jadikan kami anak2 yang SOLEH dan SOLEHAH..aku pohon panjangkanlah umur ibuku dalam rahmatMU..YA ALAH..jangan jadiakn aku anak yang lupa diri...jadikan kami hamba yang sentiasa bersyukur dan anak yang tahu menghargai..ampunkan dosa2ku..andai aku salah..tunjukkan aku jalan untuk memperbetulkan kesilapan..janagn biarkana ku terus dalam keadaan sesat yang nyata YA ALLAH..aku pohon..hanya KAU yang tahu sejauh amna ukuran kasih ini buat mereka...YA ALLAH..tautkan hati2 kami di bawah satu aqidah yang sama..amiin..

buatmu ayahanda..semoga damai di sana..mg2 dpertemukan kembali di sana..amiin..al-fatihah..

Friday, March 20, 2009

senyumlah wahai hati..


YA ALLAH..ku pohon kekuatan..kekuatan demi kekuatan..
amiin..
teringin sangat nak makan 'itu'...sangat2..tapi..tb2 jd tersentak bila dpt tahu 'itu' dr seorang sahabat..terus terbantut..YA ALLAH..hipokritkah aku??ampunkan aku YA ALLAH..andai aku terlalu berkeras..aku juga xmengingini situasi ini YA ALLAH..aku sangat merinduinya..rindu seorang SAHABAT..aku terlalu menyayanginya YA ALLAH..gugur juga air mata ni..
rindukah aku??
terlukakah aku??
atau terlalu emosi??
atau ...
YA ALLAH.hanya KAU yg tahu segala2nya..
ampunkan aku andai aku tersalah..
tunjukkan aku jalan keluar..
-smile heart-
*sedikit coretan dr hamba yg lemah*
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang yang muflis di kalangan umatku ialah: Seseorang yang datang pada hari kiamat dengan pahala sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi, dia pernah mencaci si polan, menuduh si polan, menumpah darah si polan dan memukul si polan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi sehingga apabila habis pahalanya, sedangkan belum semua terbayar, maka akan diambil ganti dari dosa orang itu dan dibebankan kepadanya dan dia dicampakkan ke dalam neraka kerananya." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah) 

Ingatlah keaiban diri yang terlalu banyak untuk dihitung, jangan sibuk menyebut aib orang lain. Semua orang di sekeliling kita tidak dapat menolong kecuali amal ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan.

Bilakah saat dan ketika paling tepat untuk kita menangis supaya lembut hati yang keras oleh hawa nafsu yang dituruti? Pada tengah malam yang dingin, bangun dan berdiri tanpa diketahui oleh manusia yang asyik bermimpi, sujud dan doa yang panjang, bacaan al-Quran dan 
zikrullah juga istighfar.

Amalan ini menjadi kebiasaan Rasulullah SAW dan sahabatnya serta menjadi ikutan orang salih yang mahukan ketenangan jiwa pada akhir zaman ini. Ubati kegelisahan, tekanan dan kesakitan jiwa dengan menangis, solat dan zikrullah. 





Thursday, March 19, 2009


Kutitipkan lagu ni buat ‘SAHABAT’

Pertama kali menerima lagu ni melalui email dari seorang SAHABAT..hati rasa terharu sangat..sedar tak sedar menitis air mata ni..betapa mendalamnya lirik lagu tu..buat yang memahami..menusuk jauh ke sukma hatI ini..terus kupindahkan lagu tu ke mp3 yang kupinjam dr adikku(hehe)..dan lagu tu menjadi teman ku yang paling akrab..sehingga hari ni..knp??bukan sahaja sebab lirik..tp dia ditujukan oleh seorang SAHABAT yang berjaya menyentuh naluri ini..aku rasa tenang bila bersamanya..YA ALLAH..tautkan hati2 kami hanya keranaMU..amiin..then..bila dia bagitahu ingin kembali ke tempat yg menjdi ‘titik pertemuan kami’..hati rasa terpanggil u ikut..tp terlalu banyak kekangan..bagiku..lagu ni terlalu mahal harganya..tp u beberapa orang lagi SAHABAT..mgkin waktu ni dlm keliru..kepayahan..gelak ketawa sekalipun..hayatilah..sesungguhnya aku xpandai berpuitis..


‘MENITIS AIR MATAKU..
HILANGNYA SAHABAT SEJATI..
YANG HILANG TIKAKU MERINDU..
PERSAHABATAN ABADI..

SETIAP DETIK TERINGATKAN DIKAU..WALAUPUN DIKAU PERGI MEMBAWA DIRI..
KASIH SAYANG KITA TIDAK TERJANGKAU..
DITEMUKAN IMPIAN YANG MURNI..

PERLUKAH DAKU DITINGGALKAN..
PERLUKAH ENKAU MELUPAKNKU..
PERLUKAH ADA RASA KESANGSIAN..
PERLUKAH ADA RASA RINDU..”

 *..mgkin x bawa apa2kesan pada kalian..*



Wednesday, March 18, 2009

dedikasi..


ayah..aku mengasihimu..

ibu..aku menyayangimu..

adik2ku..aku merindui kalian..

sahabat2ku..aku memerlukanmu..

"YA ALLAH..SATUKANLAH KASIH SAYANG KAMI DI BAWAH RAHMAT DAN KASIH SAYANGMU...AMIIN..

Monday, March 16, 2009


sahabat2ku...sama2 kita renungkan..di mana kita??adakah di kalangn orang yang rugi mahupun di kalangan yang beruntung??mg2 terus dberi kekuatan..ruang dan peluang..amiin..


KECANTIKAN LELAKI


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal

tetapi pada murni rohaninya,


Lelaki yang cantik….

Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata

untuk ingatan kepada Sang Pencipta,

Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,

Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,

Adalah lelaki yang baik sangka dan,

Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati,

Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang ummiy

Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…


KEGAGAHAN WANITA


Kegagahan seorang wanita bukan

kepada pejal otot badan,

tetapi pada kekuatan perasaan,

Perempuan yang gagah….

Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,

Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,

Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,

Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan,  


Kegagahan perempuan berdiri diatas teguh iman,

Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang Ehsan,

Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan…


Saturday, March 14, 2009

perumpamaan meninggalkan solat

*Meninggalkan fardhu Subuh:
Orang yang meninggalkan fardhu Subuh akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.

 *Meninggalkan fardhu Zohor:

Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.

 
*Meninggalkan fardhu Asar:
Dosa orang yang meninggalkan sembahyang fardhu Asar seperti membunuh 1,000 orang Islam.

 *Meninggalkan fardhu Maghrib:
Dosa orang yang meninggalkan fardhu Maghrib sama seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).

*Meninggalkan fardhu Isyak:
Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya dan menggesa ia mencari bumi yang lain.



Friday, March 13, 2009

...


DUNIA YANG LEBIH INDAH

menjadi fitrah manusia hidup di dunia
perlu sesama begitu adanya
pabila duka mengusik indahnya suka
dan seharusnya bangkitlah di jiwa

rasa peduli menolong sesama
bukan hanya bicara
tindakan yang utama

di sini kita dengan segala yang dipunya
semuanya fana, titipan semata
lihat mereka saudara kita di sana
dalam nestapa di manakah cinta?

rasa peduli menolong sesama
bukan hanya bicara
tindakan yang utama

cuba rasakan setiap tangisan
tak berhenti berharap akan huluran tangan
memberi cinta dan harapan
bersama kita melangkah kaki
menuju dunia yang lebih indah

pernahkah kita bayangkan jadi mereka
belum tentu kan mampu, cuba sedari
tanya diri sendiri
apakah ada simpati


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...